Doa-doa dan zikir-zikir mempunyai bilangan dan tertib yang tertentu . Bilangan dan tertib itu mempunyai perkiraan-perkiraan yang bagi ahli-ahlinya adalah jelas sehingga ke satu tahap dan tersembunyi bagi orang-orang yang ditutupi oleh hijab duniawi. Contohnya untuk zahirnya hikmat dari kalbu ke lidah berdasarkan riwayat hendak selama 40 hari seseorang itu memiliki keikhlasan... ataupun didalam tasbih Fatimah Zahra a.s hendaklah disebut 34 kali takbir , 33 kali tahmid dan 33 kali tasbih dengan memelihara tertibnya... rahsia bilangan dan tertib ini tersembunyi bagi kita walaupun bagi ahli zikir , fakir dan salik jalan yang hak dan hidayah sehingga ke satu tahap adalah jelas. Di antara orang-orang yang telah sampai kepada rahsia-rahsia dengan mendaki tingkatan-tingkatan kerohanian ialah Sayyid Bahrul Ulum yang telah menulis di dalam risalah Sair dan Suluknya berkenaan dengan angka 40 : ( Kita melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa peringkat ini dari peringkat-peringkat bilangan yang mempunyai khasiat yang khas , kesan yang tertentu di dalam zahirnya keupayaan-keupayaan , menyempurnakan malakah-malakah di dalam mendaki tingkatan-tingkatan spiritual )
Bilangan adalah seumpama gigi-gigi anak kunci yang jika ia berlebihan atau berkurangan , pintu tidak akan terbuka.
Seorang guru berkata di dalam Surah Yasin terdapat satu isim yang dengan berkatnya orang yang buta sejak lahir dan kusta boleh sembuh maka ditanya kepada beliau apakah dengan membaca keseluruhannya memiliki khasiat yang sama?. Lantas beliau menjawab : Apabila seorang doktor memberi arahan untuk dimakan satu ubat kalau semua ubat-ubat di kedai ubat itu serentak di makan apakah memberi kesan yang sama?
Tasbih hendaklah diucap dengan hati yang hadir, tanpa ada jarak diantaranya dengan solat , menghadap ke kiblat dengan kedudukan yang sama seperti ketika tashahhud , tahiyyat dengan berturutan yakni muwalat.
Dengan takbir ( Allahu Akbar ) dan mengulanginya , terhasil satu perjalanan , dengan tahmid ( Alhamdulillah ) dan tasbih ( SubhanaAllah ) serta mengulanginya terhasillah satu perjalanan dan peningkatan tingkatan-tingkatan tauhid dan kerohanian.
Jika tiada hudhur , hati kesana dan kemari maka ia bukanlah berada di dalam takbir , tahmid dan tasbih... maka perjalanan tidak terhasil , hanya sekadar lidah yang mengucapkan kata-kata , kehadiran yang seadanya dan faedah yang seadanya sahaja.
Kisah Tasbih Fatimah Zahra a,s . ( Story about Tasbih Zahra a.s )
Ali a.s berkata : Sebahagian dari raja-raja Ajam telah menghantar hadiah hamba-hamba abdi kepada Rasulullah s.a.w. Aku berkata kepada Fatimah pergilah minta seorang pembantu dari Rasulullah s.a.w ( untuk membantumu di dalam urusan rumah ). Maka Fatimah pun pergi meminta dari Rasulullah s.a.w lalu baginda s.a.w bersabda :
Wahai Fatimah aku berikan kepadamu sesuatu yang lebih baik dari pembantu dan juga lebih dari dunia dan apa yang ada didalamnya : Setelah solat katakan " AllahuAkbar " tiga puluh empat kali, tiga puluh tiga kali " Alhamdulillah " dan tiga puluh tiga kali " Subhanallah " dan sudahilah dengan " Lailahaillallah " setelah itu perkara ini lebih baik bagimu dari apa yang engkau kehendaki dan lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya , oleh itu Fatimah Zahra a.s sentiasa mengamalkan tasbih ini setelah setiap solat dan tasbih ini dikaitkan dengannya a.s.
( Biharul Anwar jilid 85 )
Imam Sadiq a.s : Tasbih Fatimah Zahra setiap hari setelah setiap solat lebih kusukai dari solat seribu rakaat ( yakni solat sunat ) setiap hari.
Petua Syekh Abdul Karim Kashmiri : Satu Arbain ( yakni 40 hari ) membaca Surah Zilzal dengan bilangan tertentu di tepi air mengalir ( sungai atau sepertinya ) adalah baik untuk Syuhud
( penyaksian ) batin dan pengukuhan batin seseorang.
" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
" Takziyah sempena dengan hari-hari perkabungan puteri Rasulullah s.a.w , Sayyidah Fatimah Zahra a.s ( Fatimiyah ) 13 Jamadil Awal sehingga 3 Jamadil Akhir "
Solawat...
No comments:
Post a Comment