Monday, 11 April 2011

Tuhan





Tuhan dari kacamata Islam ( God from Islamic point of view )
1- Tidak ada kitab suci yang memberi penjelasan tentang Tuhan seperti mana yang dijelaskan oleh Al-Quran.

2- Tuhan mempunyai semua sifat kesempurnaan dan Asmaulhusna.

3- Tuhan adalah Maha Esa dan tidak ada sesuatu pun sekutu baginya atau setara.

4- Tuhan yang Maha besar menurut Al-Quran lebih dekat kepada manusia dari dirinya sendiri

5- Tuhan adalah Maha pengasih dan Maha penyayang dan rahmatnya mengatasi kemurkaannya.

6- Tuhan memenuhi doa dan permintaan hamba-hambanya dan menyukai mereka.

7-Tuhan adalah pencipta segala-galanya  dan mentadbir segala urusan.

8- Imam Khomeini ( r.a ) berkata , jika tiada Al-Quran pintu untuk mengenal Allah tertutup buat selama-lamanya. ( Imam Khomeini : If there is no Quran the way to recognise God is closed forever )

Tuhan adalah maklum bagi semua manusia.( God is well known to all man )
1- Di dalam kitab-kitab Samawi diantaranya Al-Quran , kewujudan Tuhan adalah satu perkara yang dikira sebagai jelas dan tidak dapat diingkari serta tidak perlukan pembuktian.

2- Seperti mana yang dikatakan oleh para penulis barat , tidak ada seorang pun dari penulis kitab-kitab Taurat ( Old Testament ) dan juga kitab Injil ( New Testament ) yang menyatakan kewujudan Tuhan perlukan pembuktian. Didalam kitab ( Avesta ) dan juga kitab-kitab agama lain perkara yang sama juga dapat dilihat.

3- Dari ayat-ayat Al-Quran dapat difahami bahawa masyarakat zaman Rasulullah s.a.w hatta penyembah-penyembah berhala juga percaya kepada Tuhan.

4- Dari ayat-ayat Al-Quran juga kita mendapati bahawa kaum Nabi Nuh , kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum-kaum setelah mereka percaya kepada Tuhan dan pertelingkahan mereka dengan para Anbiya' ialah tentang keesaan Tuhan , kenabian dan kebangkitan.

Fitrah dan Tuhan ( Human nature and God ).
1- Ayat-ayat Al-Quran menunjukkan bahawa kepercayaan kepada Tuhan , keinginan untuk menyembah Tuhan dan tarikan kepada Tuhan adalah perkara yang ada pada fitrah manusia.

2- Salah satu dari makna-makna perkataan fitr ialah penciptaan , dan fitrah dari segi bahasa ialah bentuk penciptaan , maka itu fitrah manusia bermakana ciptaan yang khas bagi manusia.

3-Perkataan fitrah hanya sekali sahaja digunakan didalam Al-Quran Fitratallah dan khas bagi manusia.            ( Surah Rum ayat 30 ) Fatarannaasa alaiha.

4- Pandangan Islam tentang manusia boleh dikatakan sebagai teori fitrah.

5- Menurut pandangan ini :
    A- Manusia berdasarkan penciptaan semula jadinya mempunyai gaya ciptaan khas dan memiliki 
         pengenalan-pengenalan  dan kecenderungan tertentu.
    B- Fitrah Ilahi yang ada pada manusia ialah kecenderungan-kecenderungan yang bersangkutan dengan 
         insaniyah bukanlah yang sama diantara manusia dan binatang.
    C- Kefahaman dan kecenderungan fitri adalah perkara yang membezakan manusia dari haiwan-haiwan 
          lain.
    D- Kefahaman-kefahaman  dan kecenderungan fitri dikalangan  individu-individu manusia adalah sama.
    E- Kefahaman dan kecenderungan ini terpendam dalam diri manusia  dan memerlukan usaha untuk 
         menzahirkannya.
    F- Manusia jika mendidik perkara-perkara fitri tersebut, akan menjadi lebih mulia daripada para malaikat  
         dan jika tidak , lebih hina dari binatang.
    G- Pengenalan fitri seperti mencari hakikat , fadhilat dan keindahan ialah di antara kecenderungan-
         kecenderungan fitri manusia.

6- Berdasarkan Al-Quran, mengenal Tuhan dan tarikan kepada Tuhan adalah fitri.

7- Maksud Din didalam ayat fitrah ( Rum ayat 30 ) ialah aqidah dan hukum-hakam Islam atau keadaan menyerah diri kepada Tuhan. Oleh itu kita memahami bahawa mengenal dan menyembah Tuhan adalah fitri.

Petua : 100 kali sehari " Rabbi Salli Ala Muhammadin Wa Ahli Baitihi " Allah kabulkan 100 hajatnya ; 30 hajat di dunia dan 70 hajat di akhirat.( 100 times ''Rabbi Salli Ala Muhammadin Wa Ahli Baitihi '' a day will fulfilled 100 needs by God ; 30 in this world and 70 in hereafter ) narrated from Imam Sadeq a.s.

" Pray for opressed people in Bahrain , Gaza and all over the world "


No comments:

Post a Comment