Tuesday, 5 July 2011

Maulid Aba Fadhil Abbas a.s & Tawassul







      Soalan 1 : Menurut pandangan Tuan Guru apakah sebaik-baik perkara yang boleh kita lakukan supaya kita tidak terjatuh di dalam kemusnahan di akhir zaman ?
Jawapan Ayt Behjat : Sebaik-baik perkara ialah mendoakan kezuhuran Imam ( Mahdi )  a.f,tetapi doa untuk kezuhuran yang berkesan di dalam semua urusan kita.

      Soalan 2 : Doa untuk kezuhuran Imam Alhamdulillah banyak dibaca di kalangan para Syiah (para pengikut ),jika boleh diterangkan tentang pembacaan doa untuk kezuhuran tersebut.
Jawapan Ayt Behjat : Allah sahaja yang tahu betapa banyak doa ini perlu dibaca sehingga tibanya maslahat kezuhuran ! Pasti jika orang-orang bersungguh-sungguh dan tulus apabila berdoa … mereka punya penglihatan-penglihatan dan tidak seperti kita yang tertutup mata.Hendaklah berdoa dengan syarat-syaratnya dan bertaubat dari dosa-dosa ialah di antara syarat-syaratnya seperti sabda  ‘’Dua’ut Taib Mustajaabun /Doa orang yang bertaubat adalah mustajab’’.

      Soalan 3 : Adakah Imam zaman mengetahui situasi  dan keadaan para Syiah (para Pengikut )di zaman ghaibahnya beliau ?
Jawapan Ayt Behjat : Imam zaman di zaman ghaibah punya pengetahuan yang sempurna dan punya perhatian ke atas semua urusan dan punya kegiatan.

      Hari ini tanggal 4 Sya’ban adalah hari Maulid ‘’Qamar Bani Hashim’’Abu Fadhil Abbas ibnu Amiril Mu’minin Ali bin Abi Talib a.s ‘’Babal Hawaij/Pintu hajat-hajat’’.Tahniah kepada semua istimewa sekali  Sahibul Asr Waz zaman Imam Al-Mahdi a.f.
      Abu Fadhil Abbas a.s di dalam Tragedi pembantaian 30,000 tentera Yazid bin Muawiyah keatas Kafilah  Cinta Sayyiduna Hussein  a.s cucunda kesayangan Nabi s.a.w yang meragut jiwa 72 manusia termulia memikul 3 tugas : Pemegang panji-panji Kafilah Ahlu Bait a.s, Pemberi minum Kafilah Syahadah dan Pemelihara kemah-kemah dan kehormatan anak cucu Rasul Yang TerMUlia yang dianiaya.
Apabila terputus tangan kanan Abu Fadhil angkara pihak yang memusuhi  cucunda Nabi, beliau melaungkan :

Wallahi In Qata’tumu Yamiini,Inni Uhami Abadan An Dini
Wa an Imamin SadiqilYaqiini,NajlinNabiy AtahirilAmiini.

Yang bererti  : Demi Allah jika kamu memotong tangan kananku,aku tetap membela selama-lamanya agamaku, membela Imam yang tulus Keyakinannya, putera Nabi yang Suci lagi amanah.

      Tawassul daku kepadamu wahai Aba Fadhil : YA KAASHIFAL KARB AN WAJHIL HUSAIN IKSHIF KARBANA BIHAQQI AKHIKAL HUSAIN



YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU..YA ALLAHU………..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM YA ALLAHU.SOLAWAT (keesokan hari 7/7/11 ialah hari sebutan pertuduhan JAIS ke atas saya bersama 3 rakan yang lain  bagi ops majlis maulid Fatimah Zahra a.s puteri Nabi s.a.w di Mahkamah Syariah Kuang Selangor,ku adukan kepadamu pihak –pihak yang berniat jahat YA ABAL HASAN MUSABNA JA’FAR AYYUHAL KAAZIM YA WAJIHAN INDALLAH ISHFA’ LANA INDALLAH.





No comments:

Post a Comment