Saturday, 30 April 2011

20 pesanan Imam Khomeini ( 20 messages of Imam Khomeini )



1.  Syurga melarang , Imam Khomeini daripada diam memerhatikan orang-orang Islam dalam adegan kesengsaraan dan kehinaan.


2.  Hanya mereka yang mengalami kepedihan daripada kemiskinan, perampasan dan penindasan akan tetap bersama kami sehingga akhir.


3.  Dalam Islam wanita mempunyai hak yang sama dengan lelaki di dalam pendidikan, pekerjaan , pemilikan , untuk memilih dalam pilihanraya dan untuk dipilih masuk.


4.  Nasib sesebuah bangsa mestilah diputuskan dari universiti.


5.  Hal yang penting adalah cara hidup para rohanian itu hendaklah sederhana.
 
6.  Cara terbaik dan paling berkesan untuk memerangi orang asing ialah bersenjatakan pengetahuan agama dan dunia.


7.  Dasar dunia ini bertujuan untuk pendidikan dan pemeliharaan manusia.


8.  Dalam Islam segala sesuatu yang awal adalah untuk pemupukan dan pembangunan manusia.


9.  Dunia hanyalah sebuah sekolah dan para nabi serta wali-wali adalah guru.


10.  Pentingnya penerbitan ini setaraf dengan darah yang tertumpah di medan perang.


11.  Hari ini dunia ke arah publisiti.


12.  Kita mahukan tamadun yang berasaskan kehormatan dan martabat manusia


13.  Kebebasan dan ketulusan masyarakat berasal dari budaya.


14.  Pembaharuan budaya , mendahului semua pembaharuan yang lain.


15.  Pada dasarnya , budaya membentuk atau memaparkan identiti dan kesejahteraan sesebuah masyarakat.


16.  Permulaan untuk segala perubahan adalah manusia.


17.  Manusia adalah intipati dari semua makhluk di dunia.


18.   Elakkan tergesa-gesa dalam memilih rakan sekerja , terutama dalam membuat keputusan berkenaan hal-hal yang penting.


19.  Negara porak-peranda ketika bangsa bersikap acuh tak acuh.


20.   Kesengsaraan kita di dalam perjalanan sejarah , semuanya adalah kerana penyalahgunaan manusia.

Solawat..

  Doa untuk mazlumin di Bahrain dan seluruh pelusuk dunia

Friday, 29 April 2011

Waspada Pemecah Belah umat!!!




            Nampaknya Syiah ni bertaqiah mungkin, sembahyang bersedakap

    Sebelum ini sudah disentuh tentang Bada' dan dongeng seleweng Al-Quran . Hari ini pasal  orang yang aku hormat selama ini Ustaz Farid Ravi Abdullah buat fitnah dalam Utusan Malaysia aku sembang sikit tentang Taqiyyah.


Dua ayat Al-Quran yang menjadi dalil bagi syar'ienya asal Taqiyyah.


1-An-Nahlu : 106 

" Ma kafara billahi min Ba'di Imanihi illa man ukriha wa Qalbuhu Mutmainnun Bil Iman wa laakin Man Syaraha Bilkufri Sadran Faalaihim Ghadabun Minallahi Wa lahum Azaabun Azim."

" Barangsiapa yang kafir akan Allah sesudah beriman , kecuali orang yang dipaksa , sedang hatinya masih tetap beriman , tetapi orang yang lapang dadanya kepada kekafiran , maka keatas mereka kemurkaan Allah dan untuk mereka itu siksaan yang besar. "

     Di dalam ayat ini Allah Taala telah membenarkan untuk menzahirkan kekufuran di dalam keadaan terpaksa ( ikrah ) ketika nyawa terancam bila berhadapan dengan Kuffar.

      Sebahagian dari Ahli Tafsir mengatakan bahawa ayat ini telah turun berkenaan dengan Ammar Yasir sahabat yang mulia , ayahandanya Yasir dan ibunya Sumayyah. Di dalam peristiwa ini Yasir dan Sumayyah yang enggan menzahirkan  kekufuran telah dibunuh oleh kaum Musyrikin tetapi Ammar telah dibebaskan setelah menyatakan sesuatu yang zahirnya menunjukkan kekufuran. Rasulullah s.a.w telah mengesahkan apa yang dilakukan oleh Ammar tersebut.

2- Ali Imran : 28


" La Yattakhizil Mu'minunal Kafirin Auliya' Min dunil Mu'minin Waman Yaf'alu zalika Falaisa Minallahi Fishai'in illa An tattaqu Minhum tuqotan..."
" Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai wali , bukan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian , bukanlah ia dari dari Allah sedikitpun , kecuali jika kamu takut kepada mereka... "

      Dari penjelasan para ahli Tafsir tentang ayat ini difahami bahawa :

1- Taqiyyah adalah satu perkara yang dizahirkan dengan lidah dan tidak dengan kepercayaan dan amalan.

2- Di dalam ayat ini dizahirkan persahabatan dengan orang-orang kafir sedangkan permusuhan dirahsiakan di dalam hati.

3- Syarienya Taqiyyah adalah ketika berada di dalam keadaan takut kepada orang-orang kafir.

4- Taqiyyah ialah untuk mengetepikan mafsadah ( kerosakan ) , kemudhratan dan memelihara nyawa muslimin dari kemusnahan.

     Berdasarkan ayat-ayat ini walaupun asalnya ialah Taqiyyah berhadapan dengan Kuffar tetapi menurut kaedah usuli Al-Maurid La Yukhassis Alhukm oleh kerana tujuan pensyariatan  Taqiyyah sewaktu berhadapan dengan kuffar ialah memelihara nyawa dari bahaya maka jika sekiranya seorang muslim yang lemah diperbuat sebegitu rupa oleh seorang muslim yang lain yang tidak sama dengannya di dalam beberapa perkara dan pihak yang kuat itu sentiasa mencuba untuk menganiaya dan memudharatkannya seperti harta benda , nyawa dan lain-lain seperti maruahnya dalam keadaan sedemikian ini akal yang sihat menghukum untuk bertaqiyyah serta memelihara dirinya dari penganiayaan tersebut .

     Di dalam kes ini sekiranya mahu dicela,celalah pihak yang menganiaya tersebut bukanlah orang yang bertaqiyyah kerana jika terdapat kebebasan dan pihak yang lainnya sudah belajar bagaimana mahu menghormati orang lain dan tidak mengikut tingkah laku Zionist yang menganggap orang lain yang tidak sama dengannya sebagai " Goyim "( lembu ) atau mungkin orang lain dianggap lebih teruk dari lembu, sekiranya diberi hak-haknya seperti lembu , maka sekurang-kurangnya setelah diberi hak seminimum seekor lembu maka tidak timbul lagilah keperluan kepada Taqiyyah.

      Syiah sepanjang sejarah ditindas maka sehingga kini di tanah air aku ni pengikut-pengikut Ahlul Bait ( sama seperti Ahlul Bait Nabi s.a.w sendiri yang dianiaya sepanjang sejarah ) hangpalah yang buat  mereka berTaqiyyah walaupun aku tak berTaqiyyah ( pasal hangpa dah tempek muka aku ni merata-rata ).

RUJUKLAH :
Tafsir Majma' Bayan 3/388
Tafsir Tabari 3/153
Tafsir Kasshaf 1/422
Tafsir Maraghi 3/136
Mahasinut Ta'wil Qasimi 4/82
Durrul Mansur suyuthi Jilid4 m/s131

Petua : Ya Huwa Ya Man La Huwa illa Huwa. Ighfir li Wan Surni Alal Qaumil Kafirin.


" DOA UNTUK MAZLUMIN DI BAHRAIN , GAZA DAN SELURUH PELUSUK DUNIA "


Solawat...

Thursday, 28 April 2011

Kanun illiyyah( Sebab-musabab ) dan alam semesta.( Causality and the universe )


  

     Di dalam Islamic World View , Alam ini ( Alam Imkan ) adalah alam sebab dan musabab serta alam Illat dan ma'lul dengan makna didalam alam mumkinat ini tidak ada pergerakan dan fenomena, tidak ada urusan , sejarah atau nasib kecuali ia berlaku dan terjadi melalui Illat dan sebabnya yang tertentu.

     Kekuatan-kekuatan , kemenangan-kemenangan , kemuliaan-kemuliaan , keilmuan , kelemahan-kelemahan pokoknya semua punya Illat-illat dan sebab-sebab yang semestinya dikenal dan dengar melaluinya kita akan sampai ke matlamat-matlamat.
( Rujuk ayat 23 Surah Al-Maidah )

Imam Sadiq a.s berkata :
Seseungguhnya Allah telah meletakkan pintu atau jalan bagi setiap sesuatu.

     Pada zaman tamadun ini manusia juga telah memahami perkara ini bahawa kanun Illat dan Ma'lul ( Sebab-musabab ) menguasai alam ini.

    Asas kehidupan amali dan dasar-dasar ilmu dan pemikiran manusia adalah berasaskan penerimaan bahawa bagi setiap Ma'lul ( musabab ) ada Illatnya ( sebabnya ) .

    Bahkan timbul dan berkembangnya ilmu pengetahuan adalah bersandarkan kepada kanun ini. Yakni di dalam ilmu pengetahuan dicari faktor dan Illat bagi setiap fenomena. Contohnya Newton melihat bahawa epal yang berpisah dari tangkainya jatuh ke arah bumi. Sewaktu mencari Illat bagi jatuhnya epal ke bumi beliau telah menemui tarikan graviti dan usulnya :
Sains ( Ilmu pengetahuan ) adalah pengenalan tentang perhubungan-perhubungan , Illat-illat dan tenaga-tenaga di dalam alam setiap fenomena mempunyai Illat dan tidak ada fenomena yang wujud dengan sendirinya.
Fenomena-fenomena yang tersusun dan menakjubkan di dalam alam ini juga mempunyai Illat yang terakhir.

RENUNGAN


Akal , Ilmu dan kejahilan.


Rasulullah s.a.w : Hanya dengan akal fikiran dapat difahami kebaikan keseluruhannya dan tiada agama bagi orang tiada akal fikiran.


Imam Sadiq a.s : Sesungguhnya aku telah merenung di dalam kitab Ali a.s lantas telah kudapati di dalam kitab itu sesungguhnya harga setiap orang dan nilainya adalah makrifatnya.

Imam Ali a.s : Ilmu adalah punca setiap kebaikan.

Imam Ali a.s : Wahai manusia tiada kebaikan di dalam agama yang tiada pemahaman di dalamnya.

Imam Ali a.s : Wahai Kumail !. Tiada pergerakan melainkan kamu perlukan kepada makrifat di dalamnya.

Imam Ali a.s : Panduan agama adalah akal

Imam Ali a.s : Tidak memperbaiki agama kecuali akal fikiran.

Imam Ali a.s : Akal adalah pembaiki setiap perkara

Imam Ali a.s : Kejahilan adalah kematian.

Imam Ali a.s : Kamu tidak melihat orang yang jahil kecuali ia tidak melakukan sesuatu atau melampaui batas.

Imam Ali a.s : Orang yang rugi ialah orang yang merosakkan agamanya.


Petua Misbah Kaf'ami : Siapa yang menulis Surah Yassin dan membawa bersamanya , dia berada di dalam keamanan dari gangguan jin dan Al-Ain ( Evil eyes ).


" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...

Tuesday, 26 April 2011

INNA ANZALNAHU...: KANZUL QUR'AN ( Inna Anzalna : The treasure of the holy Qoran )



    Telah diriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir a.s ( Putera Imam Zainul Abidin yang menyaksikan pembantaian keluarga Nabi s.a.w di Padang Karbala ketika berusia 5 tahun ) : Sesiapa yang menghafal Surah Al-Qadr , telah menghafal seluruh ilmu ( Biharul Anwar ) Dan Allah Taala enggan sekiranya Arash dan Kursi di dalam timbangan mizan lebih berat dari orang yang membaca Surah ini manakala pahala orang yang membacanya tidak ada yang menulisnya selain Allah Taala dan tidak ada yang mencabut Ruhnya kecuali Allah Taala dan jika ia membacanya pada pagi hari seribu malaikat akan menjaganya sampai ke malam hari dan jika ia membacanya pada malam hari seribu malaikat akan menjaganya sehingga ke pagi.

    Pahala membaca Surah Al-Qadr seperti pahala beramal dengan Al-Quran. Bagi Surah ini lidah dan dua bibir dan Allah Taala telah meniup Ruh di dalam Surah ini seperti ditiup pada manusia " Nafakhtu Fihi Min Ruhi " dan Surah ini berada di Baitul makmur dan bertawaf mengelilinginya setiap hari seratus ribu malaikat dan menghormati Surah ini sepertimana Surah ini berada di tiang-tiang Arasy yang seratus ribu malaikat bertawaf mengelilingi setiap tiangnya sehingga ke hari kiamat dan Surah ini berada di dalam khazanah rahmat Ilahi.

     Telah dinukilkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa membaca Surah Al-Qadr adalah seperti berpuasa bulan Ramadhan dan menghidupkan lailatul Qadr.

Dari Imam Sadiq a.s : Pada hari kiamat satu Nur bergerak di hadapan orang mukmin seperti firman Allah " Yas'aa Nuruhum Baina Aidiihim ".

     Barangsiapa membaca 76kali Surah Al-Qadr adalah baginya pahala yang tidak terhingga seperti di dalam riwayat.

     Membaca Surah Al-Qadr berkesan untuk panjang umur , Hidayat , bayar hutang dan kemenangan ke atas musuh dan sentiasa membacanya membawa berita-berita gembira kepada manusia dan berkesan untuk menemukan barang yang hilang. Seperti yang diungkapkan di dalam riwayat menghafal dan membaca Surah ini ialah menghafal keseluruhan ilmu.

    Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Asadullahil Ghalib singa Allah yang memang Babu Madinati Ilmir Rasul pintu kota ilmu Rasul s.a.w ketika mentafsirkan kalimat ilmu berkata : " Ain " nya ilmu adalah dari illiyyin yang membawa manusia ke alam -alam atas dan tingkatan-tingkatan kerohanian yang merupakan khazanah terbesar.

    " Lam "nya ilmu adalah isyarat kepada Lutf ( anugerah / grace ) Ilahi. " Mim " nya ilmu adalah petunjuk kepada Mulk ( Kekuasaan dan kerajaan ). Dunia dan akhirat.
( Kitab Ikhtisas )

     Inilah makna " Likulli Syai'in Kanzun wa Kanzul Qur'an Inna Anzalnah..." bagi setiap sesuatu ada khazanah harta dan khazanah harta Al-Quran adalah Inna Anzalna...

Petua : Menulis " Bismillahir Rahmanir Rahim " di bahagian atas pintu rumah supaya terselamat dari kemusnahan .

" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat..

Nota : 
1. Bantahan sekeras-kerasnya kepada akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan gambar-gambar tidak bersopan di dada akhbar saban hari dan memberi liputan utama kepada unsur-unsur yang tidak sihat seperti konsert " Budak Kanada (.Bieber ) ".
( Utusan 21 dan 22 April 2011 )

2. Aku nak tanya apa tindakan Jabatan Pendidikan, Pihak berkuasa agama dan lain-lain di negeri Melaka ke atas Pusat hiburan yang cuba merosakkan pelajar-pelajar dengan Parti Siswi Seksi ????
( Berita Harian Metro 19 April 2011 )

Monday, 25 April 2011

Bada' II -Manusia mencorak masa depan cemerlang ( Shape the future of human excellence )


  

     Kalimat " Bada' " di dalam bahasa Arab bermakna kezuhuran dan kejelasan manakala di dalam istilah para ulama Syiah bermakna perubahan nasib tabienya seseorang disebabkan oleh amalan soleh dan kebaikan yang dilakukannya. 


      Dari kacamata Al-Quran tangan manusia tidaklah terikat berhadapan dengan masa depannya bahkan jalan kebahagiaan sentiasa terbuka dihadapannya dan dengan kembali ke pangkal jalan kebenaran dan tingkah laku yang baik ia boleh mengubah masa depan dan nasibnya. Ini adalah satu hakikat yang umum dan berakar umbi.

     Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah diri-diri mereka.
( Ar Ra'du 11 )

Al-Quran juga berkata :
" Sekiranya penghuni tempat-tempat itu beriman dan bertakwa sudah pasti kami membuka bagi mereka pintu-pintu keberkatan langit dan bumi. "
( Al-A'raf 96 )

Al-Quran berkenaan berubahnya nasib Nabi Yunus a.s berkata :
" Sekiranya Yunus bukan dari kalangan orang-orang yang bertasbih sudah pasti ia akan terus berada di dalam perut ikan sehingga ke hari kebangkitan "
( As-Saffat 143 )

Sabda Nabi s.a.w :
Seseorang itu akan terhindar dari rezekinya disebabkan oleh dosa dan tidak ada sesuatu yang boleh mengubah takdir ini kecuali doa dan tiada yang menambah umurnya kecuali kebaikan yang dilakukan.
( Musnad Ahmad jilid5 , Mustadrak Hakim jilid1 )

Natijah

     Dari ayat-ayat Al-Quran dan sunnah kita dapati bahawa manusia ditentukan dengan nasib yang tertentu di dalam ruang lingkup tingkah lakunya yang biasa ataupun kadang-kala salah seorang dari auliya' Ilahi seperti Rasul dan Imam memberi khabar tentangnya yakni jika sekiranya tingkah laku yang sedia ada itu berterusan nasib sekian akan menantinya tetapi dengan satu pusingan secara mengejut dan perubahan yang tiba-tiba , manusia ini berubah tingkah-lakunya dan dengan ini nasibnya juga turut berubah .

     Hakikat ini yang berpunca dari mantiq dan logika wahyu , Sunnah Nabi s.a.w. dan akal fikiran disisi para ulama Syiah dinamakan Bada'.

      Perlu diingatkan bahawa istilah " Bada' " ini bukanlah milik Syiah bahkan di dalam tulisan AhlusSunnah dan di dalam sabda Nabi s.a.w juga ditemui seperti sabda Nabi s.aw. :
" Badallah  Azza wa Jalla An yabtaliyahum "
( Kitab An Nihayah Fi Gharibil Hadits )

      Bada' bukanlah bermakna berlaku perubahan pada ilmu Allah Taala kerana Allah maha mengetahui sejak permulaan tingkah laku tabie manusia sehinggalah faktor-faktor perubahan memberi kesan dan berlakunya Bada'.

Al-Quran mengatakan :
" Yamhullah ma yasha' wa yusbit wa indahu ummul kitab "
Allah menghapuskan apa yang Allah kehendaki dan menetapkan apa yang Allah kehendaki dan disisiNyalah asalnya kitab ( Lauh Mahfuz ).

     Maka itu Allah Taala semasa berlakunya Bada' telah menyingkap dan menzahirkan bagi manusia suatu hakikat yang disisiNya sejak azali lagi diketahui olehNya.

Oleh itu Imam Sadiq a.s berkata :
" Ma Badallahu Fi Syai'in Illa Kaana Fi Ilmihi Qabla An Yabdua lahu "
" Tidak berlaku Bada' bagi Allah kecuali sejak azali lagi Allah maha mengetahui tentangnya "
( Usul Kafi jilid kitab Tauhid , Bab Bada' )

Falsafah Bada'
Tidak syak lagi sekiranya manusia melihat tangannya terbuka untuk mengubah nasibnya , ia akan berusaha membina masa depan yang lebih baik , dengan lebih bersemangat ia akan melipat gandakan usahanya.

      Dengan kata lain seperti mana hakikat Taubat dan Syafaat menyelamatkan manusia dari kekecewaan dan kelesuan kehidupan , hakikat Bada' juga membangkitkan semangat dan kesegaran dan memberi harapan untuk masa depan yang cerah kerana dengan pandangan ini manusia tahu , dengan hukum Ilahi ia boleh merubah masa depannya kepada masa depan yang cerah.

Petua Ayt Bahauddini : Imam Ridha a.s berkata istighfar memurahkan rezeki .

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...

Sunday, 24 April 2011

" Al-Bada' " satu hakikat yang tersembunyi , dari khazanah Ahlul Bait a.s ( Bada' Hidden truth from Ahlul Bait a.s treasure )




    

   Sebahagian orang menyangka bahawa Akidah syiah tentang " Bada' " ialah , sesuatu perkara itu mungkin tersembunyi bagi Allah ( Nauzubillah !!! ) dan setelah berlalu suatu zaman atau waktu telah menjadi jelas dan nyata ( yakni Allah telah melakukan sebahagian perkara tanpa pengetahuan tentang perkara tersebut lalu menyesal !!! ) 

     Apakah manusia berakal waras lagi alim ulama menyangka sedemikian tentang Tuhan ??? Apakah itu bukan kufur yang nyata ? kerana mengaitkan kejahilan kepada zat yang maha suci dan mengaitkan zat Allah sebagai ( Mahallun lil hawadith ) yakni tempat yang menerima perubahan ( satu hari tidak tahu tentang sesuatu manakala hari lainnya baru tahu ? ) .Kalau begini bagaimana Tuhan itu wajibul wujud sifatNya ?!  

      Jauh bumi dari langit dan jauh panggang dari api Syiah Imamiah  ( dengan bersambung ) ( Bukan Imam Miah ) yang Sinar Harian tak reti tulis! ,mak cik Miah mana jadi Imam pulak dah ! ) bahkan mana-mana firqah dalam Islampun tak percaya kepada akidah karut-marut macam ini yang seratus peratus kejahilan dan kesesatan!!! ( Kalau Hangpa nak fitnah orang tu biarlah pakai otak sikit )

     Kalau nak percaya kepada karut marut macam ni pun ada, yang nama ( Mujassimah ) yang kata Tuhan ada jisim macam aku dan Hangpa tapi aqidah ni jangan nak kata dari Deen ( ugama ) apalagi mazhab kerana ianya adalah khurafat , tahyul ( jangan mana-mana stesen tv hantu atau majalah jerangkung nak ambil buat drama hantu atau nak jadikan pelaris pulak ) nak sembang tentang akidah puak Mujassimah ni nantilah edisi khas ( SE=Special Edition ).

     Adapun " Al-Bada' " yang Syiah percaya itu adalah dari rahsia (Asrar ) keluarga Nabi s.a.w dan dari ilmu-ilmu Ahlul Bait sehinggakan Ahlul Bait a.s mengatakan " Ma Ubidallahu Bi Shai'in Mislul Qaul Bil Bada' "  " Ma arafallaha Haqqa Makrifatih Man Lam Yakrifhu Bil Bada' "

      Sama sekali tidak menyembah Tuhan seperti orang yang percaya kepada bada' - orang yang tidak percaya kepada Bada' tidak mengenal Tuhan dengan betul ( dan hadith-hadith serta riwayat yang lain lagi )

p/s : Aku nak tanya , nak ambil ugama ini dari Tuhan , Al-Quran , Nabi , Ahlul Bait dan sahabat yang suci ke atau na ambil dari Yahudi , Nasrani atau orang yang bersekutu dengan depa dan mengajipun dengan hantu dan jembalang ??!!
ugama jadi komersil , ikut telunjuk paymaster dan orang punya kuasa ( Aku nak tanya kuasa Hangpa tu buleh lawan kuasa Tuhan ka?? ). Full Stop.

       Bada' ini ialah berlakunya sesuatu peristiwa telah tertulis di Luh " Al Mahwi Wal Isbat " dan telah diberi tahu oleh malaikat kepada seorang Nabi tentang berlakunya suatu kejadian di masa hadapan lalu nabi tersebut pun beritahu kepada umat bahawa fulan kejadian akan berlaku tetapi bila sampai masanya kejadian itu tidak berlaku kerana peristiwa yang telah tertulis di Luh “ Al Mahwi Wal Isbaat ” itu boleh berubah dan berkemungkinan Allah dah hilangkan apa yang sepatutnya berlaku itu dan menggantikannya dengan kejadian dan peristiwa lain dan tiada siapa kecuali Tuhan yang Maha Mengetahui sahaja yang punya khabar tentang hakikat ini .

     Kerana inilah Maqam “ Ilmun Maknun ” dan khas bagi Tuhan manakala Nabi dan malaikatpun tidak ada jalan kepadanya. Inilah peristiwa-peristiwa “ Lauh Mahfuz “ yang di dalam Al-Quran disebut “ Ummul Kitab “ ayat “ Wa Indahu Ummul Kitab ” Ar Ra’du 39. Tetapi para Anbiya’ dan malaikat hanya mengetahui hakikat-hakikat yang ada di “ Lauh Al-Mahw Wal Isbat ” sahaja tidak lebih dari itu ilmu mereka. Al-Quran berkata “ Yamhullah Ma yasha’ wa yusbit wa indahu Ummul Kitab ”

    Mungkin ada orang kritik kata menyembunyikan hakikat dan menzahirkan yang selainnya oleh “ Lauh Mahw dan Isbat ” adalah satu tipu daya ! Ini kerja tak betul !!

     Hendaklah anda beri perhatian bahawa perkara-perkara sebegini sudah pasti punya kemaslahatan dan hikmat-hikmat yang terkeluar dari kemampuan kefahaman kita. Supaya hakikat ini jelas sejelas-jelasnya kita bandingkan diantara “ Nasakh ” dengan “ Bada’ ”. Kita tahu bahawa “ Nasakh “nya hukum-hakam pada pandangan semua umat Islam adalah jaiz ( boleh ). Yakni mungkin sesuatu hukum telah diletakkan di dalam syariat dan umat dari zahirnya hukum tersebut memikirkan yang ianya adalah hukum yang abadi tetapi masa berlalu tiba-tiba Nabi sendiri mengumumkan nasakh ( pemansuhan ) hukum tersebut dan diganti dengan hukum yang lain.

     Sudah pasti zahirnya hukum yang awal sebagai hukum yang abadi dan kemudian pemansuhan ( nasakh)nya punya hikmat dan maslahat.Bada’ juga sedemikian Cuma bada’ ialah di alam Takwin dan tentang peristiwa dan kejadian Takwini ( creation ) manakala bezanya “ Nasakh ” ianya berlaku dialam Tashri’ ( hal ehwal syariat dan deen/agama ).

      Oleh itu sepertimana “ Nasakh ” mempunyai kemaslahatan dan hikmat, “ Bada’ ” dan menyembunyikan satu hakikat Takwini kemudian menzahirkannya dengan berlalunya masa juga mempunyai kemaslahatan yang mana tiadanya ilmu kita tentangnya tidak menghalang berlakunya ia.

      Selain itu terdapat satu bentuk “ Bada ” yang timbul kesan dari berhubungnya roh Para Anbiya’ dengan alam atas yang berkemungkinan dengan perhubungan ini mereka mengetahui tentang berlakunya sesuatu kejadian tetapi tidak mengetahui tentang syarat-syarat dan halangan-halangannya.

     Contohnya di dalam kisah Nabi Isa Al-Maseh a.s yang memberitahu bahawa fulan pengantin akan meninggal dunia di malam pengantin. ( yakni Ruh Nabi Isa yang suci hasil perhubungan dengan alam atas ) mendapat tahu perkara ini tetapi Nabi Isa a.s tidak tahu yang perkara ini akan terjadi sekiranya keluarga pengantin tidak bersedekah kepada orang faqir yang memerlukan , dalam kes ini ibu pengantin telah bersedekah kepada faqir dan pengantin terselamat dari kematian. Apabila ditanya kepada Nabi Isa a.s beliau menjawab mungkin anda telah bersedekah yang menolak bala-bala yang telah ditentukan! Begitu juga kes-kes lain seperti ini.

     Kadangkala faedah peristiwa –peristiwa sebegini ialah untuk menguji kesediaan individu-individu dijalan ketaatan kepada perintah Tuhan seperti di dalam peristiwa Nabi Allah Ibrahim a.s diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail a.s.

    Asasnya jika tiada hakikat “ Bada’ ” tidaklah bermakna Doa , Syafaat dan sedekah untuk mengenepikan kesusahan dan bencana begitu juga tidak bermakna tangisan para nabi dan Auliya’ Allah , Khauf serta ketakutan mereka sehinggakan mereka walaupun sesaat dan sekelip mata tidak melangkah di jalan yang bercanggah dengan perintah Tuhan tetapi takut akan hakikat-hakikat yang ada di dalam ilmu Maknun ( ilmu yang tersembunyi )nya Allah.
p/s : Bukan ilmu yang tersembunyi bagi Allah yang orang tak reti apa orang cakap nak tuduh bukan-bukan kemudian nak tulis yang satu mesta alam mau gelak kat Hangpa.

    Haa, Ilmu Allah yang tersembunyi bagi kita. Mereka takut jangan-jangan berlaku kejadian-kejadian yang mengubah keadaan mereka. Inilah ilmu yang “ Bada’ ” itu berpunca dari sini.

    Beginilah penjelasan Al-Marhum Allamah Syekh Muhammad Hussin Kashiful Ghita’ lahir tahun 1294 Hijrah wafat tahun 1373 Hijrah ( 59 tahun lepas ) tentang Aqidah tentang “ Bada’ ”tapi dengan dialek kampung saya.

Wassalam...

Petua Ayt Kashmiri : Mengamalkan bacaan Surah “ Al-Fath ” perlu untuk menyingkap hijab-hijab kalbu.

Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia

Solawat...

Saturday, 23 April 2011

Fiqh perubatan (2) : Kelebihan-kelebihan ( The advantages of Medical Jurisprudence )



1.       Para Fuqaha melalui risalah-risalah amali mereka telah memuatkan arahan-arahan kesihatan  dan langkah-langkah pencegahannya perubatan Al-Quran , perubatan Nabi s.aw. dan perubatan Imam-imam Ahlul Bait a.s  ke dalam agenda amalinya muslimin. Umat Islam beramal denganya sebagai satu tanggungjawab Syarie sebelum merka ditimpa penyakit dan dengan itu mereka terpelihara dari penyakit-penyakit.

2.       Perubatan Fiqh adalah berasaskan kepada hubungan diantara anggota-anggota badan yang berbeza , hubungan diantara jasad dan roh , diantara insan dan alam tabiat , diantara insan dan Tuhan.


3.       Perubatan Fiqh adalah berasaskan wahyu Ilahi dan pengalaman ribuan tahun para nabi-nabi , Imam-imam Ahlul Bait dan pakar-pakar perubatan Islam dan mendapat  kepercayaan umat Islam.

4.       Di dalam  perubatan Nabi ( Tibbun Nabi )diatas segala perawatan ialah Imsak ( menahan diri )” Berpantang adalah penghulu segala ubat ” manakala ubat-ubatan kimia , pembedahan dan pemanasan adalah peringkat rawatan terakhir setelah berputus-asa dari rawatan –rawatan tabie. “ Perubatan terakhir ialah "Kay ( pemanasan )" .

 Oleh kerana itu , Fiqh perubatan dan perubatan tradisi dengan pengaruhnya yang kuat                               boleh memainkan peranan yang meluas di dalam kesihatan.

Para pendokong perawatan tabie mengatakan bahawa metode
Rawatan yang paling tinggi dan paling tabie ialah menahan diri ( Imsak ) ketika makan.

Inilah yang disabdakan oleh Nabi s.a.w “ Berpuasalah agar anda sihat ” dan sabda Nabi lagi “ Perut ialah rumah setiap penyakit dan mencegah adalah ubat yang paling utama ”.

Di Amerika Syarikat berdasarkan kajian Dr. Jackson , Dr. Tall , Dr. Kellog , Dr.Lindlaher dan Dr. Tilden , perubatan tabie telah membuka pintu hati rakyat. Dr. Tilden dengan kajian yang mendalam berkenaan dengan pantang-larang pemakanan telah memperjelaskan tentang kesan pemakanan yang tidak betul ke atas timbulnya penyakit-penyakit dan perkara ini juga adalah daripada dasar yang utama perubatan Islam. Doktor-doktor  perubatan Islam seperti Abu Marwan Andulasi pada kurun keenam Hijrah telah menulis kitab-kitab berkenaan dengan berpantang seperti kitab Al-Aghziah ( makanan-makanan ) dan para fuqaha Islam juga telah menulis kitab –kitab di dalam Fiqh dengan tajuk makanan-makanan dan minuman-minuman , adab-adab berjuadah , pemburuan dan penyembelihan. Sayugianya sepanjang 40 tahun lalu perawatan tabie telah begitu pesat di Amerika dan kita umat Islam hendaklah memelihara  perubatan tradisi dan perubatan agama dengan apa yang kita miliki dari sebaik-baik metode perawatan tabie melalui  jalan wahyu , Al-Quran dan pengalaman-pengalaman pakar-pakar perubatan tersohor  seperti Razi , Ibnu Sina dan lain-lain di samping perubatan rasmi.


Para Imperialis telah mengajarkan metode-metode rawatan konsumerisme mereka kepada Negara-negara anak jajahnya dan telah membanjirkan ubat-ubatan kimia yang telah terkeluar dari senarai ke dunia ketiga ataupun banyak dari ubat-ubatan kimia mereka uji keatas kita dan inilah dia perubatan imperialism yang dikatakan oleh Al-Marhum Imam Ayatullah Khomeini r.a :
“ Barat di dalam semua perkara mempunyai penjajahan : perubatan penjajahan , kebudayaan penjajahan yang dieksport ke Negara-negara mundur. Mereka mahu supaya kita terikat dan benda-benda yang diberi kepada kita pun membawa keterikatan fikiran dan hati ini ”

Ya , Umat Islam sebelum tersebarnya perubatan Imperialisme di negara-negara Islam dengan pengaruh perubatan Al-Quran dan Tibbal Fiqhi lebih percaya kepada rawatan tabie , rawatan dengan pemakanan dan pencegahan seperti  mana Zakaria Razi sentiasa mengingatkan rawatan pemakanan kepada doktor-doktor Islam dan telah menulis kitab rawatan penyakit-penyakit dengan pemakanan bertajuk :
“ At Tibbul Muluki Fill llal Wa ilajil Amrad Kulliha Bil Aghziah wa Dassil Adwiah ”
“ Selagi anda boleh merawat dengan makanan –makanan maka janganlah merawat denagn ubat-ubat ”.

Islam menerima rawatan dengan ubat-ubat kimia tetapi stelah berputus asa dari merawat dengan makanan dan ubat-ubat mudah , berpantang , menahan diri dan rawatan-rawatan tabie. Maka pembedahan dan pemanasan adalah langkah-langkah yang terakhir yang disarankan . Sabda Nabi s.a.w : “ Ubat yang terakhir ialah "Kay ( pemanasan )" ”.


Asas utama rawatan Fekah perubatan ( Foundation of jurisprudence medication treatment )

Berkata Musa bin Imran a.s : Oh Tuhanku dari siapakah penyakit
Allah berfirman : Dari aku
Musa berkata : Dari siapakah ubat?
Allah berfirman : Dariku
 Musa a.s berkata : oleh itu apa yang dilakukan oleh perawat?
Allah menjawab : Memperelokkan diri mereka dengannya maka dinamakan Tabib ( doktor ) bersempenanya.    

Menurut Imam Sadiq a.s sepertimana penawar , penyakit pun adalah dari Tuhan. Dr. Henry Benjamin berkenaan dengan dasar rawatan tabie berkata : Penyakit ialah natijah dari usaha tubuh badan  untuk mengenepikan halangan di hadapan  tugas jentera-jenteranya. Maka tidak sepatutnya kita menganggap penyakit sebagai musuh tubuh badan lalu kita memeranginya tetapi hendaklah kita melihatnya sebagai peristiwa yang sesuai yang mana ia tidak lain dari usaha badan untuk pembersihan dan merawat diri.
( Panduan rawatan tabie m/s 24 )

Imam Musa Al-Kazem a.s berkata :
“ Selagi mana badanmu dapat menolak penyakit maka elakkan dirawat doktor kerana rawatan doktor diumpamakan binaan , yang sedikitnya menjadi banyak . ”
( Biharul Anwar jilid 59 m/s 63 )

Imam Sadiq a.s berkata : Salah seorang nabi telah jatuh sakit. Beliau berkata aku tidak berubat selagi yang memberi penyakit kepadaku menyembuhkan daku .
Tuhan berfirman : Aku tidak akan menyembuhkan selagi engkau tidak berubat  kerana ubat dan kesembuhan adalah dariku.
( Al-Makarim 419 )

Petua Ayatullah Behjat : Membaca Surah Mukminun dan kerap bersedekah untuk mengangkat dan mengenepikan bala bencana adalah berfaedah.

“ Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia. “   
Solawat…

Friday, 22 April 2011

Fiqh Perubatan (1) : Medical Jurisprudence .





    Sebahagian dari Feqah dan program amalinya Islam terdiri daripada arahan-arahan kesihatan dan perubatan pencegahan penyakit dan perawatan semulajadi yang mana sumber-sumbernya ialah Al-Quran , perubatan Nabi s.a.w dan perubatan A'immah ( Itrah dan keluarga Nabi s.a.w ) yang diantara metode-metode perawatannya ialah :

1. Imsak ( menahan diri )
2. Berpantang
3. Rawatan menggunakan air dan permandian
4. Rawatan pengurutan
5. Rawatan jiwa
6. Rawatan doa
7. Rawatan Talqin
8. Rawatan pemakanan
9. Rawatan tumbuh-tumbuhan
10. Rawatan dengan berjalan
11. Rawatan bekam dan lain-lain

Begitu juga metode-metode rawatan asli di perubatan tabie bangsa-bangsa diantaranya :
1. Akupuntur
2. Kiropraktik
3. Perawatan herba
4. Homeopatik
5. Rawatan Tidur
6. Rawatan pengurutan
7. Naturopati
8. Antrobazoti ( hubungan kesedaran dengan alam rohani )
9 Ayurveda

       Metode-metode rawatan ini terus berterusan di samping perubatan rasmi dan sebahagian pengkaji seperti Stephen Fulder telah menamakannya sebagai " Perubatan Komplimentari " di sisi nama-nama seperti " Perubatan Alternatif " ," Perubatan tidak rasmi " dan " Perubatan Tabie " walaupun pihak imperialis cuba untuk memperkecil-kecilkan dan menyisihkan perubatan Tradisional , perubatan Tabie dan komplimentari yang lain dari arena perubatan.

       Perubatan Saintifik dan rasmi juga sama seperti perubatan tradisional bersumber dari tradisi perubatan Boqrates melalui Jalinus dan hasil-hasil kajian ahli-ahli perubatan Islam seperti Zakaria Razi dan Abu Ali Ibnu Sina tetapi sepanjang seratus lima puluh tahun yang akhir ini perubatan ini telah memisahkan jalannya dan menuju kepada pentakrifan yang sempurna dan kadangkala secara ekstrem mengorak langkah menuju kepada pengkhususan interaksi dengan setiap penyakit. Dari kacamata perubatan rasmi setiap masalah di dalam kesihatan merangkumi sekumpulan petanda-petanda yang ditakrifkan di bawah tajuk penyakit yang tertentu dan perawatan yang teliti bergantung kepada situasi yang khas bagi penyakit tersebut dan kaedah ini secara terang-terangan bertentangan dengan kaedah-kaedah Boqrates , perubatan komplimentari dan perubatan tradisional yang mengatakan ketidaksekataan  dalaman adalah gangguan yang terhasil dari ketidak seimbangan dalaman individu  dan perawatan yang sempurna hanya tercapai dengan mengembalikan keseimbangan dengan dibantu oleh keupayaan-keupayaan kesembuhan individu itu sendiri.

      Dengan meningkatnya kos perubatan rasmi dan ketidakmampuannya untuk merawat banyak penyakit , maka telah bertambah kecenderungan kepada perubatan tradisisonal. Kajian tahun 1980 di Holland telah menunjukkan bahawa 40 peratus mereka yang merujuk kepada perubatan komplimentri adalah mereka yang tidak merasa kejayaan sesudah merujuk kepada doktor-doktor rasmi.
( Perubatan Unesco , perubatan dan kesihatan , Stephen Fulder )

      Maka terdapat ruang bagi kerjasama di antara sistem-sistem perubatan komplimentri dan perubatan rasmi.

     Titik-titik kelemahan perubatan rasmi  telahpun dikenalpasti dan kebanyakannya merangkumi penyakit-penyakit ( Chronic ). Sakit-sakit otot dan tulang seperti sakit pinggang dan sendi-sendi , penyakit-penyakit kronik seperti migrain atau penyakit-penyakit saraf ,  chronic infection seperti bronchitis , luka usus , sakit saluran kencing , allergics , keletihan , kelemahan dan penyakit-penyakit jantung adalah di antara penyakit-penyakit yang pada umumnya tidak berlaku perawatan yang pasti. Contohnya untuk allergik di beri Cortizon dan untuk sakit pinggang diberi pain killer.

     Kajian yang dilakukan untuk menilai perubatan komplimentri telah menunjukkan metode ini di dalam rawatan jangka pendek setaraf dengan perubatan rasmi manakala dari segi jangka panjang mempunyai kejayaan yang lebih lagi.

     Kajian-kajian di Holland , Australia dan negara-negara lain menunjukkan bahawa 80 peratus pesakit memberi saranan kepada kenalan-kenalan mereka untuk merujuk kepada perubatan komplimentri dan mereka yang tidak puas hati terhadap perubatan komplimentri tidak dimudharatkan olehnya tetapi mereka yang tidak puas hati terhadap perubatan rasmi , tidak mendapat kesembuhan dan belum pasti tidak mendapat kemudharatan.

      Tambahan lagi , penggunaan perubatan tradisi yang betul dan rasional dapat menghalang pembaziran sumber-sumber kewangan pusat-pusat kesihatan dan membantu menambahkan bilangan katil-katil kosong di pusat-pusat rawatan dan sebelum timbul keperluan kepaad campur tangan -campur tangan secara berbahaya dan mempunyai kos-kos yang tinggi , dengan kaedah prevention dapat mencegah dari timbulnya penyakit.

Petua Ayatollah Kashmiri : Membaca  "La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim " 100 kali sehari untuki menjauhkan 70 jenis bala yang paling ringannya ialah dukacita.
Solawat...

Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia


Thursday, 21 April 2011

Air di dalam Al-Quran dan Kesihatan ( water in Al-Quran and Health)




   Di dalam surah An-Nisa' ayat 163 , Al-An'am ayat 84 , Al-Anbiya ayat 82 dan Saad ayat 41 telah disebut perihal Nabi Ayyub a.s , Allah berfirman di dalam Surah Saad : " Ingatlah akan hamba kami . Ayyub , ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku disentuh syaitan dengan kesusahan dan siksaan ( Penyakit yang disebabkan oleh syaitan , hama-hama penyakit ) ( firman Allah kepadanya ): pukullah ( bumi ) dengan kaki engkau , ( lalu terbit mata air ). Inilah air mandi yang sejuk dan minuman ( lalu sembuhlah penyakitnya )"

     Nabi yang amat sabar , Allah mencobainya dengan suatu penyakit semacam penyakit kudis 
yang disebabkan oleh syaitan ( hama-hama). Keluarganya tidak mahu mendekatinya , takut ketularan penyakitnya itu , tinggal seorang isterinya yang amat setia menjaganya siang dan malam. Berapa lama ia menderita , maka firman Allah " Pukullah bumi dengan kakimu , maka terpancarlah air dari dalamnya , boleh diminum dan untuk mandi. Setelah beberapa lama Ayyub mandi air itu  , maka sembuhlah ia dari penyakitnya ( mungkin air ini mengandungi zat belerang yang boleh menyembuhkan kudis ).

     Mata air yang keluar di dalam kisah Nabi Ayyub adalah dari tanah bukan dari batu. Dari segi kesihatan air begini adalah terbaik untuk diminum.

     Ibnu Sina berkata : Air dari segi essensinya adalah sama tetapi melalui campuran luaran dan kepelbagaiannya ia berubah keadaannya. Air yang terbaik ialah yang mengalir dari mata air tetapi yang melalui tanah yang tulen dan ia tidak dikelilingi oleh unsur-unsur asing , setelah itu mata air yang lalu dicelah -celah batu, tetapi air yang bersumber dari tanah yang bebas dan tulen lebih baik kerana tanah menapis air dan menyekat campuran-campuran yang bersamanya  tetapi dengan syarat tanah tulen bukan selut atau tanah masin. ( kanun dalam perubatan )

     Ibnu Sina berkata : Air perigi dan terusan dibandingkan dengan air mata air bukanlah air yang baik kerana air ini beberapa lama tersimpan di perut tanah ia telah bercampur dengan debu-debu dan bahan-bahan tercemar telah masuk ke dalamnya. Bukanlah ia merupakan air yang punya kekuatan lonjakan dan pergerakan ke paras bumi. Seburuk-buruk air ialah yang dilakukan di dalam saluran-saluran plumbum kerana plumbum mengurangkan tenaga air dan kebiasaannya menyebabkan kecederaan usus. Air yang banyak kedapatan di celah-celah bumi yang tercemar dan dengan pergerakan yang perlahan ia bergerak ke arah bumi lebih rendah kualitinya dari air telaga. ( Kanun perubatan kitab 1 m/s 229 ).

     Di dalam kitab Wasailusshiah Jilid 1 Bab 23 adab-adab kamar mandi disebut :
Se belum mandi dengan sesuatu air minumlah seteguk. Ini menunjukkan bahawa air yang terbaik untuk rawatan dan bersuci dan menjauhkan dari penyakit-penyakit ialah yang begitu bersih sehingga boleh diminum.

Imam Sadiq a.s :
" Janganlah engkau minum air sejuk di dalam kamar mandi kerana ia merosakkan perut "
( Man layahduruhul Faqih , Jilid 1 , m/s 62 )

Imam Sadiq a.s :
" Sewaktu keluar dari kamar mandi jiruslah kedua kakimu dengan air sejuk kerana ia menghilangkan penyakit dari tubuhmu "

     Mungkin berkesan dari perubatan Al-Quran , ahli-ahli perubatan Islam seperti Meisari memberi saranan supaya di rawat sebahagian penyakit menggunakan air sejuk ataupun sebahagian pesakit-pesakit beliau dirawat dengan kamar mandian.

Petua : Berubat dengan air hujan 

Telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w sebagai bersabda : Jibrail telah mengajar kepadaku ubat yang tidak perlu selainnya ubat. Dikatakan : Ya Rasulullah s.a.w apakah itu ubat ?. Beliau bersabda : Diambil air hujan sebelum turun ke bumi kemudian diambil bekas yang bersih lalu dibaca Surah Al-Hamd kepadanya sehingga 70 kali dan QulHuwAllahu Ahad dan Surah Muawwazatain ( AnNaas dan Al-Falaq ) 70 kali kemudian minum darinya pagi segelas dan petang segelas . Sabda Rasulullah s.a.w : Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran Allah akan menanggalkan penyakit tersebut dari badannya , tulang-tulangnya dan urat-uratnya.
( Makarimul Akhlak m/s 387 )


INFO KESIHATAN

Za'faran

Za'faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za'faran kering yang dapat diperolehu dari satu hektar tanah. Za;faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za'faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

        Filamen Za'faran , sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za'faron ( Saffron ) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za'faran boleh mencecah dari RM1700.00 hingga RM 23000.00 sekilo.!

        Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat , hanya sedikit sahaja Za'faran yang diperlukan. Za'faran digunakan untuk warna kuning-kemerehannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

         Khasiat utama Za'faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan . Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

         Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan :
' Barangsiapa yang memakan za'faran dan dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari , maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir '

KHASIAT ZA'FARAN
( Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet )

* Mencerdaskan minda , penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
* Sebarang masalah kulit , menghindarkan batuk dan selsema
* Sakit kepala atau migrane dan asma , muntah-muntah , penyakit buah pinggang
* Gila babi atau sawan , sukar tidur malam (insomnia)
* Demam , masalah limpa , pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
* Bengkak hati atau hipatitis A dan B.
* Memudahkan penghadaman , menghilangkan bau mulut
*Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
* Menambahkan tenaga zahir dan batin
*Masalah mati pucuk, sembelit
* Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
* Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
* Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing
* Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
* Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
* Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
* Menyembuhkan sakit perut , pening ,sakit gigi , sakit mata dan pelbagai penyakit lain
Insyaallah...
Berminat untuk membeli Za'faran sila hubungi 016-2429965 atau e-melkan kepada azabakti69@gmail.com.

Wednesday, 20 April 2011

Ana-b-nul Khiyaratain ( Akulah Putera dua kelompok pilihan Tuhan )


  

     Ketika tentera-tentera Islam menyerang Parsi dan membuka wilayah Khorasan, pada suatu malam puteri Raja Yazdajir bernama Puteri Shahr Banu telah bermimpi sebuah mimpi yang menukar haluan kehidupannya.

     Katanya : Aku bermimpi Rasulullah s.a.w dan Hussein a.s masuk ke rumah kami dan duduk dihadapanku. Ketika itu Rasulullah s.a.w telah meminangku untuk cucundanya Hussein. Apabila aku berdiam diri menandakan kerelaan , baginda telah mengakadkan daku dengan penghulu pemuda ahli syurga...
( Biharul Anwar , Al-Kharaij , Muntahal Amal )

      Malam berikutnya aku bermimpi didatangi oleh Hadrat Zahra a.s memperkenalkan agama Islam kepadaku lalu aku mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam dengan pilihanku lalu beliau berkata :
" Kemenangan di dalam peperangan ini berpihak kepada orang-orang Islam dan engkau dengan cepat sekali dengan selamat akan sampai kepada Husseinku dimana tidak ada lelaki yang menyentuhmu.  "

       Apabila para tawanan Parsi termasuk Puteri Shahr Banu a.s dibawa ke Kota Madinah melalui lorong-lorong kota , telah berkerumun wanita-wanita ahli Madinah terpegun akan kecantikan dan kesopanan puteri ini bersama dua orang saudarinya. Sampai sahaja mereka ke masjid yang merupakan pusat pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab beliau telah mengambil keputusan untuk menjual perempuan-perempuan tawanan dan lelaki-lelaki mereka dijadikan abdi kepada orang-orang Arab tetapi ditegah oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata :

Sesungguhnya puteri-puteri raja tidak dijual walaupun mereka kafir tetapi hendaklah biarkan mereka memilih salah seorang dari muslimin untuk dinikahkan dan dibayar maharnya dari baitul mal.

         Imam Ali a.s telah bertanya kepada Puteri Shahr Banu " Apakah kamu rela untuk bernikah dengan salah seorang dari orang-orang Islam ? "

         Puteri Shahr Banu yang beberapa lama sebelum ini ( di dalam mimpi sewaktu serangan tentera Islam ke wilayah Parsi ) telah memilih Hussein a.s sebagai teman hidup , dengan tangannya telah mengisyaratkan kepada Saidina Hussein a,s. Ketika ini Imam Ali telah mengarahkan Huzaifah ibnul Yaman membacakan khutbah nikahnya Saidina Hussein a.s dengan Puteri Shahr Banu.

Maka itu dari pernikahan ini lahirlah Zainul Abidin  ( Perhiasan bagi orang-orang yang beribadah )Sayyidus Sajidin ( Penghulu orang-orang yang bersujud ) Ali ibnul Hussein seperti yang dikatakan oleh beliau a.s :
" Anabnul Khiyaratain lianna RasulAllah (s.aw) Qal : Inna lillahi min ibadihi khiaratan . Fakhiaratun minal Arab Quraishun wa minal Ajam Farisun "
Aku adalah putera dua kumpulan terpilih ( pilihan Tuhan ) kerana Rasulullah s.a.w bersabda , sesungguhnya bagi Allah dari kalangan hamba-hambanya dua kumpulan pilihan , Quraisy adalah pilihan dari kalangan Arab dan yang lainnya Farsi dari kalangan Ajam ( bukan Arab )."

      Telah dikatakan bahawa Hadrat Shahr Banu a.s berada di padang Karbala pada hari Asyura dan telah diwasiatkan oleh Saidina Hussein, setelah kesyahidan beliau dan kembalinya kuda beliau " Zul Janah " ke khemah , tungganglah kuda tersebut untuk dibawa ke suatu tempat yang telah ditakdirkan.

      Shahr Banu telah melakukan seperti yang diwasiatkan tetapi ketika hendak bertolak , anak perempuannya, Fatimah binti Hussein pengantin baru kepada Qasim bin Saidina Hasan yang telah gugur syahid dibantai di Karbala telah berkata , ibu janganlah berpisah dari kami , bawalah kami bersamamu..Sehinggalah mereka sampai ke Kota " Rey " ( berhampiran Tehran kini ).

Tahniah kepada semua sempena Maulid Imam Zainul Abidin bin Hussein a.s tanggal 15 Jamadil Awal 38 Hijrah.
"Assalamu alal Husain Wa'ala Aliyyibnil Husain Wa ala Auladil Husain Wa'ala Ashabil Husain "


Petua : " Ya Hadi " 20kali sehari untuk makrifat Allah , makrifat Rasul dan Makrifat Imam. 
" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...

Tuesday, 19 April 2011

Jika tiada Tashahhud ( Tahiyat ) " tidak "nya menjadi " Iya "





     Abu Firas , Hammam bin Ghalib bin Sa'saah dari kabilah Majasyi' Tamimiyah.

    Nendanya terkenal dengan kemuliaan menyelamatkan bayi-nayi perempuan yang hampir-hampir ditanam hidup-hidup di zaman jahiliyah ketika melahirkan bayi perempuan.

    Ayahandanya Ghalib terkenal di dalam Islam sebagai diantara orang-orang yang pemurah dan dermawan.

    Abu Firas yang terkenal dengan panggilan " Farazdaq " pujangga Arab Islam tersohor dilahirkan di kota Basrah sekitar tahun 20Hijrah dibawa oleh ayahandanya bertemu Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s setelah peperangan Jamal tahun 36Hijrah. Berkata ayahandanya kepada Amirul Mukminin : Sesungguhnya anakandaku ini seorang penyair , lalu dinasihati oleh Amirul Mukminin agar menghafal Al-Quran . Maka anak muda Farazdaq ini telah beramal dengan nasihat ini  dan telah merantaikan dirinya dengan rantai besi sehinggalah menghafal kitab suci Al-Quran lalu dibuka rantai besi tersebut.

      Bagi menyatakan kehebatan Farazdaq di dalam kesusasteraan Arab cukup apabila Lughawiyyun ( Pakar-pakar Bahasa Arab ) menganggapnya sebagai salah satu dari sumber rujukan lughat Arab sehingga mereka berkata : ( Lau la Syi'ruhu Lazahaba tsulsu lughatil Arab ) sekiranya tiada syair Farazdaq maka musnahlah satu pertiga lughat Arab.

     Farazdaq telah membesar dengan kecintaan kepada Ahlul Bait Rasul s.a.w tetapi tidak menzahirkannya kepada umum untuk menjaga mata pencarian kehidupannya ( rujuk Umar Farukh , Tarikh Adabul Arabi ).

       Pada suatu hari Hisham bin Abdul Malik bin Marwan telah mengerjakan haji di zaman kekhalifahan saudaranya khalifah Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik dengan diiringi oleh para pembesar ahli Syam. Ia cuba untuk menyapu Hajarul Aswad dengan tangannya tetapi tidak kesampaian disebabkan ramainya para jemaah lalu didudukkan di satu penjuru sekadar menonton para jemaah sahaja. Tidak berapa lama tampil seseorang yang apabila menuju ke Hajarul Aswad ketepi semua jemaah yang bersesak-sesak akan kehaibatan sosok peribadi ini sehingga beliau menyentuh Hajarul Aswad. Siapakah sosok peribadi ini???

          Lalu ditanya oleh seorang lelaki kepada Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan lalu ia berpura-pura tidak tahu. Farazdaq pujangga Arab tersohor yang berada berdekatan menjawab " Aku tahu " lalu mendeklamasikan syairnya :

Hazallazi ta'riful Batha' Wat atahu
Inilah orang yang dikenali oleh butir-butiran pasir akan jejak langkahnya.

Walbaitu Yakrifuhu Wal hillu wal haramu
Rumah Allah mengenalnya,tanah halal dan tanah haramnya.

Haza bnu Fatimata In Kunta Jahilahu
Inilah putera Fatimah jika engkau jahil tentangnya.   

Bijaddihi Anbiyaullah Qod Khutimu
Dengan nindanyalah para Nabi Allah telah disudahi.

Walaisa Qauluka , Mau Haza Bidha irihi
Bukanlah katamu , siapa ini memberi mudhorat kepadanya.

Al Urbu ta'rifu man ankarta wal Ajamu
Sekalian Arab tahu siapa yang engkau pura-pura tidak tahu begitu juga orang Ajam.

Ma Qaala la Qattu illa Fitashahhudihi
Tidak pernah berkata , tidak kecuali di dalam tashahhud ( tahiyyat )nya.

Lau lat tashahhudu Kaanat Laa uhu Naamu
Kalau tiadanya tashahhud maka " tidak "nya pun menjadi " Iya ".

Yughdi hayaa an wa yugh dho min Mahaabatihi
Ditundukkan pandangannya kerana kesopanan dan ditundukkan pandangan kerana kehaibatannya.

Fama yukallamu illa hiina yabtasimu
Tidak ditutur bicara dihadapannya kecuali ketika ia tersenyum.

Yakaadu yumsikuhu-Irfanu raahatihi
Enggan melepaskan telapak tangannya.

Ruknul hatim iza ma Jaa'a yastalimu
Sudut Ka'abah ( tempat Hajarul Aswad ) apabila beliau menyentuhnya.

     Tahniah kepada seluruh penghuni alam khasnya Imam Zaman a.s sempena Ulangtahun Maulid Imam Ali ibnu Hussein yang tersohor sebagai Imam Ali Zainal Abidin ( Perhiasan orang-orang beribadah ) Sayyidus Sajidin ( Penghulu orang-orang bersujud ) putera  Sayyidina Hussein Syahid Karbala a.s yang beribukan puteri Raja Yazdajir Parsi bernama Puteri Shahr Banu , pada tanggal 15 Jamadil Awal tahun 38 Hijrah.
Ya Wajihan Indallah Ishfa' lana Indallah   

Petua Ayatullah Behjat untuk menguatkan penghafalan , dan mencerahkan kefahaman bacalah tasbih ini setelah solat-solat harian : " Subhana man laa ya'tadi ala ahli mamlakatih , Subhana man laa ya'khuzu Ahlal Ardi Bi alwaanil Azaab , Subhaanar Ra'uufir Rahim , Allahummaj al li Fii Qalbi Nuuran wa Basaran wa Fahman wa ilma Innaka Ala Kulli Shai' in Qadiir "

" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia."
 Solawat...






Info Kesihatan.


Khasiat Habbatus Sauda



Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil , mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta , mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatus Sauda ( Mesir , Syam ) , dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia . Habbatus Sauda ini ialah satu supplemen/ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat.

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama Habbatus Sauda :

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, Xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita , oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein . Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium , zat besi , dsb.

2. Sistem imunisasi-kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati , Habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda ( daya melawan penyakit ). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser ,AIDS , dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain

3. Anti-histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik ( alahan ). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase c , sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana pengidap penyakit Asma selalunya mengalami masalah alahan , Habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4.Anti-tumor-kajian in vitro mendapati Habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-Bakteria-penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli , V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakan Habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masala-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang ( Anti-inflammation )-Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang ( bengkak ). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma ( mengurangkan radang dalam paru-paru ), eczema ( alahan yang menyebabkan gatal , kulit merah ,dsb ) dan arthritis ( bengkak sendi ).

7. Menggalakkan pengeluaran susu-Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susuibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di timur tengah minyak ini digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi , radang , gangguan menstruasi , tekanan moral dan depresi ,tetapi terutama terhadap bronkhitis , asma dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk ,bahkan impotensi.

ANDA BERMINAT  UNTUK MEMBELI HABBATUS SAUDA???
E-mel kepada : azabakti69@gmail.com ( untuk pesanan )