Tuesday, 30 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Rasulullah s.a.w : Dinamakan Syawwal kerana di dalamnya berguguran dosa-dosa para mukminin.

Imam Ali a.s : Ia adalah Hari Raya bagi orang yang Allah menerima puasanya dan mensyukuri  Qiyamnya ( di malam hari ) dan setiap hari yang tidak dilakukan dosa kepada Allah adalah Hari Raya.

Imam Redha a.s : Dijadikan hari Fitri sebagai Eid ( Hari Raya ) supaya ada perhimpunan bagi  Muslimin,mereka berhimpun pada hari tersebut dan keluar kerana Allah Azza Wa Jalla,memuji-muji Allah di atas pemberian Allah kepada mereka maka ianya sebagai Hari Raya dan Perhimpunan,hari Fitrah dan Zakat,hari kesungguhan dan Permintaan ( kepada Tuhan ).

Imam Hasan a.s : Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan medan perlumbaan bagi makhluknya,mereka berlumba di dalamnya mentaati ( Allah ) bagi keredhaanNya lalu mendahului di dalamnya satu golongan maka mereka berjaya dan ketinggalan yang lainnya maka mereka  tersia dan teramatlah pelik orang yang bergelak ketawa bersuka-suka pada hari yang diberi ganjaran di dalamnya orang-orang yang berbuat kebaikan dan rugi orang yang menyia-nyia…

*** Teramatlah penting untuk bertawassul kepada Nabi s.a.w dan Ahlul Bait yang disucikan Allah*** serta meminta Syafaat..supaya ditampung kekurangan dari yang sepatutnya pada bulan Ramadhan  yang suci,supaya kejelekan ditukar ganti dengan kebaikan-kebaikan dan sampai ke derajat ketinggian.

                                                  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

maaf zahir dan batin

Saturday, 27 August 2011

International Quds Day in Malaysia 2011







HARI AL-QUDS SEDUNIA TURUT DISERTAI RAKYAT MALAYSIA.

27 Ogos 2011

KUALA LUMPUR S
ebuah demonstrasi aman berkait Palestin dan Al-Quds telah
diadakan di Masjid Negara semalam. Demonstrasi yang dinamakan Walk4AlQuds
itu, dianjurkan oleh beberapa buah NGO, turut dihadiri oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta masyarakat awam dari
seluruh Malaysia.

Program yang julung kali diadakan secara bersama itu, mendapat suntikan
semangat daripada Almarhum Ayatullah Al-Uzhma Sayyid Ruhollah Khomeini
yang menyarankan setiap Jumaat terakhir Ramadhan sebagai Hari Al-Quds
sedunia.

Demonstrasi yang berlangsung selepas solat Jumaat tersebut, berarak dari
perkarangan Masjid Negara sehingga ke pejabat Perdana Global Peace
Foundation (PGPF). Pelbagai slogan yang mengecam Israel dan Amerika
dilaungkan.

Tun Dr. Mahathir ketika dalam ucapannya, menegaskan pentingnya pepaduan
seluruh muslimin tidak mengira fahaman untuk membebaskan bumi Palestin.

Penganjur turut menyampaikan sumbangan kepada PGPF untuk disalurkan kepada
rakyat Palestin melalui pengerusinnya Ustaz Syed Shaikh Al-Attas. Program
turut dipenuhi dengan pameran kesengsaraan rakyat Palestin.

Disebelah malam Hari Al-Quds pula, sebuah forum dianjurkan oleh Hauzah
ArRidha. Forum yang membincangkan masalah Palestin dan Gaza itu dikupas
oleh ahli panel, Ustaz Syed Hassan Al-Attas dan Ustaz Hassan Al-Askari dengan
Ustaz Najiyullah sebagai moderatornya.Forum ini diakhiri dengan bacaan surat bantahan dari Ustaz Mohd Kamilzuhairi mewakili NGO QudsAr-Ridha Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya berhenti menyokong konspirasi Zionist ke atas umat Islam dan  mustadhafin ( orang-orang yang tertindas ) di seluruh dunia.
 

Sambutan hari Al-Quds sedunia  juga telah diadakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia termasuk negeri Kedah dan Selangor. 

ARRIDHA PRESS



International Quds day in Malaysia.

August 27, 2011

KUALA LUMPUR: A peaceful demonstration related to Palestine and Al-Quds was
held at the National Mosque ( Masjid Negara ) yesterday. Demonstration called Walk4AlQuds
, was organized by several NGOs, was also attended by former Prime
Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, and civil society from
throughout Malaysia.

The annual programme was held for injection
the spirit of the late Ayatullah Ruhollah Khomeini
suggesting every last Friday of Ramadan as Al-Quds Day
worldwide.

The demonstration, held after the Friday prayers, marched from
National Mosque compound to the office of the Perdana Global Peace
Foundation (PGPF). Various slogans denouncing Israel and the United
propagated.

Dr. Mahathir during his address, stressed the importance of unity for
all Muslims regardless of their ideology to liberate Palestine.

Organizers also presented the contribution to PGPF to be outsourced to
Palestinians through its chairman Ustaz Syed Sheikh Al-Attas.program
also met with Palestinian suffering exhibition.

On the night of Al-Quds Day was a forum organized by Hauzah
ArRidha. Forum to discuss the problem of Palestine and Gaza shelled
by the panelists, Ustaz Syed Hassan Al-Attas and Ustaz Hassan Al-Askari and
Ustaz Najiyullah as the moderator of the discourse.Forum concluded with a reading of a letter of protest from Ustaz Mohd Kamilzuhairi representing QudsAr-Ridha NGOs Malaysia adressing theUnited States President Barack Obama to stop supporting Zionist conspiracies against Muslims and the oppressed people all over the world.

Quds day programmes also were held in several states through out Malaysia including Kedah state and Selangor.


ArRIDHA PRESS

Thursday, 25 August 2011

Terima Kasih kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia





Surat Terbuka Kepada Presiden (INTERNATIONAL QUDS DAY 2011)





QUDS  AR RIDHA A.S
9C, Jalan SG 3/16, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100 Gombak, Selangor Darul Ehsan.         
MALAYSIA.
Tel: 603 – 6182 1412



25th  August 2011

Barack H. Obama 
President Of USA,
c/o: United State of Amerika Embassy,
No. 376,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Sir,

REMINDER TO UNITED STATES OF AMERICA GOVERNMENT  

As a Muslim Shiite in Malaysia, I am writing to you to express my deep concern regarding what really happen in Palestine. On this moment the Zionist is attacking the civilian people who is innocent party. I send this letter to make you understand that we are always condemn  your action against Palestine civilian.

This act of provocation jeopardize peace for Palestinian people. I believe that the continued blockade of Gaza and the harm it is imposing on 1.5 million men, women and children must come to an end.

Accordingly, I am asking the Government of America to:
(a)    Urge the Zionist stop killing Palestinian civilians.
(b)   Stop supporting Zionist in any condition.
(c)    Stop interfere in the Muslim countries interest.
(d)   Let the people of the oppressed countries to choose their own destiny

We clearly support the Palestine people by expressing our support:
(a)  Al-Quds are belongs to Muslims and it must be return to them.
(b)  We support the oppressed, we support those who are oppressed wherever they are Muslims and non Muslims.
(c)   Palestine in the condition of oppressed nations and Israel is oppressing them, that is why we support them. Furthermore they are our Muslims brothers.
(d)  Obedience to the existing Zionist domination economic policy is a sign of weakness of a government.
(e)  Nowadays all the problems of the Muslims caused by the United States of America. The USA strengthening Zionism, and continue to do that and killing our brothers all over the world.
(f)   We love American people but we hate the aggressive and arrogant policy of United State of America administration worldwide.

God the almighty said in : Surah 17. Al-Isra' (sentence :4-8)
4. And We decreed for the Children of Israel in the Scripture:
"Indeed you would do mischief in the land twice and you will become tyrants and extremely arrogant!"

5. So, when the promise of punishment for the first of the two, we sent against you Our given to terrible warfare. They entered the very innermost pasrts of your state. And it was a promise (completely) fulfilled.

6. Then We gave you a return of victory over them. And We helped you with wealth and children and made you more numerous in manpower.

7. (And We said): "If you do good, you do good for your own selves, and if you do evil (you do it) against yourselves." Then, when the second promise came to pass, (We permitted your enemies) to disgrace your faces and to enter the Masjid (Juressalam) as they had entered it before, and to destroy with utter destruction all that fell in their hands.

8. It may be that your Lord may show mercy unto you, but if you return (to sins). We shall return (to Our punishment). And We have made Hell a prison for the disbelievers.

The first consideration on the damage done by Israel is in the hands of Muslim army at the beginning of Islam . When Muslims get away from Islam, Allah give strength to the Israel, and they do damage for the second time and arrogant in the land until the next punishment is coming also from the Muslims after their return to Islam as found in the commentary, the man who will be raised to retaliate the Israel  is Al-Mahdi a.s. and his companion of  Imam Mahdi (Ayyashi Tafsir, Tafsir Nur Tsaqalain, Biharul Anwar j 60 and Allah treat them as “our servants”. 
Reminder of “Al-Quds”  @ “Jerusalem'' First Kiblat of Muslims are in the grip of the International Zionist World @ World Cancer Gland

“SALAM HARI RAYA AIDILFITRI”
@
HAPPY AIDILFITRI TO ALL OUR MUSLIM BROTHERS
IN UNITED STATES OF AMERICA
AND
HAPPY WORLD PEACE GLOBAL TO ALL AMERICAN PEOPLE

 SOLAWAT !!!
Sincerely,


Mohd. Kamilzuhairi Bin Abd. Aziz
Quds ArRidha 1108




Wednesday, 24 August 2011

Memperingati Kiblat Pertama, Baitul Maqdis






و قضينا ألى بني أسرائيل في الكتاب لتفسدنّ في الأرض مرّتين و لتعلنّ علوّا كبيرا.فاذا جاء وعد أولاهما بعثنا عليكم عبادا لنا أولي
بأس شديد فجا سوا خلال الديار و كان وعدا مفعولا
Telah kami wahyukan kepada Bani Israel di dalam Kitab : Sesungguhnya kamu berbuat bencana dua kali di muka bumi dan berlaku sombong dengan kesombongan yang besar.Apabila datang janji siksaan untuk yang pertama dari yang keduanya ,kami bangkitkan kepadamu hamba- hamba kami yang gagah perkasa lalu mereka itu mencarimu dalam negeri.Itulah janji yang mesti dilaksanakan.
ثمّ رددنا لكم الكرّة عليهم وامددناكم باموال و بنين وجعلناكم أكثر نفيرا.ان أحسنتم احسنتم لأنفسكم و ان أسأتم فلها
Kemudian kami kembalikan kekuasaan kepadamu ke atas mereka dan kami bantumu dengan harta benda dan anak pinak dan kami jadikan kamu mempunyai kaum yang ramai.Jika kamu berbuat baik,niscaya kamu berbuat baik untuk dirimu.Jika kamu berbuat jahat untuk dirimu pula.
فاذاجاء وعد الأخرة ليسوؤا وجوهكم وليدخلو المسجد كما دخلوه أوّل مرّة وليتبّروا ما علوا تتبيرا
(tetapi kamu melakukan keburukan dan tidak berbuat kebaikan,kami member tempoh kepadamu sehinggalah sampai waktu pembalasan)Maka apabila datang janji siksaan yang kemudian(kami bangkitkan musuh-musuhmu)sehingga mereka menghinakan muka-mukamu dan memasuki masjid ( Baitul Maqdis )sepertimana mereka memasukinya pertama kali lalu mereka membinasakan apa yang mereka kuasai dengan kebinasaan yang hebat.
عسى ربّكم أن يرحمكم وأن عدتم عدنا و جعلنا جهنّم للكافرين حصيرا
Mudah-mudahan Tuhanmu mengasihi kamu.Jika kamu kembali berbuat dosa kami kembali menyiksamu di dunia dan kami jadikan neraka Jahannam sebagai penjara bagi orang-orang kafir.

Al-Isra’ 4-8
Nota : Balasan pertama di atas kerosakan yang dilakukan Bani Israel adalah di tangan tentera Islam pada awal Islam.Apabila umat Islam menjauhkan diri dari Islam,Allah memberi  kekuatan kepada Bani Israel lalu mereka melakukan kerosakan buat kedua kalinya dan angkuh di muka bumi sehinggalah datang balasan yang berikutnya juga dari Muslimin setelah mereka kembali kepada Islam dan seperti yang terdapat di dalam tafsir,kaum yang akan dibangkitkan bagi membalas kejahatan Bani Israel ialah Al-Mahdi a.s dan Ashab beliau,Ahli kota Qom dan orang-orang yang dihantar Allah Taala sebelum zahirnya Imam Mahdi a.s.(Tafsir Ayyashi,Tafsir Nur Tsaqalain,Biharul Anwar j 60 dan Allah Taala mensifatkan mereka sebagai ‘’Hamba-hamba Kami’’.
Menghidupkan peringatan ‘’Al-Quds’’ @ ‘’Baitul Maqdis’’Kiblat Pertama Umat Islam yang berada di dalam cengkaman Zionist Internasional @ Kelenjar Barah Sedunia
خيبر خيبر يا يهود جيش محمّد سيعود
SOLAWAT 

Monday, 22 August 2011

Nuzul Al-Qur'an pada Lailatul Qadr






      Telah diriwayatkan dari Tabrani dan lain-lain dari Ibni Abbas,berkata : Telah diturunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadr sekali gus ke langit dunia dan diletakkan di Baitul Izzah kemudian diturunkan beransur-ansur ke atas Nabi s.a.w selama 20 tahun dan dari Jalaluddin Suyuthi berkata ‘’ Inilah kata-kata yang paling sesuai dan termasyhur ‘’ ( Talkhis Tamhid )

       Mulla Muhsen Feid Kashani telah mentakwilkan dengan berkata : Seakan-akan dikehendaki dengannya turun makna Al-Qur’an ke kalbu Nabi s.a.w seperti firman Allah Taala ‘’ Telah menurunkan Ruhul Amin ke kalbumu ‘’ kemudiannya turun beransur-ansur selama 20 tahun dari batin kalbu Nabi s.a.w ke zahir lidah beliau setiap kali datang Jibrail a.s dengan wahyu dan membacakannya dengan lafaznya. ( Tafsir Safi  jilid 1 ).

       Allamah  Tabataba’i berpegang kepada takwil ini dan menambah lagi ‘’ Sesungguhnya Kitab ini mempunyai hakikat yang lain di sebalik apa yang kita fahami dengan kefahaman yang biasa dan ianya adalah satu hakikat yang mempunyai kesatuan yang bertaut satu sama lain tidak menerima penceraian ( tafsil ) dan tidak pemisahan ( tajziah )kerana kembalinya kepada satu makna tiada juzuk-juzuk di dalamnya dan tiada fasal-fasal manakala pemisahan dan fasal-fasal yang dilihat di dalam kitab datang setelah pengukuhan tersebut.Firman Allah ‘’ Kitab yang telah diperkukuhkan ayat-ayatnya kemudian diperincikan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui ‘’ ( Hud 2 ).

Ringkasan :

      Maka itu yang dimaksudkan dengan Inzal Al-Qur’an ( penurunan Al-Qur’an ) pada Lailatul Qadr ialah penurunan hakikat kitab yang bersatu sifatnya ke kalbu Rasulullah s.a.w sekali gus sepertimana telah diturunkan Al-Qur’an secara mufassal dan terperinci di dalam fasal-fasal  ( bahagian-bahagian ) dan bekas-bekas ( suasana dan tempat ) ke kalbu baginda s.a.w secara beransur-ansur pada tempoh Dakwah Kenabian. ( Al-Mizan J 2 ).

Olahan Daya Tarik dan Daya Tolak






السّنخيّة علّة الانضمام Persamaan adalah punca persatuan

Ahli Hikmat berkata : Ku lihat dua sekawan,gagak dan bangau
Tercengang jadi sebabnya ku cari,bila ku dekati hairan menjadi
Keduanya ku perhati,tempang di kaki.

‘’Tarikan’’ dan’’ Tolakan’’ adalah sunnah bagi alam semesta seperti mana semua benda tidak kira berapa kecil  atau besarnya, ditarik ke arah yang sama yang dinamakan Graviti,begitu juga penolakan dan pembuangan adalah dari tabiat semula jadi.

Manusia sesama manusia juga menarik dan menolak.1.Ada yang tidak menarik dan tidak menolak: tiada musuh dicari tiada cinta di hati bak domba-domba dan sapi tiada yang peduli kecuali digulai dan juga kari.2.Orang yang hanya menarik tidak menolak : Biasa pada yang baik dan buruk,setelah ajal semua berebut,ada yang datang Zam- zam disiram,ada yang membakar abu ditanam.3.Yang hanya menolak tidak menarik : saban hari seteru dicari,siang berperang malam berganyang persis beruang,harimau kumbang.Berkata Imam Ali a.s :  
أعجز النّاس من عجز عن أكتساب الاخوان و أعجز منه من ضيّع من ظفر به منهم

Orang yang paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari saudara dan kawan dan yang lebih tidak mampu ialah orang yang kehilangan saudara dan kawan. ( Nahjul Balaghah ).

4.Orang yang menarik dan menolak.

Orang yang punya pegangan dan berjuang mempertahankan akidah dan fahamannya menarik sebilangan manusia dan bertempat di hati sebahagiannya manakala pada masa yang sama sebahagian memusuhinya dan berseteru dengannya.Kadangkala daya tolak lebih kuat dari daya tariknya dan kadangkala daya tariknya lebih dari daya tolaknya dan kadangkala kedua-dua bertarung dengan hebatnya dan ada yang daya tarik begitu kuat sehingga ada yang sanggup mengorbankan harta benda bahkan jiwa raga di jalannya.

Ali bin Abi Talib a.s  adalah ADI JAGUH dua Tenaga yang punya kemuncak daya tarik dan kemuncak daya tolak.Siapakah kawan dan siapakah lawannya ?? siapakah pencinta dan siapakah pembencinya ??


Sabda Nabi s.a.w : Ali bersama hak dan hak bersama Ali.

Saturday, 20 August 2011

Personaliti 3 D






      Sebahagian School of Thought @ Aliran pemikiran @ Pegangan…Sistem-sistem,tokoh-tokoh hanyalah satu dimensi.Berjaya mempengaruhi seramai-ramainya umat manusia kerana faktor-faktor tertentu walaupun tanpa perbendaharaan yang bernilai,keilmuan yang bermanfaat,kebudayaan yang kaya,kata-kata yang berhikmat,jaminan kebahagiaan dunia-akhirat  pada zaman yang tertentu  dan lambat laun akan luput dek zaman,warnanya luntur,lusuh dan akhirnya terkubur dan tersimpan di dalam Arkib Dunia dan Muzium Sejarah umat manusia.

      Manakala sebahagian yang lainnya bersifat dua dimensi yang berjaya mempengaruhi  sebilangan yang ramai dan melangkaui zaman yang tertentu.

      Sebahagian yang lain pula selain ciri-ciri tersebut apabila diketepikan rintangan di jalanan terus menembusi lubuk jiwa manusia  dan buat selama-lamanya akan beraja di hati.

       Ali bin Abi Talib  Mazharal Aja’ib,Aunan Fin Nawaib,Asadullah Al-aGhalib adalah satu peribadi,School of Thought,AliranPemikiran,Institusi Keilmuan,Peradaban ,Kesenian dan Sistem Bersepadu 3 D ( tiga Dimensi )yang Evergreen,tidak lekang dek panas tidak luput dek hujan yang tidak luntur warnanya,perbendaharaan yang kaya,khazanah yang tidak ternilai,Mazlumnya Sejarah dan Peradaban umat manusia.

Telah mati para penimbun harta walaupun hayat dikandung badan sedangkan para ilmuan berkekalan sepanjang zaman walau kelibat  tidak  kelihatan,ujar baginda Ali.

‘’Keesokan hari kalian akan menyaksikan hari-hariku dan tersingkap bagimu khazanah diriku dan kalian bakal mengenaliku setelah sepeninggalanku pabila datang yang lain di tempatku’.

      Takziah ulangtahun keshahidan Penghulu Ahli Tauhid Amirul Mukminin Imam Ali bin Abi Talib a.s tanggal 21 bulan Ramadhan 40 Hijrah  dengan tetakan pedang beracun berbisa di kepala di mihrab ibadah Masjid Kufah Iraq waktu solat Subuh 19 Ramadhan di tangan AbdurRahman Ibnu Muljam Khawarij.

      Seisi alam berduka nestapa.SOLAWAT

Friday, 19 August 2011

Tingkatan-tingkatan Lailatul Qadr






Kenapa dinamakan Lailatul Qadr ?

1.Kerana kesemua Takdir ditentukan pada malam tersebut.
Ditentukan bagi setiap orang yang selayaknya bagi diri orang tersebut berdasarkan persiapan-persiapan yang telah dilakukannya.
2.Kerana malam itu mempunyai kemuliaan.
3.Kerana Al-Qur’an yang mulia diturunkan kepada Rasul yang mulia melalui malaikat yang empunya kemuliaan.
4.Kerana sesiapa yang menghidupkannya dengan ibadah-ibadah mendapat kemuliaan  dan manzilah.
5.Kertana Takdir bermakna  sempit dan bumi ini sempit kerana  dipenuhi para malaikat.

Kenapa lebih baik dari seribu bulan ?
1.Kerana nilai ibadat.
2.Kerana nuzul  Al-Qur’an dan keberkatan dan rahmat ilahi.

Kenapa turunnya Al-Qur’an pada Lailatul qadr ?
Kerana  ketentuan manusia selama satu tahun berdasarkan kelayakannya ditentukan pada malam tersebut dan Al-Quran yang merupakan kitab penentu nasib manusia sepatutnya lah turun pada malam ketentuan.

Nota :

Yang zahir dari riwayat-riwayat ialah Lailatul Qadr itu mempunyai tingkatan-tingkatan dan malam yang diisyaratkan di dalam Al-Qur’an ialah yang memiliki tingkatan terakhir dan kepastian yang tidak bakal berubah.Yang difahami dari riwayat-riwayat ialah malam-malam tersebut ialah Nisfu Sya’aban,malam 19 bulan Ramadhan,malam 21 dan malam 23 walaupun malam ke 23 adalah afdhal dan ia adalah Lailatul Juhani yang tidak berubah apa-apa yang telah ditakdirkan di dalamnya.
Berkemungkinan yang kuat bahawa malam ke 27 juga adalah dari Layali Al-Qadr walaupun yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan itu  ialah Lailatul Juhani yaitu malam ke 23 dan barangsiapa yang ingin berihtiath maka himpunlah kelima-lima malam tersebut dengan Ihya dan menghidupkan malam dengan beribadat.
Daripada Rasulullah s.a.w : Musa a.s berkata : Tuhanku,aku ingin kedekatanmu.Tuhan berfirman : Taqarrub kepadaku kepunyaan orang yang berjaga Lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin rahmatmu.Tuhan berfirman : rahmatku kepunyaan orang yang mengasihani para miskin pada lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin melintasi titian Sirat.Tuhan berfirman : Ianya kepunyaan orang yang bersedekah pada Lailatul Qadr.Musa berkata : Tuhanku aku mahukan pohon syurga.Tuhan berfirman :Ianya milik orang yang bertasbih pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan keredhaanmu.Tuhan berfirman : Keredhaanku milik orang yang bersolat dua rakaat pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan perlepasan dari api neraka.Ianya milik orang yang beristighfar pada Lailatul Qadr.
     SOLAWAT

Thursday, 18 August 2011

Lailatul qadr ( Part 1 )





Dari Ayat-ayat dan riwayat kita memahami bahawa Lailatul Qadr dari awal penciptaan bumi telah wujud.Dari zaman Adam a.s dan para Anbiya’ yang seterusnya ada Lailatul Qadr.Imam Jawwad a.s berkata : Allah telah mencipta Lailatul Qadr di awal penciptaan bumi.Begitu juga pada malam tersebut Nabi yang pertama dan wasi yang pertama juga dicipta.Ketentuan Ilahi ialah pada setiap tahun terdapat satu malam yang di dalamnya diperincikan urusan-urusan dan takdir selama setahun.Ruh dan Malaikat turun menghadap Adam a.s dan membawa ketentuan-ketentuan kepadanya.Adam a.s tidak  wafat kecuali meninggalkan  wasi dan penggantinya  begitu juga Nabi-nabi  setelah Adam a.s untuk setiap seorang dari mereka pada Lailatul Qadr turun Amar Ilahi dan setiap Nabi akan memberi martabat ini kepada wasinya.

Menurut ahli Makrifat terdapat tiga peringkat suluk.Takhliah,Tahliah dan tajliah dan malam-malam Qadr  19,21 dan 23 Ramadhan juga menuruti peringkat-peringkat ini.
Malam 19 hendaklah dengan bertaubat,berazam meninggalkan segala dosa manakala malam 21 ialah malam beristighasah ( minta tolong ) dan berazam melakukan ketaatan-ketaatan manakala malam 23 ialah malam ganjaran.
Yang zahir dari sebahagian riwayat ialah Lailatul Qadar mempunyai tingkatan-tingkatan dan malam  yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an ialah tingkatan terakhir bagi takdir yang tidak boleh ditukar ganti.SOLAWAT

Tuesday, 16 August 2011

Kehidupan Siyasi Imam Hasan ( Part 2 )





      Apabila syahidnya Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s pada 21 Ramadhan  dengan tetakan pedang beracun pada bulan puasa tanggal 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ,Imam Hasan telah menaiki minbar lalu berkata : Kami Ahlul Bait adalah Hizbullah ( Partai Allah ) yang diperkenalkan sebagai  yang menang.
فانّ حزب الله هم الغالبون

Kami lah Itrah Rasulullah s.a.w yang di dalam hadits Tsaqalain Rasulullah s.a.w telah meletakkan kami di samping Al-Qur’an dan penjelas Al-Qur’an dan tiangnya Islam.
أنّي تارك فيكم الثّقلين كتاب اللّه و عترتي لن يفترقا حتّى يردا عليّ الحوض

Kami lah yang mengetahui tentang Ta’wil dan Tanzilnya Al-Qur’an.Kami lah yang di dalam Al-Qur’an yang mulia  disebut sebagai Ma’sum ( Tidak Berdosa ) dan Mutahhar ( yang telah disucikan ).
أنّما يريد اللّه ليذهب عنكم الّرجس أهل البيت و يطهّركم تطهيرا

Hendaklah semua taat kepada kami kerana di dalam Al-Qur’an telah diperintahkan sedemikian.
أطيعو اللّه و أطيعواالرّسول و أولي الأمر منكم

Kami lah yang di dalam Al-Qur’an kecintaan kepada mereka adalah wajib ke atas manusia.
قل لا أ سئلكم عليه أجر ا ألاّ المودّ ة في ألقربى

Kami lah yang di dalam Al-Qur’an kecintaan kepada kami dikira sebagai Hasanah / kebaikan.
و من يقتر ف حسنة نزد له فيها حسنا

Kenapa Imam Hasan berdamai dengan Muawiyah ?

1.Keadaan tentera-tentera yang telah keletihan setelah berperang secara berturut-turut di dalam Perang Jamal,Siffin , Nahrawan dan pertempuran-pertempuran lain di sekitar Iraq,Hijaz dan Yaman menentang pasukan-pasukan tentera Muawiyah setelah peristiwa Hakam di zaman Imam Ali a.s.

2.Komuniti yang terdiri daripada unsur-unsur yang bertentangan:

a.Kelompok Khawarij yang asalnya berpandangan wajib memerangi kedua-dua pasukan Saidina Ali dan Muawiyah.Khawarij yang menyertai angkatan Imam Hasan pun tidak menyukai Imam tetapi berada bersama-sama angkatan Imam kerana mahu memerangi Muawiyah

b.Masyarakat Ajam dan juga Arab yang tidak mempunyai akidah yang kukuh yang tidak tahu untuk menyebelahi pihak yang mana.

c.Pengikut dan syiah khas Imam Ali bin Abi Talib a.s yang tidak ramai bilangan mereka.

d.Sebahagian mengikuti angkatan kerana kepentingan kebendaan dan keduniaan dan ada kerana pengaruh kepala-kepala kabilah dan ketua-ketua kaum yang menyertai angkatan Imam Hasan.

3.Rakyat yang tidak setia dan tidak dapat dipercayai.
Ramai ketua-ketua kabilah yang secara rahsia memberi  sokongan kepada Muawiyah dan ada yang berjanji untuk menyerahkan Imam Hasan kepada Muawiyah bahkan untuk membunuh Imam Hasan.

4.Komander  yang khianat.
Komander Ubaidullah bin Abbas yang ditugaskan mengetuai angkatan dua belas ribu tentera telah  dirasuah oleh Muawiyah  sebanyak satu juta Dirham telah berpaling tadah bersama-sama dengan  lapan ribu tentera.

5.konspirasi penipuan.
Beberapa orang yang zahir mereka dapat memperdayakan orang ramai telah dihantar Muawiyah yang menyebarkan berita kononnya Imam Hasan telah setuju untuk berdamai ketika itu lalu khemah Imam telah diserang  dan telah berlaku cubaan untuk membunuh Imam.
Inilah sekelumit apa yang menimpa cucunda Nabi s.a.w Saidina Hasan bin Ali bin Abi Talib a.s penghulu pemuda syurga dari umat nindanya yang mulia sepeninggalan nindanya

                                           SOLAWAT. 

Monday, 15 August 2011

Kehidupan Siasi ( Political Life ) Imam Hasan a.s.





      Sepintas lalu kita meninjau kehidupan Siyasi ( Political life ) Saidina Hasan a.s. Sabda Nabi s.a.w bahawa puteraku ini Allah akan memperdamaikan dengannya diantara dua golongan.Setelah 40 tahun maka berlakulah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w dan ketahuilah bahawa apa yang dilakukan oleh para Imam Ahlul Bait a.s dan di dalam hal ini Imam Hasan a.s  adalah langkah-langkah dari persada Imamah,Khilafah Allah dan kekhilafahan Rasulullah s.a.w.Maka berlakulah apa yang dikenali sebagai Perdamaian Imam Hasan a.s. yang zahirnya berbeza dari Saidina Husein a.s yang tersohor dengan Kebangkitan di Padang Karbala dan peristiwa pembantaian keluarga Nabi s.a.w pada Hari Asyura tahun 61 Hijrah sehinggakan putera Saidina Husein a.s  bayi cicit Nabi s.a.w, Ali Asghar a.s berumur 6 bulan pun turut dibunuh dengan keadaan paling menyayat hati dipanah dan dirobek lehernya dengan busur bercabang tiga dan begitu ditutup peristiwa Hitam ini sepanjang sejarah sehinggakan jika ada yang cuba memperingatinya  dikecam sebagai Sesat lagi Menyesatkan dan disinis sebagai Nostalgia Syiah yang suka mengungkit-ungkit kisah-kisah silam bahkan perayaan-perayaan dicipta bagi meraikan kemenangan ke atas mereka dan inilah agama yang sederhana sesuai untuk seluruh pelusuk dunia,yang jauh dari kesyirikan dan Bid’ah.
      Rasulullah s.a.w sendiri telah berdamai di Hudaibiyah dan selama 13 tahun di kota Mekah tanpa sebarang peperangan.Ada kalanya medan adalah medan bagi peperangan dan ada kalanya medan  adalah medan bagi perdamaian.Berperang di medan Damai adalah kekalahan dan begitu juga berdamai di medan perang adalah kegagalan.Di sana terdapat syarat-syarat bagi peperangan dan di sana terdapat syarat-syarat dan kondisi untuk perdamaian.Allah Taala pernah berfirman kepada Nabi Allah Musa a.s dan saudaranya Harun a.s untuk pergi berjumpa Fir’aun dan berbicara secara lunak dan kata-kata yang lembut,jika tidak adalah mungkin bagi Musa a.s untuk menghulurkan tongkatnya seperti menelan segala ular-ular tukang sihir kerana Risalahnya Anbiya’ bukanlah Risalah Berdarah.Memakmurkan muka bumi ialah dengan memakmurkan insan dan kemakmuran insan ialah dengan kemakmuran akal fikiran.Sabda Nabi s.a.w,rawatan terakhir ialah Kay ( cucuhan besi panas )begitulah juga pedang,tombak  dan dengan apa kelengkapan persenjataan adalah jalan yang terakhir untuk rawatan kemanusiaan.Kalimat “ Salam/ kesejahteraan/kedamaian’’banyak sekali di dalam Al-Qur’an,Tuhan Pencipta Alam Semesta adalah Salam,agama yang diredhai juga adalah Salam,ucapan siang dan malam juga ASSALAM alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
      Maka  berlakulah perdamaian Imam Hasan Al-Mujtaba a.s dengan Muawiyah bin Abi Sufyan dengan beberapa persyaratan.Wassalam.
SOLAWAT.Tahniah kelahiran Imam Hasan Al-Mujtaba 15 Ramadhan 3 Hijrah.