Friday 1 April 2011

Syiah Rafidhi ustadz-ustadz karangkraf itu siapa ??? Yang dikatakan Sesat tuu....



    

Nabi Muhammad s.a.w di dalam tafsir ayat : '' Ula ika hum khairul Bariyyah ''
bersabda :
                 Inna haza Wa Shiatahu lahumul faaizun yaumal Qiamah       

           [ Sesungguhnya orang ini (Ali bin Abi Talib) dan syiahnya (pengikutnya) merekalah yang berjaya di hari kiamat ] Tafsir Ibnu Katsir surah Al-Bayyinah.

               '' Wa inna min Shiatihi la Ibrahim '' (As-Saffat 83)

           [ Sesungguhnya dari Syiah (pengikut) Nuh ialah Ibrahim ]


Imam Syafi'i berkata : 

              Jika mencintai Al (Ahlul Bait) Muhammad dituduh sebagai orang Rafidhiy ( Syiah ) maka biarlah manusia dan jin menjadi saksi bahawa aku adalah Rafidhiy !

Imam Syafi'i berkata lagi : 

               Wahai Ahlul Bait Rasullullah kecintaan kepadamu adalah fardhu dari Allah yang telah diturunkan didalam kitabnya cukuplah kemuliaan martabat bagimu. Barang siapa tidak bersolawat ke atasmu tidak sah baginya solatnya. ( Petikan dari syair Imam Syafi'i )






Mari bincang ilmu Aqidah 


1) Ilmu Aqidah atau ( theologi ) tidaklah khusus bagi agama Islam sahaja, bahkan agama-agama lain seperti kristian dan yahudi juga mempunyai perbahasan-perbahasan ilmu Aqidah.

2) Unsur-unsur utama Aqidah agama Islam dinamakan Usuluddin ( Roots of Religion )

3) Ilmu Aqidah mempunyai tiga tugas penting :
- Mengemukakan ( istinbath / mengambil ) aqidah-aqidah agama dari kitab-kitab seperti Al-Quran dan lain-lain kitab yang membahaskan tentang aqidah.
- Menerangkan aqidah-aqidah agama.
- Mempertahankan aqidah-aqidah agama dan menjawab persoalan dan keraguan.

4) Ilmu kalam tidak mempunyai subjek yang tertentu.  Bahkan ia mempunyai berbagai-bagai subjek.

5) Ilmu ini dinamakan ilmu Kalam ( ilmu percakapan ) kerana
- Dengan ilmu ini menambah kekuatan percakapan ( kalam ) seseorang.
- Didalam kitab-kitab lama ilmu ini dimulakan perbahasan dengan ungkapan  ( kalamun / kata-kata tentang...)
- Salah satu daripada perbahasan ilmu ini yang terpenting ialah tentang kalam Allah ( kata-kata Allah ) Apakah ianya makhluk ataupun bukan makhluk ?

6) Sebab dan punca utama timbulnya perbahasan-perbahasan aqidah di kalangan umat Islam ialah ajaran-ajaran Al-Quran dan sabda-sabda Rasul s.a.w. dan Amirul Mukminin a.s.

7) Faktor-faktor terpenting perkembangan ilmu Kalam :
- Ajaran-ajaran Al-Quran, Nabi dan para Imam.
- Kedatangan golongan-golongan masyarakat yang berbeza dari segi aqidah ke dalam agama islam.
- Timbulnya orang zindiq ( Atheis, orang-orang yang tidak percayakan adanya Tuhan dikalangan umat Islam )

8) Di dalam dekad-dekad terakhir telah berlaku satu perubahan ketara didalam perbahasan-perbahasan baru yang timbul tentang aqidah-aqidah agama dan jawapan-jawapan yang telah dikemukakan.  Sebahagian orang menyangka bahawa perkara ini telah menimbulkan satu ilmu yang berasingan bernama Ilmu Kalam Baharu tetapi sebahagian ulamak berpendapat bahawa perkara ini tidak menimbulkan satu ilmu baharu yang berasingan.  Ia hanya menambahkan lagi topik kepada ilmu Aqidah yang sedia ada.

Petua Ayatullah Hasan Zadeh Amuli : Banyak zikir '' Ya Hayyu Ya Qayyum '' mengembangkan akal fikiran.


"Ya Allah, Bantulah Mazlumin di Bahrain, dan perkasakanlah orang-orang yang beriman."


"Waja'alni Min Auliyaika Fainna Auliaaka La Khaufun 'Alaihim Walahum Yahzanun."






INTERNATIONAL SECTION


(English Summary)


The so-called Ustadz (religious teachers) and Maulana from Karangkraf Magazine-i,  made an accusation that the 500 - 600 million Shiite Moslems all over the world are deviated by their damaging statement. 


In the Quran, As-Saffat, 83, Abraham was identified as Shia of Noah, and the Holy Prophet Muhammad has explained in the last verse of surah Al-Baiyinah, Ali Ibn Abi Talib A.S. and his Shia (followers), they are the one who are victorious at the day of Judgement. 


Imam Shafiie was also proud when referring himself as Shiite and Rafidhi for his love to AhlulBayt (in his poetry).



SOLAWAT



No comments:

Post a Comment