1- Para anbiya' urusan mereka ialah siasah manakala diyanah ( keagamaan ) ialah siasah yang menggerakkan orang ramai kepada semua perkara kebaikan mereka.
2- Kalaulah siasah ( politik ) itu ialah kejahatan diri , penipuan ( penganiayaan dan pembunuhan ) itu kepunyaan mereka. Islam yang mempunyai siasah , umat islam yang mempunyai siasah dan para Imam Hidayat yang merupakan pengemudi siasah bagi hamba-hamba berbeza dari pengertian ini.
3-Siasah bagi para Rohani bagi para nabi dan auliya Ilahi adalah satu hak tetapi siasah mereka berbeza dari siasah mereka yang lain....mereka mahu memberi petunjuk hidayah kepada umat ,masyarakat dan individu-individu kearah semua kebaikan yang boleh dibayangkan bagi manusia dan masyarakat yang didalam Al-Quran dipanggil Siratul Mustaqim yang didalam solat kita baca " Ihdinas Siratal Mustaqim "
dan kita pohon kepada Tuhan supaya rakyat, masyarakat dan individu-individu dibawa ke satu jalan yang lurus yang bermula dari sini dan berakhir di Akhirat dan kepada Allah.
Siasah ini khas bagi para anbiya' dan auliya' dan diikuti oleh para ulama' Islam yang sedar dan ulama' ulama yang sedar setiap bangsa.
Bila orang berkata jangan masuk campur dalam politik ; tinggalkan untuk kami ; siasah kamu yang betulpun siasah haiwani, tentang keselesaan didunia ini apalagi orang -orang yang rosak siasah mereka siasah syaitani, tetapi para anbiya' melihat alam sini dan alam sana ( disini ialah jalan untuk sana , mengajak manusia kearah kebaikan rakyat dan masyarakat ). Kebaikan kebendaan dan kerohanian dari tangga pertama hingga tangga kesempurnaan insan yang terakhir.
4- Manusia bukan hanya ada satu dimensi masyarakatpun bukan hanya mempunyai satu dimensi. Manusia bukan hanya seekor haiwan yang semua urusannya ialah makan dan minum. Siasah kalaupun betul membawa umat kesatu dimensi iaitu dimensi kehaiwanan aspek atau dimensi kemasyarakatan kebendaan yang merupakan bahagianyang tidak sempurna siasah yang ada pada para anbiya' dan auliya'.
5-Islam adalah agama yang dengan menyusun agenda-agenda kebendaan membuka jalan kepada peningkatan kerohanian manusia.
6- Sejarah hendaklah menjadi contoh kepada kita. Apabila kita menoleh ke sejarah pergolakan yang timbul didalam Islam dan di kalangan muslimin , Dimana ada kekuatan Iman dan orang Islam bergerak dengan kekuatan Iman, pertolongan dan kemenangan bersama mereka dan setiap kali pergerakan mereka ialah dengan tujuan angan-angan dunia pertolongan dan kemenangan melarikan diri dari mereka.
Pengajaran:
Dari kuliah Sains Politik Al-Marhum Imam Khomeini ini ( tak payahlah nak beza-bezakan Syiah atau Sunni, untuk semua boleh pakai ) kita dapat simpulkan siasah@politik itu ada tiga kategori :
a) Politik Syaitan ( Politik belit-membelit seperti Machiavelli " tujuan menghalalkan cara " )
b) Politik Haiwan ( Hanya untuk memakmurkan muka bumi @ bukan untuk bila masuk ke dalam bumi )
c) Politik Insan, Politik Nabi-nabi,Politik Imam-imam Ahlul Bait, Politik ikut perintah Tuhan.
Maka ambillah pengajarandari kuliah ini tidak kira anda Sunni atau Syiah .Pemerintah atau pembangkang Melayu atau Arab atau Parsi atau siapa saja.Wassalam .
Petua:Imam Sadiq a.s berkata, sebahagian anak-amak ayahku mengadu kemusykilan mereka lau ayahku berkata kepada mereka: Sebutlah 10 kali " Ya Allah ".
Note in English:
From Imam Khomeini point of view there are three kinds of politics:
a) Satanic type of politics.
b) Animal type of politics that concern only worldly affairs.
c) Human and Prophets type of politics that cover world and hereafter.
" Oh Allah help mazlumin in Bahrain "
No comments:
Post a Comment