Saturday 23 April 2011

Fiqh perubatan (2) : Kelebihan-kelebihan ( The advantages of Medical Jurisprudence )



1.       Para Fuqaha melalui risalah-risalah amali mereka telah memuatkan arahan-arahan kesihatan  dan langkah-langkah pencegahannya perubatan Al-Quran , perubatan Nabi s.aw. dan perubatan Imam-imam Ahlul Bait a.s  ke dalam agenda amalinya muslimin. Umat Islam beramal denganya sebagai satu tanggungjawab Syarie sebelum merka ditimpa penyakit dan dengan itu mereka terpelihara dari penyakit-penyakit.

2.       Perubatan Fiqh adalah berasaskan kepada hubungan diantara anggota-anggota badan yang berbeza , hubungan diantara jasad dan roh , diantara insan dan alam tabiat , diantara insan dan Tuhan.


3.       Perubatan Fiqh adalah berasaskan wahyu Ilahi dan pengalaman ribuan tahun para nabi-nabi , Imam-imam Ahlul Bait dan pakar-pakar perubatan Islam dan mendapat  kepercayaan umat Islam.

4.       Di dalam  perubatan Nabi ( Tibbun Nabi )diatas segala perawatan ialah Imsak ( menahan diri )” Berpantang adalah penghulu segala ubat ” manakala ubat-ubatan kimia , pembedahan dan pemanasan adalah peringkat rawatan terakhir setelah berputus-asa dari rawatan –rawatan tabie. “ Perubatan terakhir ialah "Kay ( pemanasan )" .

 Oleh kerana itu , Fiqh perubatan dan perubatan tradisi dengan pengaruhnya yang kuat                               boleh memainkan peranan yang meluas di dalam kesihatan.

Para pendokong perawatan tabie mengatakan bahawa metode
Rawatan yang paling tinggi dan paling tabie ialah menahan diri ( Imsak ) ketika makan.

Inilah yang disabdakan oleh Nabi s.a.w “ Berpuasalah agar anda sihat ” dan sabda Nabi lagi “ Perut ialah rumah setiap penyakit dan mencegah adalah ubat yang paling utama ”.

Di Amerika Syarikat berdasarkan kajian Dr. Jackson , Dr. Tall , Dr. Kellog , Dr.Lindlaher dan Dr. Tilden , perubatan tabie telah membuka pintu hati rakyat. Dr. Tilden dengan kajian yang mendalam berkenaan dengan pantang-larang pemakanan telah memperjelaskan tentang kesan pemakanan yang tidak betul ke atas timbulnya penyakit-penyakit dan perkara ini juga adalah daripada dasar yang utama perubatan Islam. Doktor-doktor  perubatan Islam seperti Abu Marwan Andulasi pada kurun keenam Hijrah telah menulis kitab-kitab berkenaan dengan berpantang seperti kitab Al-Aghziah ( makanan-makanan ) dan para fuqaha Islam juga telah menulis kitab –kitab di dalam Fiqh dengan tajuk makanan-makanan dan minuman-minuman , adab-adab berjuadah , pemburuan dan penyembelihan. Sayugianya sepanjang 40 tahun lalu perawatan tabie telah begitu pesat di Amerika dan kita umat Islam hendaklah memelihara  perubatan tradisi dan perubatan agama dengan apa yang kita miliki dari sebaik-baik metode perawatan tabie melalui  jalan wahyu , Al-Quran dan pengalaman-pengalaman pakar-pakar perubatan tersohor  seperti Razi , Ibnu Sina dan lain-lain di samping perubatan rasmi.


Para Imperialis telah mengajarkan metode-metode rawatan konsumerisme mereka kepada Negara-negara anak jajahnya dan telah membanjirkan ubat-ubatan kimia yang telah terkeluar dari senarai ke dunia ketiga ataupun banyak dari ubat-ubatan kimia mereka uji keatas kita dan inilah dia perubatan imperialism yang dikatakan oleh Al-Marhum Imam Ayatullah Khomeini r.a :
“ Barat di dalam semua perkara mempunyai penjajahan : perubatan penjajahan , kebudayaan penjajahan yang dieksport ke Negara-negara mundur. Mereka mahu supaya kita terikat dan benda-benda yang diberi kepada kita pun membawa keterikatan fikiran dan hati ini ”

Ya , Umat Islam sebelum tersebarnya perubatan Imperialisme di negara-negara Islam dengan pengaruh perubatan Al-Quran dan Tibbal Fiqhi lebih percaya kepada rawatan tabie , rawatan dengan pemakanan dan pencegahan seperti  mana Zakaria Razi sentiasa mengingatkan rawatan pemakanan kepada doktor-doktor Islam dan telah menulis kitab rawatan penyakit-penyakit dengan pemakanan bertajuk :
“ At Tibbul Muluki Fill llal Wa ilajil Amrad Kulliha Bil Aghziah wa Dassil Adwiah ”
“ Selagi anda boleh merawat dengan makanan –makanan maka janganlah merawat denagn ubat-ubat ”.

Islam menerima rawatan dengan ubat-ubat kimia tetapi stelah berputus asa dari merawat dengan makanan dan ubat-ubat mudah , berpantang , menahan diri dan rawatan-rawatan tabie. Maka pembedahan dan pemanasan adalah langkah-langkah yang terakhir yang disarankan . Sabda Nabi s.a.w : “ Ubat yang terakhir ialah "Kay ( pemanasan )" ”.


Asas utama rawatan Fekah perubatan ( Foundation of jurisprudence medication treatment )

Berkata Musa bin Imran a.s : Oh Tuhanku dari siapakah penyakit
Allah berfirman : Dari aku
Musa berkata : Dari siapakah ubat?
Allah berfirman : Dariku
 Musa a.s berkata : oleh itu apa yang dilakukan oleh perawat?
Allah menjawab : Memperelokkan diri mereka dengannya maka dinamakan Tabib ( doktor ) bersempenanya.    

Menurut Imam Sadiq a.s sepertimana penawar , penyakit pun adalah dari Tuhan. Dr. Henry Benjamin berkenaan dengan dasar rawatan tabie berkata : Penyakit ialah natijah dari usaha tubuh badan  untuk mengenepikan halangan di hadapan  tugas jentera-jenteranya. Maka tidak sepatutnya kita menganggap penyakit sebagai musuh tubuh badan lalu kita memeranginya tetapi hendaklah kita melihatnya sebagai peristiwa yang sesuai yang mana ia tidak lain dari usaha badan untuk pembersihan dan merawat diri.
( Panduan rawatan tabie m/s 24 )

Imam Musa Al-Kazem a.s berkata :
“ Selagi mana badanmu dapat menolak penyakit maka elakkan dirawat doktor kerana rawatan doktor diumpamakan binaan , yang sedikitnya menjadi banyak . ”
( Biharul Anwar jilid 59 m/s 63 )

Imam Sadiq a.s berkata : Salah seorang nabi telah jatuh sakit. Beliau berkata aku tidak berubat selagi yang memberi penyakit kepadaku menyembuhkan daku .
Tuhan berfirman : Aku tidak akan menyembuhkan selagi engkau tidak berubat  kerana ubat dan kesembuhan adalah dariku.
( Al-Makarim 419 )

Petua Ayatullah Behjat : Membaca Surah Mukminun dan kerap bersedekah untuk mengangkat dan mengenepikan bala bencana adalah berfaedah.

“ Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia. “   
Solawat…

1 comment:

  1. salam ustaz.

    kebelakangan nie entry ustaz banyak berkenaan dengan perubatan, dan saya sangat suka dengan informasi2 yang dikongsi, tetapi saya sebenarnya sampai sekarang tak tahu rahsia disebalik doa lil khamsatun dan nadi ali. yang saya tahu ia dapat menyembuhkan penyakit. tapi kalau boleh saya nak tahu dengan lebih lanjut tentang rahsia dan fadhilat doa tersebut. fungsinya dan mungkin juga terdapat sejarah tersendiri. saya tak sabar untuk membaca entry tentang perkara tersebut.
    terima kasih banyak2 ustaz.
    semoga ilmu ini kita dapat berkongsi dengan yang lain dan diberkati Allah SWT.

    االلهـمــﮯ صلىــﮯ علىــﮯ محمـــدً وآلـﮯ محمــدَ

    ReplyDelete