Monday 18 July 2011

Sumber Yang Telah Dijamin ( Syahid Tsani )




      Syahid Tsani mempunyai keyakinan bahawa seorang Alim dari Ulama dan seorang Talabah @ pelajar agama @ Mutaallim tidak boleh bergantung walau kepada sesiapa pun.Adapun urusan-urusannya seperti rezeki,pendapatan dan sepertinya hendaklah diserahkan kepada Allah Taala supaya tiupan kekudusan Ilahi,kurniaan Tuhan dan detik-detik keasyikan terpancar dan meliputi mereka dan masalah-masalah mereka diselesaikan dan keperluan mereka dicukupkan.

Telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bahawa rezekinya penuntut ilmu adalah urusan Tuhan dan ianya dijamin dengan jalan yang khas yang mana perhatian ini tidak berkenaan orang lain.

Siapakah Syahid Tsani ?

Beliau ialah  Zainuddin bin Ali Al-Amili pensyarah kitab Feqah ‘’Al-Lum’atud Dimashqiyyah’’ milik Syahid Awwal Muhammad bin Makki Al-Amili  ( kelahiran Jabal Amil selatan Lubnan ) yang beratus-ratus  tahun sehingga kini menjadi kitab teks ilmu Feqah di Hauzah-hauzah ilmiah (pusat-pusat pengajian maktab Ahlul Bait a.s ).Nama kitab syarah  Lum’ah tersebut ialah ‘’Ar-Raudhatul Bahiyyah’’.Beliau telah dilahirkan di selatan Lubnan pada tahun 911 H.

Syekh Hassan empunya kitab Usul Fiqh  Ahlul Bait ‘’ Maalimul Usul ‘’ adalah anaknda beliau dan empunya kitab Feqah ‘’Al-Madarik ‘’ Seyyed Muhammad Ali Al-Amili  adalah cucunda beliau.Di antara keturunan beliau ialah Syahid Rabi’ ( Syahid keempat ) Syahid Ayatullah Seyyed Muhammad Baqir Sadr empunya kitab ‘’ Falsafatuna’’ dan ‘’ Iqtisaduna ‘’  dan adik perempuan beliau As-Syahidah Bintul Huda yang telah dibunuh oleh Saddam Hussein.Imam Musa Sadr yang hilang  di Libya dan tidak diketahui  sehingga ke hari ini juga adalah dari anak cucu beliau.ALFATIHAH untuk para syuhada,arwah mukminin dan mukminat.SOLAWAT. 

No comments:

Post a Comment