Ketika tentera-tentera Islam menyerang Parsi dan membuka wilayah Khorasan, pada suatu malam puteri Raja Yazdajir bernama Puteri Shahr Banu telah bermimpi sebuah mimpi yang menukar haluan kehidupannya.
Katanya : Aku bermimpi Rasulullah s.a.w dan Hussein a.s masuk ke rumah kami dan duduk dihadapanku. Ketika itu Rasulullah s.a.w telah meminangku untuk cucundanya Hussein. Apabila aku berdiam diri menandakan kerelaan , baginda telah mengakadkan daku dengan penghulu pemuda ahli syurga...
( Biharul Anwar , Al-Kharaij , Muntahal Amal )
Malam berikutnya aku bermimpi didatangi oleh Hadrat Zahra a.s memperkenalkan agama Islam kepadaku lalu aku mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam dengan pilihanku lalu beliau berkata :
" Kemenangan di dalam peperangan ini berpihak kepada orang-orang Islam dan engkau dengan cepat sekali dengan selamat akan sampai kepada Husseinku dimana tidak ada lelaki yang menyentuhmu. "
Apabila para tawanan Parsi termasuk Puteri Shahr Banu a.s dibawa ke Kota Madinah melalui lorong-lorong kota , telah berkerumun wanita-wanita ahli Madinah terpegun akan kecantikan dan kesopanan puteri ini bersama dua orang saudarinya. Sampai sahaja mereka ke masjid yang merupakan pusat pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab beliau telah mengambil keputusan untuk menjual perempuan-perempuan tawanan dan lelaki-lelaki mereka dijadikan abdi kepada orang-orang Arab tetapi ditegah oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata :
Sesungguhnya puteri-puteri raja tidak dijual walaupun mereka kafir tetapi hendaklah biarkan mereka memilih salah seorang dari muslimin untuk dinikahkan dan dibayar maharnya dari baitul mal.
Imam Ali a.s telah bertanya kepada Puteri Shahr Banu " Apakah kamu rela untuk bernikah dengan salah seorang dari orang-orang Islam ? "
Puteri Shahr Banu yang beberapa lama sebelum ini ( di dalam mimpi sewaktu serangan tentera Islam ke wilayah Parsi ) telah memilih Hussein a.s sebagai teman hidup , dengan tangannya telah mengisyaratkan kepada Saidina Hussein a,s. Ketika ini Imam Ali telah mengarahkan Huzaifah ibnul Yaman membacakan khutbah nikahnya Saidina Hussein a.s dengan Puteri Shahr Banu.
Maka itu dari pernikahan ini lahirlah Zainul Abidin ( Perhiasan bagi orang-orang yang beribadah )Sayyidus Sajidin ( Penghulu orang-orang yang bersujud ) Ali ibnul Hussein seperti yang dikatakan oleh beliau a.s :
" Anabnul Khiyaratain lianna RasulAllah (s.aw) Qal : Inna lillahi min ibadihi khiaratan . Fakhiaratun minal Arab Quraishun wa minal Ajam Farisun "
Aku adalah putera dua kumpulan terpilih ( pilihan Tuhan ) kerana Rasulullah s.a.w bersabda , sesungguhnya bagi Allah dari kalangan hamba-hambanya dua kumpulan pilihan , Quraisy adalah pilihan dari kalangan Arab dan yang lainnya Farsi dari kalangan Ajam ( bukan Arab )."
Telah dikatakan bahawa Hadrat Shahr Banu a.s berada di padang Karbala pada hari Asyura dan telah diwasiatkan oleh Saidina Hussein, setelah kesyahidan beliau dan kembalinya kuda beliau " Zul Janah " ke khemah , tungganglah kuda tersebut untuk dibawa ke suatu tempat yang telah ditakdirkan.
Shahr Banu telah melakukan seperti yang diwasiatkan tetapi ketika hendak bertolak , anak perempuannya, Fatimah binti Hussein pengantin baru kepada Qasim bin Saidina Hasan yang telah gugur syahid dibantai di Karbala telah berkata , ibu janganlah berpisah dari kami , bawalah kami bersamamu..Sehinggalah mereka sampai ke Kota " Rey " ( berhampiran Tehran kini ).
Tahniah kepada semua sempena Maulid Imam Zainul Abidin bin Hussein a.s tanggal 15 Jamadil Awal 38 Hijrah.
"Assalamu alal Husain Wa'ala Aliyyibnil Husain Wa ala Auladil Husain Wa'ala Ashabil Husain "
Petua : " Ya Hadi " 20kali sehari untuk makrifat Allah , makrifat Rasul dan Makrifat Imam.
" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
No comments:
Post a Comment