Sunday 3 July 2011

Tauhid dan Syirik Ketaatan/Maulid Imam Hussein a.s




      Syirik lawannya Tauhid,Muwahhid lawannya Mushrik.Tauhid mempunyai bahagian-bahagian dan tingkatan-tingkatan manakala Syirik juga punya bahagian-bahagian dan tingkatan-tingkatan :

1. Tauhid dan Syirik pada maqam Zat.

2. Tauhid dan Syirik pada maqam Sifat.

3. Tauhid dan Syirik pada maqam Af’al (perbuatan).

4. Tauhid dan Syirik pada maqam Ibadat.

5.Tauhid dan Syirik pada maqam taat.


Apa itu Syirik ?

     Syirik ialah apabila seseorang itu percaya bahawa ada selain ALLAH yang  mustaqil ( independen ) di dalam kewujudan,independen di dalam mewujudkan sesuatu , independen untuk ditaati dan independen di dalam  memberi  kesan kepada sesuatu dan percaya bahawa ada benda wujud di dalam Alam ini yang tak perlu kepada Tuhan di dalam kewujudannya ; ataupun di dalam melakukan sesuatu dia sendiri tanpa bergantung kepada Tuhan dan secara berdikari ia melakukannya dan meninggalkan kesan ( samada mewujudkan atau menghapuskan ) atau ada orang atau benda wujud yang mesti dan wajib ditaati tanpa perlu izin Tuhan.Setiap yang mempunyai kesempurnaan,kesempurnaannya adalah pemberian Sumber kesempurnaan yaitu Zat Yang Maha Suci dan setiap benda wujud yang berkesan,kesannya ialah dengan Iradah dan kehendak Allah Taala dan setiap yang memerintah dan mengarah bila kah wajib mentaatinya ? Apabila Allah Taala berfrman dan memerintahkan kita untuk mentaatinya.Beginilah orang yang Muwahhid (Orang yang mentauhid dan mengesakan Tuhan ).


      Tahniah kepada semua, istimewa kepada Imamul Asri wazZaman  ulangtahun kelahiran ( Maulid ) Imam Hussein a.s ( 3 Sya’ban tahun 3 H )As’adallahu Ayyaamakum (Semoga Allah menjadikan hari-hari ini berbahagia buat anda ).

      Telah berkata Imam Hussein a.s : Athiuuna Fainna Tha’atana Mafruudhah iz kaanat bithaa’atillah wa tha’ati Rasuulihi maqruunah kama qaalallah athi’ullah wa athii’urrasul wa ulil amri minkum./Taatilah kami sesungguhnya ketaatan kepada kami adalah wajib kerana ianya berserta dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya seperti firman Allah ‘’Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri dari kalangan kamu.( Biharul Anwar J44 ).

      Imam Hussein a.s : AtTauhiidu Tsamanul Jannah/Harganya Syurga ialah Tauhid. (Majalis Syekh Mufid).

      Petua : Memusnahkan sihir dengan Sedekah,membaca doa ((Jamiah Kabirah))dan ((Hadits Kisa’))dengan penuh perhatian.

              SOLAWAT.ALLAHUMMA AJJIL LIWALIYYIKALFARAJ.

No comments:

Post a Comment