Soalan-soalan berkenaan masa depan
1. Apakah masa depan umat manusia menuju kedamaian dan keamanan atau kekacauan dan peperangan akan mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan segala-galanya?.
2. Jika dunia menuju kedamaian dan persaudaraan apakah ianya berlaku beransur-ansur ataupun memerlukan satu Revolusi yang drastik?.
3. Andaikata memerlukan Revolusi apakah ia akan berlaku melalui perhitungan Material ataupun melalui perkiraan dan perhitungan Spiritual dan kemanusiaan?.
4. Sekiranya memerlukan Revolusi sedemikian siapakah Pemimpinnya?
Apakah ciri-ciri yang mesti dimilikinya?
Apakah syarat-syarat yang mesti dimiliki oleh dunia dan masyarakat manusia?
Apakah telah wujud syarat-syarat tersebut pada hari ini atau sekurang-kurangnya lapangan atau tapak bagi syarat-syarat tersebut telah tersedia?
5. Apakah perkara ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan umum agama-agama dunia tentang ‘’Penyelamat ”?
Apakah kaitannya dengan kepercayaan umat Islam?
6. Apakah kepercayaan ini membantu kepada pemulihan dan pembaikan umum atau menyebabkan kemunduran?
7. Apakah buah fikiran atau kepercayaan ini mempunyai realiti atau ianya semata-mata cuba untuk menenangkan manusia yang mengimpikan kedamaian dan keadilan yang tidak akan kunjung tiba?
Perbezaan pandangan mengenai masa depan umat manusia
1. Keburukan dan kecelakaan sentiasa mengiringi kehidupan manusia dan kehidupan adalah tidak bernilai sama sekali.
2. Umat Manusia dengan kemajuan Teknologi dan peralatan pemusnah sedang mengorek liang lahad bagi dirinya sendiri.
3.Keburukan dan kerosakan bukanlah sentiasa mengiringi umat manusia bahkan kemajuan jentera dan Teknologi membawa kebahagiaan.
4. Punca kerosakan dan kemusnahan ialah kepincangan rohani manusia manakala kafilah umat manusia secara fitrahnya berada di landasan penyempurnaan pemikiran,akhlak dan kerohanian.
Satu masa depan yang cerah yang tercabut dari nya keburukan dan kerosakan sedang menanti kafilah umat manusia.
Persamaan di antara agama-agama
1. Kedatangan Penyelamat umat manusia setelah kezaliman yang berleluasa.
2. Perkara ini berlaku di akhir zaman.
3. Perkara ini adalah sejagat dan akan menyatukan semua agama.
4. Dunia akan dipenuhi dengan Keadilan.
5. Revolusi ini dipelopori oleh seorang hamba Allah yang Soleh.
Petanda-petanda masa depan yang cerah
1.Arus pergerakan kesempurnaan umat manusia.
Kehidupan manusia bukanlan seragam tetapi dengan motif dalaman ia sentiasa memajukan diri dan masyarakat dan usaha ini terus-menerus berlaku dan seluruh kemampuannya akan dikerah untuk berhadapan dengan kemushkilan hidup.Manusia akan terus mara di mana penyempurnaan akhlak bergerak seiring dengan penyempurnaan kebendaan.
2.Keharmonian dan keseragaman dengan sistem penciptaan
Keseragaman dan ketertiban merangkumi juzuk-juzuk alam dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar galaksi.Apakah masyarakat manusia boleh mengecualikan dirinya dari system yang agung ini ??Perkara ini sendiri menjadi dalil bagi kewujudan system sosial yang sahih yang menanti kafilah umat manusia.
3. Tindakbalas Sosial
Senantiasa pergolakan-pergolakan dan kebangkitan-kebangkitan yang meluas adalah reaksi dari tekanan-tekanan sebelumnya yakni tekanan yang tidak rasional membawa agenda perubahan
Seperti : Revolusi Peranchis 1789 menentang kediktatoran.
Revolusi menentang perhambaan 1848 bermula di Inggeris.
Revolusi menentang penjajah.
Revolusi Komunis 1917 menentang kepincangan Kapitalis.
4.Di dalam pemerhatian ilmu Jiwa sekiranya keinginan-keinginan manusia tidak dipenuhi secara sesuai dan sahih ia akan tertekan dan berundur dari situasi zahir ke batin .
Kesimpulannya keadaan semasa umat manusia mengandungkan satu kebangkitan dan Revolusi Sejagat yang bakal menghancur luluhkan segala kepincangan dan ketidakadilan dan kezaliman.
No comments:
Post a Comment