Tuesday, 31 May 2011

Memperingati Ulang Tahun ke-4 Kewafatan Ayatullah Uzma Mohammad Fadhil Lankarani (J-Akhir 1432)



Biografi Ringkas 


Kelahiran
Beliau dilahirkan pada tahun 1913 M. di kota suci Qom. Ayah beliau, Almarhum Ayatullah Fadhil al-Lankarani adalah salah seorang guru dan ulama besar di Hauzah Ilmiah Qom, dan ibu beliau adalah salah seorang keturunan Rasulullah saw yang agung yang dikenal dengan silsilah Mubarqi’.

Masa Belajar
Setelah menamatkan Sekolah Dasar, beliau menekuni ilmu-ilmu keislaman di Hauzah Ilmiah Qom dengan penuh minat. Kerana memiliki kecerdasan yang luar biasa, beliau berhasil menamatkan peringkat Mukadimah dan SathHauzah (satu peringkat sebelum memasuki Bahtsul Kharij) dalam jangka waktu 6 tahun, dan dalam usia 19 tahun beliau telah memasuki peringkat Bahtsul Kharij argumentatif dalam bidang Fiqih dan Ushul Fiqih yang diasuh oleh Ayatullah al-‘Uzhma Burujerdi ra. Kerana usianya yang muda dan pemahamannya yang luar biasa, beliau mendapatkan perhatian khusus dari para mahasiswa dan guru beliau itu. Sahabat karib dan teman diskusi beliau selama masa belajar adalah putra pengasas Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syahid Mushthafa Khomeini ra.
Para Guru
Selama 11 tahun beliau menekuni peringkat Bahtsul Kharij di bawah asuhan Ayatullah al-‘Uzhma Burujerdi dan selama 9 tahun di bawah asuhan Imam Khomeini ra. Beliau telah mengambil manfaat yang tak terhingga dari dua sumber ilmu-ilmu keislaman tersebut.
Selama beberapa tahun beliau pernah menghadiri kuliah filsafat dan tafsir yang dibimbing oleh Ayatullah Allamah Thabathabai ra. Dan beliau pun telah mampu mengambil manfaat dari guru yang agung ini.
Kecerdasan yang luar biasa dan usaha beliau yang tak kenal lelah telah melayakkan beliau mencapai peringkat mujtahid pada usia 25 tahun. Dan kemujtahidan beliau ini telah mendapat pengesahan dari guru beliau, Ayatullah al-‘Uzhma Burujerdi.

Mengajar
Selama bertahun-tahun beliau memberikan kuliah di tingkat Sath kepada para mahasiswa yang tak sedikit jumlahnya, dan selama lebih dari 35 tahun beliau masih aktif memberikan kuliah di peringkat Bahtsul Kharij Fiqih dan Ushul Fiqih. Keistimewaan kuliah beliau sangat tersohor sehingga lebih dari 700 mahasiswa Hauzah Ilmiah Qom yang menghadirinya. Dalam beberapa tahun terakhir ini kuliah Bahtsul Kharij Fiqih beliau disiarkan melalui gelombang radio Suara Republik Islam, dan ramai orang, baik di dalam maupun di luar negeri yang mengikuti kuliah tersebut.

Kegiatan Politik Melawan Rejim Shah Pahlavi
Semenjak Imam Khomeini memulai kegiatan politik melawan kezaliman, penindasan dan pemerintahan diktator Shah Pahlavi, beliau pun terjun ke dunia politik secara aktif. Beberapa kali beliau diinterogasi  oleh Badan Inteligensi pemerintahan Pahlavi dan dimasukkan ke dalam penjara. Akhirnya, beliau diasingkan di daerah Bandar Langgeh selama 4 bulan. Setelah itu beliau dipindahkan ke Yazd dan dibuang daerah di sana selama dua setengah tahun.

Marja’iyah
Setelah Imam Khomeini meninggal dunia, tidak sedikit masyarakat Muslim yang bertaklid kepada beliau, dan setelah Ayatullah al-‘Uzhma Araki wafat, beliau dipilih oleh Jami’ah Mudarrisin Hauzah Ilmiah Qom sebagai marja’ pertama di antara sekian marja’ taklid  dan diperkenalkan kepada umat Islam.

                     Al-Marhum bersama anakanda beliau Ayatullah Javad Lankarani

Karya-karya beliau ( His Noble Books )

1. Tafsil al-Shari'ah (Arabic): A concise, explanatory work detailing the book Tahrir al-Wasilah, which was Ayatullah Khomeini's compilation of Islamic rules and regulations written in Arabic. Up to now, 13 volumes of this work have been printed and are available, with another 5 volumes under print.
2. Hashiah al-'Urwatul Wuthqa (Arabic): The detailed book of Fiqh written by Ayatullah Sayyid Kazim Yazdi, with the opinions of Ayatullah Fazel Lankarani.
3. Nihaya al-Taqrir (Arabic): The notes of the lessons of Ayatullah al-Uzma al-Hajj as-Sayyid Muhammad Hussein Burujerdi's classes on Salat, printed in two volumes.
4. Hashiah Kitab at-Taharah Misbah al-Faqihi (Arabic): The notes on the "Book of Cleanliness" written by Muhaqqiq Hamdani.
5. A summary on the topic of "al-Ijtihad and at-Taqlid" from the book al-'Urwatul Wuthqa in Arabic.
6. Kitab as-Sawm (Arabic): The Book of Fasting
7. Kitab al-Qada (Arabic): The Book of Passing Judgement
8. Al-Masail al-Mustahditah (Arabic): A compilation of the Islamic laws.
9. A discussion on the ruling of reading the Salat while wearing clothing that one has doubts about. (Arabic)
10. A discussion on the Hajj and 'Umrah.(Arabic)
11. Al-Ahkam al-Wadihah (Arabic): Compilation of the Islamic rules.
12. Ahkam al-Hajj (Arabic): Notes on the book Tahrir al-Wasilah on the section of Hajj.
13. Al-Qawa'id al-Fiqhhiyah (Arabic): A text covering the various laws of Islamic Jurisprudence.
14. Taqrirat al-Usul (Arabic): His notes on the lessons of Ayatullah Khomeini, printed in 5 volumes.
15. Tibyan al-Usul (Arabic): His notes on the lessons of Usul that he has taught, printed in four volumes.
16. Taqrirat al-Usul (Arabic): His notes on the lessons of Usul that were taught by Araki Burujerdi.
17. Taqrirat Dars-e-Kharij Usul (Farsi): His Notes on the lessons of Usul that he has taught, printed in 8 volumes.
18. Tawdhi al-Masail (Farsi): Complete collection of Islamic laws.
19. Manasik Hajj (Farsi): Rules for the Hajj.
20. An Introduction to Tafsir in the Science of the Qur'an (Arabic)
21. Tafsir of Surah al-Fatiah (Arabic)
22. Possessing a country in the view point of Imam 'Ali, Peace be upon him.
23. The Infallibility of the Prophets
24. A Collection of Indexes: An index to Bihar al-Anwar, al-Ghadir and al-Mizan.
25. Ahl al-Bait, Peace be upon them: The 14 lights in the Ayah of Tathir (33:33)
26. The Pure A'immah, Peace be upon all of them: The Guardians of the Revelation in the Holy Qur'an. (These two books (Ahl al-Bait, Peace be upon them: The 14 lights in the Ayah of Tathir (33:33) and this one)) were compiled and written along with Ayatullah Ashraqi.
27. Manasik Hajj (Arabic)
28. Questions and Answers regarding the Hajj (Arabic)
29. Questions and Answers regarding the Hajj (Farsi)
30. Jami' al-Masa'il (Farsi): Two volumes of Questions and Answers dealing with various Islamic topics.


Sabda Nabi s.a.w: " Iza Maatal Alim Tsaluma Fil Islam Tsulmatan La Yasudduha Syai'un "
Apabila wafat seorang alim telah berlaku kekosongan di dalam Islam yang tidak bakal di tampung.

Al-Fatihah untuk roh beliau

                    Bersama anakanda beliau dan para pegawai Jabatan beliau


Petua : Banyak zikir  Nabi Yunus ( Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin ) menyebabkan perhubungan dengan alam arwah dan membuka penglihatan alam barzakh.

Monday, 30 May 2011

Punca Perbezaan Ideologi




Ikhtilaf dan berbagainya ideologi-ideologi bergantung kepada ikhtilaf dan berbagainya World View ( Pandang Alam ) dan berbagainya Pandang Alam atau Pandang Dunia bergantung kepada Makrifat dan pengenalan seseorang atau sesuatu sekolah pemikiran ( School Of Thought ) tentang kewujudan.  Maka itu sebelum dibahaskan " Pandang Alam " ( World View ) perkara Makrifat ( Mengenal / Recognition ) perlu dibahaskan terlebih dahulu.  Di antara perbincangan-perbincangan penting seputar Makrifat ialah :

1- Takrif Makrifat.
2- Kemungkinan Makrifat. 
3- Motif Makrifat.
4- Hakikatnya Makrifat.
5- Jenis-jenis Makrifat.
6- Tingkatan-tingkatan Makrifat.
7- Alat-alat Makrifat.
8- Sumber-sumber Makrifat.
9- Subjek-subjek Makrifat.
10- Isi kandungan Makrifat.
11- Halangan-halangan Makrifat.
12- Terbatasnya Makrifat.

Teguran : Kepada So-Called alim ulama', intelek Ahli Tauhid atau Salafi atau Wahabi atau apa sahaja nama yang anda gunakan.  Jangan anda terikut-ikut rentak Zionist dan menjadi talibarut mereka untuk memecah belahkan umat Islam dengan tuduhan-tuduhan terhadap umat Islam yang lain.

  Maktab Ahlul Bait a.s mempunyai khazanah Islam yang kaya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.  Semua khazanah ini masih ada dengan segala bentuk sama ada bertulis atau di dada-dada para alim ulama' yang tiada tandingannya.  Jangan anda mendabik dada sombong dengan segala tuduhan dan fitnah.
  Jangan anda menjadi ayam sabung kepada pihak musuh Islam.  Janganlah anda terikut-ikut dengan rentak para pengganas yang semuanya bukan dari ajaran agama.  Sekian semoga anda semua sedar dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Allahummaj Alni Fi Dir'ikal Hasinah Allati Taj'alu Fiha Man Turid.
Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj.


Petua Ayatullah Uzma Behjat : Untuk menyelaseikan kemusykilan-kemusykilan yang kronik sentiasa mengamalkan solat Jaafar Thayyar.

Terjemahan surat seorang tetamu sempena serbuan keatas sambutan maulid Sayyidah Fatimah Az-Zahra a.s



Sabda Nabi s.a.w : Fatimah adalah sebahagian dari diriku, sesiapa yang mengganggunya mengganggu daku


* Tahniah kepada semua pencinta sempena maulid yang gilang-gemilang wanita termulia sekalian alam.

* Para Pencinta Ahlul Bait bergembira dengan kegembiraan Ahlul Bait dan berduka dengan kedukaan mereka.

* Tetapi musuh-musuh Ahlul Bait sewaktu kegembiraan Ahlul Bait cuba untuk membuat rakyat berduka dan sewaktu kedukaan Ahlul Bait cuba untuk menghalang perkabungan mereka.

* Ya, Para pencinta Ahlul Bait di Malaysia juga di hari maulid Ummu Abiha / Ibu kepada ayahnya ( Gelaran Fatimah Az-Zahra ) berada di dalam keraian dan kegembiraan apabila dihalang dari bergembira oleh para musuh Ahlul Bait.

* Para musuh begitu takut sehinggakan takut kepada jamuannya orang-orang mukmin dan menjamu seleranya orang-orang Syiah.

* Apakah mereka tidak tahu yang Penghulu Wanita Sekalian Alam juga turut hadir dan apakah mereka tidak tahu yang empunya majlis adalah Puteri Rasul s.a.w yang termulia ? mereka menghina para Syiah ( pengikut setia ) dan pencinta Puteri Rasulullah s.a.w yakni mereka menghina Rasulullah yakni mereka menghina Allah ??!!.

* Para musuh Ahlul Bait sehinggakan takut kepada bendera tertulis nama Ahlul Bait.  Ia, nama Ya Zahra, Ya Mahdi dan Ya Abal Fadl menakutkan mereka.  Mereka tidak tahu dengan merosakkan majlis Ahlul Bait dan tidak menghormati nama orang yang suci, mereka menyalakan api neraka bagi membakar diri mereka ?!!

* Apakah mereka tidak tahu pada hari Maulidnya Hadrat Zahra a.s para empunya majlis ialah Ahlul Bait nabi dan para malaikat Ilahi ?!! Mereka telah melakukan penghinaan kepada Wanita Termulia Seluruh Alam.

* Mereka telah menangkap para khadam dan Pencinta Ahlul Bait a.s dan dengan perlakuan ini telah menyemarakkan lagi api neraka untuk membakar mereka dan menambahkan istana-istana syurga para Pencinta.

* Mereka tidak tahu walau mereka mengheret ke Mahkamah atau mendenda para Syiah lagi, Syiah tidak akan melepaskan kepercayaannya.

* Syiah, Kisah Karbala tersemat di dadanya.

* Syiah telah mendengar makrifatnya Abal Fadl maka Syiah tidak akan meninggalkan Imamnya seperti mana orang-orang Kufah meninggalkan Imam Hussein a.s.

* Syiah adalah penolong dan pembantu Imam Zaman mereka.

* Betapa berbangganya Syiah sehinggakan nama Imamnya menakutkan para musuh.

* Betapa berbangganya Syiah yang detik-detik ini dipersaksikan oleh Hadrat Zahra a.s.

* Betapa berbangganya Syiah yang kesabarannya tiada tandingan .

* Betapa berbangganya Syiah yang zikir Tuhan, Nabi dan Ahlul Bait mainan di bibirnya.

* Ya selagi Maula dan Tuan tidak zahir, kita dianiaya tetapi kita percaya kelak Maula akan tiba.


* Akan tiba membela semua yang teraniaya.


* Akan tiba menghapuskan kezaliman Para Penzalim.

* Bersyukur kepada Tuhan yang menyaksikan segala amalan.

* Yang Maha Mengetahui siapa yang menghina dan siapa yang hormat Ahlul Bait utusanNya.

* Tuhan sebagai saksi dan semua ini adalah ujianNya.

* Kita tidak tewas dengan ujian ini dengan bekalan tenaga perkasa berlindung kepada Tuhan, Tawassul kepada Nabi dan Ahlul Bait baginda Insya Allah menyelamatkan kita dari mara bahaya di Akhir Zaman. 

Petua : " Ya Adlu " 104 kali di tengah malam sehingga tertidur menjadi penyebab anugerah Ilahi dan hati menjadi khazanah Asrar ( rahsia-rahsia )

Nota : Penghargaan kepada wanita budiman tetamu kepada puteri Rasulullah s.a.w yang telah mengirim surat.


Saturday, 28 May 2011

Hak-Hak ( Truth and Rights )


  
  Imam Ali a.s : Sesungguhnya Hak ( kebenaran ) itu tidak dikenali melalui peribadi-peribadi.  Kenalilah Hak ( kebenaran ) itu, engkau akan mengenali ahlinya ( Majma' Al-Bayan )
  
  Rasulullah s.a.w : Terimalah kebenaran itu dari orang yang membawanya kepadamu - kecil atau besar walaupun dari musuhmu.  Dan tolaklah kebatilan itu kepada orang yang membawanya sama ada kecil atau besar walaupun orang yang disukai olehmu. ( Kanzul Ummal )

  Rasulullah s.a.w : Orang yang paling bertaqwa ialah orang yang berkata yang hak di dalam perkara yang menguntungkannya atau merugikannya. ( Amali Saduq )

  Imam Musa Kazim a.s : Berkatalah yang Hak walaupun di dalamnya kehancuranmu kerana padanya keselamatanmu . . . dan tinggalkan yang batil walaupun di dalamnya keselamatanmu kerana padanya kehancuranmu. ( Tuhaful Uqool )

  Imam Jaafar Sadiq a.s : Kemuliaan itu ialah apabila engkau merendahkan diri berhadapan dengan Hak. ( Biharul Anwar )

Imam Ali a.s : Allah telah menjadikan hak hamba-hambanya sebagai pendahuluan bagi hak-hak dirinya maka barangsiapa yang menunaikan hak-hak hambanya, ia akan menyampaikannya kepada menunaikan hak-hak Allah. ( Ghurarul Hikam )

Nota : 
   
       Agama yang Hak ialah agama yang mempunyai akidah dan kepercayaan-kepercayaan yang benar serta menepati realiti manakala amalan-amalan yang disarankannya pula memiliki jaminan yang mencukupi bagi kesahihan dan kemuktabarannya.

Petua Ayatullah Behjat : Seseorang telah mengadu kepada beliau akan kesakitan di sekitar jantung.  Ayatullah menjawab, basuhlah di bawah paip air di sekitar jantung dan bersolawatlah banyak-banyak.

Doa : Allahumma Arinil Asyya'a Kama Hiya 

Ya Allah tunjukkanlah daku benda-benda seperti mana ianya yang sebenar.

Friday, 27 May 2011

Sembang Hakikat dan Realiti ( Chat On the Fact and Reality )


  
  Apakah Hakikat pada zatnya abadi dan berkekalan ataupun setelah beberapa waktu bertukar menjadi keliru ? Yakni apakah Hakikat itu sentiasa Hakikat dan kekeliruan itu sentiasa keliru ataupun sesuatu itu pada satu zaman adalah hakikat tetapi di dalam kondisi yang lain atau di waktu yang lain bertukar menjadi keliru ?! 
 
  Para " Ilahiyun " ( ahli keTuhanan ) percaya bahawa hakikat tidak sesekali akan bertukar sifatnya.  Hakikat adalah mutlak ( Absolute ) tetapi para " Nisbiyyun " ( Relativis ) mengatakan hakikat bukanlah mutlak tetapi ianya relatif yakni mungkin sesuatu pemikiran itu sekarang ini adalah hakikat tetapi kemudiannya akan bertukar menjadi kekeliruan.  Mereka yang berpegang kepada mutlaknya Hakikat berkata bahawa Realiti-realiti sepertimana berada di luar begitu juga terdapat di dalam fikiran tanpa bentuk mindanya dijejaskan oleh fikiran.  Dengan kata lain, tabiatnya ilmu ialah menunjukkan sesuatu yang real ( sebenarnya ) walaupun minda manusia dan kondisi materialnya saraf manusia memberi kesan sedikit sebanyak keatas kefahaman manusia seperti orang yang berpenyakit Daltun yang melihat semua benda berwarna kuning tetapi ini adalah satu keadaan yang terkecuali  kerana  Idrak dan kefahaman yang lain semuanya adalah gambaran realiti.
  
  Maka bagi kita Hakikat ialah keselarian kefahaman fikiran dengan sesuatu yang real.  Ya, sesuatu yang tertera di minda seseorang jika ia menepati luarannya di namakan Hakikat dan yang diluar itu dikatakan Waqi' ( Real ) atau Waqi'iyyah ( Realiti ) dan yang membezakan diantara hakikat dengan kekeliruan ialah tugas fikiran.  Manusia dengan sifatnya yang Kashif ( Yang Menemui ) Hakikat sesuatu dengan dibantu oleh kefahaman-kefahaman yang fitri dan badihi ( evident dan jelas ) yang kadangkala dengan bantuan mukadimah-mukadimah sensual ( Hissi ) atau tajrubi ( empirikal dan yang terbukti dengan uji kaji ) atau fitri ( yang berasaskan fitrah manusia ) .
 Maka itu Hakikat adalah sifat bagi kefahaman manusia.  Yakni satu kefahaman yang menepati sesuatu yang real dan nyata.  Wassalam.

Thursday, 26 May 2011

Ekspressi Penghargaan



Man Lam Yashkuril Makhluk Lam Yashkuril Khaaliq



Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada makhluk, tidak bersyukur kepada Tuhan Maha Pencipta ( Hadith Nabi s.a.w. )


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang bersusah-payah, membuat persiapan berbulan-bulan lamanya untuk menjayakan ulangtahun gilang-gemilang Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Puteri yang semuanya idola dan Mithali yang terhimpun di dalam satu kewujudan Nurani Fatimah Zahra' binti Nabi Muhammad s.a.w., khasnya para Mu'minat Ar-Ridha dan Az-Zahra yang bertungkus lumus dari semua segi terutama pengarah sambutan Hari Wanita 2011  Puan Aza Bakti69  (nama pena)

Tidak ketinggalan penghargaan setinggi-tingginya kepada kaum bapa yang membantu menjayakan sambutan dari semua segi termasuk pihak katering dalaman dan luaran dan decorations serta pengusaha belon untuk anak-anak dan bunga-bunga ros keamanan untuk hadirin.
Appresiasi istimewa juga kepada semua tetamu Sayyidah Fatimah Az-Zahra kepada semua bangsa terutama '' Tamu-tamu celik hati '' dari Brickfield dan hampir sepertiga tamu non-muslim khasnya Brother Ryan dari Church of Lady Fatimah Brickfield, Wakil sami-sami Hindu kuil Batu Caves dan wakil persatuan penyembah dewa langit Buddha, Sri Gombak.

Akhir sekali penghargaan kepada MPS, IPD Selayang, Balai Polis Gombak Setia, KDN ( Rela ) juga tidak ketinggalan 20 penguatkuasa JAIS, 30 anggota PDRM dan 20 penguatkuasa MPS yang mengiringi ketua serbuan yang turut menyerikan lagi majlis sambutan dengan cara mereka yang tersendiri.  Semoga mereka dan kita semua dapat mengenali keperibadian Putri Nabi s.a.w ini dengan lebih baik untuk dicontohi lalu memperbaiki silap dan salah diri masing-masing semoga pertemuan kelmarin menjadi titik persefahaman dan faktor perpaduan bukan sahaja dikalangan umat Islam bahkan diantara sesama umat manusia.

Jika anda seorang Islam maka anda punya hak seagama ke atas diri saya, Jika anda jiran tetangga maka anda punya hak kejiranan ke atas saya, jika anda seorang manusia maka anda bersaudara dengan saya dari datuk dan nenek yang sama Adam a.s dan Hawa a.s.  Begitu juga saya punya hak yang sama ke atas anda semua termasuk anda yang berkuasa.

Sama-sama kita memohon syafaat Putri Nabi yang tercinta, ini sahaja yang saya mahu dan tidak peduli apa orang kata.
Tidak dilupakan semua wartawan dan jurugambar yang memberi liputan tidak kira apa sahaja niat mereka tetapi semua itu membantu dengan berkesan memperingati Sayyidah Fatimah Az-Zahra a.s.  Wassalam

Sekadar Hiasan








Tuesday, 24 May 2011

KENYATAAN AKHBAR





PRESS STATEMENT

25 MEI 2011, 12.30 PAGI

AR RIDHA DESAK GUGUR PERTUDUHAN EMPAT ANGGOTA SYIAH

GOMBAK: Ar Ridha, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis jamuan makan dan kesenian yang di adakan di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak
dekat Kuala Lumpur hari ini.

Majlis tahunan itu diadakan sebagai memperingati hari ulangtahun kelahiran Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW.

Ketika serbuan itu berlaku, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak wajar.

Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut.

Dalam serbuan tersebut, empat anggota bermazhab Syiah telah ditahan dan dilepaskan dengan ikat jamin pada petang tadi.  Mereka ialah Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, Radin Ahmad Faizul, Syed Mohd Shafiq Syed
Husin dan Mohd Asyraf Ahmad.

Mereka dituduh menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu hanya sekadar majlis jamuan makan yang biasa diadakan setiap tahun.

Tindakan Jais ini dilihat sebagai satu tindakan yang biadab dan merupakan suatu penindasan kerana Jais bertindak tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul.

Oleh yang demikian, kami mendesak Jais menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana majlis itu dianjurkan dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Tindakan Jais dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama
lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timor, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.

Sementara itu,laporan polis telah di buat berhubung dua artikel berunsur fitnah tulisan Hasliza Hassan di akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan bertajuk "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" pada 24 Mei 2011.

Sementara itu anggota mazhab Syiah telah menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadab Jais.

Ar Ridha

Pengarah,

Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz


BANTULAH ORANG-ORANG YANG TERTINDAS DENGAN SOLAT HAJAT ANDA SEMUA...
JANGAN LUPAKAN KAMI [WARGA HAUZAH AR-RIDHA] PARA PENCINTA KELUARGA NABI DAN AHLUL BAIT RASULULLAH SAW


LET MAKE OUR PRAY TO ALLAH THE ALMIGHTY BY DOING "SOLAT HAJAT" TO OUR FRIENDS WHOSE PROSECUTED BY "JAIS" (Selangor Islamic Religious Selangor)

SOLAWAT...


PRESS RELEASE

SHIITE FOLLOWERS DETAINED BY JAIS - 24th MAY 2011

Gombak: Ar Ridha, a non-governmental organizations (NGOs), strongly condemned the Director ofSelangor Islamic Religious Department (Jais), Rais Rashid, uncivilisely raided a lunch function and art culture to entertain those attended the occasion to celebrate the Birthday of Lady Sayyidatina Fatimah Az-Zahra ? Daughter of Prophet Muhammad (PUH), held at the Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak near Kuala Lumpur on 24th of May 2011 (20th Jamadilakhir 1432).

The Anniversary commemoration on the birth of Fatimah Az-Zahra  was been held annually by the Shiite sect throughout the world including Malaysia.

The uncivilise raid happened when more than 1,000 guests from various race and religion who attended the  lunch function and art culture in the context of 1Malaysia, propergated by Dato? Sri Najib Tun Razak, Prime Minister of Malaysia. JAIS action was inappropriate, shameful and against the Prime Minister?s  directive.

The lunch function was been given approval by Selayang Municipal Council (MPS), the Royal Malaysia Police and the Ministry of Home Affairs (RELA) to organize the event.

In the raid, four Shiite members had been detained and subsequently released on bail the late afternoon on the same day. They were Friends Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul, Syed Mohd Shafiq Syed Husin and Mohd Ashraf Ahmad.

They were accused of spreading the Shiite teachings as JAIS have known the commomerationof lunch function being held annually at the same vanue.

Jais action was seen as a barbaric and oppressive without producing warrant of arrestaccording to the Malaysia constitution.

Therefore, we urge JAIS to drop all charges against four members of Shiite sect as the function was given a proper approval from respective authorities.

JAIS action was contrary to Article 11- Constitution of Malaysia, which clearly spell out Islam as the official religion, others religion are democtraticly free to be practiced by the citizen.

They will be charged at Islamic Subordinate Court East Gombak, Kuang, Selangor on 7 June, 2011.

Meanwhile, the police report have been made in against the articles - Hasliza Hassan articles in Berita Harian newspaper on 23rd May 2011 entitled "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah (Malaysian should be informed the danger of Shiite)" and entitled " Tiada sebab terima Syiah di Malaysia (No reason to accept Shiite in Malaysia)" on 24th May, 2011.

Meanwhile, members of the Shiite sect had organized prayer locally and globally  to condemns and curse uncivilized writers, conspirators and particularly Rais Rashid(JAIS). It is estimated the strength of Shiite followers worldwide  by 700 million.

Ar Ridha

Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz

Monday, 23 May 2011

Wanita Dalam Penyelasaian Masalah Global Dan Pencapaian Keamanan Sejagat


Edisi Khas Wanita sempena Ulangtahun Kelahiran Sayyidah Fatimah Zahra a.s Puteri Rasulullah s.a.w 20 JamadilAkhir 1432 Hijrah




KELAHIRANNYA HAZRAT ZAHRA(a.s)

Malam nan paling bercahaya
Malam kelahiran Hazrat Zahra,
Langit melimpah cahaya nan tulen
Cucuran cahaya di muka bumi
Indah sekali

Cahaya nan berturutan
Sisa kipasan para malaikat Tuhan
Ciptaan Tuhan nan indah telah lahir
Bayi nan gelarnya; ‘Ibu buat ayahnya’

Lingkaran pelangi cantik nan berwarna warni
Dari  dua penjuru zaman
Di hati kami menghuninya Fatimah
Di hati setiap syiah tempatnya Maula

Dada kami penuh dengan cinta buatnya
Kausar cahaya dalam hati-hati kami
Malam ini, wahai bunga matahari
Adalah malam yang penuh sinar mentari. 

SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI MUHAMMAD(SAW)
Auzubillahi………..
Bismi……….
Assalamualaikum……..
Alhamdulillahi rabbilaalamin…………………………………………………………………………

السلا م عليك يا ممتحنة امتحنك الذى خلقك فوجدك لما امتحنك صا برة                

SALAM KEATAS MU WAHAI WANITA YANG TELAH DIUJI,DIUJI OLEH TUHAN PENCIPTAMU DAN KAMU BERSABAR DAN CEKAL DIATAS  UJIAN TERSEBUT.
Malam ini adalah merupakan malam kegembiraan seluruh Alam bukan sahaja   bagi makhluk dibumi malahan juga makhluk Allah dilangit meraikan malam yang penuh gilang gemilang dan bercahaya ini.Cahaya kegembiraan ini terpancar dimata-mata dan dihati-hati pengikut dan pencintanya,malam yang penuh keberkatan,malam kelahiran Puteri Muhammad(saw) malam kelahiran Wanita  Syurga yang digelar  حورأ الانسية     (Bidadari jelmaan manusia) oleh Ayahandanya Wanita diungkanpkan didalam Al-Quran sebagai  كثير الخير (kebaikan yang banyak)malahan telah ditafsir juga sebagai  منشأ الخير                                                (Punca kebaikan).
Malam ini juga Para Wanita diseluruh pelosok dunia diberi penghormatan yang istimewa telah dinobatkan malam ini Sebagai HARI WANITA SEDUNIA Juga HARI IBU SEDUNIA.
Saya dengan berbesar hati dan penuh kegembiraan ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh umat Islam Muslimin dan muslimat juga kepada Para pengikut dan pencinta Ahlilbait(as) tidak lupa kepada Para Marajie Muslimin khasnya  kepada Waliul Amri Muslimin dan sangat istimewa ucapan tahniah ini ditujukan kepada SohibulAsri Wazzaman AL-Imamul Mahdi(aj) .Selawat.
Kepada Para Wanita dan ibu-ibu serta para muslimin  SELAMAT DATANG (AHLAN WASAHLAN)diucapkan kerana telah sudi bersama-sama hadir pada malam ini bagi sama-sama mengambil keberkatan wanita Penghulu dua  Alam Sayyidah Fatimah Az-Zahra(as),semuga kehadiran kita pada malam ini  akan mendapat perhatian daripada Allah Subhanahuwataala,Rasulullah dan Ahlulbait(as).
Saya rasa ibu-ibu dan para mukminat dan mukminin juga telah maklum  bahawa hari ini juga adalah hari kelahiran Almarhum Imam Khomeini(ra)  tokoh yang kita kenali sebagai  Pencetus ledakan revolusi  dunia,Almarhum Imam Khomaini(ra) semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.Almarhum Imam Khomaini(ra) yang telah mengenalkan kembali umat Islam dan dunia kepada Islam yang sebenar,beliau  juga telah membawa kembali kehormatan dan kedudukan Wanita yang sebenar didalam Islam dengan meletakkan keperibadian Puteri Nabi(saw) Sayyidah Fatimah Az-Zahra sebagai contoh dan ikutan yang patut dicontohi oleh setiap wanita,Peranan yang dimainkan oleh wanita adalah sangat besar bukan sahaja didalam keluarga malahan didalam membentuk dan membina  masyarakat bukan hanya masyarakat setempat malahan  masyarakat dunia.
Tema hari Wanita pada tahun ini adalah” WANITA DALAM PENYELESAIAN MASALAH GLOBAL DAN PENCAPAIAN KEAMANAN SEJAGAT”.Jika diteliti dari ungkapan kata-kata didalam tema ini saya yakin Para Wanita sekelian akan dapat merasakan bahawa tanggungjawab kita para wanita dan para ibu adalah begitu berat dan besar sekali bukan sahaja didalam membentuk dan mendidik anak-anak generasi akan akan datang malahan para wanita mempunyai peranan didalam menyelesaikan masalah-masalah global  didalam mewujudkan keamanan sejagat.
Beberapa bulan yang lepas saya ada membaca satu tajuk kecil didalam akhbar yang bertajuk “17 ribu tiket untuk keKonsert Justin Bieber telah habis dijual dengan harga dari rm 98 hingga rm 400,tajuk ini telah menarik saya untuk membaca petika akhbar tersebut setelah membaca barulah saya ketahui bahawa penyanyi yang dikenali sebagai Justin ini baru berusia 17 tahun dan menjadi kegilaan remaja seluruh dunia termasuklah remaja di Malaysia,apa yang terlintas diminda saya ketika itu ialah”17 ribu bukan satu angka atau jumlah yang sedikit ini bermakna penyanyi ini mempunyai pengaruh yang begitu kuat keatas remaja “dan yang menghadiri konsert tersebut adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja yang beragama Islam yang berumur 20 tahun kebawah adakah ibubapa tidak sedar bahawa ini adalah bahaya yang sangat besar kepada anak-anak mereka,para remaja Islam menggilai penyanyi –penyanyi dan tertulis dengan gahnya didada –dada akhbar gelagat anak remaja kita menghadiri konsert didalam hujan yang lebat sambili menjerit-jerit memanggil  nama penyanyi tersebut panggilan “baby, I love you dan sebagainya malahan  ada yang membawa poster dengan tulisan dan kata-kata yang tidak sepatutnya ditulis oleh seorang penganut agama Islam saya terfikir sejenak kemanakah arus dan hala tuju remaja-remaja Islam ini,mereka begitu fanatik dan taksub kepada hiburan dan penyanyi yang menjadi idola dan kegilaan mereka,kenapa ibubapa membiarkan perkara ini berlaku?dan kemanakah hilangnya peranan yang patut dimainkan oleh para ibubapa didalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka?jika bukan ibubapa yang patut menjalankan kewajiban mendidik dan mengasuh anak-anak mereka pada siapakah tanggungjawab ini harus diberi.
Dunia hiburan telah mengepung diri anak-anak  remaja sehingga mereka sudah hilang jati diri sebagai seorang muslim,Islam tidak menghalang atau menolak hiburan ….tetapi ada batas dan sempadannya kerana jika tiada batas manusia akan menjadi rosak  dan binasa,Islam juga telah meletakkan idola dan contoh keperibadian yang patut diikuti dan mereka yang dijadikan idola itu adalah dipilih oleh Allah Taala kerana hanya Allah yang Maha mengetahui siapakah yang terbaik untuk diikuti dan dijadikan idola dan salah satunya ialah puteri nabi Muhammad(saw) Sayyidah FatimahAz-Zahra(as).
Didalam diri puterinya Nabi Muhammad(saw)  ini wujud berbagai contoh dan tauladan yang boleh diikuti malahan patut diikuti oleh kita semua.  Contoh dan cara mendidikan anak-anak ada pada Sayyidah Fatimah Az-Zahra, didalam sejarah telah tercatat bagaimana Sayyidah Fatimah Az-Zahra  mendidik putera dan puteri,beliau begitu menitik beratkan didalam didikan rohani(spritual) disamping jagaan jasmani (luaran),kerana beliau sedar bahawa putera dan puteri ini akan berada didalam masyarakat dan akan membawa contoh dan mendidik masyarakat.
Imam Hasan(as) meriwayatkan Bondanya beribadah dimalam hari sampai ke dini hari(waktu subuh) dan tidak putus-putus mendoakan muslimin dan muslimat dengan menyebut nama-nama mereka,lantas Imam Hasan bertanya’Wahai bonda sepanjang malam bonda hanya mendoakan orang lain tetapi tidak mendoakan untuk diri bonda dan keluarga” jawap Sayyidah Fatimah Az-Zahra(as)  “ الجا ر ثم الدار Wahai anakku Jiran tetangga dahulu kemudian barulah keluarga”,inil adalah antara contoh yang diajarkan oleh Sayyidah Fatimah(as) kepada puteranya juga kepada kita semua.
Disebalik kelembutan sifat Sayyidah Fatimah(as) beliau telah mengajar  putera dan puterinya sifat berani berani dan tegas,ketika berhadapan dengan orang yang zalim yang telah merampas haq tanah pusakanya fadak,beliau dengan lantang dan tegas telah menuntut haq tersebut ,sifat berani inilah telah diwarisi oleh puteri Sayyidah Zainab(sa) SRI KANDI KARBALA,ucapan dan pidatonya Puterinya Imam Ali(as) dan Sayyidah Fatimah Az-Zahra ini telah menyebabkan Yazid dan kuncu-kuncu menggeletar ketakutan seterusnya telah membawa kepada kejatuhan pemerintahan Yazid ,inilah diantara contoh sifat dan keperibadian yang telah diajar dan ditonjolkan kepada kita dan sepatutnya sifat-sifat ini dijadikan satu guideline(panduan) didalam kita mendidik anak-anak kita.
Akhir kata saya  ingin menyeru kepada semua wanita termasuklah diri saya marilah sama-sama kita jadikan malam ini malam sambutan kelahiran bonda Zahra(as) sebagai satu titik tolak untuk membuat perubahan didalam diri kita,keluarga kita dan seterusnya membuat perubahan didalam masyarakat dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek  1-pembaikan akhlak  2-memperkukuhkan sakhsiah diri  3-menambahkan ilmu pengetahuan yang ada  5-lebih peka kepada pendidikan anak-anak(akedamik dan agama) dan dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada marilah kita sama-sama pada malam ini bertawassul kepada diri yang suci ini.
Sebelum mengakhiri ucapan saya,saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang  tidak terhingga kepada semua ahlijawatankuasa pelaksana  sambutan Wiladah 2011,semua petugas-petugas dan urusetia-urusetia,semua warga HAR juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program malam ini aitu PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMA(AS) pada tahun ini 2011 semuga semua usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan perhatian daripada Sohibulasri Wazzaman Al Imamul Mahdi (aj)  dan yang terakhirnya saya ingin membaca satu sajak yang telah diterjemahkan daripada bahasa Farsi yang bertajuk KELAHIRAN HAZRAT ZAHRA(AS).
Saya sudahi dengan lafaz Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


SELAWAT


AZA BAKTI 69
23 Mei 2011/19 Jamaduthani  1432


Doa : Allahummaj Alni Fidir'ikal Hasinah Allati Taj'alu Fiha Man turid
       Allahummansuril Islama Wal Muslimin Wakhzulil Kuffara Wal Munafiqin
       Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj Waj Alna Min Ansarihi Wa A'wanihi.  Amin
     Ya Wajihatan Indallah Isyfai Lana Indallah

Sunday, 22 May 2011

Suluh jalan kemasyarakatan Imam Khomeini




1. Untuk mencapai maksud-maksud walaupun berbentuk keislaman, melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan akhlak dan kebudayaan adalah tertolak dan adalah dari motif-motif yang bukan bersifat Islam.

2. Di dalam Islam tidak wujud sayap-sayap yang berbagai.  Apabila terbentuk pemerintahan Islam, semua patuh kepada kanun Islam dan Islam adalah sayap yang seragam dan satu.



3. Sesiapa yang mengetahui tentang Islam, ia tahu bahawa Islam tidak sesekali mempunyai pandangan buruk terhadap minoriti-minoriti agama dan para pengikut mazhab-mazhab lain dan kita sentiasa berinteraksi dengan mereka dengan penghormatan manakala propaganda yang bercanggah dengan perkara ini adalah dari pihak asing dan musuh-musuh Islam.

4. Semakin besar matlamat, semakin banyak susah payah di jalan ini hendaklah ditanggung dan menjadi lebih mudah.  Jika matlamat anda tuan-tuan hanyalah perkara-perkara keduniaan, segala kesusahan anda akan sia-sia sahaja tetapi jika tujuan itu ialah Tuhan, menyelamatkan hamba-hamba Tuhan, menyelamatkan bangsa yang lemah dari teraniaya, betapa banyak susah payah tidak akan menjadi sia-sia.

5. Ketakutan kepada kuasa-kuasa ialah kepunyaan orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.  Orang-orang Islam dan beriman yang percaya kepada Sumber kekuasaan tidak sepatutnya mereka gentar kepada kuasa-kuasa.

Doa : Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj

Saturday, 21 May 2011

Imam Khomeini, Keperibadian Multi Dimensi



 Imam Musa Al-Kazim a.s telah berkata : " Akan ada seorang lelaki dari ahli Qom yang mengajak umat manusia kepada kebenaran yang berhimpun bersamanya satu kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak dapat digoncang oleh angin yang kencang dan tidak bosan dari peperangan dan tidak takut dan mereka bergantung kepada Allah."
    Secara jelasnya Imam Musa Al-Kazim a.s memberi gambaran ciri-ciri yang ada pada seorang lelaki yang begitu hebat serta tidak gentar dan takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah s.w.t . Imam Musa Al-Kazim a.s telah memberi satu gambaran kepada kita tentang seorang lelaki yang akan membawa satu perubahan yang besar dalam sejarah masyarakat ini.          
    Pada tahun 1959, Al-Marhum Imam Khomeini telah memberi nasihat kepada masyarakat Iran berkaitan dengan manusia.  Beliau berkata : '' Manusia tidak memiliki satu dimensi tetapi memiliki pelbagai dimensi.  Antara dimensi keperibadian yang Imam Khomeini miliki seperti berikut : 

1. Dimensi makrifat dan keilmuan.
a) Merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu.
Dimensi makrifat dan keilmuan ini merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu seperti pengkhususan ilmu Fiqh, Irfan , Filsafat, tafsir dan kesusasteraan.  Imam Khomeini telah menguasai keseluruhan ilmu tersebut dengan sangat cemerlang.

b) Menghidupkan agam di zaman ini.
Di peringkat awal sekembalinya Imam Khomeini dari Perancis, beliau berusaha untuk menghidupkan pelaksanaan syariat Islam dalam kalangan masyarakat Iran.  Namun Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok pemikiran sekularisma.  Pemikiran sekularisma ini terlalu menebal di dalam masyarakat Iran.  Cabaran hebat yang harus diharungi oleh Imam Khomeini untuk mengubah tanggapan serong serta pemikiran yang amat cetek masyarakat terhadap agama Islam.

c) Renovasi keagamaan.
Seterusnya Al-marhum Imam Khomeini berhadapan cabaran dalam membuat satu renovasi dalam hal berkaitan keagamaan.  apa yang dimaksudkan tentang renovasi keagamaan ?  Ini berkaitan dengan membuat satu anjakan pemikiran serta pemahaman agama dalam kehidupan seharian merangkumi pelbagai sudut.  Antara perkara yang mengalami proses transformasi seperti pemahaman keagamaan dalam bentuk pemerintahan, menggabungkan kesenian dengan tatacara syariat Islam, perbahasan berkaitan dengan falsafah amali Fiqah.  Namun dalam usaha dalam menggerakkan renovasi keagamaan ini al-Marhum Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok yang disebut sebagai '' Iltiqat '' .  Apakah yang dimaksudkan dengan golongan Iltiqat ?  Perlu diperjelaskan dengan sejelasnya bahawa golongan ini amat bahaya kerana mereka ini membawa pemahaman keagamaan mengikut tafsiran mereka sendiri.  Sebagai contoh golongan ini mendapat pendidikan dari disiplin ilmu sosialis namun mereka ini telah mencampur adukkan kefahaman sosialis dengan ajaran Islam.  Mereka ini telah memesong pemikiran masyarakat dengan membawa Islam dengan cara mereka sendiri.  Golongan seperti ini cuba menandingi golongan ulama' dengan merasakan mereka adalah ahli kebenaran.

2. Dimensi akhlak.
Dimensi akhlak merupakan dimensi yang mempunyai satu kekuatan tersendiri.  Ini kerana akhlak atau keperibadian Imam Khomeini begitu tinggi.  Sabda Rasullullah s.a.w. '' Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kenuliaan akhlak ''.  seperti mana yang kita ketahui yang Imam Khimeini mempunyai kesopanan dan kebijaksanaan dalam semua aspek kehidupannya.

3. Dimensi seni
Dari dimensi seni, Imam Khomeini merupakan seorang yang mempunyai kesenian yang amat menarik.  Kesenian yang dimiliki olehnya berkaitan dengan kesenian dalam memberi khidmat kepada agama Islam.  Dalam memberi penjelasan berkaitan keagamaan, beliau mempunyai kesenian yang tinggi serta penjelasan yang mudah dan penuh dengan daya tarikan.  Bukan sekadar dalam penyampaian sahaja bahkan juga dalam penulisan ketika mana beliau menggerakkan penanya.  Penulisan yang dihasilkan oleh Imam Khomeini amat kreatif serta mampu mempengaruhi pembaca.  Itulah kelebihan Al-Marhum Imam Khomeini dalam dimensi ini.

4. Dimensi sosial
Dalam membicarakan dari sudut dimensi sosial, Imam Khomeini merupakan seorang reformer atau tokoh pembaharuan kepada masyarakat Iran.  Ketika kali pertama Imam Khomeini menjejakkan kaki ke bumi Qom, beliau sudah menjadi tonggak dalam menggerakkan gelombang pembaharuan kepada masyarakat Iran, khususnya tekanan yang beliau berikan kepada pemerintahan Syah serta golongan ulama' yang menjadi terompah kayu kepada pemerintah.  Pergolakan politik Iran sudah menjadi asam garam kehidupan baginya.  Tidak ada istilah takut kepada manusia atau menjadikan selain Allah sebagai sembahan.  Cabaranj paling hebat apabila beliau terpaksa berhadapan dengan golongan Istikbar.  Golongan ini adalah terdirin daripada golongan pemerintah yang zalim serta menggunakan kekuasaan untuk tujuan kezaliman serta penindasan.  Pengorbanan yang tertinggi yang terpaksa ditempuhi oleh Imam Khomeini adalah syahidnya anakanda tersayang iaitu As-Syahid Ayatullah Sayyid Musthafa Musawi.
  Golongan mustad'afin merupakan golongan yang sering didekati oleh Imam Khomeini.  Beliau mewarisi sifat ini dari ayahnya yang merupakan pembela bagi golongan yang lemah serta tertindas.  Beliau menjadi pembela keatas sebarang bentuk penindasan yang dilakukan oleh pemerintah zalim.
  Ketika beliau mencetuskan Revolusi Islam Iran, antara perkara utama yang menjadi tonggak perjuangan Imam adalah keadilan sosial.  Beliau merupakan pejuang, pembela serta mengangkat martabat para wanita.  Kata-kata beliau yang ulung dalam membela hak para wanita adalah seperti berikut : '' Dalam ajaran Islam wanita memiliki hak yang sama seperti lelaki dalam hal berkaitan pendidikan, pekerjaan, hak untuk mengundi dalam pilihan raya serta hak untuk diundi ".
  DI samping itu, Imam Khomeini mencetuskan revolusi baru dengan memberi hak untuk membuat pemilihan kepada seluruh masyarakat Iran dalam menentukan pemimpin mereka.

5. Dimensi keimanan
  Akhir sekali dari dimensi keinmanan merupakan merupakan dimensi terpenting dalam membicarakan tentang keperibadian al-Marhum Imam Khomeini.  Seluruh kehidupannya dipenuhi dengan berinadat kepada Allah s.w.t.  Seluruh pemilikannya diletakkan di jalan Allah s.w.t.  Tiada apa yang teristimewa yang ditinggalkan olehnya kepada ahli keluarganya melainkan alatan peribadi serta kitab-kitab yang telah diwakafkan untuk perpustakaan miliknya.
  Di samping itu beliau merupakan ahli Irfan yang hebat sama ada dalam bentuk teori mahupun ahli qalbu yang mana boleh ditafsirkan sebagai  ahli '' irfan amali ''.  Beliau bukan sahaja hebat dari sudut amali malah hebat dalam mendidik hati serta amalan-amalan irfan .
  Nasab Imam Khomeini bersambung terus kepada Imam Musa Al-Kazim a.s.  Maka dengan nasab yang suci ini, beliau mewarisi akhlak yang terpuji.  Beliau begitu asyik dalam membicarakan kelebihan serta keutamaan Ahlul Bait Rasullullah s.a.w.  Kecintaan beliaubegitu mendalam dalam memperjuangkan hak Ahlul Bait serta menyampaikan risalah Ahlul Bait kepada masyarakat umum.  Keasyikannya kepada Ahlul Bait begitu tinggi di dalam dirinya.

   Imam Sadiq a.s bersabda : 
                    
         Akan sepi Kufah dari mukminin dan akan menyorok ilmu darinya seperti menyoroknya ular di dalam lubangnya.  Kemudian akan zahir ilmu itu di sebuah kota yang dipanggil Qom dan menjadi lambang ilmu dan kemuliaan sehingga tiada mustadhafin di muka bumi tentang agama sehinggakan wanita di kamar mereka dan perkara ini adalah ketika hampirnya zuhur orang yang akan bangkit dari kami  ( Imam Mahdi a.s ) lalu Allah s.w.t menjadikan Qom dan ahlinya, timbalannya, hujah Allah s.w.t dan kalaulah tidak sedemikian pasti runtuh bumi ini dengan penghuninya dan tiada lagi hujah di muka bumi lalu tersebarlah ilmu-ilmu dari qom ke kota-kota lain di Timur dan Barat. ( Bihar Anwar : Jilid 6 )

Petua : Rasullullah s.a.w bersabda bahawa bersolawat ke atasku adalah penyebab bagi penyucian bagi amalan-amalanmu.

Doa untuk mazlumin di Bahrain dan di seluruh pelusuk dunia.