Nampaknya Syiah ni bertaqiah mungkin, sembahyang bersedakap
Sebelum ini sudah disentuh tentang Bada' dan dongeng seleweng Al-Quran . Hari ini pasal orang yang aku hormat selama ini Ustaz Farid Ravi Abdullah buat fitnah dalam Utusan Malaysia aku sembang sikit tentang Taqiyyah.
Dua ayat Al-Quran yang menjadi dalil bagi syar'ienya asal Taqiyyah.
1-An-Nahlu : 106
" Ma kafara billahi min Ba'di Imanihi illa man ukriha wa Qalbuhu Mutmainnun Bil Iman wa laakin Man Syaraha Bilkufri Sadran Faalaihim Ghadabun Minallahi Wa lahum Azaabun Azim."
" Barangsiapa yang kafir akan Allah sesudah beriman , kecuali orang yang dipaksa , sedang hatinya masih tetap beriman , tetapi orang yang lapang dadanya kepada kekafiran , maka keatas mereka kemurkaan Allah dan untuk mereka itu siksaan yang besar. "
Di dalam ayat ini Allah Taala telah membenarkan untuk menzahirkan kekufuran di dalam keadaan terpaksa ( ikrah ) ketika nyawa terancam bila berhadapan dengan Kuffar.
Sebahagian dari Ahli Tafsir mengatakan bahawa ayat ini telah turun berkenaan dengan Ammar Yasir sahabat yang mulia , ayahandanya Yasir dan ibunya Sumayyah. Di dalam peristiwa ini Yasir dan Sumayyah yang enggan menzahirkan kekufuran telah dibunuh oleh kaum Musyrikin tetapi Ammar telah dibebaskan setelah menyatakan sesuatu yang zahirnya menunjukkan kekufuran. Rasulullah s.a.w telah mengesahkan apa yang dilakukan oleh Ammar tersebut.
2- Ali Imran : 28
" La Yattakhizil Mu'minunal Kafirin Auliya' Min dunil Mu'minin Waman Yaf'alu zalika Falaisa Minallahi Fishai'in illa An tattaqu Minhum tuqotan..."
" Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai wali , bukan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian , bukanlah ia dari dari Allah sedikitpun , kecuali jika kamu takut kepada mereka... "
Dari penjelasan para ahli Tafsir tentang ayat ini difahami bahawa :
1- Taqiyyah adalah satu perkara yang dizahirkan dengan lidah dan tidak dengan kepercayaan dan amalan.
2- Di dalam ayat ini dizahirkan persahabatan dengan orang-orang kafir sedangkan permusuhan dirahsiakan di dalam hati.
3- Syarienya Taqiyyah adalah ketika berada di dalam keadaan takut kepada orang-orang kafir.
4- Taqiyyah ialah untuk mengetepikan mafsadah ( kerosakan ) , kemudhratan dan memelihara nyawa muslimin dari kemusnahan.
Berdasarkan ayat-ayat ini walaupun asalnya ialah Taqiyyah berhadapan dengan Kuffar tetapi menurut kaedah usuli Al-Maurid La Yukhassis Alhukm oleh kerana tujuan pensyariatan Taqiyyah sewaktu berhadapan dengan kuffar ialah memelihara nyawa dari bahaya maka jika sekiranya seorang muslim yang lemah diperbuat sebegitu rupa oleh seorang muslim yang lain yang tidak sama dengannya di dalam beberapa perkara dan pihak yang kuat itu sentiasa mencuba untuk menganiaya dan memudharatkannya seperti harta benda , nyawa dan lain-lain seperti maruahnya dalam keadaan sedemikian ini akal yang sihat menghukum untuk bertaqiyyah serta memelihara dirinya dari penganiayaan tersebut .
Di dalam kes ini sekiranya mahu dicela,celalah pihak yang menganiaya tersebut bukanlah orang yang bertaqiyyah kerana jika terdapat kebebasan dan pihak yang lainnya sudah belajar bagaimana mahu menghormati orang lain dan tidak mengikut tingkah laku Zionist yang menganggap orang lain yang tidak sama dengannya sebagai " Goyim "( lembu ) atau mungkin orang lain dianggap lebih teruk dari lembu, sekiranya diberi hak-haknya seperti lembu , maka sekurang-kurangnya setelah diberi hak seminimum seekor lembu maka tidak timbul lagilah keperluan kepada Taqiyyah.
Syiah sepanjang sejarah ditindas maka sehingga kini di tanah air aku ni pengikut-pengikut Ahlul Bait ( sama seperti Ahlul Bait Nabi s.a.w sendiri yang dianiaya sepanjang sejarah ) hangpalah yang buat mereka berTaqiyyah walaupun aku tak berTaqiyyah ( pasal hangpa dah tempek muka aku ni merata-rata ).
RUJUKLAH :
Tafsir Majma' Bayan 3/388
Tafsir Tabari 3/153
Tafsir Kasshaf 1/422
Tafsir Maraghi 3/136
Mahasinut Ta'wil Qasimi 4/82
Durrul Mansur suyuthi Jilid4 m/s131
Petua : Ya Huwa Ya Man La Huwa illa Huwa. Ighfir li Wan Surni Alal Qaumil Kafirin.
" DOA UNTUK MAZLUMIN DI BAHRAIN , GAZA DAN SELURUH PELUSUK DUNIA "
Solawat...
No comments:
Post a Comment