Friday 8 April 2011

AGAMA (RELIGION)



Apa itu Agama?( What is Religion? )

1-Din ( Agama ) dari segi bahasa bermakna ketaatan  dan pembalasan ( Mufradat Raghib ). Perkataan ini didalam Al-Quran telah digunakan dengan makna pembalasan , Maliki Yaumiddin ( Fatihah /4 ) kanun dan syariat , Huwallazi Arsala Rasulahu Bilhuda Wa dinilhaqqi ( Taubah /33 ) ketaatan dan perhambaan Daawullaha Mukhlisina lahuddin ( Yunos/22 ).

2- Agama didalam ilmu kalam ialah sekumpulan aqidah dan arahan-arahan amali yang mana menurut orang yang membawanya serta para pengikutnya, aqidah dan arahan-arahan amali tersebut adalah berpunca dari pencipta alam ini. Para pengkaji agama barat telah memberikan definisi-definisi yang berbagai tentang agama:

i-William James: Agama ialah perasaan –perasaan, amalan-amalan dan keadaan-keadaan kerohanian yang dimiliki oleh seseorang ketika ia berada didalam keadaan keseorangan.

ii-Herbert Spencer: Agama ialah pengakuan bahawa semua benda-benda wujud adalah berpunca dari satu kewujudan yang lebih tinggi dari ilmu pengetahuan dan makrifat kita.

3- kepercayaan kepada pencipta alam adalah merupakan rukun atau tiang yang utama bagi agama ( Din ) dan aliran-aliran yang mengingkari kewujudan pencipta alam tidak dinamakan Din.

Aspek-aspek Agama ( Various aspect of Religion )

1-Keseluruhan ajaran agama terbahagi pada tiga bahagian:
i-AQIDAH=Aqidah agama adalah lebih umum dari usuluddin kerana usuluddin hanya beberapa perkara sahaja dari aqidah yaitu:
A-Kepercayaan kepada keesaan Tuhan ( Tauhid )
B-Keadilan Tuhan
C-Kenabian
D-Imamah
E-Maad ( Qiamat )

Perkara-perkara (A),(C),(E) adalah syarat –syarat bagi keislaman seseorang  (manakala perkara (B), (D) adalah sebahagian dari Usuluddin di sisi mazhab Imamiyah ).
i-AKHLAK
ii-HUKUM-HAKAM

2-Bahagian Aqidah adalah merupakan ajaran-ajaran agama yang mengemukakan kepada kita pengenalan-pengenalan yang betul tentang alam kewujudan, pencipta, permulaan dan kesudahannya alam ciptaan ini. Ilmu yang berkenaan bahagian ini dinamakan Ilmu kalam atau Ilmu Aqidah.

3-Bahagian Akhlak merangkumi ajaran-ajaran  Islam yang menerangkan tentang sifat-sifat dan keperibadian baik dan buruk, cara untuk menghasilkan sifat-sifat terpuji dan menyingkirkan sifat-sifat yang keji. Ilmu yang berkenaan  dinamakan Ilmu Akhlak.

4-Hukum-hakam ialah bahagian agama yang menerangkan tentang perkara-perkara yang wajib, Haram, Mustahab, Makruh dan Mubah ( harus ). Ilmu yang berkenaan dinamakan Ilmu Fiqih.

5-Selain daripada perkara-perkara yang disebutkan diatas terdapat cerita-cerita didalam kitab-kitab suci yang mempunyai kandungan yang menggerakkan manusia serta berkesan dari segi akhlak dan kerohanian. Ahli-ahli kaji agama barat menamakan bahagian ini sebagai aspek-aspek penceritaan agama.

Mengapa perlu kaji Agama ( Necessity to think about Religion )

1-Setiap manusia yang berakal memahami bahawa kajian tentang kebenaran atau tidak benarnya agama-agama adalah perlu, kerana:

A-Diri manusia mengkehendaki kebahagiaan dan kesempurnaan
B-Orang  yang mendakwa kenabian mengatakan : Kebahagiaan dan kecekalan  abadi adalah  bergantung kepada penerimaan atau tidak menerimanya ajaran-ajaran agama yang dibawa olehnya.
C-Terdapat kemungkinan bahawa dakwaan ini adalah benar.
D-Kepentingan natijah ( kecelakaan atau kebahagiaan yang abadi ) membuatkan kita memberikan perhatian dan mengkaji dakwaan-dakwaan tadi walaupun diandaikan kemungkinan yang dirasakan tentang kebenaran dakwaan itu adalah tipis dan sedikit.

2-Di samping  naluri dan kehendak mencari manfaat dan mengelakkan dari kerugian , manusia juga secara fitrahnya  mempunyai kecenderungan untuk mengenal hakikat dan kebenaran . Kecenderungan  inilah yang menggerakkannya untuk mengkaji  apakah dakwaan-dakwaan kenabian itu benar ataupun tidak.

Manusia dan Agama ; Harapan kepada satu sama lain ( Man and Religion ; Hope to each other )
(A)
1-Harapan utama manusia kepada agama ialah supaya agama dapat membawanya kepada kesempurnaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat .

2-Di samping keperluan utama ini manusia juga berharap supaya:
A-Agama yang dipegang olehnya dapat dibuktikan dan didokong oleh akal fikiran dan mantiq.
B-Supaya agama memberi makna kepada kehidupannya  ( menyelamatkannya dari kehidupan sia-sia dan tidak bermakna ).
C-Supaya agama memberi matlamat , semangat dan pengharapan kepadanya.
D-Supaya agama memberi kesucian kepada nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.
E-Supaya agama memberi perasaan bertanggungjawab kepadanya.

3-Kehidupan dunia sentiasa berhadapan dengan kesusahan-kesusahan yang mana sebahagiannya  dapat diatasi dengan pentadbiran dan kemajuan ilmu dan teknologi manakala sebahagiannya tidak dapat diatasi , seperti:
A-Kemungkinan berlaku kesilapan didalam kepercayaannya.
B-Kemungkinan ia berbuat kesilapan.
C-Manusia ingin hidup selama-lamanya dan takut akan kematian.
D-Kekurangan yang ada pada manusia itu membuatkan ia gelisah.

4-Jika manusia  mengetahui bahawa alam ini mempunyai pencipta yang Maha Bijaksana , Maha Pengasih dan Penyayang dan tidak ada orang yang mulia disisinya kecuali orang yang bertaqwa dan Tuhan tidak menzalimi makhluknya sedikit pun, maka segala kegelisahan tadi bertukar menjadi keredhaan dan inilah maknanya yang dikatakan bahawa agama itu menjadikan kehidupan itu penuh bermakna.

(B)
1-Maksud harapan agama ialah harapan Tuhan yang menjadikan agama ini kepada manusia.

2-Harapan pencipta agama kepada manusia ialah supaya manusia menerima aqidah agama serta beriman dengannya , beramal dengan arahan-arahannya, menjauhkan sifat-sifat terkeji dan menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat  terpuji.

3-Pada hakikatnya Tuhan mengkehendaki supaya manusia dengan menerima agama dan beramal dengannya sampai kepada kesempurnaan dan mencapai nikmat-nikmat dan penganugerahan Ilahi yang tertinggi “Qul Ma Saaltukum Miu Ajrin Fahuwalakum ( Saba’/47 )”.

 Solawat…

No comments:

Post a Comment