" Sesungguhnya sejahat-jahat yang melata ( di muka bumi ) di sisi Allah , ialah orang-orang yang pekak dan bisu , mereka tiada memikir apa-apa pun. "
( Al-Anfal : 22 )
Ketika kita membahaskan persoalan ilmu dan makrifat , kita akan mendapati bahawa tidak ada sebarang agama yang memberikan perhatian besar terhadap permasalahan makrifat sebagaimana Islam. Agama Islam sering mengajak manusia memiliki ilmu beramal dan sentiasa berusaha menghapuskan segala penghalang makrifat di tengah masyarakat serta menegaskan berkali-kali di samping penggunaan lafaz tersebut dalam pelbagai bentuk sebanyak 770 kali.
Sabda Nabi s.a.w :
Islam melihat bahawa kehidupan manusia terikat dengan ilmu dan makrifat . " Al ilmu Hayatul Islam wa Imadul Iman ". Iman adalah hayatnya Islam dan tiang-tiang keimanan.
" Al ilmu Aslukullikhair wal jahlu Aslu kullisyar ". " Ilmu itu punca setiap kebaikan dan kejahilan itu punca setiap kejahatan.
Islam juga melihat bahawa nilai ibadah dan ketaatan kepada seluruh perintah Allah diukur berdasarkan kepada makrifat.
" Sebahagian lebih banyak hajinya dari sebahagian yang lain , dan sebahagian lebih banyak sedekahnya dari sebahagian yang lain , dan sebahagian lebih banyak puasanya dari sebahagian yang lain , dan yang termulia di antara kalian adalah yang afdhal makrifatnya. "
Sumber-sumber makrifat / Sources of Recognition
Manusia memiliki tiga sumber untuk memperolehi ilmu dan makrifat. Dengan sumber ini manusia mencapai makrifat terhadap alam semesta. Semua pengetahuan serta makrifat yang diperolehi oleh manusia adalah bersumber dari tiga sumber. Sekiranya salah satu dari tiga sumber ini hilang , maka hilanglah kemampuan manusia untuk memperolehi ilmu dan makrifat . Sumber tersebut adalah :
i) Pancaindera
ii) Akal
iii) Hati
Sumber pertama yang dimiliki oleh manusia ialah pancaindera .
Sumber kedua yang dimiliki oleh manusia adalah akal
Akal ialah markaz atau pusat untuk mengetahui melalui proses : (1) menyusun ( Tarkib/compose ) , (2) membahagi ( Tajziah/Analyse ) , (3) mengabstrakkan ( Tajrid ), (4) intiza' , (5) mengumumkan ( Ta'mim/generalise ) , (6) Menyelami pengetahuan ( Ta'miq / To go in depth ).
Sumber ketiga dalam mencapai makrifat ialah hati.
Kalbu atau hati adalah pusat atau centre perasaan batin sebagai lawan bagi akal fikiran sebagai markaz intelektual. Sesungguhnya makna ini mutlak untuk semua perasaan yang muncul pada manusia seperti cinta , benci , rindu dan seluruh kecenderungan manusia.
Jenis-jenis makrifat dan pandang dunia
Jenis-jenis makrifat menghasilkan jenis-jenis pandang dunia.
(1) Makrifat Tajribi (berdasarkan pancaindera dan ujikaji ) menghasilkan :
Pandang dunia ilmi ( Scientific World view )
Pandang dunia ilmi ( Scientific World view )
Pandang dunia ilmi dan experimental.
Komentar : hanya layak beri pandangan tentang alam kebendaan ( material )sahaja.
(2) Makrifat Akli ( berdasarkan penalaran akal-fikiran )
Satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas Pandang
Dunia ( World View ) ialah jalan akal dan method rasional.
Maka Pandang Dunia ( world view ) yang sebenarnya ialah Pandang Dunia Falsafi .
tetapi ini tidak bermakna untuk sampai kepada Pandang Dunia ini kita perlu
menyelesaikan seluruh permasalahan filsafat tetapi cukup dengan penyelesaian sebahagian masalah filsafat supaya sampai kepada pembuktian
kewujudan Tuhan yang merupakan permasalahan terpenting world view.
(3) Makrifat Taabbudi ( berdasarkan apa yang disampaikan oleh penyampai agama )
Pandang dunia Taabbudi
Pandang dunia Taabbudi
Punya peranan sekunder ( secondary )
Komentar : Perlu pembuktian kenabian nabi sebelum terhasil iktibar bagi risalah yang
disampaikan.Manakala perkara keTuhanan kedudukannya ialah sebelum
kenabian.
(4) Makrifat Shuhudi / Irfani ( berdasarkan ilham dan kashaf )
Pandang dunia Irfani
Pandang dunia Irfani
Komentar : Pandang dunia adalah
a. Mafhum-Mafhum fikiran dan tidak ada tempat bagi shuhud di dalam mafhum-
mafhum fikiran.
b. Pentafsiran Shuhud dan mukashafah dengan lafaz-lafaz dan mafhum-mafhum
memerlukan kekuatan fikiran. Penggunaan lafaz-lafaz yang tidak tepat menjadi
faktor keterpesongan.
c. Ada kemungkinan khayalan-khayalan disangka sebagai shuhud dan mukashafah
hakiki.
d. Irfan yang hakiki terhasil bagi seseorang yang bermujahadah , berusaha dan
mengikhlaskan dirinya di jalan Ubudiyah bagi Allah dan usaha begini didahului oleh
makrifat Allah dan makrifat jalan ubudiyah dan ketaatan sebelumnya.
Petua Ayatullah Kashmiri : Membaca Surah ( Wazzariyat ) bermanfaat untuk kemurahan rezeki.
"Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
No comments:
Post a Comment