Telah diriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir a.s ( Putera Imam Zainul Abidin yang menyaksikan pembantaian keluarga Nabi s.a.w di Padang Karbala ketika berusia 5 tahun ) : Sesiapa yang menghafal Surah Al-Qadr , telah menghafal seluruh ilmu ( Biharul Anwar ) Dan Allah Taala enggan sekiranya Arash dan Kursi di dalam timbangan mizan lebih berat dari orang yang membaca Surah ini manakala pahala orang yang membacanya tidak ada yang menulisnya selain Allah Taala dan tidak ada yang mencabut Ruhnya kecuali Allah Taala dan jika ia membacanya pada pagi hari seribu malaikat akan menjaganya sampai ke malam hari dan jika ia membacanya pada malam hari seribu malaikat akan menjaganya sehingga ke pagi.
Pahala membaca Surah Al-Qadr seperti pahala beramal dengan Al-Quran. Bagi Surah ini lidah dan dua bibir dan Allah Taala telah meniup Ruh di dalam Surah ini seperti ditiup pada manusia " Nafakhtu Fihi Min Ruhi " dan Surah ini berada di Baitul makmur dan bertawaf mengelilinginya setiap hari seratus ribu malaikat dan menghormati Surah ini sepertimana Surah ini berada di tiang-tiang Arasy yang seratus ribu malaikat bertawaf mengelilingi setiap tiangnya sehingga ke hari kiamat dan Surah ini berada di dalam khazanah rahmat Ilahi.
Telah dinukilkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa membaca Surah Al-Qadr adalah seperti berpuasa bulan Ramadhan dan menghidupkan lailatul Qadr.
Dari Imam Sadiq a.s : Pada hari kiamat satu Nur bergerak di hadapan orang mukmin seperti firman Allah " Yas'aa Nuruhum Baina Aidiihim ".
Barangsiapa membaca 76kali Surah Al-Qadr adalah baginya pahala yang tidak terhingga seperti di dalam riwayat.
Membaca Surah Al-Qadr berkesan untuk panjang umur , Hidayat , bayar hutang dan kemenangan ke atas musuh dan sentiasa membacanya membawa berita-berita gembira kepada manusia dan berkesan untuk menemukan barang yang hilang. Seperti yang diungkapkan di dalam riwayat menghafal dan membaca Surah ini ialah menghafal keseluruhan ilmu.
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Asadullahil Ghalib singa Allah yang memang Babu Madinati Ilmir Rasul pintu kota ilmu Rasul s.a.w ketika mentafsirkan kalimat ilmu berkata : " Ain " nya ilmu adalah dari illiyyin yang membawa manusia ke alam -alam atas dan tingkatan-tingkatan kerohanian yang merupakan khazanah terbesar.
" Lam "nya ilmu adalah isyarat kepada Lutf ( anugerah / grace ) Ilahi. " Mim " nya ilmu adalah petunjuk kepada Mulk ( Kekuasaan dan kerajaan ). Dunia dan akhirat.
( Kitab Ikhtisas )
Inilah makna " Likulli Syai'in Kanzun wa Kanzul Qur'an Inna Anzalnah..." bagi setiap sesuatu ada khazanah harta dan khazanah harta Al-Quran adalah Inna Anzalna...
Petua : Menulis " Bismillahir Rahmanir Rahim " di bahagian atas pintu rumah supaya terselamat dari kemusnahan .
" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat..
Nota :
1. Bantahan sekeras-kerasnya kepada akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan gambar-gambar tidak bersopan di dada akhbar saban hari dan memberi liputan utama kepada unsur-unsur yang tidak sihat seperti konsert " Budak Kanada (.Bieber ) ".
( Utusan 21 dan 22 April 2011 )
2. Aku nak tanya apa tindakan Jabatan Pendidikan, Pihak berkuasa agama dan lain-lain di negeri Melaka ke atas Pusat hiburan yang cuba merosakkan pelajar-pelajar dengan Parti Siswi Seksi ????
( Berita Harian Metro 19 April 2011 )
No comments:
Post a Comment