Friday 28 December 2012

TERIMA KASIH ZAMIHAN DI TV3 / PEMALSUAN BERITA SYRIA



Tangisan Rasulullah terhadap Imam Husain (a.s)



 Tangisan Rasulullah terhadap Imam Husain (a.s)

Rasulullah (s.a.w) bersabda:

يَا فَاطِمَةُ كُلُّ عَيْنٍ بَاكِيَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا عَيْنٌ بَكَتْ عَلَى مُصَابِ الْحُسَيْنِ فَإِنَّهَا ضاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ بِنَعِيمِ الْجَنَّة .
بحار الأنوار الجامعة لدرر أخبار الأئمة الأطهار، ج‏44، ص: 293 .

Wahai Fathimah, setiap mata menangis di hari kiamat kelak melainkan mata yang telah menangis atas musibah Al-Husain. Sesungguhnya ia akan ketawa dan dikabarkan berita gembira tentang nikmat-nikmat syurga. - Biharul Anwar, jilid 44 halaman 293.

Kesedihan dan tangisan adalah fitrah semulajadi ciptaan:

Salah satu sunnah Ilahi dari aspek fitrah dan zat di dalam insan ialah gambaran praktikal ruhani dan psikologi ketika mengalami situasi yang menggembirakan atau mendukacitakan. Apabila mendengar sesuatu berita atau berhadapan dengan perkara yang tidak diduga, emosi dalaman boleh memperlihatkan reaksi seseorang insan. 

Hal ini jelas kelihatan apabila seseorang itu berdepan dengan peristiwa pahit seperti musibah dan kesusahan dengan air mata yang mengalir, tangisan dan ratapan.

Begitu juga ketika berhadapan dengan peristiwa yang menggembirakan dirinya atau mendengar kabar baik. Seseorang insan selalunya memperlihatkan keceriaan dirinya.

Seorang ibu yang kematian anak atau kehilangan orang yang tersayang boleh menitiskan air mata yang mengadu derita dalaman dan rohani. Dalam menghadapi kematian orang yang tersayang seorang insan itu tidak dapat mempertahankan kesabarannya hasil dari tergurisnya emosi fitrah keibuan. Perbuatan ini bukan sahaja tidak tercela, bahkan membangkitkan semangat dan juga kebanggaan diri.

Oleh itu, syair ratapan, Azadari dan keluhan berasal dari fitrah dan sifat semulajadi insan. Menolak perkara ini sama sahaja dengan menolak fitrah.

Setiap Imam Maksum (a.s) mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan yang lain. Sayyidul Syuhada (a.s) juga mempunyai ciri-ciri sendiri di mana para Imam yang lain tidak disifatkan sedemikian rupa. Contohnya seluruh para nabi, wali-wali dan para washi menitiskan air mata terhadap beliau sebelum kelahirannya dan setelah itu. Air mata ini mereka anggap sebagai kebanggaan diri sendiri.

Artikel ini akan mengemukakan beberapa contoh tangisan Rasulullah (s.a.w) daripada riwayat dari jalur Syiah dan beberapa riwayat yang lain daripada jalur muktabar Ahlusunnah Wal Jama’ah.

Tangisan Rasulullah (s.a.w) dalam riwayat Syiah:

Banyak riwayat dari jalur Syiah yang menceritakan peristiwa ini. Memadailah beberapa riyawat dikemukakan di sini. Al-Marhum Syaikh Saduq di dalam kitab Syarif ‘Uyun Akhbar Al-Ridha ‘Alaihissalam (شريف عيون اخبار الرضاء عليه السلام) menulis:

... فَلَمَّا كَانَ بَعْدَ حَوْلٍ وُلِدَ الْحُسَيْنُ (عليه السلام) وَ جَاءَ النَّبِيُّ (صلي الله عليه و آله و سلم) فَقَالَ يَا أَسْمَاءُ هَلُمِّي ابْنِي فَدَفَعْتُهُ إِلَيْهِ فِي خِرْقَةٍ بَيْضَاءَ فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى وَ أَقَامَ فِي الْيُسْرَى وَ وَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ فَبَكَى فَقَالَتْ أَسْمَاءُ بِأَبِي أَنْتَ وَ أُمِّي مِمَّ بُكَاؤُكَ قَالَ عَلَى ابْنِي هَذَا قُلْتُ إِنَّهُ وُلِدَ السَّاعَةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ مِنْ بَعْدِي لَا أَنَالَهُمُ اللَّهُ شَفَاعَتِي ثُمَّ قَالَ يَا أَسْمَاءُ لَا تُخْبِرِي فَاطِمَةَ بِهَذَا فَإِنَّهَا قَرِيبَةُ عَهْدٍ بِوِلَادَتِه‏ ...
عيون أخبار الرضا عليه السلام ، ج‏2 ، ص 26 .

Asma’ berkata, dalam tahun setelah kelahiran Al-Husain (a.s), Rasulullah datang kepadanya dan bersabda: Wahai Asma, bawakan kepadaku cucuku. Asma pun memberikan Al-Husain kepada baginda dalam keadaan dibalut dengan kain putih. Baginda mengazankan pada telinga kanan dan iqomah pada telingan kirinya. Baginda meletakannya diribanya dan menangis. Asma’ bertanya: Ayah dan ibuku berkorban untukmu, kepada siapa engkau menangis? Baginda menjawab: Kepada cucuku ini. Aku berkata: Beliau baru sahaja lahir. Baginda bersabda: Beliau akan dibunuh oleh penderhaka yang sesat setelah kewafatanku. Allah tidak akan mengenakan syafaatku kepada mereka. Kemudian baginda bersabda: Wahai Asma’, janganlah dikau menyampaikannya kepada Fathimah, kerana beliau baru melahirkannya…” - ‘Uyun Al-Akhbar Al-Ridha Alaihissalam, jilid 2 halaman 26

Al-Marhum Syaikh Mufid di dalam kitab Al-Irsyad menulis:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ خَرَجَ مِنْ عِنْدِنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ فَغَابَ عَنَّا طَوِيلًا ثُمَّ جَاءَنَا وَ هُوَ أَشْعَثُ أَغْبَرُ وَيَدُهُ مَضْمُومَةٌ فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لِي أَرَاكَ أَشْعَثَ مُغْبَرّاً فَقَالَ أُسْرِيَ بِي فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ إِلَى مَوْضِعٍ مِنَ الْعِرَاقِ يُقَالُ لَهُ كَرْبَلَاءُ فَرَأَيْتُ فِيهِ مَصْرَعَ الْحُسَيْنِ وَ جَمَاعَةٍ مِنْ وُلْدِي وَ أَهْلِ بَيْتِي فَلَمْ أَزَلْ أَلْتَقِطُ دِمَاءَهُمْ فِيهَا هِيَ فِي يَدِي وَ بَسَطَهَا فَقَالَ خُذِيهِ وَ احْتَفِظِي بِهِ فَأَخَذْتُهُ فَإِذَا هِيَ شِبْهُ تُرَابٍ أَحْمَرَ فَوَضَعْتُهُ فِي قَارُورَةٍ وَ شَدَدْتُ رَأْسَهَا وَ احْتَفَظْتُ بِهَا فَلَمَّا خَرَجَ الْحُسَيْنُ (عليه السلام) مُتَوَجِّهاً نَحْوَ أَهْلِ الْعِرَاقِ كُنْتُ أُخْرِجُ تِلْكَ الْقَارُورَةَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَ لَيْلَةٍ فَأَشَمُّهَا وَ أَنْظُرُ إِلَيْهَا ثُمَّ أَبْكِي لِمُصَابِهَا فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الْعَاشِرِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَ هُوَ الْيَوْمُ الَّذِي قُتِلَ فِيهِ أَخْرَجْتُهَا فِي أَوَّلِ النَّهَارِ وَ هِيَ بِحَالِهَا ثُمَّ عُدْتُ إِلَيْهَا آخِرَ النَّهَارِ فَإِذَا هِيَ دَمٌ عَبِيطٌ فَضَجِجْتُ فِي بَيْتِي وَ كَظَمْتُ غَيْظِي مَخَافَةَ أَنْ يَسْمَعَ أَعْدَاؤُهُمْ بِالْمَدِينَةِ فَيُسْرِعُوا بِالشَّمَاتَةِ فَلَمْ أَزَلْ حَافِظَةً لِلْوَقْتِ وَ الْيَوْمِ حَتَّى جَاءَ النَّاعِي يَنْعَاهُ فَحُقِّقَ مَا رَأَيْتُ‏ .
الإرشاد في معرفة حجج الله على العباد ، ج‏2 ، ص130 ، فصل في فضائل الإمام الحسين و مناقبه . و إعلام الورى بأعلام الهدى ، ص 219 ، الفصل الثالث في ذكر بعض خصائصه و مناقبه و فضائله .

Daripada Ummu Salamah, pada suatu malam Rasulullah (s.a.w) keluar berjauhan daripada kami dalam tempoh yang lama. Kemudian baginda pulang kepada kami dalam keadaan kusut berdebu dan tangannya sedang mengumpal. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa engkau berdebu? Baginda bersabda: Aku dibawa pada malam ini ke sebuah tempat di Iraq, dikatakan bahawa ia adalah Karbala. Maka aku telah melihat gelanggang Al-Husain dan jemaahnya daripada anak cucu dan Ahlul Baitku syahid di sana. Aku memungut darah-darah mereka di sana, inilah sedikit di dalam tanganku. Ambillah ia dan jagalah ia. Maka aku pun mengambilnya dan ia seakan-akan tanah berwarna merah dan aku menyimpannya di dalam botol kaca. Tatkala Al-Husain (a.s) keluar menuju ke arah Iraq, setiap hari siang dan malam aku menciumnya dan melihat padanya, aku menangisi musibahnya. Menjelang hari ke-sepuluh Muharram iaitu hari beliau terbunuh, aku mengeluarkannya dan ia tidak berubah, kemudia aku melihat kembali di penghujung tengahhari dan ia bertukar menjadi darah pekat, aku menjerit. Oleh kerana aku bimbang musuh mengetahui perkara yang aku sembunyikan, maka aku pun sentiasa menanti sehinggalah khabar pembunuhan Al-Husain diumumkan di Madinah. - Al-Irsyad Fi Ma’rifah HijajiLlah Alal ‘ibad, jilid 2 halaman 130.

Beliau juga turut menulis:

وَ رَوَى السَّمَّاكُ عَنِ ابْنِ الْمُخَارِقِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ (صلي الله عليه و آله و سلم) ذَاتَ يَوْمٍ جَالِسٌ وَ الْحُسَيْنُ (عليه السلام) فِي حَجْرِهِ إِذْ هَمَلَتْ عَيْنَاهُ بِالدُّمُوعِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَاكَ تَبْكِي جُعِلْتُ فِدَاكَ قَالَ جَاءَنِي جَبْرَئِيلُ (عليه السلام) فَعَزَّانِي بِابْنِيَ الْحُسَيْنِ وَ أَخْبَرَنِي أَنَّ طَائِفَةً مِنْ أُمَّتِي سَتَقْتُلُهُ لَا أَنَالَهُمُ اللَّهُ شَفَاعَتِي‏ .

Ummu Salamah berkata: Pada suatu hari, Rasulullah (s.a.w) duduk dan meriba Al-Husain. Tiba-tiba air matanya menitis. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihat engkau menangis. Baginda bersabda: Jibrail (a.s) datang kepadaku dan mengucapkan takziah kepadaku tentang Al-Husain. Ia memberitahu bahawa sekumpulan daripada ummatku akan membunuhnya. Allah tidak akan memberikan syafa’atku kepada mereka. - Al-Irsyad Fi Ma’rifah HijajiLlah Alal ‘ibad, jilid 2 halaman 130.

Tangisan Rasulullah (s.a.w) di dalam riwayat Ahlusunnah.

Syamsuddin Al-Zahabi, merupakan salah seorang ilmuan Ahlusunnah yang terbilang menulis di dalam kitab Tarikh Al-Islam:

وقال الإمام أحمد في مسنده ثنا محمد بن عبيد ثنا شرحبيل بن مدرك عن عبد الله بن نجي عن أبيه أنه سار مع علي وكان صاحب مطهرته فلما حاذى نينوى وهو سائر إلى صفين فنادى اصبر أبا عبد الله بشط الفرات قلت وما ذاك قال دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعيناه تفيضان فقال قام من عندي جبريل فحدثني أن الحسين يقتل بشط الفرات وقال هل لك أن أشمك من تربته قلت نعم فقبض قبضة من تراب فأعطانيها فلم أملك عيني أن فاضتا وروى نحوه ابن سعد عن المدائني عن يحيى بن زكريا عن رجل عن الشعبي أن علياً قال وهو بشط الفرات صبراً أبا عبد الله وذكر الحديث 
وقال عمارة بن زاذان ثنا ثابت عن أنس قال استأذن ملك القطر على النبي صلى الله عليه وسلم في يوم أم سلمة فقال يا أم سلمة احفظي علينا الباب لا يدخل علينا أحد فبينا هي على الباب إذ جاء الحسين فاقتحم الباب ودخل فجعل يتوثب على ظهر النبي صلى الله عليه وسلم فجعل النبي صلى الله عليه وسلم يلثمه فقال الملك أتحبه قال نعم قال فإن أمتك ستقتله إن شئت أريتك المكان الذي يقتل فيه قال نعم فجاءه بسهلة أو تراب أحمرقال ثابت فكنا نقول إنها كربلاء 
عمارة صالح الحديث رواه الناس عن شيبان عنه 
وقال علي بن الحسين بن واقد حدثني أبي ثنا أبو غالب عن أبي أمامة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لنسائه لا تبكوا هذا الصبي يعني حسيناً فكان يوم أم سلمة فنزل جبريل فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأم سلمة لا تدعي أحداً يدخل فجاء حسين فبكى فخلته أم سلمة يدخل فدخل حتى جلس في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال جبريل إن أمتك ستقتله قال يقتلونه وهم مؤمنون قال نعم وأراه تربته رواه الطبراني 
وقال إبراهيم بن طهمان عن عباد بن إسحاق وقال خالد بن مخلد واللفظ له ثنا موسى بن يعقوب الزمعي كلاهما عن هاشم بن هاشم الزهري عن عبد الله بن زمعة قال أخبرتني أم سلمة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم اضطجع ذات يوم فاستيقظ وهو خاثر ثم اضطجع ثم استيقظ وهو خاثر دون المرة الأولى ثم رقد ثم استيقظ وفي يده تربة حمراء وهو يقبلها فقلت ما هذه التربة قال أخبرني جبريل أن الحسين يقتل بأرض العراق وهذه تربتها 
وقال وكيع ثنا عبد الله بن سعيد عن أبيه عن عائشة أو أم سلمة شك عبد الله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لها دخل علي البيت ملك لم يدخل علي قبلها فقال لي إن ابنك هذا حسيناً مقتول وإن شئت أريتك من تربة الأرض التي يقتل بها 
رواه عبد الرزاق عن عبد الله بن سعيد بن أبي هند مثله إلا أنه قال أم سلمة ولم يشك 
وإسناده صحيح رواه أحمد والناس 
وروي عن شهر بن حوشب وأبي وائل كلاهما عن أم سلمة نحوه
تاريخ الإسلام ذهبي ج5/ص102

Imam Ahmad di dalam Musnadnya mengatakan... Abdullah bin Naji daripada ayahnya, sesungguhnya beliau pergi bersama Ali dengan wadah air. Tatkala sampai di Nainawa (menghala ke Siffin), maka ia berkata: Ya Aba Abdillah, nanti sebentar. Aku berkata: Mengapa? ia berkata: Aku pernah bertemu Rasulullah dalam keadaan mata baginda menitiskan air mata. Baginda pun berkata kepadaku bahawa Jibrail telah berdiri di sisiku dan berkata bahawa Husain akan dibunuh di Shatt Al-Furat. Mahukah engkau mencium bau tanahnya? Aku menjawab: Iya. Maka baginda menggenggam tanah dan memberikannya kepadaku dan aku tidak dapat menahan air mataku dari mengalir…

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Malaikat Hujan di hari Ummu Salamah (hari yang Rasulullah berada di rumahnya) meminta izin daripada Rasulullah untuk masuk. Kemudian baginda bersabda: Wahai Ummu Salamah, jagalah pintu agar tidak ada orang yang masuk. Ketika ini Al-Husain datang dan meluru ke pintu serta masuk ke dalam bilik. Al-Husain naik di atas belakan Nabi. Rasulullah (s.a.w) menciumnya dan Malaikat Hujan berkata: Apakah engkau kasih padanya? Baginda menjawab: Iya. Malaikat berkata: Sesungguhnya ummatmu akan membunuhnya setelah kewafatanmu. Aku akan perlihatkan tempat kesyahidannya jika kamu mahu. Baginda berkata: Iya. Maka ia membawa baginda ke dataran atau tanah merah. Tsabit berkata: Kami memanggilnya sebagai Karbala.

Umarah adalah seorang yang Shalih Hadis, ramai orang meriwayatkan daripadanya.

... Rasulullah bersabda kepada isterinya bahawa janganlah kalian biarkan kanak-kanak ini (Al-Husain) menangis. Pada suatu hari Jibrail turun dan baginda bersabda kepada Ummu Salamah: Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik. Kemudian Al-Husain datang dan mula menangis. Ummu Salamah mengizinkannya memasuki bilik dan beliau duduk di riba Rasulullah (s.a.w). Kemudian Jibrail berkata: Umatmu akan membunuhnya. Baginda bertanya: Apakah mereka itu membunuh dalam keadaan beriman? Beliau berkata: Iya. Kemudian Jibrail menunjukkan tanahnya.

... Ummu Salamah memberitahuku bahawa pada suatu hari Rasulullah tidur kemudian bangun dalam keadaan tidak senang hati. Kemudian baginda baring dan bangun lagi tidak seperti pertamanya. Sekali lagi baginda tidur dan bangun lagi, di tangannya terdapat tanah merah yang baginda cium. Aku bertanya: Tanah apakah ini? Baginda bersabda: Jibrail memberitahuku bahawa Al-Husain akan dibunuh di bumi Iraq dan inilah tanahnya...

Rasulullah bersabda kepadanya bahawa malaikat yang belum pernah datang sebelum ini menemuiku. Kemudian ia berkata: Cucumu Al-Husain akan dibunuh dan jika engkau mahu, aku akan tunjukkan tanah dari bumi ia dibunuh... persanadannya Sahih, Ahmad dan beberapa orang yang lain meriwayatkannya.- Tarikh Al-Islam Zahabi, jilid 5 halaman 102

Hakim Naisyaburi yang merupakan salah seorang ulama Ahlusunnah di dalam kitab Al-Mustadrak Ala Al-Sahihain menulis:

 ( أخبرنا ) أبو عبد الله محمد بن علي الجوهري ببغداد ثنا أبو الأحوص محمد بن الهيثم القاضي ثنا محمد بن مصعب ثنا الأوزاعي عن أبي عمار شداد بن عبد الله عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ص فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ حُلْماً مُنْكَراً قَالَ وَ مَا هُوَ قَالَتْ إِنَّهُ شَدِيدٌ قَالَ مَا هُوَ قَالَتْ رَأَيْتُ كَأَنَّ قِطْعَةً مِنْ جَسَدِكَ قُطِعَتْ وَ وُضِعَتْ فِي حَجْرِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (صلي الله عليه وآله وسلم) خَيْراً رَأَيْتِ تَلِدُ فَاطِمَةُ غُلَاماً فَيَكُونُ فِي حَجْرِكِ فَوَلَدَتْ فَاطِمَةُ الْحُسَيْنَ (عليه السلام) فَقَالَتْ وَ كَانَ فِي حَجْرِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (صلي الله عليه وآله وسلم) فَدَخَلْتُ بِهِ يَوْماً عَلَى النَّبِيِّ ص فَوَضَعْتُهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ حَانَتْ مِنِّي الْتِفَاتَةٌ فَإِذَا عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ (صلي الله عليه وآله وسلم) تُهْرَاقَانِ بِالدُّمُوعِ فَقُلْتُ بِأَبِي أَنْتَ وَ أُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَكَ قَالَ أَتَانِي جَبْرَئِيلُ (عليه السلام) فَأَخْبَرَنِي أَنَّ أُمَّتِي سَتَقْتُلُ ابْنِي هَذَا وَ أَتَانِي بِتُرْبَةٍ مِنْ تُرْبَتِهِ حَمْرَاء .
المستدرك ، الحاكم النيسابوري ، ج 3 ، ص 176 – 177 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 196 – 197 و البداية والنهاية ، ابن كثير ، ج 6 ، ص 258 و .

Ummul Fadhl binti Harits menerima kunjungan Rasulullah (s.a.w), beliau berkata: Aku mendapat mimpi ngeri malam tadi. Baginda bertanya: Mimpi apakah itu? Beliau menjawab: Ia sungguh mengerikan. Baginda bertanya lagi: Mimpi apakah itu? Jawabnya: Sepertinya bahagian daripada tubuhmu terpotong dan berada di ribaku. Maka sabda Rasulullah (s.a.w): Mimpi yang baik. Engkau bermimpi Fathimah akan segera beroleh seorang anak dan anak itu akan berada di ribamu. Maka Al-Husain pun lahir, beliau berkata ia berada dipangkuanku sebagaimana yang disabdakan Rasulullah.

Pada suatu hari aku menemui Rasulullah dan meletakkan Al-Husain dipangkuan baginda sebagaimana ia berada di ribaku dulu (mimpi). Apabila baginda menitiskan air mata, aku berkata: Ayah dan ibuku menjadi korban buatmu, mengapakah engkau menangis? Baginda bersabda: Jibrail baru sahaja menemuiku dan memberikan berita bahawa ummatku akan membunuh cucuku ini. Ia juga membawa kepadaku tanah bewarna merah. - Al-Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 176-177; Tarikh Madinah Dimasqi Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 196-197; Al-Bidayah Wa Al-Nihayah Ibnu Katsir jilid 6 halaman 258.

Setelah menukilkan hadis ini, Hakim Nisyaburi menulis:

هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه .

Di tempat yang lain pula beliau menulis:

أخبرناه أبو الحسين علي بن عبد الرحمن الشيباني بالكوفة ثنا أحمد بن حازم الغفاري ثنا خالد بن مخلد القطواني قال حدثني موسى بن يعقوب الزمعي أخبرني هاشم بن هاشم بن عتبة بن أبي وقاص عن عبد الله بن وهب بن زمعة قال أخبرتني أم سلمة رضي الله عنها ان رسول الله صلى الله عليه وآله اضطجع ذات ليلة للنوم فاستيقظ وهو حائر ثم اضطجع فرقد ثم استيقظ وهو حائر دون ما رأيت به المرة الأولى ثم اضطجع فاستيقظ وفي يده تربة حمراء يقبلها فقلت ما هذه التربة يا رسول الله قال أخبرني جبريل (عليه الصلاة والسلام) ان هذا يقتل بأرض العراق للحسين فقلت لجبريل أرني تربة الأرض التي يقتل بها فهذه تربتها هذ حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه .
المستدرك ، الحاكم النيسابوري ، ج 4 ، ص 398 .

Abdullah bin Zam`ah berkata: Ummu Salamah berkata kepadaku: Pada malam itu Rasulullah (s.a.w) baring untuk tidur dan bangun tiba-tiba dalam keadaan cemas. Baginda tidur sekali lagi dan menutup mata. Tidak lama setelah itu baginda terjaga lagi dan cemasnya berkurangan tidak seperti mula-mula tadi. Kemudian baginda tidur lagi dan terjaga lagi dan di tangannya terdapat tanah bewarna merah dan baginda menciumnya. Aku bertanya: Tanah apakah ini wahai Rasulullah (s.a.w)?. Baginda menjawab: Jibrail telah memberitahuku sesungguhnya Al-Husain akan terbunuh di bumi Iraq. Aku meminta tanah di bumi beliau dibunuh daripada Jibrail. Maka inilah tanahnya. - Almustadrak, Al-Hakim, jilid 4 halaman 398.

Al-Tabrani di dalam Mu`jam Al-Kabir, Al-Haitsami di dalam Majma` Al-Zawa’id dan Muttaqi Al-Hind di dalam Kanzul Ummal menulis:

وعن أم سلمة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا ذات يوم في بيتي قال لا يدخل على أحد فانتظرت فدخل الحسين فسمعت نشيج رسول الله صلى الله عليه وسلم يبكى فأطلت فإذا حسين في حجره والنبي صلى الله عليه وسلم يمسح جبينه وهو يبكي فقلت والله ما علمت حين دخل فقال إن جبريل عليه السلام كان معنا في البيت قال أفتحبه قلت أما في الدنيا فنعم قال إن أمتك ستقتل هذا بأرض يقال لها كربلاء فتناول جبريل من تربتها فأراها النبي صلى الله عليه وسلم فلما أحيط بحسين حين قتل قال ما اسم هذه الأرض قالوا كربلاء فقال صدق الله ورسوله كرب وبلاء ، وفى رواية صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم أرض كرب وبلاء . 
المعجم الكبير ، الطبراني ، ج 23 ، ص 289 – 290 و مجمع الزوائد ، الهيثمي ، ج 9 ، ص 188 – 189 و كنز العمال ، المتقي الهندي ، ج 13 ، ص 656 – 657 و ... .

Ummu Salamah berkata, pada suatu hari Rasulullah duduk di rumahku. Baginda berkata: Jangan benarkan sesiapapun masuk. Maka aku pun menunggu dan Al-Husain pun masuk. Aku terdengar Rasulullah (s.a.w) menangis tersedu-sedu. Aku melihat Al-Husain di atas riba dan Nabi (s.a.w) mengusap tepi kepala beliau sambil menangis. Aku bekata: Demi Allah, aku tidak tahu dia masuk. Maka baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril (a.s) bersama kami di dalam rumah, ia bertanya kepadaku: Apakah engkau mengasihinya?. Jawabku: Iya. Jibril berkata: Ummatmu akan membunuh anak ini di bumi yang dikenali sebagai Karbala. Jibril pun mengambil tanahnya dan memperlihatkan kepada Nabi (s.a.w). Tatkala mereka mengepung untuk membunuh Al-Husain, beliau bertanya: Apakah nama bumi ini? Mereka menjawab: Karbala. Al-Husain pun berkata: Benarlah Allah dan Rasulnya yang mengatakan bumi ini adalah Karb dan Bala. - Mu'jam Al-Kabir, Al-Tabrani, jilid 23 halaman 289-290; Majma' Al-Zawaid, Al-Hatsami, jilid 9 halaman 188-189; Kanzul Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi, jilid 13 halaman 656-657.
Setelah menukilkan hadis ini, Haitsami mengatakan:
رواه الطبراني بأسانيد ورجال أحدها ثقات .

Diriwayatkan oleh Tabrani dan tsiqah salah satu rijal.

Begitu juga dalam hadis lain, Haitsami di dalam Majma` Zawaid, Ibnu Asakir di dalam Tarikh Madinah Dimasq, Mizzi di dalam Tahzibul Kamal dan Ibnu Hajar Asqalani di dalam Tahzibul Tahzib menulis:

عن أم سلمة قالت كان الحسن والحسين يلعبان بين يدي النبي صلى الله عليه و سلم في بيتي فنزل جبريل فقال يا محمد إن أمتك تقتل ابنك هذا من بعدك وأومأ بيده إلى الحسين فبكى رسول الله صلى الله عليه واله وسلم وضمه إلى صدره ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وضعت عندك هذه التربة فشمها رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال ريح كرب وبلاء وقال يا أم سلمة إذا تحولت هذه التربة دما فاعلمي أن ابني قد قتل فجعلتها أم سلمة في قارورة ثم جعلت تنظر إليها كل يوم وتقول إن يوما تحولين دما ليوم عظيم.
تهذيب التهذيب ، ابن حجر ، ج 2 ، ص 300 – 301 و تهذيب الكمال ، المزي ، ج 6 ، ص 408 – 409 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 192 – 193 و ترجمة الإمام الحسين (ع) ، ابن عساكر ، ص 252 – 253 و مجمع الزوائد ، الهيثمي ، ج 9 ، ص 189 و ... 

Ummu Salamah berkata, Al-Hasan dan Al-Husain sedang bermain di depan Rasulullah (s.a.w) di rumahku. Maka turunlah Jibril dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya ummatmu akan membunuh cucumu ini setelah kewafatanmu sambil mengisyaratkan tangannya kepada Al-Husain. Maka menangislah Rasulullah (s.a.w) dan memeluk Al-Husain ke dadanya. Rasulullah (s.a.w) berkata: Simpanlah tanah ini. Baginda mencium tanah tersebut dan bersabda: Berbau Karb dan Bala. Kemudian tanah itu diserahkan kepada Ummu Salamah dan baginda bersabda: Wahai Ummu Salamah, ketika tanah ini bertukar menjadi darah, saat itu cucuku Al-Husain dibunuh. Ummu Salamah meletakkan turbah di dalam botol kaca dan setiap hari beliau melihat padanya dan berkata: Wahai tanah, pada hari engkau bertukar menjadi darah, itu lah hari yang besar.

Setelah menukilkan hadis ini, Ibnu Hajar Al-`Asqalani berkata:

و فى الباب عن عائشة و زينب بنت جحش و أم الفضل بنت الحارث و أبى أمامة و أنس بن الحارث و غيرهم‏ .

Perkara ini turut dinukil daripada `Aisyah, Zainab binti Jahsy, Umm Fadhl binti Al-Harits, Abu Amamah, Anas bin Al-Haris dan yang lain lagi.

Di dalam riwayat yang lain, Al-Haitsami menulis:

عن أبي أمامة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لنسائه لا تبكوا هذا الصبي يعنى حسينا قال وكان يوم أم سلمة فنزل جبريل فدخل رسول الله صلى الله عليه وسلم الداخل وقال لام سلمة لا تدعي أحدا أن يدخل على فجاء الحسين فلما نظر إلى النبي صلى الله عليه وسلم في البيت أراد أن يدخل فأخذته أم سلمة فاحتضنته وجعلت تناغيه وتسكنه فلما اشتد في البكاء خلت عنه فدخل حتى جلس في حجر النبي صلى الله عليه وسلم فقال جبريل للنبي صلى الله عليه وسلم إن أمتك ستقتل ابنك هذا فقال النبي صلى الله عليه وسلم يقتلونه وهم مؤمنون بي قال نعم يقتلونه فتناول جبريل تربة فقال بمكان كذا وكذا فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم قد احتضن حسينا كاسف البال مغموما فظنت أم سلمة أنه غضب من دخول الصبي عليه فقالت يا نبي الله جعلت لك الفداء انك قلت لنا لا تبكوا هذا الصبي وأمرتني ان لا أدع أحدا يدخل عليك فجاء فخليت عنه فلم يرد عليها فخرج إلى أصحابه وهم جلوس فقال إن أمتي يقتلون هذا .
مجمع الزوائد ، الهيثمي ، ج 9 ، ص 189 و المعجم الكبير ، الطبراني ، ج 8 ، ص 285 – 286 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 14 ، ص 190 – 191 و ترجمة الإمام الحسين (ع) ، ابن عساكر ، ص 245 – 246 و ... .

Abi Umamah berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada isteri-isterinya: Janganlah kalian menyebabkan kanak-kanak ini menangis, iaitu Husain. Pada suatu hari di rumah Ummu Salamah, Jibril turun dan menemui Rasulullah (s.a.w). Baginda berkata kepada Ummu Salamah: Jangan benarkan sesiapa pun masuk menemuiku. Maka datanglah Al-Husain. Tatkala melihat Nabi (s.a.w) di dalam rumah, beliau ingin masuk namun Ummu Salamah mengambilnya dan memeluknya. Al-Husain menangis dan Ummu Salamah berusaha supaya ia berhenti menangis, namun Al-Husain meronta. Lantas Al-Husain dilepaskan dan masuk ke dalam bilik Nabi (s.a.w) dan duduk di atas riba baginda.

Maka Jibril pun berkata kepada Nabi (s.a.w) sesungguhnya ummatmu akan membunuh cucumu ini. Maka Nabi (s.a.w) bertanya: Mereka membunuhnya dalam keadaan mereka beriman denganku? Jawabnya: Iya mereka membunuhnya. Maka Jibril mengambil tanah dan berkata: Ini adalah dari tempat itu. Maka Rasulullah (s.a.w) keluar sambil memeluk Husain dengan berdukacita. Maka Ummu Salamah menyangka baginda murka kerana kanak-kanak itu masuk. Lantas Ummu Salamah berkata: Wahai Nabi Allah. Aku berkorban untukmu, katamu jangan buatkan anak ini menangis dan engkau mengarahkan aku supaya jangan biarkan sesiapapun masuk. Beliau datang dan aku melepaskannya. Baginda tidak berkata apa-apa dan pergi kepada para sahabatnya yang sedang duduk. Baginda bersabda: Sesungguhnya ummatku membunuh (kanak-kanak) ini. - Majma' Al-Zawaid, Al-Haithami, jilid 9 halaman 189; Al-Mu'jam Al-Kabir, Al-Tabrani, jilid 8 halaman 285-286; Tarikh Madinah Dimasq, Ibnu Asakir, jilid 14 halaman 190-191
 

والسلام علي من اتبع الهدي
Salam ke atas buat mereka yang mengikut hidayah.

                                               
 NOTA : TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZAMIHAN KERANA MEMBERI PANDANGAN DI TV 3 (28.12.12
 TENTANG SYIAH WALAUPUN PANDANGANNYA SERONG,SEMOGA MASYARAKAT YANG BIJAKSANA
 DAPAT MENGKAJI SECARA TERPERINCI.WASSALAM 

Ulama Yaman;
 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya terima Syiah

Isham Imad menceritakan bagaimana beliau terima Syiah dan berkata, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya." 

 Saya membaca kitab untuk hapuskan Syiah, akhirnya saya masuk Syiah
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dr. Isham Imad (عصام العماد) dalam satu seminar pemikiran al-Qur'an, Universiti Perindustrian Hamedan berkata, "Perselisihan paling penting dan asasi antara Syiah dan Wahabi ialah masalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang berlanjutan sehingga kepada akidah. Namun setelah saya kenal dan banyak menyelidik kehidupan Ali (a.s), akidah saya bertukar dan saya pun terima Syiah."

Tentang pembentukan firqah Wahabi beliau mendedahkan, "Saya percaya Amerika dan Inggeris adalah penyokong Wahabi, dan masalah Wahabi ialah kehilangan arah."

Isham Imad menjelaskan, "Antara bentuk-bentuk Wahabi yang lain ialah mereka tidak menerima apa sahaja daripada Ahlul Bait, barangsiapa yang berminat ke arah Ahlul Bait akan ditentang."

Mengenai keluarganya yang masih menganut fahaman Wahabi, beliau berkata, "Saya banyak berusaha supaya teori mereka tentang Wahabi betukar, malangnya saya belum berjaya."

Mantan ulama Wahabi ini berkata, "Kesedaran ialah pertukaran visi dan sikap seseorang individu, kesedaran ini terjadi di Saudi, Bahrain dan Yaman yang menunjukkan wujudnya kesetiakawanan di kalangan masyarakat mereka."

Isham Imad menegaskan kesilapan Wahabi di dalam tafsir sangat berbahaya, "Kesilapan dalam penafsiran, boleh mengubah maksud al-Quran ke 180 darjah, dan masalah Muhammad bin Abdul Wahabi ialah menafsirkan Al-Quran berasaskan kamus i'rab, bukan berasaskan kamus al-Quran. Inilah kesilapan tafsir yang dilakukan oleh golongan Khawarij."

Tambah beliau lagi, "Pegangan Wahabi tentang syiriknya bertawassul dengan haram Ahlul Bait hanyalah dalam skop penafsiran mereka. Ini disebabkan pihak musuh mencari jalan untuk menimbulkan masalah kepada Syiah."

Bekas ulama Wahabi yang berasal dari Yaman ini berkata, "Doktrin Wahabi memberi perhatian terhadap al-Quran, namun tidak secara mendalam dan mencapai pemahaman yang sebenar."

Katanya lagi, "Mereka menyuruh saya membaca kitab Syeikh Mufid tentang Ahlul Bait, mereka ingin saya menulis kritikan dan analisa kukuh tentang kitab ini dan isi kandungannya, mereka percaya dengan penulisan kritikan terhadap kitab ini, namun saya menjadi Syiah setelah membacanya.

"Sebab penukaran saya ke mazhab Syiah ialah, Syiah muncul dari fondasi Islam."

Dr Isham Imad merupakan bekas ulama Wahabi dan anak murid mufti Bin Baz yang pernah menulis buku anti Syiah. Namun beliau akhirnya menemui kebenaran setelah banyak mengkaji dan menjadi aktivis pembela Syiah di zaman ini.

 Falsafah Menangis atas Imam Husain as

Tangisan atas Imam Husain bukanlah tangisan kehinaan dan kekalahan, namun adalah protes keras atas segala bentuk kebatilan dan sponsornya di sepanjang masa. Orang-orang mukmin merasakan gelora dalam jiwanya ketika mengenang terbunuhnya Imam Husain, bahkan Mahatma Ghandi berkali-kali mengatakan semangat perjuangannya terinspirasi dari revolusi Imam Husain ra. 
Ismail Amin


Karbala, nama hamparan sahara dekat sungai Eufrat yang menjadi panggung drama nyata tragedi kemanusiaan terbesar sepanjang sejarah. Sebuah padang pasir yang di beritakan dalam Al-Kitab, bahwa di tempat ini terjadi penyembelihan yang teramat dahsyat, yang digambarkan pedang akan makan sampai kenyang dan akan puas minum darah mereka (Yeremia 46:1).
Dari sekian tragedi kemanusiaan yang terjadi, tragedi di Karbalalah yang terbesar. Bukan dilihat dari jumlah korban, melainkan siapa yang telahmenjadi korban dan bergelimang darah. Jumlah mereka tidak seberapa, 'hanya' kurang lebih 72 orang. Yang menjadikan peristiwa ini sulit untuk terlupakan adalah Karbala menjadi samudera pasir yang menyuguhkan genangan darah dan air mata suci putera-puteri Rasul. 10 Muharram 61 Hijriah, Imam Husain bersama 72 pengikutnya — termasuk di dalamnya anak-anak — syahid dibantai oleh sekitar 30.000 tentara Yazid bin Muawiyyah di padang Karbala , Irak. Kepala Imam dan para syuhada dipenggal dan diarak keliling kota .
Tragedi Karbala merupakan tragedi terbesar sepanjang sejarah Islam. Meski telah berlalu berabad-abad lamanya, namun masih sangat membekas dan berpengaruh dalam benak umat manusia, seakan-akan peristiwa ini terjadi kemarin sore. Kita tidak menemukan peristiwa apapun di dunia ini yang dikenang sedemikian rupa melebihi kenangan atas tragedi Karbala. Tragedi Karbala benar-benar menggelitik nalar dan nurani kita untuk mengajukan pertanyaan-pertanyaan;  mengapa tragedi ini harus selalu dikenang ? Mengapa kematian sekelompok orang yang sudah berlalu sekian abad masih terus ditangisi? Mengapa perasaan benci terhadap para pembantai keluarga Nabi masih terus dipelihara? Bukankah sebagai seorang muslim sudah seharusnya melupakan masa lalu dan memaafkan segala kesalahan mereka? Bukankah membahas peristiwa ini hanya akan menyulut benih-benih perpecahan antara kaum muslimin, antara kelompok yang pro dengan kebangkitan dan kesyahidan Imam Husain as, dengan kelompok yang kontra dan menganggap Imam Husain as adalah agitor dan pemberontak terhadap penguasa yang sah ?. Masihkah relevan kita memperbincangkan tentang kesyahidan Imam Husain di padang Karbala di abad yang justru orang-orang membincangkan perdebatan antar budaya dan peradaban melalui dunia maya? Apa faedah kita mengungkit-ngungkit tragedi yang telah menjadi masa lalu ini, dan buat apa kita menangisinya ?. Bukankah semestinya kita berpikir tentang upaya mendirikan peradaban yang lebih manusiawi dan membangun masyarakat yang inklusif-prularis di tengah perseteruan yang tajam antar penganut agama?
Saya pribadi, menganggap hal ini sangat penting untuk kita perbincangkan. Terlepas dari tragedi Karbala, di Indonesia, atas nama suku, agama, ras dan golongan, nyawa manusia tidak lebih mahal dari sebungkus rokok. Aceh, Ambon , Sambas, Sampit, Poso, Papua adalah sebagian diatara kota-kota yang telah menjadi saksi prahara itu. Kitapun menyaksikan sampai detik ini, Jet-jet tempur Rezim Zionis Israel tak henti-hentinya menggempur sejumlah kawasan di Jalur Gaza yang menjadikan ratusan orang hancur menjadi debu dan darah dalam waktu singkat. Genangan darah, tumpukan mayat diantara bangunan yang roboh, jerit tangis dan air mata telah menjadi saksi atas kebiadaban segelintir manusia atas manusia lainnya. Lalu, di manakah kemanusiaan kita? Tersentuhkah kita dengan derita-derita mereka? Sayyid Muhammad Husain Fadhlullah pernah berkata, “Mereka yang tidak pernah tersentuh dengan tragedi Karbala, tidak akan pernah tersentuh dengan tragedi kemanusiaan yang lain.” Tragedi Karbala menjadi ukuran. Kepedulian kita atas tragedi kemanusiaan, khususnya di bumi Nusantara maupun yang terjadi di Gaza saat ini akan terukur dari kepedulian kita pada Karbala . Imam Ja;far Ash-Shadiq as pernah berkata, “Sungguh kesyahidan Husain senantiasa membakar hati-hati orang-orang yang beriman.” Dari sini, saya melihat tragedi Karbala sangat relevan untuk kita kenang.
Hakikat Tangisan
Pertama-tama, kami tegaskan bahwa masalah memperingati tragedi Karbala (10 Muharram) bukanlah masalah khas Syi'ah saja, tetapi masalah islami. Meskipun muslim yang bermadhzab Syi'ah lebih memberikan prioritas terhadap peristiwa ini dibanding kelompok muslim lainnya. Sebab, Imam Husain ra tokoh utama dibalik tragedi ini, bukanlah pelita bagi kaum Syi'ah saja, melainkan lentera hati setiap mukmin, apapun madhzabnya. Karenanya, kami tegaskan lagi, apapun yang berkaitan dengan peristiwa karbala pada hakikatnya adalah fenomena islami. Yang akan saya ketengahkan adalah, tangisan dan perilakunya terhadap manusia. Kami berusaha menjawab pertanyaan-pertanyaan kritis seputar tangisan yang biasa dilakukan orang-orang Syi'ah saat mengenang peristiwa Karbala. Peringatan akan tragedi Karbala dengan tangisan dan ratapan yang mereka lakukan bagi sebagian muslim yang lain adalah bid'ah bahkan cenderung kepada kesyirikan. Manusia manapun pasti mengalami kegetiran hidup yang membuatnya harus menangis. Bahkan lembaran kehidupan manusia diawali dengan tangisan dan diakhiri pula dengan tangisan perpisahan. Tangisan sesuatu yang alamiah, sesuatu yang telah menjadi fitrah kemanusiaan. Menurut Syaikh Taqi Misbah Yazdi, menangis disebabkan empat tingkatan spiritual : keridhaan (ar-rida'), kebenaran (ash-shidiq), petunjuk (al-hidayah) dan pemilihan (al-isthifa'). Dan para nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi." Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Qs. Al-Isra' : 107-109). Melalui ayat ini, disimpulkan bahwa ilmu dan makrifat adalah penyebab timbulnya tangisan. Setiap orang yang mengetahui hakikat sesuatu, mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husain as, maka hatinya sangat peka dan matanya muda mengucurkan air mata. Rasul bersabda, "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Di ayat lain Allah SWT berfirman, "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (Qs. Al-Maidah : 83).
Seseorang yang menjadikan Imam Husain sebagai kekasihnya dan mendengar sang kekasih mengalami musibah dan bencana, apa layak hanya menanggapinya dengan dingin dan tidak menangis ?. Imam Husain adalah adalah kekasih bagi setiap muslim, beliau gugur dalam keadaan kehausan dan tidak cukup dibantai, tapi kepala beliau dipisahkan dari tubuhnya dan ditancapkan di atas tombak serta di bawa untuk dipersembahkan kepada raja Yazid yang bermukim di Syuriah. Oleh karenanya bagi yang ingin menziarahi tubuh Imam Husain, maka hendaknya pergi ke Karbala Irak dan bagi yang ingin menziarahi kepalanya, maka hendaknya pergi ke Suriah. Ini bukan cerita dongeng, sejarahnya sangat masyhur dan ditulis dalam kitab-kitab ahli sejarah. Tidak ada yang memungkiri, Imam Husain adalah cucu kesayangan nabi, dan berkali-kali menyampaikan kepada para sahabat untuk juga menyayanginya. Abu Hurairah bercerita, “Rasulullah SAW datang kepada kami bersama kedua cucu beliau, Hasan dan Husain. Yang pertama di bahu beliau yang satu, yang kedua di bahu beliau yang lain. Kemudian beliau bersabda, ‘Barang siapa mencintai keduanya (Hasan dan Husain) berarti juga mencintai daku; barang siapa membenci keduanya berarti juga membenci daku.” Imam Husain adalah kekasih setiap mukmin dan mukminah dan teman dekat setiap Muslim dan Muslimah, sehingga setiap orang mukmin akan merasa sedih atas kepergiannya. Tidak sedikit rakyat Pakistan yang menangisi kematian Benazir Bhutto yang tragis ataupun mahasiswa Makassar yang tidak bosan-bosannya memperingati tragedi AMARAH tiap tahunnya, maka bagaimana mungkin kita tidak menangis atas kematian Imam Husain yang mengajari dan menjaga nilai-nilai dan prinsip-prinsip kebenaran! Seandainya kalau bukan karena jihad sucinya, niscaya Islam akan lenyap bahkan namanya pun tidak akan terdengar. "Jikalau raga diciptakan untuk menyongsong kematian, maka kematian di ujung pedang di jalan Allah jauh lebih baik dan mulia ketimbang mati di atas ranjang." (Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib).
Menangis atas Imam Husain, Sunnah atau Bid'ah?
Allah SWT berfirman tentang nabi Yaqub as yang menangisi kepergian anaknya, Nabi Yusuf as, "…Aduhai duka citaku terhadap Yusuf; dan kedua matanya menjadi putih (buta) karena kesedihan dan dialah yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)." (Qs. Yusuf : 85). Dari ayat ini, kita bisa bertanya, apakah tangisan Nabi Yaqub as karena terpisah dengan anaknya sampai matanya menjadi buta adalah bentuk jaza' (keluh kesah) yang dilarang ? apakah Nabi Yaqub as melakukan sesuatu yang menjemuruskan dia dalam kebinasaan sampai anak-anaknya bertanya, " Demi Allah, senantiasa kamu mengingat Yusuf, sehingga kamu mengidap penyakit yang berat atau termasuk orang yang binasa ?" (Qs. Yusuf : 86). Alhasil, Al-Qur'an menceritakan bahwa ketika Yusuf dijauhkan Allah SWT dari pandangan Yaqub serta merta Yaqub menangis sampai air matanya mengering karena sangat sedihnya. Tentu saja tangisan Nabi Yaqub as bukanlah tangisan keluh kesah yang sia-sia, melainkan ungkapan kesedihan atas kebenaran yang telah dikotori, atas anaknya Yusuf yang telah di dzalimi. Hakim an-Naisaburi dalam Mustadrak Shahih Muslim dan Bukhari meriwayatkan, bahwa Rasulullah keluar menemui para sahabatnya setelah malaikat Jibril memberitahunya tentang terbunuhnya Imam Husain dan ia membawa tanah Karbala. Beliau menangis tersedu-sedu di hadapan para sahabatnya sehingga mereka menanyakan hal tersebut. Beliau memberitahu mereka, "Beberapa saat yang lalu Jibril mendatangiku dan membawa tanah Karbala , lalu ia mengatakan kepadaku bahwa di tanah itulah anakku Husain akan terbunuh." Kemudian beliau menangis lagi, dan para sahabatpun ikut menangis. Oleh karena itu, para ulama mengatakan bahwa inilah acara ma'tam (acara kesedihan dan belasungkawa untuk Imam Husain).
Jika ketika mendengar kisah terbunuhnya Imam Husain lalu tidak mengucurkan air mata, maka kitapun akan dingin terhadap tragedi-tragedi kemanusiaan lainnya. Karenanya wajar, hati masyarakat kita tidak tersentuh ketika mendengar berita seorang suami membakar istrinya, seseorang membunuh dengan dalih yang sepele dan sebagainya. Mayoritas kita kehilangan kepekaan kemanusiaan dan empati sosial ketika menatap korban-korban di Jalur Gaza yang berlumuran darah dan debu bangunan. Masyarakat kita tidak terbiasa menangis tetapi terbiasa untuk tertawa. Hati kita cenderung keras dan menganggap tangisan adalah bentuk kekalahan. Tangisan atas Imam Husain bukanlah tangisan kehinaan dan kekalahan, namun adalah protes keras atas segala bentuk kebatilan dan sponsornya di sepanjang masa. Orang-orang mukmin merasakan gelora dalam jiwanya ketika mengenang terbunuhnya Imam Husain, bahkan Mahatma Ghandi berkali-kali mengatakan semangat perjuangannya terinspirasi dari revolusi Imam Husain ra.
Kullu Yaumin As-Syura , Kullu ardin Karbala, semua hari adalah As-Syura, semua tempat adalah Karbala. Hari asy-Syura sesungguhnya termasuk hari-hari Allah, tentangnya Allah berfirman: "Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah." (Qs. 14:5). Meskipun ada usaha-usaha untuk memadamkan gelora perlawanan akan ketertindasan dan kedzaliman. Tetapi Allah Maha Perkasa, Dia tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun musuh-musuh-Nya tidak suka. Allah tetap menjaga gelora spiritual itu tetap menyala di hati-hati orang mukmin dan tidak akan pernah padam sampai hari kiamat. Semua mukminin wajib mengenang tragedi ini dan menangis atasnya, "Apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu menertawakan dan tidak menangis?" (QS. An-Najm: 59-60)
Wallahu'alam bishshawwab
 

Palestina:
 Hamas Puji Pidato Ayatullah Khamenei Soal Persatuan Umat Islam

"Ketika kawasan tengah melewati masa tersulitnya dan menghadapi beragam konspirasi serta fitnah, kembali Rahbar mengarahkan opini publik terhadap kendala utama regional serta sumber fitnah dan bencana yakni rezim Zionis Israel. Arahan Rahbar ini mengajak segenap umat Islam untuk mengedepankan persatuan."
 

 Hamas Puji Pidato Ayatullah Khamenei Soal Persatuan Umat Islam
Menurut Kantor Berita ABNA, Gerakan Perlawanan Islam Palestina (Hamas) melalui sebuah statemennya memuji pidato Rahbar atau Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah al-Udzma Sayid Ali Khamenei terkait urgensitas menjaga persatuan umat Islam dan pujian beliau mengenai resistensi bangsa Palestina di perang delapan hari Jalur Gaza.

Hamas Rabu (12/12) di statemennya menyatakan, "Ketika kawasan tengah melewati masa tersulitnya dan menghadapi beragam konspirasi serta fitnah, kembali Rahbar mengarahkan opini publik terhadap kendala utama regional serta sumber fitnah dan bencana yakni rezim Zionis Israel. Arahan Rahbar ini mengajak segenap umat Islam untuk mengedepankan persatuan."

"Pujian Rahbar terhadap resistensi muqawama Palestina membuat musuh gagal mencapai tujuan busuknya dalam mengobarkan fitnah dan perpecahan antara kubu muqawama dan Republik Islam Iran melalui propaganda dan penyebaran isu palsu mulai dari penutupan kantor Hamas di Tehran hingga tudingan tak berdasar terhadap para pemimpin Hamas," tambah statemen Hamas.

Di statemennya Hamas menjelaskan, "Pidato Rahbar kembali menekankan isu Palestina sebagai kebijakan luar negeri Iran dan friksi kecil serta parsial tidak akan mampu merusak hubungan para pengikut agama samawi ini."

Hamas di statemennya juga mengucapkan terima kasih sebesar-besarnya atas dukungan Rahbar terhadap rakyat tertindas Palestina serta menekankan kepada media massa untuk mengikuti arahan beliau dan lebih teliti dalam menyampaikan berita yang benar serta menjauhi penyebaran isu yang dapat mengobarkan api perpecahan.

Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran, Ayatullah Udzma Sayid Ali Khamenei Selasa pagi (11/12) dalam pertemuan dengan ratusan akademisi peserta Konferensi Dunia "Dosen Dunia Islam dan Kebangkitan Islam" memuji kinerja terbaru muqawama Palestina dalam menghadapi agresi brutal Rezim Zionis Israel di perang delapan hari Jalur Gaza. "Tidak ada yang percaya bahwa setelah bentrokan antara Palestina dan Israel, kali ini pihak Palestina yang menentukan syarat gencatan senjata, " tandas Rahbar.
 
Ketua Persatuan Ulama Sudan:
 Wajib Hukumnya bagi Setiap Muslim Mengedepankan Persatuan Ummat

"Pikirkan, jika pengikut dua mazhab besar, Ahlus Sunnah dan Syiah satu sama lain mewujudkan persatuan dalam menghadapi para pemimpin kaum kuffar, maka betapa besar dan dasyhatnya kekuatan yang akan muncul." 

 Wajib Hukumnya bagi Setiap Muslim Mengedepankan Persatuan Ummat
Menurut Kantor Berita ABNA, dengan hidupnya semangat kebangkitan Islam di daerah kawasan, khususnya di Negara-negara Afrika Utara membawa angin segar bagi keinginan besar umat Islam untuk mewujudkan persatuan umat dalam menghadapi musuh bersama. Prof. Syaikh Muhammad Utsman Saleh, ketua Persatuan Ulama Sudan, salah seorang tokoh besar yang disegani di Sudan dan kawasan Utara Afrika menyebutkan diantara agenda terpenting umat Islam adalah mewujudkan wahdat Islamiyah, persatuan umat Islam harus terjalin dan terbangun antara mazhab-mazhab Islam yang ada. Untuk mewujudkan agenda tersebut ulama besar Sudan ini mengeluarkan fatwa wajibnya bagi setiap muslim lebih mengedepankan persatuan umat diatas kepentingan pribadi atau golongan, khususnya kebersamaan dalam menghadapi musuh bersama yaitu rezim Zionis dan pihak-pihak yang anti Islam.
Beliau dalam wawancaranya dengan surat kabar Al-Yaum menegaskan dengan adanya persamaan lebih dari 90% antara mazhab Sunni dan Syiah maka sudah selayaknya pengikut dua mazhab besar dalam Islam ini mewujudkan persatuan ummat. "Firman Allah SWT dalam al-Qur'an kesemuanya mengarakan kepada persatuan kaum muslimin sehingga adanya perbedaan diantara ummat bukan alasan untuk saling berselisih dan berpecah belah." Ungkapnya.
Syaikh Muhammad Utsman Saleh dalam wawancara tersebut menyerukan kepada rakyat Arab, rakyat Iran, Turki dan Pakistan untuk bersatu, dan tidak memberikan kesempatan dan celah kepada pihak musuh untuk memecah belah antara pengikut mazhab yang ada. "Pikirkan, jika pengikut dua mazhab besar, Ahlus Sunnah dan Syiah satu sama lain mewujudkan persatuan dalam menghadapi para pemimpin kaum kuffar, maka betapa besar dan dasyhatnya kekuatan yang akan muncul." Tegasnya.
Dalam lanjutan pernyataannya, ketua Persatuan Ulama Sudan tersebut menegaskan bahwa musuh hakiki umat Islam adalah rezim Zionis dan menyerukan kepada seluruh rakyat dan pemerintah Negara-negara muslim untuk menghalangi dan mencegah setiap upaya musuh dalam menghembuskan perselisihan di tengah-tengah umat Islam dengan memanfaatkan isu-isu ikhtilaf dalam mazhab.
"Antara mazhab Ahlus Sunnah dan Syiah memiliki persamaan lebih dari 90%, adapun perbedaan yang terdapat pada keduanya itu disebabkan karena adanya perbedaan dalam meyakini jalannya sejarah." Jelasnya.
Fatwa bersejarah ulama besar Sudan tersebut adalah pukulan telak bagi kelompok Wahabi dan Salafi ekstrim yang membesar-besarkan perbedaan antar mazhab sehingga sampai pada tahap mengkafirkan umat Islam lain yang berbeda pendapat dengan mereka, khususnya Syiah. Fatwa pengkafiran Syiah oleh beberapa ulama Wahabi adalah penyebab tertumpahnya darah ratusan warga Syiah dibeberapa Negara yang berbeda.
 

Analisa ABNA atas Berita Arrahmah.com:
 Pesawat Tempur Suriah Menggempur Antrian Warga Sipil, Benarkah?

Kalau berita Arrahmah.com benar menyebutkan rudal-rudal udara ditembakkan oleh pesawat tempur Mig-21 dan menewaskan sampai 300 orang semestinya akan tampak kerusakan berat pada gedung-gedung di lokasi kejadian. Namun kita tidak melihat adanya kerusakan berat itu. Bangunan sekitar gedung yang disebut menjual roti tersebut tetap utuh dan tidak ada tanda-tanda bekas kena rudal atau bom sama sekali.
 

 Pesawat Tempur Suriah Menggempur Antrian Warga Sipil, Benarkah?
Menurut Kantor Berita ABNA, Arrahmah.com menukil dari media-media pihak anti Bashar Asad menyebutkan, "Pesawat tempur rezim Nushairiyah Suriah melakukan serangan biadab dengan membom antrian warga sipil muslim yang hendak membeli roti di kota Halfaya, propinsi Hamah pada Ahad (23/12/2012) pagi. Serangan tersebut disebutkan menewaskan lebih dari 300 warga sipil."
"Lebih dari 1.000 orang telah mengantri di sebuah pabrik roti kota Halfaya saat rudal-rudal udara ditembakkan oleh pesawat tempur Mig-21 rezim Suriah pada Ahad. Kekurangan bahan bakar dan tepung telah membuat produksi roti tidak menentu di seluruh negeri, dan orang sering menunggu berjam-jam untuk membeli roti. Para korban termasuk anak-anak dan kaum perempuan." Demikian lansir Arrahmah.com
Arrahmah juga menuliskan, "Mayat-mayat ratusan anak-anak, wanita dan pria yang menunggu giliran pembelian roti berserakan di mana-mana. Sebagiannya tertimbun oleh reruntuhan bangunan toko roti. Puluhan warga sipil yang selamat dan mujahidin berlarian untuk melakukan evakuasi. Darah dan tulang belulang korban berceceran di jalanan."
Namun video yang dipublish Arrahmah.com tersebut tidak luput dari kritik karena adanya beberapa keganjilan yang tampak dari video tersebut. Berikut redaksi ABNA merangkum diantara keganjilan tersebut:
1.      Video tersebut sama sekali tidak menunjukkan adanya banyak korban dari kalangan perempuan dan anak-anak. Yang tampak dari video hanyalah mayat-mayat dari kalangan laki-laki itupun tertimbun tumpukan batu dan dipenuhi tanah. Korban perempuan hanya terlihat pada detik 58 itupun sementara di gendong dengan keadaan masih selamat. Seorang anak perempuan berlari kecil dibelakangnya.
2.      Adanya tumpukan potongan material dan tanah di depan gedung tampak sangat ganjil, sebab tertumpuk di satu tempat dan tidak tampak berserakan. Keadaan mayat yang dipenuhi pasir juga patut dipertanyakan, pasir itu berasal dari mana, sebab jalan didepan gedung masih tampak utuh, tidak terlihat tanda-tanda kerusakan sama sekali. Kalau berasal dari dinding gedung yang runtuh, juga dinding gedung tersebut masih utuh bahkan warnanya sangat berbeda dengan tumpukan batu yang menutupi para mayat.
3.      Pada menit 1:23 ada mayat yang dikeluarkan dari gedung. Mengapa bisa ada mayat dalam gedung sementara gedung tersebut masih utuh? Bukankah yang dibom oleh pesawat rezim Suriah adalah antrian? Kalau bom juga mengenai gedung sehingga juga menyebabkan korban tewas dalam gedung, mengapa tidak ada tanda-tanda kerusakan sama sekali pada gedung tersebut?.
4.      Pada menit 1:36 seorang laki-laki berjaket cokelat dan bersyal hitam, tampak sengaja menampakkan diri di depan kamera, melihat kekanan dan kekiri dengan tubuh mengarah ke kamera, sesuatu yang sangat jarang terjadi di sebuah tempat pasca terjadi ledakan. Kebanyakan orang-orang yang juga tampak dari video tidak tahu hendak melakukan apa. Sementara mayat menumpuk di depan mata mereka dan sewajarnya mesti segera dievakuasi. Lihat pada detik ke 50, tampak seorang pemuda menyeret kakinya yang luka, justru tidak mendapat pertolongan dan bantuan apa-apa oleh orang-orang yang berdiri dan berjalan di sekitarnya.
5.      Pada menit 2:10, dari tumpukan mayat depan gedung yang tertutupi reruntuhan bangunan tampak satu mayat yang nyaris telanjang dengan hanya mengenakan celana dalam biru. Apakah logis seseorang ikut antrian untuk membeli roti hanya dengan mengenakan celana dalam?. Kalau dikatakan pakaiannya hangus terbakar, mengapa pada mayat tersebut tidak tampak adanya bekas kebakaran sama sekali?. Keganjilan lain akan tampak sangat nyata jika melihat sama sekali tidak ada tumpukan mayat tersebut yang tampak menderita luka bakar atau tubuhnya tidak dalam keadaan masih utuh. Kalau memang kesemuanya itu terbunuh karena serangan  rudal-rudal udara ditembakkan oleh pesawat tempur Mig-21 mestinya yang terlihat adalah potongan-potongan tubuh ataupun mayat-mayat yang hangus terbakar, bukan nyaris telanjang dengan menyisakan celana dalam.
6.      Jika melihat tumpukan mayat di depan gedung, sekilas kita akan memperkirakan jumlah korban paling banter 10 atau 20 orang. Namun laporan peristiwa tersebut menyebutkan korban tewas sebanyak 300 orang. Ar Rahmah menulis, "Mayat-mayat ratusan anak-anak, wanita dan pria yang menunggu giliran pembelian roti berserakan di mana-mana." Pertanyaannya, kemana kesemua 300 mayat yang berserakan tersebut? Mengapa tidak tampak dalam video? Mayat yang tampak diluar tumpukan tidak sampai 10 mayat bukan ratusan? Kalau tidak tampak dalam video dari mana ar Rahmah mengetahui adanya ratusan mayat yang berserakan itu?.   
7.      Kalau berita ar Rahmah benar menyebutkan rudal-rudal udara ditembakkan oleh pesawat tempur Mig-21dan menewaskan sampai 300 orang semestinya akan tampak kerusakan berat pada gedung-gedung di lokasi kejadian. Namun kita tidak melihat adanya kerusakan berat itu. Bangunan sekitar gedung yang disebut menjual roti tersebut tetap utuh dan tidak ada tanda-tanda bekas kena rudal atau bom sama sekali.
8.      Dan yang lebih meyakinkan lagi bahwa video tersebut rekayasaa adalah tidak tampak kepanikan atau ketakutan dari warga sama sekali. Kalau memang serangan itu berasal dari pesawat udara, semestinya warga akan tampak berlarian, menyelamatkan diri dengan kemungkinan akan terjadi serangan udara susulan. Namun hal itu tidak tampak dalam video berdurasi 3:40 menit tersebut. Lalu lintas masih tampak normal. Bahkan diantara yang berlarian, masih ada yang tampak berjalan santai. Sepanjang video terdengar suara sirine yang tidak jelas. Apakah itu sirine ambulance atau sirine mobil patroli polisi atau sirine tanda bahaya?.
Berikut link berita dan video dari situs Arrahmah.com tersebut. Selamat menganalisa.
 

Laporan palsu tentang Syria;
 Benarkah 300 wanita dan kanak-kanak dibom ketika beratur membeli roti?

Pembohongan media tentang Syria terbongkar 

 Benarkah 300 wanita dan kanak-kanak dibom ketika beratur membeli roti?

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berbagai media anti Syria di peringkat global mencanangkan bahawa 300 orang terbunuh apabila dibom ketika membeli roti di wilayah Halfaya sedangkan saksi dan bukti menunjukkan kepalsuan dakwaan tersebut.

Untuk membongkar kejadian sebenar portal berita "al-Haqiqah" meneliti 3 video kejadian tersebut yang tersebar dalam internet.

Video klip pertama disiarkan oleh saluran satelit "Sham" yang memang sudah anti Syria. Klip kedua pula disebarkan oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jawatankuasa Perhubungan Halfaya manakala klip ke-tiga disediakan oleh salah seorang penduduk yang tidak mahu mendedahkan namanya. Boleh dikatakan ketiga-tiga filem tersebut mempunyai persamaan walaupun durasinya berbeza.






Penelitian video klip

Pertama: Setiap filem ini tidak menunjukkan sebarang rekod atau data tentang korban-korban di tempat kejadian melainkan seorang perempuan dan seorang remaja lelaki yang berkemungkinan terbunuh dalam kejadian berasingan. Mangsa pengeboman yang lain pula adalah orang tua. 

Kedua: Paling ramai bilangan yang terbunuh dalam kejadian yang ditunjukkan filem itu hanyalah sekitar 20 hingga 30 orang. Tanpa mengkaji secara mendalam, bilangan korban yang didakwa mencapai 300 orang sudah cukup untuk membuktikan pembohongan dakwaan ini.

Ke-tiga: Jelas tidak ada sebarang laporan mengenai operasi pengeboman udara mahupun darat di lokasi Halfaya pada hari tersebut. Filem tidak menunjukkan sedikitpun serpihan bom, roket mahupun jet MIG. Padahal pemberitaan tentang peristiwa ini menceritakan pesawat tempur MIG menggunakan bom seberat 250 kg, namun kerosakan yang ditunjukkan pada kilang roti itu tidak menunjukkan realiti yang sebenar. Video klip menunjukkan terdapat lubang saliran air dan lubang ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam filem ke-tiga. Paling ketara keanehannya ialah tidak ada sebarang kesan serpihan bom di sekitar dinding kompleks kilang roti ini sehinggakan sebiji batapun tidak rosak.
Poster yang disebarkan pengganas untuk menggembar gemburkan kisah dongeng pengeboman di Halfaya.

Hanya orang naif sahaja yang percaya kisah dongeng ini sebagai pengeboman besar-besaran.

Ke-empat: Noktah sebelum ini menimbulkan pertanyaan, dari mana datangnya serpihan batu bata di hadapan bangunan (dapat dilihat jelas dalam klip ke-tiga)? Filem menunjukkan jalan masih utuh tanpa kerosakan yang benar-benar menunjukkan pengeboman. Oleh itu serpihan-serpihan batu-bata tersebut barasal dari tempat lain yang sengaja ditaburkan ke atas mayat-mayat.

Ke-lima: Penelitian terhdap filem ke-tiga menunjukkan pasukan penyelamat keluar dari bangunan kilang tanpa sebarang kecederaan. Bagaimana mungkin mereka ini dapat keluar dari bangunan sedangkan sasaran pengeboman kononnya ialah orang awam yang sedang beratur membeli roti? Sedang bangunan tidak menunjukkan sebarang kesan bom atau roket?

Ke-enam: Dalam filem pertama, ada individu yang bercakap. Beliau berkata dalam minit 1:34 dan beberapa kali dalam minit-minit lain menegaskan bahawa tarikh hari tersebut ialah Sabtu (21 Disember) tanpa sebarang keraguan. Namun tidak lama kemudian padam minit 8:52 individu yang lain mengingatkan kejadian tersebut ialah 23 Disember.

Ke-tujuh: Dalam filem pertama minit 3:48 dan filem ke-tiga minit 2:16 menunjukkan mangsa seorang lelaki berkaki ayam dan tidak berbaju berada di bawah serpihan sedangkan pasukan yang mirip petugas berpakaian lengkap. Tidak mungkin orang awam dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam berdiri dan beratur membeli roti di musim sejuk seperti Halfaya. Mustahil seorang lelaki yang separuh terlanjang ini berbaris membeli roti ditengah-tengah wanita dan kanak-kanak.
Seorang lelaki sengaja melumurkan roti dengan darah
Ke-lapan: Situasi menjijikkan lagi hina kelihatan di dalam filem tersebut apabila seorang lelaki menjerit kepada mereka yang memegang roti: "ع الدم، ع الدم" iaitu lumurkan darah (supaya dapat diambil video). Adegan pun menunjukkan roti berlumuran darah dan secara mendadak muncul di ratusan profail pengguna internet demi menarik simpati golongan naif.

Ke-sembilan: Setelah kejadian klip video menunjukkan kemunculan ramai individu bersenjata yang mana sebahagian daripada mereka ada yang berpakaian tentera dan ada yang tidak. Senario ini banyak kelihatan dalam klip video ke-tiga.

Ke-sepuluh: Hampir semua jasad korban berada di dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan, melainkan dua atau tiga jenazah. Ini bukanlah kesan-kesan pengeboman udara mahupun darat.

Kesimpulan.

Mayat-mayat yang bergelimpangan ini berkait rapat dengan militan yang terbunuh pagi Sabtu dalam serangan di kawasan penduduk Kristian Mhardeh sebelum peristiwa pembunuhan orang awam pada hari Ahad. Dalam kejadian ini 10 orang awam turut terbunuh atau cedera yang mana mereka ini telah diperalatkan untuk klip video. Dalam masa yang sama terdapat dua jasad polis! Seluruh mayat itu tidak ada kaitan sama sekali dengan kejadian pengeboman kilang roti. 

 Kerakusan pengganas Syria membunuh insan tidak bersenjata

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sejak awal isu Syria tercetus, pelampau Wahabi bersenjata telah melancarkan banyak siri kekejamannya seperti menggantung kanak-kanak dan membunuh keluarga Syiah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan golongan pengganas ini sedang bergembira ketika menembak mati seorang insan yang tidak terdaya mempertahankan diri. 
 Kerakusan pengganas Syria membunuh insan tidak bersenjata


Liputan seminar perpaduan umat;
 Pelampau mazhab dan pengganas merupakan masalah yang paling dominan di kalangan umat Islam
 Pelampau mazhab dan pengganas merupakan masalah yang paling dominan di kalangan umat Islam
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua pertubuhan Muhammadiyah Dr. Shamsudin menyatakan bahawa golongan pelampau mazhab dan pengganas merupakan fitnah dan masalah paling dominan buat umat Islam di seluruh dunia. Beliau berkata demikian dalam Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam Sedunia, Makassar, Indonesia. 

"Melawan fitnah ini boleh menyebabkan perluasan daerah kerjasama antara golongan elit dan ulama dunia Islam untuk menerangkan wajah sebenar Islam di samping  menyedarkan masyarakat-masyarakat terhahap fitnah ini."

Beliau juga mengingatkan betapa besarnya jasa dan sumbangan Syiah dalam kebudayaan dan tamadun Islam. Misalannya kebanyakan golongan intelek dan pemikir bidang falsafah dan irfan berasal dari cendiakawan mazhab ini. Sementara itu perselidihan antara Syiah dan Sunni menurut beliau hanyalah dalam masalah teknikal dialog dan format mantik al-Qur'an yang dapat diselesaikan, bukannya menjadi bahan perbalahan."

Cendiakawan Islam ini mengingatkan bahawa Islam menganjurkan dialog dengan golongan bukan Islam. Kerana itu Islam dikatakan agama yang mudah diikuti dan serba lengkap. Berdasarkan sumber-sumber Islam, barangsiapa yang memberikan kesaksian tentang keesaan Allah dan perutusan Nabi (s.a.w), maka individu itu dianggap sebagai muslim. Beliau sendiri turut menyeru pertubuhannya supaya mencintai Ahlul Bait Syiah dan sahabat Ahlusunnah. Selain itu beliau menyatakan harapan agar Syiah dan Sunni di Indonesia agar dapat hidup dengan harmoni dan saling menghormati dengan mematuhi sunnah Nabi (s.a.w).


Menurutnya lagi, "Umat Islam hari ini mempunyai daerah geografi yang strategik dan sumber-sumber tenaga yang penting. Selain itu mereka mempunyai warisan dan modal daripada keintelektualan dan kebudayaan. Mereka memiliki kemampuan menyelesaikan masalah-masalah sendiri dengan memanfaatkan keupayaan-keupayaan besar ini."


Seminar anjuran bersama dengan kedutaan Iran dan Univeristi Muslim Indonesia (UMI) ini kemudiannya dirasmikan dengan ucapan terima kasih daripada Presiden UMI kepada Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran yang berjaya menganjurkan seminar ini. Beliau turut menyatakan salah satu langkah utama dalam mereliasasikan keperluan dan prinsip perpaduan antara mazhab adalah melalui usaha gigih golongan elit dan ulama Islam.

Beliau juga berharap seminar atau pertukaran pendapat seperti di dalam majlis ini dapat membentangkan jalan kerjasama antara pengikut berbagai mazhab dalam Islam.

Duta Republik Islam Iran turut memberikan ucapan dengan menyatakan, "Islam menyediakan sistem kemasyarakatan yang paling sempurna dengan tujuan mengukuhkan hubungan antara umatnya. Aneka ragam warna kulit, budaya dan etnik dalam masyarakat Islam bukanlah menjadi perbezaan dan jurang, namun ia memberi peringatan tentang peluang untuk penyempurnaan dan perluasan."

"Tidak seperti kelompok parti politik yang hanya menuruti matlamat dan kepentingan tertentu. Dalam kelompok parti umat Islam yang bersatu, simboliknya muncul dalam ibadah haji, seluruh umat Islam yang beraneka ragam warna dan berbeza dari berbagai aspek beredar di paksi tauhid bersama misi yang satu," ujar beliau lagi.

Dalam ucapannya yang lain, beliau menceritakan tentang kebangkitan dunia Islam dan kesan-kesannya dalam mewujudkan perubahan dalam struktur sistem kuasa dunia sebagai hasil dari perpaduan umat Islam. Perpaduan ini juga dikatakan telah menyediakan sarana-sarana pertumbuhan, perluasan dan menyelesaikan cabaran yang ada. Beliau menegaskan kaum muslimin perlu menyedari gerakan musuh yang sentiasa mencari kesempatan dengan mengeksploitasikan perbezaan kaum dan mazhab supaya tercetusnya konflik antara umat Islam.

Menteri Agama Indonesia dalam ucapannya turut membicarakan tentang kefahaman kesatuan umat yang tercatat dalam al-Qur'an. Menurut beliau lagi, "Di dalam Islam, sirah nabawi dan sejarah sahabat Rasulullah sentiasa memutuskan sesuatu berdasarkan zahir seseorang individu. Selain itu mereka turut mengharamkan pertumpahan darah manusia terutama sekali umat Islam. Oleh itu hukum mengkafirkan orang lain, menganggap dirinya sendiri berada di pihak yang benar dan sikap membantah dengan mudah dikira sebagai batil."

Dr. Nasiruddin dalam bahagian ucapannya yang lain menegaskan, Indonesia sebagai negara yang paling ramai masyarakat Islam sangat menekankan dialog antara agama. Dengan ini umat Islam dapat digerakkan ke arah kemajuan dan kebahagiaan dalam satu suasana hati yang bersatu.

Beliau turut menyatakan penghargaan dan pujian atas kehadiran Lembaga Pendekatan Antara Mazhab di Indonesia, sikap Republik Islam Iran terhadap monoriti Ahlusunnah di Iran dan perlantikan wakil penasihat hal ehwal Ahlusunnah kepada presiden Iran. Dr. Nasirudin menganggap langkah menghadirkan wakil Ahlusunnah dalam kerajaan Iran memberikan sebuah pengalaman yang baik sehingga mampu mengukuhkan kewujudan bersama mazhab Syiah dan Sunni.

Setelah itu Ayatullah Ali Taskhiri memberikan ucapan tentang fitrah yang menginginkan perpaduan di mana Islam juga turut mengesahkan kehendak fitrah ini. Kata beliau, "Sepanjang pendudukan pihak penjajah di negara-negara umat Islam, mereka telah memecahkan wilayah-wilayah, mewujudkan perpecahan dan menghalang mereka dari kemajuan atas tiga objektif asasi."

Beliau menyifatkan pembakaran mazjid al-Aqsa oleh regim Zionis, kemenangan revolusi Islam, begitu juga kekalahan Russia di Afghanistan sebagai tiga sebab kebangkitan dunia Islam dan kembali umatnya kepada identiti beragama di dalam dunia hari ini. Matlamat dari perpaduan umat Islam pula boleh membawa perpaduan umat Islam dalam menghadapi konspirasi musuh dan menyelesaikan banyak masalah. Dengan bersandarkan ayat-ayat suci al-Qur'an, beliau menceritakan kesan negatif perpecahan dan fanatik akibat perselisihan di kalangan umat.

Maulawi Ishaq Madani pula menyatakan bahawa Indonesia sebagai negara Islam terbesar mempunyai peranan penting dalam menyatukan saudara-saudara seagamanya. Sejarah para imam mazhab-mazhab Islam pula menunjukkan betapa pentingnya berinteraksi sesama insan; Meskipun terdapat perbezaan pendapat di kalangan tokoh dan imam mazhab Islam, mereka sanggup mengenepikan sebarang perbezaan demi agama dan kemaslahatan umat.

Proffesor Ramli pula menceritakan dialog dan debat yang membawa kepada ihsan di antara umat Islam dengan bukan Islam menurut mantiq al-Qur'an. Cendiakawan muslim ini menambah, "Pertumbuhan pemikiran manusia  dan ilmu pengetahuan Islam terhutang budi dengan dialog-dialog serta perbezaan pandangan di kalangan kelompok-kelompok, mazhab-mazhab dan pemikir-pemikir di sepanjang zaman Islam dahulu. Sekarang inipun sebahagian daripada kemunduran masyarakat Islam berpunca dari kekurangan perpaduan."

Cabaran-cabaran yang wujud dalam masyarakat Islam menurut beliau bukanlah suatu perkara yang biasa, bahkan situasi ini menjadikan perpaduan sebagai satu keperluan dan tanggungjawab.

Dalam sesi tengahari, Dr. Hashim pula menceritakan pandangan Islam tentang umat sederhana dengan mengatakan, "Islam adalah agama rahmat bagi seluruh alam dan penyempurna agama-agama Ilahi. Dr. Hashim meminta umat Islam berinteraksi dengan sesama mereka dan golongan bukan Islam berasaskan paksi ketamadunan dan kesederhanaan, melalui jalan mantik, dialog, toleransi dan kasih sayang. Selian itu kewujudan pengganas dan golongan pelampau berasal dari unsur luar dari Islam. Tambah Dr. Hashim, "Kejatuhan komunis yang menjadi konflik antara Timur dan Barat telah diganti dengan perbalahan antara Islam dan Barat. Barat mencipta teori yang melaga-lagakan tamadun sehingga terjadi peperangan antara Barat dan Islam."


Beliau juga mengkritik sikap Barat yang berkonfrontasi dengan Islam dengan mengatakan, "Meskipun Barat menghormati umat Islam berasaskan prinsip liberalisme, namun setiap hari kita menyaksikan mereka menentang umat Islam lebih dari zaman-zaman sebelum ini."

Dr. Hashim menyifatkan perubahan yang berlaku di negara-negara Arab sebagai kewujudan kerajaan yang korupsi yang menimbulkan masalah bagi umat Islam. Korupsi ini tidak hanya merosakkan indentiti masyarakat Islam, bahkan turut memberi peluang untuk pihak musuh melancarkan misi mereka. 

Selain itu beliau mengkritik amalan korupsi ekonomi dan penyebaran budaya Barat yang berleluasa di negara Indonesia yang dianggap ancaman bagi negara Islam.

Professor Umar Shihab selaku anggota Majelis Ulama Indonesia (MUI) pula sempat menerangkan perselisihan yang wujud antara Syiah dan Sunni hanyalah kecil dan berpunca dari penafsiran sumber-sumber agama Islam dan sejarah.

Beliau berkata, "Bagaimana mungkin Syiah dikafirkan sedangkan mereka juga seperti Ahlusunnah, percaya kepada Tuhan yang sama, nabi yang sama, kitab dan kiblat yang sama. Kebanyakannya usuluddin dan furu'uddiin adalah sama seperti Ahlusunnah."


Dr. Azhar Rashad dan Dr. Safakhah pula memberikan ucapan mereka tentang perpaduan dari perspektif Nahjul Balaghah dan al-Qur'an.

Di akhir seminar ini, sesi pertanyaan dibuka kepada hadirin dan majlis ditutup dengan bacaan deklarasi yang ditandatangani oleh 10 tokoh Syiah dan Sunni.


Lebih 1000 orang berdaftar untuk mengikuti Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam Sedunia di Makassar ini. Namun ramai yang tidak dapat menyertainya kerana dewan seminar hanya dapat menampung 700 orang hadirin sahaja dalam satu masa.