Tuesday, 19 April 2011

Jika tiada Tashahhud ( Tahiyat ) " tidak "nya menjadi " Iya "





     Abu Firas , Hammam bin Ghalib bin Sa'saah dari kabilah Majasyi' Tamimiyah.

    Nendanya terkenal dengan kemuliaan menyelamatkan bayi-nayi perempuan yang hampir-hampir ditanam hidup-hidup di zaman jahiliyah ketika melahirkan bayi perempuan.

    Ayahandanya Ghalib terkenal di dalam Islam sebagai diantara orang-orang yang pemurah dan dermawan.

    Abu Firas yang terkenal dengan panggilan " Farazdaq " pujangga Arab Islam tersohor dilahirkan di kota Basrah sekitar tahun 20Hijrah dibawa oleh ayahandanya bertemu Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s setelah peperangan Jamal tahun 36Hijrah. Berkata ayahandanya kepada Amirul Mukminin : Sesungguhnya anakandaku ini seorang penyair , lalu dinasihati oleh Amirul Mukminin agar menghafal Al-Quran . Maka anak muda Farazdaq ini telah beramal dengan nasihat ini  dan telah merantaikan dirinya dengan rantai besi sehinggalah menghafal kitab suci Al-Quran lalu dibuka rantai besi tersebut.

      Bagi menyatakan kehebatan Farazdaq di dalam kesusasteraan Arab cukup apabila Lughawiyyun ( Pakar-pakar Bahasa Arab ) menganggapnya sebagai salah satu dari sumber rujukan lughat Arab sehingga mereka berkata : ( Lau la Syi'ruhu Lazahaba tsulsu lughatil Arab ) sekiranya tiada syair Farazdaq maka musnahlah satu pertiga lughat Arab.

     Farazdaq telah membesar dengan kecintaan kepada Ahlul Bait Rasul s.a.w tetapi tidak menzahirkannya kepada umum untuk menjaga mata pencarian kehidupannya ( rujuk Umar Farukh , Tarikh Adabul Arabi ).

       Pada suatu hari Hisham bin Abdul Malik bin Marwan telah mengerjakan haji di zaman kekhalifahan saudaranya khalifah Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik dengan diiringi oleh para pembesar ahli Syam. Ia cuba untuk menyapu Hajarul Aswad dengan tangannya tetapi tidak kesampaian disebabkan ramainya para jemaah lalu didudukkan di satu penjuru sekadar menonton para jemaah sahaja. Tidak berapa lama tampil seseorang yang apabila menuju ke Hajarul Aswad ketepi semua jemaah yang bersesak-sesak akan kehaibatan sosok peribadi ini sehingga beliau menyentuh Hajarul Aswad. Siapakah sosok peribadi ini???

          Lalu ditanya oleh seorang lelaki kepada Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan lalu ia berpura-pura tidak tahu. Farazdaq pujangga Arab tersohor yang berada berdekatan menjawab " Aku tahu " lalu mendeklamasikan syairnya :

Hazallazi ta'riful Batha' Wat atahu
Inilah orang yang dikenali oleh butir-butiran pasir akan jejak langkahnya.

Walbaitu Yakrifuhu Wal hillu wal haramu
Rumah Allah mengenalnya,tanah halal dan tanah haramnya.

Haza bnu Fatimata In Kunta Jahilahu
Inilah putera Fatimah jika engkau jahil tentangnya.   

Bijaddihi Anbiyaullah Qod Khutimu
Dengan nindanyalah para Nabi Allah telah disudahi.

Walaisa Qauluka , Mau Haza Bidha irihi
Bukanlah katamu , siapa ini memberi mudhorat kepadanya.

Al Urbu ta'rifu man ankarta wal Ajamu
Sekalian Arab tahu siapa yang engkau pura-pura tidak tahu begitu juga orang Ajam.

Ma Qaala la Qattu illa Fitashahhudihi
Tidak pernah berkata , tidak kecuali di dalam tashahhud ( tahiyyat )nya.

Lau lat tashahhudu Kaanat Laa uhu Naamu
Kalau tiadanya tashahhud maka " tidak "nya pun menjadi " Iya ".

Yughdi hayaa an wa yugh dho min Mahaabatihi
Ditundukkan pandangannya kerana kesopanan dan ditundukkan pandangan kerana kehaibatannya.

Fama yukallamu illa hiina yabtasimu
Tidak ditutur bicara dihadapannya kecuali ketika ia tersenyum.

Yakaadu yumsikuhu-Irfanu raahatihi
Enggan melepaskan telapak tangannya.

Ruknul hatim iza ma Jaa'a yastalimu
Sudut Ka'abah ( tempat Hajarul Aswad ) apabila beliau menyentuhnya.

     Tahniah kepada seluruh penghuni alam khasnya Imam Zaman a.s sempena Ulangtahun Maulid Imam Ali ibnu Hussein yang tersohor sebagai Imam Ali Zainal Abidin ( Perhiasan orang-orang beribadah ) Sayyidus Sajidin ( Penghulu orang-orang bersujud ) putera  Sayyidina Hussein Syahid Karbala a.s yang beribukan puteri Raja Yazdajir Parsi bernama Puteri Shahr Banu , pada tanggal 15 Jamadil Awal tahun 38 Hijrah.
Ya Wajihan Indallah Ishfa' lana Indallah   

Petua Ayatullah Behjat untuk menguatkan penghafalan , dan mencerahkan kefahaman bacalah tasbih ini setelah solat-solat harian : " Subhana man laa ya'tadi ala ahli mamlakatih , Subhana man laa ya'khuzu Ahlal Ardi Bi alwaanil Azaab , Subhaanar Ra'uufir Rahim , Allahummaj al li Fii Qalbi Nuuran wa Basaran wa Fahman wa ilma Innaka Ala Kulli Shai' in Qadiir "

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia."
 Solawat...






Info Kesihatan.


Khasiat Habbatus Sauda



Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil , mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta , mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatus Sauda ( Mesir , Syam ) , dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia . Habbatus Sauda ini ialah satu supplemen/ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama Habbatus Sauda :

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, Xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita , oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein . Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium , zat besi , dsb.

2. Sistem imunisasi-kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati , Habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda ( daya melawan penyakit ). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser ,AIDS , dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain

3. Anti-histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik ( alahan ). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase c , sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana pengidap penyakit Asma selalunya mengalami masalah alahan , Habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4.Anti-tumor-kajian in vitro mendapati Habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-Bakteria-penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli , V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakan Habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masala-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang ( Anti-inflammation )-Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang ( bengkak ). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma ( mengurangkan radang dalam paru-paru ), eczema ( alahan yang menyebabkan gatal , kulit merah ,dsb ) dan arthritis ( bengkak sendi ).

7. Menggalakkan pengeluaran susu-Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susuibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di timur tengah minyak ini digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi , radang , gangguan menstruasi , tekanan moral dan depresi ,tetapi terutama terhadap bronkhitis , asma dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk ,bahkan impotensi.

ANDA BERMINAT  UNTUK MEMBELI HABBATUS SAUDA???
E-mel kepada : azabakti69@gmail.com ( untuk pesanan ) 

No comments:

Post a Comment