Monday 4 July 2011

Reform,kesederhanaan dan bertolak ansur




      Sayyiduna = Tuan kita ( kalau sorang Tuanku lah!) Hussein cucunda Nabi Muhammad s.a.w (Aku panggil Imam = Khalifah pengganti Nabi = Tempat rujukan ugama ( urusan dunia dan Akhirat,untuk umat manusia ,kaum Jin dan seluruh Alam (pss : berbeza dari Imam-imam biasa dekat surau atau masjid tepi rumah aku atau Imam-imam mazhab yang merupakan Faqih bila berijtihad boleh jadi betul dan boleh jadi silap )= yang layak nombor satu mengadili pertikaian di kalangan umat = orang yang paling berhak dan layak memimpin dan mengatur masyarakat = manusia berakhlak paling mulia berjiwa paling sempurna yang kalau sesiapa nak jadi insan Kamil manusia sempurna kena ikut beliau dan bertawassul kepada beliau seperti bertawassul kepada Nabi s.a.w. berkata :
      Inni Lam Akhruj Ashiran Wala Bathiran Wala Mufsidan Wala Dzaliman
      Innama Kharajtu Litalabil Islah Fi Ummati Jaddi
      Uriidu An Aamuras Bil Makruf Wa Anha Anil Munkar
      Wa Asiira Bisiirati Jaddi Wa Abi.
Yang bererti : Aku tidak bangkit (pss: Ketika itu Yazid menduduki kerusi pemerintahan setelah Muawiyah meninggal dunia dan walaupun telah diikat perjanjian Damai di antara Muawiyah dengan Imam Hasan cucu Nabi s.a.w untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pihak Imam Hasan sekiranya Muawiyah meninggal dunia,tetapi perjanjian ini telah dilanggar Muawiyah dengan melantik anaknya Yazid sebagai putra mahkota dan memaksa umat Islam berbai’ah kepada Yazid.)sebagai perusuh,pengacau-bilau,berbuat  kerosakan,merebut kedudukan atau berbuat kezaliman tetapi bangkitnya aku untuk menuntut pembaikan di dalam umat datukku.Aku mahu menyuruh kebaikan (Amar Makruf ) dan mencegah kemungkaran ( Nahi munkar ) dan berjalan dengan sirah (cara berjalan ) datukku dan ayahku.
     

 Di hari penuh keberkatan 3 Sya’ban Maulid Sayyiduna Imam Hussein a.s ini sama-samalah kita warga Negara Malaysia tanah tumpah darah yang tercinta ini tanpa tumpah walaupun setitik darah ,tanpa menjejaskan urusan-urusan kehidupan dan tanpa memberi  kemudharatan kepada rakyat dan negara mengorak langkah ‘’Thalabil Islah’’ REFORM kalau ada yang perlu diperbaiki dan tuntut dengan kesepakatan yang tidak menjejaskan kestabilan manakala pihak yang memegang amanah rakyat hendaklah menunaikan tanggungjawab secara adil dan saksama sesuai dengan titah Duli Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya mementingkan ‘’..sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran Negara’’dan pastikan proses demokrasi yang ada berjalan dengan saksama.
Petua : Untuk melihat aruah yang soleh ketika tidur,banyak membaca surah Yasin adalah bermanfaat.

  Assalamu Alal Husain Wa ala Aliyyibnil Husain Wa Ala Auladil Husain Wa Ala Ashabil Husain.
             SOLAWAT

3 comments:

  1. Salam Ustad,

    Ustad, what is the meaning of Ar-Ridho?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salama,sila lihat entry 15/7/2011 yang bertajuk Ar-Redha. Terima Kasih

    ReplyDelete