Monday, 25 April 2011

Bada' II -Manusia mencorak masa depan cemerlang ( Shape the future of human excellence )


  

     Kalimat " Bada' " di dalam bahasa Arab bermakna kezuhuran dan kejelasan manakala di dalam istilah para ulama Syiah bermakna perubahan nasib tabienya seseorang disebabkan oleh amalan soleh dan kebaikan yang dilakukannya. 


      Dari kacamata Al-Quran tangan manusia tidaklah terikat berhadapan dengan masa depannya bahkan jalan kebahagiaan sentiasa terbuka dihadapannya dan dengan kembali ke pangkal jalan kebenaran dan tingkah laku yang baik ia boleh mengubah masa depan dan nasibnya. Ini adalah satu hakikat yang umum dan berakar umbi.

     Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah diri-diri mereka.
( Ar Ra'du 11 )

Al-Quran juga berkata :
" Sekiranya penghuni tempat-tempat itu beriman dan bertakwa sudah pasti kami membuka bagi mereka pintu-pintu keberkatan langit dan bumi. "
( Al-A'raf 96 )

Al-Quran berkenaan berubahnya nasib Nabi Yunus a.s berkata :
" Sekiranya Yunus bukan dari kalangan orang-orang yang bertasbih sudah pasti ia akan terus berada di dalam perut ikan sehingga ke hari kebangkitan "
( As-Saffat 143 )

Sabda Nabi s.a.w :
Seseorang itu akan terhindar dari rezekinya disebabkan oleh dosa dan tidak ada sesuatu yang boleh mengubah takdir ini kecuali doa dan tiada yang menambah umurnya kecuali kebaikan yang dilakukan.
( Musnad Ahmad jilid5 , Mustadrak Hakim jilid1 )

Natijah

     Dari ayat-ayat Al-Quran dan sunnah kita dapati bahawa manusia ditentukan dengan nasib yang tertentu di dalam ruang lingkup tingkah lakunya yang biasa ataupun kadang-kala salah seorang dari auliya' Ilahi seperti Rasul dan Imam memberi khabar tentangnya yakni jika sekiranya tingkah laku yang sedia ada itu berterusan nasib sekian akan menantinya tetapi dengan satu pusingan secara mengejut dan perubahan yang tiba-tiba , manusia ini berubah tingkah-lakunya dan dengan ini nasibnya juga turut berubah .

     Hakikat ini yang berpunca dari mantiq dan logika wahyu , Sunnah Nabi s.a.w. dan akal fikiran disisi para ulama Syiah dinamakan Bada'.

      Perlu diingatkan bahawa istilah " Bada' " ini bukanlah milik Syiah bahkan di dalam tulisan AhlusSunnah dan di dalam sabda Nabi s.a.w juga ditemui seperti sabda Nabi s.aw. :
" Badallah  Azza wa Jalla An yabtaliyahum "
( Kitab An Nihayah Fi Gharibil Hadits )

      Bada' bukanlah bermakna berlaku perubahan pada ilmu Allah Taala kerana Allah maha mengetahui sejak permulaan tingkah laku tabie manusia sehinggalah faktor-faktor perubahan memberi kesan dan berlakunya Bada'.

Al-Quran mengatakan :
" Yamhullah ma yasha' wa yusbit wa indahu ummul kitab "
Allah menghapuskan apa yang Allah kehendaki dan menetapkan apa yang Allah kehendaki dan disisiNyalah asalnya kitab ( Lauh Mahfuz ).

     Maka itu Allah Taala semasa berlakunya Bada' telah menyingkap dan menzahirkan bagi manusia suatu hakikat yang disisiNya sejak azali lagi diketahui olehNya.

Oleh itu Imam Sadiq a.s berkata :
" Ma Badallahu Fi Syai'in Illa Kaana Fi Ilmihi Qabla An Yabdua lahu "
" Tidak berlaku Bada' bagi Allah kecuali sejak azali lagi Allah maha mengetahui tentangnya "
( Usul Kafi jilid kitab Tauhid , Bab Bada' )

Falsafah Bada'
Tidak syak lagi sekiranya manusia melihat tangannya terbuka untuk mengubah nasibnya , ia akan berusaha membina masa depan yang lebih baik , dengan lebih bersemangat ia akan melipat gandakan usahanya.

      Dengan kata lain seperti mana hakikat Taubat dan Syafaat menyelamatkan manusia dari kekecewaan dan kelesuan kehidupan , hakikat Bada' juga membangkitkan semangat dan kesegaran dan memberi harapan untuk masa depan yang cerah kerana dengan pandangan ini manusia tahu , dengan hukum Ilahi ia boleh merubah masa depannya kepada masa depan yang cerah.

Petua Ayt Bahauddini : Imam Ridha a.s berkata istighfar memurahkan rezeki .

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...

No comments:

Post a Comment