Ada aku baca surat khabar Sinar Harian hari Sabtu 9 Julai orang tu kata Tuhan duduk di langit ketujuh ("bertemunya Nabi dengan Allah di atas langit ke tujuh" )dan Tuhan kadang-kadang ("turun ke langit dunia") maka itu aku nak bagi tau hangpa apa kata anak cucu Nabi s.a.w :
Berkenaan Mikrajnya Rasulullah s.a.w timbul persoalan kenapa baginda pergi ke langit-langit ? sedangkan Tuhan hadir di semua tempat,bumi dan langit tiada beza bagi Tuhan ?
Jawapannya terdapat di dalam kitab Biharul Anwar di mana seseorang bertanya kepada Imam ketujuh Imam Musa Kazim ibni Imam Ja’far asSadik a.s : Apakah Tuhan bersifat dengan tempat ? Beliau menjawab : tidak ,semua tempat adalah sama bagi Tuhan.Beliau ditanya lagi : Jika sedemikian kenapa nindamu Rasulullah s.a.w naik ke langit ? .Beliau menjawab : Kerana para Malaikat di langit kepingin untuk melihat baginda,maka baginda ke sana agar penghuni-penghuni langit menikmati keberadaan baginda dan selain itu supaya baginda menyaksikan keajaiban-keajaiban alam Malakut dan pulang memberI khabar kepada penghuni dunia.
Ibnu Babawaih telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar bahawa Abu Hamzah Tsumali telah bertanya kepada Imam Ali Zainul Abidin ibnu Hussein a.s apakah Tuhan boleh disifatkan dengan tempat dan apakah Tuhan bertempat ? Beliau menjawab : Tuhan Maha Tinggi dan Maha Suci dari bertempat.Abu Hamzah bertanya lagi : Oleh itu kenapa Tuhan membawa Rasulnya mikraj ke langit ?
Beliau menjawab : Untuk memperlihatkan kepada beliau malakut langit-langit dan keajaiban-keajaiban ciptaanNya.
Abu Hamzah berkata : Apakah makna ‘’Tsumma dana fatadalla fakaana qaaba qausain au adna /Kemudian ia hampir,lalu bertambah hampir.Maka adalah jaraknya sekadar dua kaus panah atau lebih hampir dari itu’’?
Beliau menjawab : Yakni Rasulullah s.a.w telah hampir kepada hijab-hijab nur nya Allah Taala lalu melihat akan malakutnya langit-langit,Rasulullah s.a.w telah memandang kearah bumi dan telah menyaksikan malakutnya bumi kesemuanya di sana sehingga baginda menyangka yang bumi begitu hampir kepada baginda seperti dua hujung kaus pemanah(kausain)atau lebih dekat lagi.
Dengan sanad-sanad yang sahih telah diriwayatkan bahawa Yunos telah bertanya kepada Imam Musa Kazim a.s kenapa Tuhan membawa Nabi ke langit dan dari sana ke Sidratul Muntaha dari sana ke Hijab-hijab Nur dan berbicara rahsia-rahsia dengan Tuhan sedangkan Tuhan tidak bertempat ?
Imam Musa Kazim a.s berkata : Tuhan tidak bertempat dan semua tempat sama bagi Tuhan dan begitu juga masa tidak merangkumi Tuhan tetapi Allah mahu memuliakan para Malaikat dan para penghuni langit dengan Rasulullah s.a.w dan memperlihatkan kepada baginda keajaiban keagunganNya dan memberitahu penghuni bumi setelah turun supaya bertambah keimanan mereka dan bukanlah membawa Rasulullah ber mikraj kerana Tuhan berada di langit.Maha Suci Allah dari berkata tentang Tuhan seperti yang dikatakan oleh para Mushabbih( Orang-orang yang mengumpamakan Tuhan seperti makhluk )
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment