Fatimah Zahra a.s puteri Rasulullah s.a.w berkata :
“ Faradhallah taatana Nizaman Lil Millah ” “ Allah telah mewajibkan ketaatan kepada kami ( Ahlul Bait Rasul )sebagai Nizam ( pemberi susunan dan pengatur) kepada agama ini.”
( Dalailul Imamah )
Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata :
''Al-Imamah Nizamul Ummah ''Imamah ( kepimpinan ) ialah nizam ( pemberi susunan ) kepada umat ini.
( Ghurarul Hikam )
Berkaitan dengan kepimpinan ( Imamah ), seseorang yang memimpin umat [sebagai Imam] mempunyai tiga posisi sosial :
A. Hakimiyyah ( Pemerintahan )
B. Hidayah ( Petunjuk )
C. Uswah( teladan )
Asas kepimpinan dan Imamah di dalam Islam pada pandangan Syiah ialah posisi ketiga yakni uswah dan makna inilah yang memberi kelayakan kepada seseorang untuk memiliki posisi pertama dan kedua.
Imam di dalam posisi uswah ( teladan )
Imam pada kedudukan ini bermakna seorang insan yang telah sempurna dan seorang insan teladan yang dengan bentuk kehidupannya ia menunjukkan kepada masyarakat bahawa kamu boleh berbuat begini dan boleh sampai kesini dan hendaklah sampai kesini . Oleh itu Imam adalah murid yang pertama kelas alam penciptaan yang mana murid-murid yang lain hendaklah mengambil contoh darinya untuk mendaki tingkatan –tingkatan kesempurnaan .
Di dalam doa ziarat Ali a.s kita baca :
“ Salam keatasmu wahai neraca timbangan amalan-amalan ”
Yakni amalan Ali a.s samada berhubungan dengan Tuhan ataupun makhluk , seperti solat , puasa sehinggalah pendirian-pendirian politik dan sosial berhadapan dengan kawan dan lawan , isteri dan anak ringkasnya corak kehidupan Imam adalah garis panduan amalan umat , neraca timbangan amalan setiap manusia untuk sampai kepada falsafah penciptaan yang terakhir dan timbangan neraca yang hampir sama dengan neraca ini lebih hampir kepada kesempurnaan dan yang lebih berat atau ringan lebih jauh
Selagi seseorang itu belum sampai ke peringkat uswah di dalam kesempurnaan tidak mampu ia menjadi Imam dan pemimpin masyarakat.
Kata Ali a.s :
Seseorang yang meletakkan dirinya sebagai Imam hendaklah ia mengajar dirinya sebelum mengajar dan memimpin orang lain dan hendaklah didikan dan kepimpinannya dengan perlakuan sebelum lidah dan kata-kata dan guru dan pemimpin diri sendiri serta pendidik diri adalah lebih layak di hormati dari orang yang hanya mengajar , mendidik dan memimpin orang lain.
( Nahjul Balaghah – hikmat 73 )
Imam pada posisi pemerintahan ( hukum )
Dari sudut pandangan Syiah , di dalam Islam , dengan memberi perhatian kepada posisi pertama dan kedua Imam yang disebutkan sebentar tadi , pemerintahan dan kekuasaan urusan dan hal-ehwal masyarakat Islam diserahkan kepadanya dan Imam adalah seorang yang berkuasa memikul tanggungjawab hal-ehwal politik , ekonomi dan hubungan kemasyarakatan.
Di sini perlu diberikan perhatian kepada satu noktah bahawa Imam pada posisi uswah ( teladan ) dan Hidayah ( petunjuk ) Imamah dan kepimpinannya tidaklah terhad kepada hari-hari pemerintahannya atau semasa hayatnya sahaja bahkan Imamahnya dalam dua perkara ini tidaklah terbatas.
Sehingga ini kita telah sampai kepada natijah bahawa posisi pertama Imam . Yakni Uswah adalah asas Imamah dan kepimpinan dari kacamata Islam. Untuk memiliki posisi ini perlu diwujudkan ciri-ciri tertentu yang mana kita akan bahaskan ciri-ciri yang merupakan akar dan asas ciri-ciri dan sifat-sifat Imam yang lain kemudian.
Maka itu jika seseorang sampai ke tingkatan Uswah , kepimpinan ( Imamah ) adalah sesuatu yang lazim dan tidak terpisah dari dirinya seperti kegenapan yang tidak terpisah dari angka empat.
Oleh yang sedemikian tidak ada sesiapa yang mampu memberi Imamah ( kepimpinan ) kepada Imam atau mengambil darinya kerana ia adalah hak bagi diri ( zat )nya.
Imam pada posisi Hidayah ( petunjuk )
Seseorang itu dengan memiliki posisi Uswah ( teladan ) akan bakal layak bagi posisi Hidayah masyarakat kerana Hidayah bermakna menunjukkan seseorang kearah tujuan dan falsafah penciptaan dirinya dan hanya orang yang telah sampai kepada tujuan dan falsafah ini sahaja yang layak memiliki posisi Hidayah ( petunjuk ).
Kata Ali a.s :
“ Janganlah kamu mahu ketaatan orang lain sedangkan dirimu tidak mentaatimu ”
( Ghurarul Hikam )
Info :
Info :
Penemuan papan bahtera Nabi Nuh a.s yang tertulis nama lima diri.
Pada Januari 1951 , sekumpulan pakar Galian Rusia yang sedang sibuk mencari gali telah terjumpa kepingan-kepingan papan yang telah reput dan setelah digali lagi didapati kepingan-kepingan papan yang lebih banyak terdapat di situ dan dari tanda-tanda yang ada mereka mendapati bahawa ini bukanlah papan-papan tanda yang biasa dan ianya mempunyai RAHSIA yang tersimpan.
Maka dengan penuh berhati-hati mereka membongkar tanah lalu mengeluarkan kepingan-kepingan papan yang telah reput dan benda-benda lain dan ditengah-tengah benda-benda itu terdapat sekeping papan berbentuk 4 segi bujur yang menghairankan semua kerana kepingan papan yang panjangnya 14 inci dan lebarnya 10 inci itu tidak reput dan tertera beberapa tulisan diatasnya.
Kerajaan Rusia pada 27 Februari 1953 , untuk mengkaji kepingan-kepingan ini telah menubuhkan sebuah Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kaji purba dan pakar-pakar Bahasa Kuno yang nama-nama mereka adalah seperti berikut :
(A) Sulinov – ( Universiti Moskow / Unit bahasa )
(B) Iphahan Khino – ( Universiti Richaina
/ Pakar Bahasa Kaji purba )
(C) Misanan Luphur Teg – ( Ketua kaji purba )
(D) Tanmul Gort – ( Universiti Kifzo )
(E) De Raken – ( Universiti Lenin )
(F) M. Ahmad Kulad – ( Pejabat Kajian Zetkuman )
(G) Mejar Kultov – ( Universiti Stalin )
Akhirnya setelah 8 bulan mengkaji , RAHSIA kepingan-kepingan itu telah diketahui yang ianya adalah dari bahtera nabi nuh a.s dan telah ditulis sesuatu diatasnya dan dilekatkan ke kapal untuk mendapat keberkatan dan pertolongan.
Ditengah-tengah kepingan papan tersebut terdapat 1 lukisan berbentuk telapak tangan tertulis Bahasa Samani dan Sami :
Jawatankuasa pengkaji setelah 8 bulan kajian dan pemerhatian , telah membaca tulisan tersebut dan telah menterjemahkannya kedalam Bahasa Rusia dan telah diterjemahkan pula ke Bahasa Inggeris oleh Mr. N. F Makes.
O , My God My helper , keep my hand with Mercy and with your Holybodies Mohammad , Alia , Shabbir , Fatema. They all are biggest and honourables. The world established for them . Help me by their names. You can refirm to right.
Rujukan :
- Sebuah bulletin Moskow Nov 1953 Majalah Weekly Mirror 28 Disember 1953 dan akhbar ( Al-Huda ) Kaherah 31 March 1954.
- Buletin Star of Britania , London January 1953 dan Majalah Sunlight , Manchester 23 January 1954 dan Majalah London Weekly Mirror 1 Februari 1954.
Solawat…
No comments:
Post a Comment