The Questions
1. Berikan takrif " Pandang Dunia " dan " ideologi ". Sila nyatakan perbezaan? ( Define "World view" and "ideology" and state the difference between them? )
2. Terangkan dua jenis pandang dunia yang umum? ( Explain the two types of world view ?)
3. Terangkan dua istilah umum dan khusus bagi Usuluddin? ( Explain the term " Usuluddin " the general and the " special " term? )
4. Apakah usul dan dasar yang sama dikalangan Agama-agama Samawi dan nyatakan sebab kepentingannya? ( What are the similar foundations between Divine Religions and mention the cause of the importance? )
5. Apakah beza " dasar-dasar Agama tertentu " dengan " dasar-dasar Agama dan mazhab " ? ( What is the difference between " foundation of specific Religion " and " foundation of religion and mazhab " ? ).
The handout in few points
(1) Usuluddin dan furu'uddin ( Roots and branches of Religion ).
Setiap agama mempunyai dua bahagian yang utama :
i. Aqidah ( dinamakan Usuluddin )
ii. Arahan-arahan amali ( hukum-hakam dan dinamakan Furu'uddin
yakni cabang-cabang agama )
(2) Pandang Dunia ( World View ) dan Ideologi
Pandang dunia ialah : Satu rangkaian Akidah dan pandangan-
pandangan yang umum serta seragam berkenaan kewujudan.
Ideologi pula ialah satu rangkaian pandangan yang umum serta seragam berkenaan tingkah laku manusia.
(3) Pandangan Dunia keTuhanan dan Pandang Dunia kebendaan ( Divine World view and Material world
view )
Terdapat dua jenis pandang dunia yang utama :
i. Pandang Dunia keTuhanan ( Divine World View )
ii. Pandang Dunia kebendaan ( Material World View )
( Materialisme Dialektika ) ialah satu aliran materialisme yang merupakan cawangan falsafah Marxisma.
Penggunaan istilah ( Pandang Dunia / World View ) adalah lebih luas dari aqidah agama dan merangkumi
kepercayaan-kepercayaan keTuhanan dan juga kebendaan.
(4) Agama-agama Samawi dan dasar-dasarnya ( Divine Religions and their foundations)
Sejarah kemunculan agama ialah serentak dengan kewujudan insan dan insan yang pertama ( Adam a.s )
ialah nabi dan penyeru ke arah keesaan Tuhan. ( Berlaku penyelewengan didalam agama-agama Samawi
disebabkan tindak-tanduk hawa nafsu diantaranya membataskan lingkungan agama kepada hubungan
manusia dengan Tuhan sahaja dan hukum-hakam agama kepada upacara-upacara tertentu sahaja
manakala siasah dan pentadbiran masyarakat dikatakan terkeluar dari ruang lingkup agama sedangkan
bahagian utama dari ajaran-ajaran Islam sebagai agama yang hak dan pilihan Tuhan bersangkut-paut
dengan hal ehwal sosial, ekonomi dan politik ).
Tauhid , kenabian dan akhirat adalah merupakan kepercayaan-kepercayaan yang paling utama bagi semua agama Samawi.
(5) Tiga dasar ini dengan menambahkan satu atau beberapa dasar lain kepadanya boleh menjadi ( dasar agama yang tertentu )
ATAU
(6) dengan menambah satu atau beberapa aqidah yang merupakan ciri-ciri bagi sesuatu mazhab akan menjadi ( dasar agama dan mazhab ) atau ( dasar-dasar aqidah sesuatu mazhab ).
Petua Ayatullah Syekh Mujtaba Qazwini : Membaca Ayatul Kursi 10 kali sehari dengan meletakkan tapak tangan diatas dada untuk taufik bagi orang beriman.
" PRAY FOR OPRESSED PEOPLE IN BAHRAIN, GAZA AND ALL OVER THE WORLD "
Solawat...
No comments:
Post a Comment