Sebahagian orang menyangka bahawa Akidah syiah tentang " Bada' " ialah , sesuatu perkara itu mungkin tersembunyi bagi Allah ( Nauzubillah !!! ) dan setelah berlalu suatu zaman atau waktu telah menjadi jelas dan nyata ( yakni Allah telah melakukan sebahagian perkara tanpa pengetahuan tentang perkara tersebut lalu menyesal !!! )
Apakah manusia berakal waras lagi alim ulama menyangka sedemikian tentang Tuhan ??? Apakah itu bukan kufur yang nyata ? kerana mengaitkan kejahilan kepada zat yang maha suci dan mengaitkan zat Allah sebagai ( Mahallun lil hawadith ) yakni tempat yang menerima perubahan ( satu hari tidak tahu tentang sesuatu manakala hari lainnya baru tahu ? ) .Kalau begini bagaimana Tuhan itu wajibul wujud sifatNya ?!
Jauh bumi dari langit dan jauh panggang dari api Syiah Imamiah ( dengan bersambung ) ( Bukan Imam Miah ) yang Sinar Harian tak reti tulis! ,mak cik Miah mana jadi Imam pulak dah ! ) bahkan mana-mana firqah dalam Islampun tak percaya kepada akidah karut-marut macam ini yang seratus peratus kejahilan dan kesesatan!!! ( Kalau Hangpa nak fitnah orang tu biarlah pakai otak sikit )
Kalau nak percaya kepada karut marut macam ni pun ada, yang nama ( Mujassimah ) yang kata Tuhan ada jisim macam aku dan Hangpa tapi aqidah ni jangan nak kata dari Deen ( ugama ) apalagi mazhab kerana ianya adalah khurafat , tahyul ( jangan mana-mana stesen tv hantu atau majalah jerangkung nak ambil buat drama hantu atau nak jadikan pelaris pulak ) nak sembang tentang akidah puak Mujassimah ni nantilah edisi khas ( SE=Special Edition ).
Adapun " Al-Bada' " yang Syiah percaya itu adalah dari rahsia (Asrar ) keluarga Nabi s.a.w dan dari ilmu-ilmu Ahlul Bait sehinggakan Ahlul Bait a.s mengatakan " Ma Ubidallahu Bi Shai'in Mislul Qaul Bil Bada' " " Ma arafallaha Haqqa Makrifatih Man Lam Yakrifhu Bil Bada' "
Sama sekali tidak menyembah Tuhan seperti orang yang percaya kepada bada' - orang yang tidak percaya kepada Bada' tidak mengenal Tuhan dengan betul ( dan hadith-hadith serta riwayat yang lain lagi )
p/s : Aku nak tanya , nak ambil ugama ini dari Tuhan , Al-Quran , Nabi , Ahlul Bait dan sahabat yang suci ke atau na ambil dari Yahudi , Nasrani atau orang yang bersekutu dengan depa dan mengajipun dengan hantu dan jembalang ??!!
ugama jadi komersil , ikut telunjuk paymaster dan orang punya kuasa ( Aku nak tanya kuasa Hangpa tu buleh lawan kuasa Tuhan ka?? ). Full Stop.
Bada' ini ialah berlakunya sesuatu peristiwa telah tertulis di Luh " Al Mahwi Wal Isbat " dan telah diberi tahu oleh malaikat kepada seorang Nabi tentang berlakunya suatu kejadian di masa hadapan lalu nabi tersebut pun beritahu kepada umat bahawa fulan kejadian akan berlaku tetapi bila sampai masanya kejadian itu tidak berlaku kerana peristiwa yang telah tertulis di Luh “ Al Mahwi Wal Isbaat ” itu boleh berubah dan berkemungkinan Allah dah hilangkan apa yang sepatutnya berlaku itu dan menggantikannya dengan kejadian dan peristiwa lain dan tiada siapa kecuali Tuhan yang Maha Mengetahui sahaja yang punya khabar tentang hakikat ini .
Kerana inilah Maqam “ Ilmun Maknun ” dan khas bagi Tuhan manakala Nabi dan malaikatpun tidak ada jalan kepadanya. Inilah peristiwa-peristiwa “ Lauh Mahfuz “ yang di dalam Al-Quran disebut “ Ummul Kitab “ ayat “ Wa Indahu Ummul Kitab ” Ar Ra’du 39. Tetapi para Anbiya’ dan malaikat hanya mengetahui hakikat-hakikat yang ada di “ Lauh Al-Mahw Wal Isbat ” sahaja tidak lebih dari itu ilmu mereka. Al-Quran berkata “ Yamhullah Ma yasha’ wa yusbit wa indahu Ummul Kitab ”
Mungkin ada orang kritik kata menyembunyikan hakikat dan menzahirkan yang selainnya oleh “ Lauh Mahw dan Isbat ” adalah satu tipu daya ! Ini kerja tak betul !!
Hendaklah anda beri perhatian bahawa perkara-perkara sebegini sudah pasti punya kemaslahatan dan hikmat-hikmat yang terkeluar dari kemampuan kefahaman kita. Supaya hakikat ini jelas sejelas-jelasnya kita bandingkan diantara “ Nasakh ” dengan “ Bada’ ”. Kita tahu bahawa “ Nasakh “nya hukum-hakam pada pandangan semua umat Islam adalah jaiz ( boleh ). Yakni mungkin sesuatu hukum telah diletakkan di dalam syariat dan umat dari zahirnya hukum tersebut memikirkan yang ianya adalah hukum yang abadi tetapi masa berlalu tiba-tiba Nabi sendiri mengumumkan nasakh ( pemansuhan ) hukum tersebut dan diganti dengan hukum yang lain.
Sudah pasti zahirnya hukum yang awal sebagai hukum yang abadi dan kemudian pemansuhan ( nasakh)nya punya hikmat dan maslahat.Bada’ juga sedemikian Cuma bada’ ialah di alam Takwin dan tentang peristiwa dan kejadian Takwini ( creation ) manakala bezanya “ Nasakh ” ianya berlaku dialam Tashri’ ( hal ehwal syariat dan deen/agama ).
Oleh itu sepertimana “ Nasakh ” mempunyai kemaslahatan dan hikmat, “ Bada’ ” dan menyembunyikan satu hakikat Takwini kemudian menzahirkannya dengan berlalunya masa juga mempunyai kemaslahatan yang mana tiadanya ilmu kita tentangnya tidak menghalang berlakunya ia.
Selain itu terdapat satu bentuk “ Bada ” yang timbul kesan dari berhubungnya roh Para Anbiya’ dengan alam atas yang berkemungkinan dengan perhubungan ini mereka mengetahui tentang berlakunya sesuatu kejadian tetapi tidak mengetahui tentang syarat-syarat dan halangan-halangannya.
Contohnya di dalam kisah Nabi Isa Al-Maseh a.s yang memberitahu bahawa fulan pengantin akan meninggal dunia di malam pengantin. ( yakni Ruh Nabi Isa yang suci hasil perhubungan dengan alam atas ) mendapat tahu perkara ini tetapi Nabi Isa a.s tidak tahu yang perkara ini akan terjadi sekiranya keluarga pengantin tidak bersedekah kepada orang faqir yang memerlukan , dalam kes ini ibu pengantin telah bersedekah kepada faqir dan pengantin terselamat dari kematian. Apabila ditanya kepada Nabi Isa a.s beliau menjawab mungkin anda telah bersedekah yang menolak bala-bala yang telah ditentukan! Begitu juga kes-kes lain seperti ini.
Kadangkala faedah peristiwa –peristiwa sebegini ialah untuk menguji kesediaan individu-individu dijalan ketaatan kepada perintah Tuhan seperti di dalam peristiwa Nabi Allah Ibrahim a.s diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail a.s.
Asasnya jika tiada hakikat “ Bada’ ” tidaklah bermakna Doa , Syafaat dan sedekah untuk mengenepikan kesusahan dan bencana begitu juga tidak bermakna tangisan para nabi dan Auliya’ Allah , Khauf serta ketakutan mereka sehinggakan mereka walaupun sesaat dan sekelip mata tidak melangkah di jalan yang bercanggah dengan perintah Tuhan tetapi takut akan hakikat-hakikat yang ada di dalam ilmu Maknun ( ilmu yang tersembunyi )nya Allah.
p/s : Bukan ilmu yang tersembunyi bagi Allah yang orang tak reti apa orang cakap nak tuduh bukan-bukan kemudian nak tulis yang satu mesta alam mau gelak kat Hangpa.
Haa, Ilmu Allah yang tersembunyi bagi kita. Mereka takut jangan-jangan berlaku kejadian-kejadian yang mengubah keadaan mereka. Inilah ilmu yang “ Bada’ ” itu berpunca dari sini.
Beginilah penjelasan Al-Marhum Allamah Syekh Muhammad Hussin Kashiful Ghita’ lahir tahun 1294 Hijrah wafat tahun 1373 Hijrah ( 59 tahun lepas ) tentang Aqidah tentang “ Bada’ ”tapi dengan dialek kampung saya.
Wassalam...
Petua Ayt Kashmiri : Mengamalkan bacaan Surah “ Al-Fath ” perlu untuk menyingkap hijab-hijab kalbu.
“Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia ”
Solawat...
Assalamualaikum Mohd Kamilzuhairi, mohon dibuat kajian tentang Khadijah a.s kerana artikel-artikel yang ada hanya memuatkan cerita tanpa kajian seperti umurnya , perkahwinannya dll. Betulkah umurnya 60 semasa melahirkan Fatimah a.s dan apakah beliau seorang janda..
ReplyDelete