Thursday 31 March 2011

Ya Allah lindungilah kami !!



  Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah membantu mazlumin di seluruh pelusuk dunia terutama di Bahrain dan lindungilah mukminin dimana sahaja mereka berada dari angkara syayatin jin wal ins ( jin dan manusia ) ALLAZI YUWASWISU FI SUDURINNAS MINAL JINNATI WANNAS ( An-Naas ).

'' Allahhummaj'alni fi Dir'ikal Hasinah Allati Taj'alu fiha Manturid " !!!

'' Allahhummaj'alni fi Dir'ikal Hasinah Allati Taj'alu fiha Manturid '' !!!

'' Allahhummaj'alni fi Dir'ikal Hasinah Allati Taj'alu fiha Manturid '' !!!


Nota 2 : Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Menteri Besar Selangor, Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama, pihak Polis terutama Balai Polis Gombak Setia, Cawangan Khas, Bahagian Siasatan Jenayah, Peguam-peguam Pemerhati dan semua mereka yang berkenaan didalam menyekat dari berlaku provokasi di forum '' Benarkah Sesat Debat atau Tangkap '' di Auditorium Karangkraf ShahAlam pada 31 mac 11.
              Walaubagaimanapun kami mengecam sekeras-kerasnya penyebaran meluas majalah '' i terbitan Karangkraf Bil. 100 FEB 2011 yang sebanyak 18 muka surat memuatkan fitnah-fitnah dan provokasi terhadap 500 - 600 juta umat Islam yang bermazhab Syiah di seluruh dunia.  Semoga mereka yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya diatas agenda yang cuba menggugat perpaduan umat Islam di penghujung bulan Rabi'ul Awwal & Rabi'ul Akhir ( bulan yang sangat mulia Maulid Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan Maulid cucunda baginda Imam Jaafar Sadeq a.s guru segala imam-imam mazhab didalam Islam )

Petua : Dengan berselawat keatas Nabi dan AhlulBait jalan-jalan yang tertutup akan terbuka. 

International Section

(English Translation)

Our deepest appreciation to our Prime Minister, Selangor Chief Minister, Minister (Religious Affairs) at Prime Minister Department., Gombak Setia Police Station, Special Branch, CID, lawyer observers, and to those involved in avoiding provocative planned event (based on the information obtained from secretariat official of forum titled "Benarkah Sesat [Debat atau Tangkap]" or Deviant [Debate or Arrest]? which was held today, March 31, 2011 at Karangkraf Auditorium, Shah Alam. This forum  has gathered around 300 participants, paneled by Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Perlis State Ex-Mufti), and two other panelists.


We, however, strongly condemn the 'free' distribution of an 18 pages local magazine named "Majalah i" 100th issue, dated February 2011 defaming and provoking 500 to 600 million Shiite Moslem's all around the world. 


We believe that this is another evil agenda as part of the Zionist conspiracy against Islamic brotherhood and unity. We pray the success and the assistance of Allah and the attention of Imam Mahdi to all the oppressed especially our brothers and sisters in Bahrain, Libya, Yemen and all over the world. 


Solawat







Wednesday 30 March 2011

Dari wasiat Imam Mahdi a.s kepada para pengikutnya




     
   Semoga Allah menghindarkan kami dan kalian dari segala fitnah dan menganugerahkan kepada kami dan kamu semua roh keyakinan serta memelihara kami dan kamu semua dari akibat buruk. Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku, bahawasanya terdapat sebilangan daripada kalanganmu telah dihinggapi penyakit syak wasangka terhadap agama dan merasa ragu tentang para pemilik urusan mereka .Khabar berita ini telah menimbulkan rasa dukacita yang amat sangat keatasmu tetapi bukan keatas diri kami dan kami merasa sedih akan diri kamu tidak diri kami. Kerana Allah Ta'ala sentiasa bersama-sama kami. Kami tidak berhajat kepada sesuatu pun selain Allah. Sesungguhnya kebenaran sentiasa berada bersama kami, dan kami sama sekali tidak merasa takut sekiranya manusia tidak mengendahkan kewujudan kami. Sesungguhnya kami adalah ciptaan Allah Ta'ala dan segala ciptaannya berada dibawah naungan kami. Perintah Allah tidak bakal ditewaskan dan rahsianya tidak harus dinyatakan, sudah pasti hak kami akan menjadi jelas dan terang ke atasmu, yang membuatkan akalmu terpegun seta hilang keraguan. Setiap apa yang dikehendaki Allah, pasti akan berlaku. Setiap tempoh itu ada penghujungnya.

     Maka bertaqwalah kepada Allah dan berserah dirilah kepada kami. Serahkanlah urusan kepada kami yang mana pengeluarannnya dan pengambilannya terpulang kepada kami. Sekiranya kami tidak mahukan kebaikan, rahmat dan kasih sayang tersebar ke atas dirimu, sudah pasti kami tidak akan berbicara denganmu.
(Biharul Anwar jilid 53 m/s178)

     Sekiranya para pengikut kami ( moga-moga Allah memberikan taufiq kepada mereka untuk mentaatinya ) bersatu hati dalam menunaikan perjanjian mereka, nescaya tidak akan lambat keberkatan dari mereka  untuk bertemu dengan kami, dan mereka akan segera dikurniakan dengan kebahagiaan pertemuan dengan kami dengan hakikat makrifat dan kebenaran. Tidak ada sesuatupun yang dapat menjauhkan kami dari mereka, melainkan apabila sampai kepada kami amalan-amalan yang tidak bersesuaian dengan kami yang kami tidak menyukainya dari mereka. Hanya kepada Allah s.w.t  kami meminta pertolongan, dan Allah memadai bagi kami dan sebaik- baik tempat berlindung.
( Biharul Anwar jilid53 , m/s177 )
                
      Walaupun kami telah memilih tempat perlindungan yang jauh daripada kediaman orang-orang yang zalim selagi mana pemerintahan dunia berada di dalam tangan orang-orang yang fasik berdasarkan kemaslahatan yang Allah lihat untuk kami dan para pengikut kami. Sesungguhnya kami mengetahui perkhabaran-perkhabaran kamu dan tidak ada sesuatu pun dari berita-berita kamu yang tersembunyi dari diri kami. Dan kami juga mengetahui akan kehinaan yang mendatangi ramai dari kalangan kamu dimana mereka menuju kepada sesuatu yang mana orang-orang soleh terdahulu berpaling darinya dan mengenepikan perjanjian mereka.( Mereka seakan-akan lalai daripada perkara itu), kami sentiasa memerhatikan kalian dan tidak lupa mengingati kalian. Sekiranya tidak sedemikian sudah pasti kalian ditimpa kesusahan dan musuh-musuh akan terus menzalimi kalian. Oleh yang demikian takutlah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar...maka beramallah setiap seorang daripadamu dengan sesuatu yang mendekatkannya dari kasih sayang kami. Dan jauhilah segala perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan kami kepada mu. Kerana kezuhuran dan kemunculan kami sesungguhnya akan berlaku secara tiba-tiba .Ketika itu taubat tidak memberi sebarang erti lagi. Dan penyesalan tidak akan menyelamatkannya daripada azab dosanya yang telah lepas.
( Biharul Anwar jilid53,m/s175 )

Solawat..

ADUAN RAKYAT KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR



  

29hb. Mac 2011

Kepada :
Tan Sri Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel.: 03-55141119
Faks: 55190032

Daripada :
Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz
 9C, Jalan SG3/16, Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.


PERKARA: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK KOMUNITI MASYARAKAT PENCINTA AHLUL BAYT A.S (SYIAH IMAMIYYAH) MALAYSIA.

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

Saya sebagai wakil para Komuniti Masyarakat Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia ingin memohon perlindungan berdasarkan hak-hak kami sebagai warga negara Malaysia. Kami adalah masyarakat minoriti yang telah diabaikan dan tidak dipedulikan sekian lama.
Kami memohon dengan penuh perhatian Yang Amat Berhormat Tan Sri, untuk menjamin dan melindungi hak kebebasan beragama dan kepercayaan kami seperti hak kebebasan yang sama telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, Pagan atau lain-lain agama dan etnik.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat Tan Sri, terdapat sejumlah kecil etnik Melayu yang sememangnya mengamalkan ‘Mazhab Ahlul Bayt’ atau Syiah Imamiyyah (Mazhab fikah kami: Ja’fari) secara turun-temurun sejak nenek moyang. Mazhab yang sama dianuti lebih 500 juta umat Islam seluruh dunia. Walaubagaimanapun keberadaan kami kurang diketahui kerana tiadanya kajian terperinci dan tersusun oleh sarjana dunia Melayu serta tiadanya dialog dari pihak-pihak yang berkenaan.
2.        Kami memohon Yang Amat Berhormat Tan Sri untuk meneliti kandungan surat kami ini. Perlu ditegaskan di sini kami minoriti Syiah di Malaysia, tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.
3.     Kami para Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia selama ini tidak pernah minoriti menggugat keselamatan negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dalam siaran akhbar Utusan Malaysia 20hb Disember 2010, bahawa kewujudan ajaran Syiah tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kami sekali lagi ingin mengikrarkan taat setia untuk tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, terror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir yang berunsur militan, terror dan ganas.
Bahkan kami sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia kepada Yang Dipertuan Agong. Kami juga tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
4.      Kami berterima kasih di atas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Baharom (B) yang menyatakan bahawa penganut Syiah boleh beramal dengan pegangan mereka.
5.   Kami disini ingin mengadu kepada Tan Sri berkenaan forum bertajuk ‘Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap’ yang akan diadakan pada 31hb Mac 2011 bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2 Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (Sila rujuk kepada lampiran salinan laporan polis bertarikh 27 Mac 2011).
Sekian, Wassalam.

Yang Benar,


(Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz)
E-mail: kamilzuhairi@gmail.com         


ADUAN RAKYAT KEPADA PERDANA MENTERI




  

29hb. Mac 2011

Kepada :
Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
 Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian Am : 03-8888 8000


Daripada :
Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz
 9C, Jalan SG3/16, Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.


PERKARA: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK KOMUNITI MASYARAKAT PENCINTA AHLUL BAYT A.S (SYIAH IMAMIYYAH) MALAYSIA.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

Saya sebagai wakil para Komuniti Masyarakat Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia ingin memohon perlindungan berdasarkan hak-hak kami sebagai warga negara Malaysia. Kami adalah masyarakat minoriti yang telah diabaikan dan tidak dipedulikan sekian lama.
Kami memohon dengan penuh perhatian Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, untuk menjamin dan melindungi hak kebebasan beragama dan kepercayaan kami seperti hak kebebasan yang sama telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, Pagan atau lain-lain agama dan etnik.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, terdapat sejumlah kecil etnik Melayu yang sememangnya mengamalkan ‘Mazhab Ahlul Bayt’ atau Syiah Imamiyyah (Mazhab fikah kami: Ja’fari) secara turun-temurun sejak nenek moyang. Mazhab yang sama dianuti lebih 500 juta umat Islam seluruh dunia. Walaubagaimanapun keberadaan kami kurang diketahui kerana tiadanya kajian terperinci dan tersusun oleh sarjana dunia Melayu serta tiadanya dialog dari pihak-pihak yang berkenaan.
2.        Kami memohon Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk meneliti kandungan surat kami ini. Perlu ditegaskan di sini kami minoriti Syiah di Malaysia, tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.
3.     Kami para Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia selama ini tidak pernah minoriti menggugat keselamatan negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dalam siaran akhbar Utusan Malaysia 20hb Disember 2010, bahawa kewujudan ajaran Syiah tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kami sekali lagi ingin mengikrarkan taat setia untuk tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, terror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir yang berunsur militan, terror dan ganas.
Bahkan kami sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia kepada Yang Dipertuan Agong. Kami juga tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
4.      Kami berterima kasih di atas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Jamil Khir B. Baharom (B) yang menyatakan bahawa penganut Syiah boleh beramal dengan pegangan mereka.
5.   Kami disini ingin mengadu kepada Dato’ Sri berkenaan forum bertajuk ‘Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap’ yang akan diadakan pada 31hb Mac 2011 bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2 Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (Sila rujuk kepada lampiran salinan laporan polis bertarikh 27 Mac 2011).
Sekian, Wassalam.

Yang Benar,


(Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz)
E-mail: kamilzuhairi@gmail.com        






Tuesday 29 March 2011

Saat-saat yang dinantikan



    Setiap penganiayaan atau kezaliman yang berlaku adalah disebabkan oleh salah satu faktor berikut :
Pertama , keperluan kepada sesuatu yang di miliki oleh orang lain yang  dapat dicapai dengan merampasnya dari seorang.

    Kedua , ketidakmampuan untuk sampai kepada sesuatu matlamat atau mengenepikan sesuatu kemudaratan  dan kemerbahayaan kecuali dengan jalan pencerobohan dan campur tangan didalam hak atau urusan orang lain.

    Ketiga , kejahilan akan  betapa buruknya  akibat  pencerobohan dan kezaliman tersebut.

     Keempat , kejelekan-kejelekan jiwa nafsani didalam diri seseorang penganiaya seperti kebencian terhadap sesuatu kaum atau seseorang , rasa permusuhan , kesukaan yang melampau terhadap sesuatu, iri hati, ketakutan dan lain-lain yang menyebabkan  penganiayaan berlaku keatas sesuatu pihak.

    Maka itu, Allah Taala yang pertama- Maha Kaya ,kedua Maha Berkuasa, ketiga Maha Mengetahui dan keempat Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan keaiban serta Maha Sempurna, tidak mempunyai sebarang sebab atau motif untuk melakukan walau sekecil-kecil kezaliman dan penganiayaan.

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim walau sebesar zarah"
(An-Nisa' 40)

"Dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambanya"
(Ali Imran 128)

   1.  Kita menyaksikan petanda-petanda keadilan Ilahi kerana Allah memberi ganjaran dan balasan kepada sekecil-kecil kebaikan dan kejahatan.

"Barangsiapa yang melakukan sekecil-kecil zarah kebaikan akan melihatnya dan barangsiapa yang melakukan sebesar zarah kejahatan akan melihat balasan kejahatan itu"
(Zilzal 7-8).

    2.Semua manusia disisi Allah adalah sama kecuali orang-orang yang lebih ketakwaan mereka.

"Sesungguhnya yang lebih mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa dikalangan kamu".
(Al-Hujurat13).

   3.Allah memerintahkan umat manusia untuk berlaku adil. ( lihat An-Nahl:90 ).

   4.Allah memberi segala nikmat-nikmat dan keperluan kehidupan manusia.

   5.Penyaksian ayat-ayat Al-Quran akan keadilan Tuhan.

Pengajaran.
Kepercayaan kepada keadilan Tuhan terkandung didalamnya tuntutan keadilan individu dan keadilan masyarakat kerana setiap yang adil mahukan keadilan dari yang lainnya dan bencikan kezaliman dan orang yang percaya bahawa Tuhan itu Maha Adil juga percaya bahawa Tuhan mahukannya supaya berlaku adil didalam semua urusan dan juga percaya bahawa seperti firman Allah "Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka wali dan tidak pula penolong" ( Syura:8 )
Para penganiaya dan penzalim dengan apa sahaja zahir dan penampilan yang ada bersiap sedia untuk menerima akibat tingkah laku perbuatan mereka.

Petua Ayatullah Nakhudaki : Bacalah seratus ayat suci Al-Quran dan tujuh kali  "YA ALLAH" dengan izin Allah bakal mampu walau mengalihkan batu-batu  yang teramat besar dari tempatnya.

Doa:YA ALLAH , BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN DAN LINDUNGILAH KAMI DARI 
        ANGKARA MUSUH-MUSUHMU. MUSUH NABI, MUSUH AHLUL BAIT, MUSUH UMAT
        ISLAM , MUSUH GOLONGAN TERTINDAS DAN GAGALKAN RANCANGAN MEREKA
        YANG DURJANA. AMIN.
Solawat...

Monday 28 March 2011

Police Report On Latest Provocation Against Shiite In Malaysia





ADUAN POLIS TENTANG PROVOKASI TERKINI KE ATAS SYIAH DI MALAYSIA


  This Police report was lodge by one of the community shiite on 27th March 2011. This report based on one of the advertisement published in Sinar Harian which is one of the local newspaper. From the advertisement, the forum will be held on 31st March 2011 at Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor. This forum organize by Sinar Harian collaboration with Majalah i. When he called someone from the organizer of this forum name Ahmad Yani he had been told this forum will be discuss about Shia by one of the panel Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin. The organizer said that Dr. Mohd Asri will be talk about "enforcement against Shia doctrine". According to information given by the organizer, the community feel that the forum will threat the peace and unity among the Muslim community in Malaysia. This forum against the statement given by Minister of the Prime Minister Department Senator Dato' Seri Major General Jamil Khir Bin Baharom (B) whom said in the House of Parliament Malaysia that "..shiite can practice their faith..". So this community feel that this provocation forum is irrelevant to be held and ask the police to investigate.

" YA ALLAH BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN DAN LINDUNGILAH KAMI DARI ANGKARA MUSUH-MUSUH MU, MUSUH NABI, MUSUH AHLUL BAIT, MUSUH UMAT ISLAM, MUSUH GOLONGAN TERTINDAS DAN GAGALKAN RANCANGAN MEREKA YANG DURJANA, AMIN." 

SOLAWAT


Sunday 27 March 2011

Salasilah Ilmu dan kuburan tak bertanda



    Ibnu Abil Hadid Al-Muktazili berkata : Sesungguhnya anda mengetahui bahawa ilmu yang paling mulia ialah ilmu keTuhanan kerana kemuliaan ilmu itu diukur dari kemuliaan maklumnya ( yang merupakan subjeknya ). Dari kata-kata ( Ali bin Abi Talib ) diambil, dinukil, dan berakhir dan darinya juga bermula.

     Sesungguhnya Muktazilah -( yang merupakan ahli Tauhid dan keadilan Ilahi dan merupakan yang empunya pandangan yang manusia lainnya mempelajari kaedah ini dari mereka ) adalah murid-muridnya dan sahabat-sahabatnya kerana pembesar mereka Wasil bin Ata' adalah murid kepada Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Ibnu Hanafiah dan Abu Hashim adalah murid ayahnya dan ayahnya adalah murid Ali bin Abi Talib. Dan adapun Ash'ariyyah susur galur mereka sampai kepada Abu Hassan Al-Ash'ari murid Abu Ali Al-Jubba'i yang merupakan salah seorang dari pembesar Muktazilah. Maka Ash'ari pun akhirnya sampai kepada guru Muktazilah, Ali bin Abi Talib .Manakala Imamiah dan Zaidiah maka perkaitan mereka dengan Ali bin Abi Talib adalah jelas.

      Diantara ilmu-ilmu ialah ilmu Fekah, Ali bin Abi Talib adalah asasnya kerana sahabat-sahabat Abu Hanifah seperti Abu Yusof, Muhammad dan selain mereka telah berguru kepada Abu Hanifah dan Syafii berguru kepada Muhammad bin Hassan yang kembali Fekahnya kepada Abu Hanifah manakala Ahmad bin Hanbal berguru kepada Syafii yang kembali Fekahnya kepada Abu Hanifah yang berguru kepada Jaafar bin Muhammad As-Sadiq yang berguru kepada ayahnya Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Husein sehingga sampai kepada Ali bin Abi Talib.  Adapun Malik bin Anas berguru kepada Rabeah yang berguru kepada Ikrimah dan Ikrimah kepada Abdullah Ibni Abbas dan Ibni Abbas kepada Ali bin Abi Talib dan begitu juga Fekah Syafii boleh disusurgalurkan kepada Ali melalui Malik. Adapun kembalinya fekah syiah kepadanya adalah jelas.( Syarah Nahjul Balaghah ibnu Abi Hadid jilid 1 m/s23 )

        Maka itu Ali bin Abi Talib, Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Ja'far As-Sadiq, Imam Ali Ridha dan lain-lain tokoh Ahlu Bait rasul s.a.w yang memperkenalkan diri mereka sebagai " tarjuman wahyillahu " yakni para penterjemah wahyu Ilahi adalah nama-nama yang tidak terpisah dari sumber-sumber ilmu dan keintelektualan. Imam Ja'far bin Muhammad As-Sadiq ( 83H-148H ) yang dikebumikan di kuburan tak bertanda di Baqi' Madinah Munawwarah telah diracun dengan arahan khalifah Abbasiah Al-Mansur. Imam Sadiq telah mendapat kesempatan yang banyak untuk berdakwah ditengah-tengah kebangkitan-kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan Bani Umayyah dan kekuasaan Bani Abbas dan ilmuan-ilmuan yang ramai didalam berbagai disiplin ilmu telah dididik oleh beliau. Seramai 4 ribu para Muhaddith ulama dan ilmuwan telah berguru kepada beliau dan susur galur keilmuwan Imam mazhab-mazhab fekah didalam Islam kepada Ali bin Abi Talib adalah melalui Imam Ja'far As-Sadiq. ( Sihahul Akhbar ms 44, Dauruls Sadiq fi imamatil Islam wal muslimin ).

      Di antara murid beliau yang tersohor ialah " Geber " Jabir ibnu Hayyan bapa kimia moden yang telah menulis sebuah kitab di dalam seribu helaian yang mengandungi 500 risalah Imam Ja'far Sadiq didalam ilmu kimia. Jabir ibnu Hayyan adalah salah satu dari keajaiban dunia di mana seorang ilmuan dapat menulis sebanyak 3900 tulisan didalam berbagai disiplin ilmu.
*Jabir bin Hayyan Al-Azdi ( 103-200H ) dilahirkan di Tus, Parsi kemudiannya berpindah ke Kufah dan Baghdad. Jabir kemudiannya bekerja di istana khalifah Harun arRashid dan mendapat dokongan Perdana Menteri al Barmaki. ( Kecermelangan ilmu dalam sejarah dan tamadun m/s63, Fadlullah Shuib ).

      Imam Abu Hanifah pernah berkata :
Ja;far ibnu Mohammad adalah seorang yang paling fakeh yang pernah kulihat.
( Jami' Masanid Abi Hanifah 222/1 )

      Imam Malik bin Anas berkata :
Tidak pernah mata melihat, telinga mendengar dan terlintas di dalam hati seorang yang lebih afdal dari Ja'far ibni Muhammad As-Sadiq dari segi ilmu, ibadah dan wara'. ( Tahzibut Tahzib 104/2 ).

       Telah berkata khalifah Abbasiah Abu Ja'far Al-Mansur:Tidaklah terdapat di kalangan Ahlul Bait nabi kecuali adanya Muhaddats ( Orang yang dibicarakan malaikat ) dan Ja'far bin Muhammad adalah muhaddats pada zaman ini. (Tarikh ya'qubi ).

      Ini adalah satu pengiktirafan dari khalifah Abbasiah kedua akan keunggulan keilmuan Ahlul Bait s.a.w setelah pemerintahan Abbasiah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah dengan slogan "mendapatkan keridhaan keluarga Nabi Muhammad" dalam meraih simpati keturunan Alawi dan rakyat jelata umat Islam ketika itu. ( Muhadharat Fit Tarikh al Islami 33/3, Dirasat wa Buhuth Mu'tamar Imam Sadiq m/s 208  ).

Sabda Rasulullah s.a.w :
Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya maka barangsiapa kepingin masuk ke kota, masuklah melalui pintunya.
(mustadrak Sahihain Al-Hakim 126/3 )

Petua Ayt Amjad : Mungkin dengan hanya sekali solawat Alla Taala memberi semua hajat-hajat kita.

" YA ALLAH BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN DAN LINDUNGILAH KAMI DARI ANGKARA MUSUH-MUSUH MU , MUSUH NABI ,  MUSUH  AHLUL BAIT, MUSUH UMAT ISLAM , MUSUH GOLONGAN TERTINDAS DAN GAGALKAN RANCANGAN MEREKA YANG DURJANA  , AMIN "
Solawat.. 

Saturday 26 March 2011

Pembahagian-pembahagian Ilmu (Divisions of Knowledge)


                                                -Universiti Teknologi Mara-

                                         

"Apakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?"
(Al-Quran)

Rajah A

  ILMU

                     1. Teori ( Nazari )                                                        

-Perkara-perkara yang dapat diketahui dan dikenali       

1.1) Ilmu-ilmu Tabii ( Tabi'iyyat )                                   
-Perkara-perkara yang topiknya ialah alam benda                                          

1.2) Ilmu-ilmu matematika ( Riyadiyyat )                                                                                                      
-Perbahasan-perbahasan yang topiknya ialah digit.                                                                            

1.3) Ilmu-ilmu Metafizika dan keTuhanan ( Ilahiyyat )                
-Perbahasan yang topiknya ialah kewujudan dan keTuhanan.
                                                                                                                              
                  2.Praktis ( Amali )
-Perkara-perkara yang hendaklah dilakukan.

2.1) Ilmu Tadbir Rumah tangga ( Manziliyyat )

2.2) Ilmu Politik ( Siyasiyyat)
-Pentadbiran hal ehwal Masyarakat

2.3) Ilmu Akhlak ( Akhlaqiyyat )
-Pengetahuan tentang situasi jiwa, kaedah untuk menghiaskannya dengan sifat-sifat murni dan mengikis sifat-sifat terkeji.
                                                                                              
Rajah B 

  ILMU 
1) Rasional / Ilmu-ilmu akli yang bersumber akal fikiran ( Ma'qulat  )seperti Sains dan Filsafat.          

  2) Traditional / revealed / Ilmu periwayatan ( manqulat ) seperti sejarah yang diriwayatkan atau ilmu Hadis yang diriwayatkan dari sabda Nabi s.a.w.
                                                                                                    

Rajah C

ILMU PENGETAHUAN ISLAM
1) Akidah ( tentang pemikiran )
2) Ahkam Fiqh ( tentang amal perbuatan )
3) Akhlak ( tentang kejiwaan )

Petua: Ayatullah Sayyid Hashim Haddad: Zikir Nabi Yunus a.s "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" dengan bersujud adalah berkesan untuk mengenal diri ( Makrifatun Nafs ) dan mengenal Tuhan ( MakrifatuLLAH ).
     
"YA ALLAH BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN" 

Solawat...

Friday 25 March 2011

Rawatan doa, membuka pintu alam ghaib



  Al-Marhum Imam Khomeini: Ubat-ubatan Illahi dan Tawassul-tawassul kepada perkara ghaib ialah apabila tabiat dan sebab-sebab tabie yang yang semuanya adalah kilang-kilang ilahi dan para petugas qudrat ilahi berhenti beroperasi dan telah terputus jalan-jalan penyebab yang zahir, rawatan doktor-doktor serta ubat-ubatan mereka tidak berfungsi ketika itu Tuhan membuka sebuah jalan harapan kepada hamba-hambanya supaya mereka tidak kecewa terhadap Tuhan dan sebab-sebab yang ghaib dan jangan hanya menambat hati kepada tabiat dan kesan-kesan tabiat serta jangan lupa dan lalai kepada Tuhan serta pentadbir alam ini. Ketika itu istishfa' (mohon kesembuhan) ini adakalanya diterima...dan bukanlah Tuhan mahu melumpuhkan perjalanan tabiat ini dan memusnahkan sunnah tabiat yang kukuh. Ketika itu tiada pertentangan di antara penggunaan sebab-sebab tabie, berjumpa doktor dengan bertawassul kepada Tuhannya alam dan tabiat kerana perjalanan tabiat juga adalah dari manifestasi kudrat Tuhan dan Tuhanlah yang memberi khasiat kepada setiap ubat. Apakah kesan ubat-ubat dari kilang ini kepunyaan ubat itu sendiri?

      Doktor-doktor besar seperti Ibnu Sina percaya kepada perawatan rohani yang mana ada kalanya perawatan-perawatan ini berfungsi lebih baik dari perawatan kedoktoran.
Pandangan ini disokong oleh cendikiawan dan doktor-doktor besar Eropah hatta telah dinukilkan dari mereka sekiranya seorang pesakit beberapa kali berkata aku telah sembuh, perkara ini berkesan ke atas kesembuhan pesakit dan jika pesakit percaya kepada kesembuhannya secara sempurna betapa kepercayaannya ini menjadi penyebab bagi kesembuhannya. Asas bagi kepercayaannya ini adalah kekuatan pengaruh ke atas badan.
   
      Apabila kesibukan-kesibukan indera telah berkurangan, tidak jauh sekiranya terhasil bagi roh kesempatan-kesempatan apabila ia selesai dari urusan takhayyul dan imaginasi ia terbang menuju kekudusan lalu terhasil maka berlaku perencanaan alam ghaib keatasnya sedang mereka dalam keadaan ketiduran atau kesakitan....maka jika ruh telah kuat secara  essensinya dimana ia punya penguasaan keatas persekitaran, tidak jauh kalau kesempatan ini berlaku di dalam keadaan juga.(Imam Khomeini , Kashful Asrar, 41-53)

     Dengan takbir dan mengulanginya, terhasil satu perjalanan, dengan tahmid dan tasbih serta mengulanginya terhasillah satu perjalanan dan peningkatan tingkatan-tingkatan tauhid.

     Jika tiada hudhur,hati kesana dan ke mari maka ia bukanlah berada di dalam takbir, tahmid dan tasbih...maka perjalanan tidak terhasil, hanya sekadar lidah yang mengucapkan kata-kata, kehadiran yang seadanya dan faedah yang seadanya sahaja.

Imam Khomeini r.a: 
      Tujuh puluh atau empat puluh atau tujuh atau sekali Surah Al-Fatihah dibaca kepada orang sakit dimana telah dinukilkan dari Imam Sadiq a.s: 
      Jika Surah Hamd dibaca tujuh puluh kali kepada orang mati jika ruh kembali ke badannya janganlah anda merasa pelik. 
(Urwatul Wuthqa dengan Ta'liq Imam Khokeini m/s 117) 
  
Untuk menghayati fenomena dan hakikat doa, lihatlah Surah Maryam ketika Nabi Allah Zakaria berdoa kepada Tuhan memohon zuriat ketika usianya telah lanjut dan isterinya mandul lalu Allah memperkenankan doa beliau. 
(Surah Maryam 1-15) 

Doa. 
Telah diriwayatkan dari Imam Musa Al-Kazem a.s : 
Bagi setiap penyakit ada ubatnya, Beliau ditanya tentang perkara ini lalu berkata: Bagi setiap penyakit ada doanya, apabila pesakit itu diilhamkan doa maka Allah telah memberi izin untuk kesembuhannya. 
Beliau berkata :Doa yang afdhal adalah Solawat ke atas Muhammad dan keluarganya s.a.w  kemudian doa untuk saudara-saudara, kemudian doa untuk dirimu dan yang paling hampir seorang hamba itu kepada Allah ialah ketika bersujud. 
(Makarimul Akhlak m/s 389) 


Petua Al-Marhum Ayatullah Uzma Bahjat r.a untuk rawatan turbah, bagi kesembuhan penyakit (Hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau). Menurut Al-Marhum Ayatullah Bahjat lakukan perkara ini dengan niat sekiranya kematian pesakit anda belum lagi satu kepastian semoga disembuhkan oleh Allah:
1-Campurkan sedikit turbah Sayyidu Syuhada a.s dengan air zam-zam dan bacakan 70 kali Surah Al-Hamd dan berikan pesakit minum setiap hari beberapa kali sehingga sembuh. 
2-Berikan sedekah untuk beberapa fakir walaupun sedikit. 
3-Bacakan setiap hari 7 kali Al-Fatihah dan niatkan untuk kesembuhannya. 
4-Sesiapa yang menziarahi pesakit pesakit bacakan sekali Al-Fatihah untuk kesembuhannya. 
5-Bawakan pesakit untuk menziarahi maqam Ma'sumin dan jika tidak boleh, niatkan yang ia menziarahi maqam dan bacalah ziarat dan memadai  ziarah itu dengan meniatkan untuk kesembuhannya. 
6-Bacalah kisah musibah yang menimpa Ahlul Bait sehingga pesakit tersentuh perasaannya. 
7-Bacalah Hadith Kisa' berkali-kali untuk kesembuhan pesakit (dan semasa membacanya bakarlah kayu gaharu di dalam majlis tersebut) 
8-Sembelihlah kambing biri-biri sebagai nazar untuk diberi kepada fakir-fakir. 
9-Pesakit kerjakan 2 rakaat solat hajat setelah solat Subuh dan baca doa ini 3 kali:
"Allahummashfini Bi Shifaika wa daa wini bi dawaika wa aafini bi afiatika min balaika fainni abduka wabnu abdika"
Kemudian sebut sekali: 
"Bihurmatil imamil kazim." 
Solawat..

Thursday 24 March 2011

Jalan-jalan pembuktian



Soalan:Apakah jalan yang anda pilih untuk membuktikan kewujudan Tuhan bagi para pelajar?

Jalan-jalan yang di pilih:
1.Dalil ketertibaan dan susunan alam 
   (a)Sistem dan susunannya yang ada di dalam penciptaan manusia dan pada binaan badannya seperti sistem pernafasan, pengaliran darah , sistem pemakanan , pembiakan dan lain-lain adalah tanda bagi adanya pemberi sistem dan penyusun yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.

   (b)Peredaran sistem solar dan planet-planet yang tersusun umum.

   (c)Sistem alam yang umum dan keseragaman alam.

2. Asal ( Causality/Sebab-musabab )
(a)Setiap benda yang wujud ( fenomena ) perlu punca dan sebab. Keseluruhan alam juga tidak terlepas dari    kanun ini , dari kesan kita memahami puncanya. Bila kita melihat fenomena-fenomena alam kita memahami pencipta mereka

   (b)Rangkaian punca -punca (causes) perlu berhenti pada satu punca. Daur(Putaran punca-punca) dan
        Tasalsul (Rantaian punca-punca) adalah batil.

   (c) Sistem alam yang umum dan keseragaman alam.

3.Dalil Fitrah :Perhatian kepada pencipta alam adalah kehendak batin dan fitrah manusia.

4. Dalil Imkan dan Wujub : Setiap yang kita lihat didalam alam ini zatnya adalah Mumkin yakni ia tidak jadi
   dengan sendirinya. Hendaklah ada satu punca yang berdikari yang mana benda-benda lain bergantung
   kepadanya dan wujud dengan Iradah dan kurniaannya.

5. Dalil Harakah (pergerakan): Alam ini dipenuhi dengan pergerakan . Pergerakan umum ini perlukan
   penggerak. Dialah Tuhan.

6. Kiraan kemungkinan
   Timbulnya fenomena tidak boleh secara (accidently) kerana dari segi kanun ihtimalat punya kemungkinan
    yang sangat tipis , hanpir sifar.

7. Dalil Inayah dan tujuan : Apabila kita melihat adanya perancangan (plan) dan tadbir disebalik peristiwa kejadian alam  kita memahami adanya perancang yang mentadbir alam ini dengan perhatian.

8. Kewujudan yang tidak sempurna dalil bagi kewujudan yang mutlak.
   Apabila manusia melihat dirinya serba kurang, punya keinginan untuk sampai kepada kesempurnaan. Dari
   sini akan dapat difahami kewujudan kesempurnaan mutlak.

9. Sistem dan disiplin sosial :terhasil dengan adanya akidah kepada Tuhan.

10. Penerimaan akhlak kukuh berasaskan akidah kepada Tuhan.

11. Baharu (hadis)nya alam : maka perlukan yang mewujudkannya.

12. Terbatalnya keazaman : Kadangkala manusia merancang sebaik-baiknya dan berkehendakkan sesuatu tetapi gagal. Ini menunjukkan adanya Iradah yang lebih tinggi dari Iradahnya.

13.Berlakunya perkara-perkara luar biasa dalil bagi wujudnya kuasa di atas faktor-faktor tabiee dan kebiasaan.

Alam ciptaan dan kebergantunganNYA kepada Tuhan. 



Wednesday 23 March 2011

Tersembunyi dari sebahagian akal dan 3 golongan tak percaya Tuhan



     Ketahuilah pencari hidayah , diantara perkara-perkara yang zahir dan jelas ialah kewujudan Pencipta alam. Ia adalah lebih jelas dari setiap sesuatu. Maka para pengkaji mengatakan tersembunyinya Tuhan dari sebahagian akal adalah kerana Pertama kezuhuran yang terlampau , Kedua tiada kontra baginya.

     Setiap selain Tuhan , zat dan sifatnya adalah dalil kewujudan dirinya sendiri tetapi Tuhan (wajibulwujud) kesemua yang wujud dan sifat-sifat semua benda adalah dalil kewujudanNYA. Maka kewujudan wajibulwujud lebih jelas dan lebih zahir dari setiap yang jelas dan zahir.

      Semua golongan manusia percaya kepada kewujudan Pencipta kecuali tiga golongan:
 1.Golongan Sophyst (sufastaiyyah)
    (a)Inadiyyah(Nihilis)
        Ingkar hakikat sesuatu.Kesemua khayalan batil.

    (b)Anadiyyah 
        Hakikat-hakikat benda menuruti kefahaman manusia
 
    (c)La adriyah
      Ingkar ilmu tentang sesuatu.


2.Naqtawiyyah 
yang setiap satu mengaku sebagai Tuhan


3.Dahriyyun 
yang mengatakan punca sesuatu itu adalah tabiat

Petua:Ayatullah Hasan Zadeh Amuli:Sentiasa membaca Surah Nur ayat36 menyebabkan tersingkapnya hakikat-hakikat.

Tuesday 22 March 2011

Dalil kewujudan Tuhan (Di dalam Al-Quran)


   
      Kebahagiaan sebenar ialah dengan keutuhan agama (Awwaluddin Makrifatul Jabbar) seseorang. Maka natijahnya Ma'rifatul Jabbar (mengenal Tuhan ) adalah asas kebahagiaan. Betul juga kata Dastayusky: Kalau kita ketepikan Tuhan dari alam ini setiap perkara bagi manusia adalah majaz(tidak punya hakikat).Apabila Jon Paul Sarter mengumumkan bahawa manusia bukan ciptaan Tuhan , bukan ciptaan tabiat dan bukan hasil alat produktiviti bahkan insan adalah Tuhan , apakah malapetaka yang tidak menimpa manusia??
  
      Aliran-aliran pemikiran yang tidak tentu arah yang mengheret pemuda-pemuda di Barat ke arah pelbagai jenayah sudah tentu hasil dari pemikiran-pemikiran sedemikian . Ya mula-mula Tuhan diketepikan kemudian apa jenayah nak buat ,buatlah.

       Kata orang-orang Atheis dalam dunia tak ada tempat dan tak ada kerja buat Tuhan , kami akan pergi ke langit-langit untuk menghambat Tuhan . Mahukah kita tahu apakah natijah kata-kata ini??

       Pembunuhan beramai-ramai berjuta-juta manusia  tidak berdosa di serata dunia.

       Apabila Karl Marx menulis tesis doctoratenya ia menulis di pendahuluannya "Saya bencikan semua Tuhan" Kata Dastayuski "Semua jenayah dalam alam ini telahpun diberi izin ".

       Tentang zaman setelah Renaissance di Eropah usah kita cerita,  penyembah-penyembah ilmu sains telah membalas dendam ke atas agama dan Tuhan. Theoism (berlegar di sekitar Tuhan ) diganti dengan Humanism (berlegar di sekitar manusia ) tetapi betapa keadaan menjadi haru-biru,  kerosakan akhlak dan sebagainya. Ilmu tanpa agama tidak menghala kemana-mana kecuali gantung diri. Lihatlah sejarah Eropah setelah Tuhan telah diketepikan dari kehidupan manusia.

       Betul kena pada tempatnya  jika para utusan langit begitu mengajak manusia ke arah mempercayai Tuhan (Mabda') dan Qiamat (Ma'ad) dan betapa indahnya kata-kata:
(Allah mencucuri rahmat ke atas orang yang mengetahui dari mana ia datang , di mana ia berada dan ke mana ia akan kembali )

       Di dalam Al-Quran sepertimana telah ditekankan mengenai Tauhid berkenaan perkara-perkara lain tidak ditekankan sedemikian. Di dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat dan alamat-alamat yang mana bukan sahaja menunjukkan Tuhan kepada kita tetapi juga menarik fikiran dan hati-hati kita ke arahnya.

       Tiadanya ma'rifat Allah adalah punca kenapa manusia itu asing bagi dirinya sendiri dan lupa akan diri sendiri. "Mereka melupai Allah maka Allah melupakan mereka diri mereka sendiri ".

      Bukanlah sesuatu yang tidak berasas bagi ahli-ahli filsafat untuk mengatakan bahawa Ma'rifat yang penuh keyakinan (Makrifat Yaqini) dan hakiki tidak dapat dicapai kecuali melalui  Ma'rifatullah.`
`
      Oleh kerana Ma'lul tidak dapat dikenal kecuali melalui illatnya (punca) sebelum sesuatu Ma'rifat dari segi akal dan Mantiq,  ilmu tentang Illatul Ilal penyebab segala sebab (Allah Taala) adalah terdahulu. Tetapi Ma'rifat terdahulu ini bukanlah untuk semua dan bukanlah sentiasa secara disedari.Ia memerlukan pendahuluan untuk menjadi aktual. Ayat di atas juga mendokong akan kaedah Aqly dan falsafi ini.Sekarang dengan analisa tadi jelaslah kenapa orang mengatakan : Permulaan ilmu adalah mengenal Tuhan. Bukan permulaan din sahaja  Ma'rifatullah bahkan asal ilmu dan ma'rifat juga adalah Ma'rifatullah.

      Kadangkala waktu dan kesempatan terlalu sedikit tetapi memadailah untuk kita sampaikan maksud bahawa perbincangan tentang Tuhan tidak akan lapuk. Seperti mana air tidakkan lapuk selagimana adanya dahaga selagi itulah air dicari dan sentiasa baru.

     Kita percaya bahawa dunia sekarang ini terbakar kerana dahaga untuk mencari Tuhan walaupun ianya tidak disedari.

    Seorang doktor hendaklah tahu puncanya penyakit , mana satukah doktor yang lebih mahir dari utusan-utusan Tuhan dan pembawa wahyu langit dan mana satukah preskripsi doktor yang lebih baik dari Sahifah-Sahifah dan kitab Ilahi untuk mengubati manusia.

Antara ayat-ayat yang membawa dalil kewujudan Tuhan

1.Melalui jalan fitrah
   "Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab : Allah .Maka kemanakah mereka berpaling?"
(Al-Ankabut:61)

 2.Melalui petanda kekuasaan
    "Allah yang meninggikan langit dengan tiada tiang yang kamu lihat, kemudian dia bersemayam di atas  arasy(berkuasa) dan dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlari (beredar) sampai waktu yang ditentukan. Dia mengatur semua urusan dan menerangkan beberapa keterangan. Mudah-mudahan kamu yakin akan menemui Tuhanmu"
(Ar-Ra'd:2)

3.Asal sebab -musabab dan penciptaan alam
   "Dan di antara tanda-tandanya ialah kejadian langit dan bumi ,dan bermacam-macam bahasa kamu dan
    warna kulitmu.Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan."
 (Ar-Rum:22)

4,.Penciptaan manusia
    "Bahkan adakah mereka terjadi tanpa sesuatu (yang menjadikan) , atau merekakah yang menjadikan (dirinya sendiri?)".
(Ath-Thuur:35)

5.Melalui dalil ketertiban alam
   "Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk Rahman (Allah).Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu).Adakah engkau lihat (di sana) pecah-belah (rosak-rosak)".
(Al-Mulk:3)

6.Melaui hayat
   "Mengapakah kamu menyangkal Allah , sedang kamu dahulu mati(belum ada), kemudian kamu dihidupkaNYA, sudah itu dimatikanNYA, kemudian akan dihidupkanNYA ,akhirnya kamu kembali kepadaNYA ".
(Al-Baqarah:28)


 Petua Ayatullah Behjat:Ayat Kursi berkemungkinan bermanfaat untuk semua mara bahaya dan membacanya setelah solat-solat sehari-harian sangat berfaedah.

Monday 21 March 2011

Info Iranica:Sabda Nabi s.a.w:Seandainya agama bergantung di bintang suraya orang-orang keturunan Parsi akan mencapainya (Kanzul Ummal)







      Di dalam Surah Muhammad 138 Firman Allah "Jika kamu berpaling dari agamamu Allah akan menukar ganti dengan kaum selainmu yang tidak serupa denganmu".Ayat ini memberi peringatan kepada kaum Arab yang turunnya Al-Quran dikalangan mereka dan didalam bahasa mereka sekiranya mereka tidak mengendahkan agama Islam ,Allah akan menggantikan mereka dengan satu kaum yang kuat keislamannya.
     Salman Farsi yang ketika itu duduk disisi Rasulullah s.a.w ditepuk peha kanannya oleh Rasulullah seraya bersabda "Dia dan kaumnya"

     Bahasa Parsi adalah dari keluarga bahasa-bahasa Indo European yang meluas digunakan kira-kira 1000 BC(Sm) dibahagian besar Eropah, Selatan dan Barat Daya Asia dan dari abad kelimabelas(Pada pertengahan kedua) Masehi di Amerika,Afrika dan Oceania.

     Diantara bahasa-bahasa ini ialah bahasa Irani . Cabang bahasa Irani ini meluas digunakan di Iran, Afghanistan, di utara diantara Hungary dan Turkistan China. Diantara cabang Irani yang paling tua ialah Avestae dan Parsi Kuno dimana Avestae adalah bahasa kitab Zorostrian manakala bahasa Parsi Kuno adalah bahasa rasmi Darius Besar (522-486 Sm) (Kasha Yarsha) (486-465 Sm) dan para penggantinya.

     Sebahagian dari bahasa-bahasa kini dari cabang bahasa Irani ialah: Parsi, Pushtun Kurdi, Asi, dan Baluchi.

Iran kuno dan bangsa Parsi
     Pada alaf kedua sebelum Masehi telah timbul orang-orang yang bertutur dengan bahasa-bahasa  Indo-European dibarat Iran dan telah hilang.

     Pada permulaan alaf pertama sebelum Masehi terdapat orang-orang Medians dan Pars dibarat Iran dan lama-kelamaan orang-orang parsi ini telah menempati kawasan tersebut yang setelah pendudukan itu dinamakan sebagai Fars dan pada masa ini sekumpulan lain dari orang-orang Iran telah menempati timur Iran.


     Pada penghujung abad ke-8 Sm (Deioces)
 telah membukakan kerajaan (Medians) di Hamedan.Kerajaan ini adalah pengikut kerajaan Assyrian.

     Pada permulaan abad ke-7 Sm(Archaemed) telah membukakan kerajaan Parsi Archaemed berhampiran wilayah Shush dan kerajaan ini adalah mengikuti kerajaan (Medians)

     Pada tahun 612Sm (Huwaxstra) dengan menguasai Nainawa ibu negeri Asyur telah memudahkan kerajaan  (Medians) yang independant.  Kurosh dari cucu cicit Hakhamaneshi pada tahun 550Sm dengan menguasai Astyages raja Medians yang terakhir telah menghapuskan kerajaan Medians dan telah menubuhkan kerajaan Hakhamaneshi.

     Ketika kerajaan Medians masih memerintah di barat Iran telah tertegak kerajaan Khwarazm di timur Iran , di Herat dan Maru dan Kurosh telah menghapuskan kerajaan ini dan telah meluaskan wilayah kerajaannya Kurosh juga telah berkuasa keatas bangsa-bangsa selain Iran.Kambujieh (530-522 Sm) adalah putera dan pengganti Kurosh dan telah meluaskan  wilayah jajahan ayahnya dan ketika pemerintahan Darius (522-486 Sm) kerajaan Hakhamaneshi ketika itu memerintah wilayah yang luas dunia ketika itu dari barat Habsyah, Mesir, Libya dari timur Sind dari utara ke lautan Ural dan pergunungan Caucasia dari selatan ke teluk Parsi dan laut Oman. Hakhamaneshi ketika itu menggunakan bahasanya iaitu Parsi kuno selain bahasa Akdi, Ilami dan Yunani dan agama Zoroaster diamalkan pada ketika itu yang berkemungkinan  agama ini diterima oleh Khashayarsha yang memerintah dari tahun 486-465 sebelum Masehi dan kerajaan Hakhamaneshi pada tahun 331Sm telah menewaskan Iskandar Macedonia...

Petua:Membaca Surah Al-Qadr mempunyai kesan yang banyak dan sesiapa yang membaca Surah 
           ini pada malam-malam bulan Ramadhan khasnya pada malam-malam Qadar akan mendapat
           faedah-faedah yang banyak diantaranya akan dapat memahami makrifat-makrifat Al-Quran.

Selamat Tahun Baru Hijrah Syamsi 1390 kepada kaum Salman Farsi .
Waktu pertukaran tahun ialah jam 2:50 pm dan 45 minit hari Isnin 21March2011 pada ufuk Tehran. 

Sunday 20 March 2011

Kemenangan dan Kejatuhan





A)  Rahsia kemenangan sesuatu kaum

1. Iman dan Takwa ( belief and piety )

'' Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya kami limpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi . . .''( Al-A'raf : 96 )

2. Istiqamah dan terus melangkah di jalan yang hak. ( To be commited on the right path )

'' Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami ialah Allah kemudian mereka beristiqamah maka tiada ketakutan bagi mereka dan tidak pula mereka berdukacita '' ( Al-Ahqaf : 13 )

3. Menunaikan fardhu dan menjalankan kewajipan ( To perform religious duties )

'' Kalau sekiranya mereka mengikut Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan dari Tuhan mereka, nescaya mereka memakan rezeki dari atas kepala mereka dan dari bawah kaki mereka '' ( Al-Maidah : 66 )

4. Bersabar berhadapan dengan kesusahan-kesusahan ( To be patient infront of difficulties )

'' Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke syurga dan tidak akan datang malapetaka kepadamu sepertimana telah datang kepada orang-orang yang terdahulu sebelummu mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang sangat dan mereka ketakutan sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah tibanya pertolongan Allah ingatlah bahawasanya pertolongan Allah hampir akan tiba ''  Al-Baqarah : 214.

B) Faktor kejatuhan kaum




1. Berleluasanya kefasikan dan kerosakan ( Evil deeds and corruption)
"Apabila kami hendak membinasakan sesuatu negeri kami memerintahkan orang-orang yang mewah maka mereka melakukan kerosakan(kefasikan) lalu mereka berhak ditimpa siksaan maka kami binasakan negeri mereka sebinasanya"
Al-Isra':16


 2.Perpecahan masyarakat(Disunity in society)     

"Taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu bersabar sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang bersabar"
Al-Anfal:46

3.Meninggalkan Amar Makruf Nahi Munkar(Avoid Amar Makruf Nahi Munkar)

Sabda Rasul s.a.w hendaklah kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah akan menguasakan orang-orang yang jahat keatas orang-orang yang baik di kalangan kamu.


4.Meninggalkan tungkus-lumus, Jihad dengan bemals-malasan(To leave Jihad and Practice laziness)
Berkata Imam Ali a.s sesungguhnya Jihad adlah satu pintu dari pintu-pintu syurga...Barangsiapa meninggalkannya dan berpaling darinya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan dan menyelubunginya dengan bala..(Nahjul Balaghah)


 Petua dari Misbah Kaf'ami:70kali Ya Fattah setelah solat Subuh dengan meletakkan tangan di dada untuk menyingkap hijab dari kalbu seseorang.

Happy New Year(1390 solar hijri persian year) for all Iranian citizens and persians all over the world (Norooz Mubarak) .

Solawat..