Rasulullah s.a.w adalah Nur dan penciptaan baginda juga adalah dari Nur ( Banyak bukti bagi kenyataan ini di dalam Al-Quran dan Hadith ) maka itu apa perlunya mikraj ke langit dan Arash Ilahi menggunakan tunggangan atau kenderaan ?
Di dalam Ziarat Jamiah terdapat ungkapan : Wa Antum Nurul Akhyar/anda semua ialah cahaya orang-orang mulia Wantajabakum Linurihi /Dan Allah memilih anda semua untuk Nur nya
Wa Nuuruhu Wa Burhanuhu Indakum /Dan cahaya nya dan penerang nya di sisimu.
Khalaqakumullah Anwaaran Fajaalakum Bi’arshihi Muhdiqin/Allah telah mencipta kamu semua
Cahaya-cahaya maka Allah menjadikan kamu mengelilingi ArashNya.
Walaupun ungkapan-ungkapan ini berkenaan Imam-Imam dan Maksumin a.s tetapi semua makna ini kembali kepada Rasulullah s.a.w kerana kesemua mereka adalah Nur yang satu.
Apabila Nur nya Rasulullah s.a.w mengelilingi Arash Ilahi apa perlu lagi tunggangan atau kenderaan dari Nur untuk menyampaikannya ke maqam Qurb (hampir) dan tak perlu difikirkan tunggangan dan kelajuannya lagi ! kecuali kita mengatakan perkara ini berlangsung dengan upacara dan protokol yang khas untuk meraikan kebesaran dan kemuliaan maqam baginda Rasul s.a.w oleh Allah Taala.
Jika kita mahu fikirkan kenderaan untuk urusan ini tidak ada kenderaan dan wasilah yang lebih kuat dari Tawassul dengan Ismul A’zam Ilahi yang mana wasilah ini menambah bercahaya Nur ini dan begitu memberi kelajuan dan meluaskan pandangannya sehinggakan di dalam satu detik seluruh penjuru langit dan Arash Agung Ilahi berada didalam pandangannya.
Allah Taala berkaitan dengan kaitan diantara Nur ini dengan Nur Nya berfirman :
Allahu NuuruSSamawaati Wal Ardh/Allah adalah Nur nya langit-langit dan bumi
Mathalu Nuurihii kaMishkaatin fiihaa Misbaah/Perumpamaan Nur Nya ialah…( Nur 34 )
Sebahagian Ahli Tafsir mentafsirkan : Allah adalah Nur langit-langit dan bumi,perumpamaan Nur Nya
adalah perumpamaan untuk Nur Muhammadi,Mishkat adalah dadanya Rasulullah s.a.w,Zujajah adalah kalbu baginda,Misbah adalah Kenabian,tidak Timur dan tidak Barat dan Misbah ini adalah dari pohon yang diberkati yakni pohon kenabian yakni Nabi Ibrahim Khalilullah nindanya Rasulullah s.a.w. Hampirlah Nur nya Muhammadi menjadi jelas bagi umat manusia.
Di dalam Doa Malam Arafah diungkapkan :
Wa Bismikallazi Sakhkharta bihil Buraaq Li Muhammadin/Dan dengan Namamu yang telah kau kuasakan dengannya Buraaq bagi Muhammad.
Nama yang mulia ini nampaknya ialah Ismul A’zam yang dengannya mampu dilakukan semua perkara di alam Imkan ini.
Maka itu telah diketahui bahawa tenaga yang menggerakkan Buraaq dengan kelajuan berjuta kali ganda kelajuan cahaya ialah tenaga yang terhasil melalui Ismul A’zam Ilahi.
YA HU YA MAN LAA HU ILLA HU IGHFIRLI WANSURNI ALAL QAUMIL KAAFIRIIN.
No comments:
Post a Comment