Hubungkait Mengenal diri dengan Mengenal Tuhan
Soalan : Adakah mungkin pertama-tama tanpa memberi perhatian kepada diri kita memberi perhatian kepada Tuhan ? Ataupun semestinya melalui jalan Mengenal diri ?
Jawapan : Makna hadits ((Man Arafa Nafsahu Arafa Rabbahu/Siapa mengenal dirinya mengenal
Tuhannya )) ialah ((Siapa yang tidak mengenal dirinya tidak mengenal Tuhannya )).
Satu Nur
Salah satu dari Karamah-karamah Ahlul Bait a.s ialah tindakan-tindakan dan kata-kata setiap seorang dari dua belas Imam bahkan empat belas ma’sum a.s adalah satu ragam dan seumpama satu sama lain.Aishah ketika menyifatkan cara berjalannya Fatimah Zahra a.s menukilkan : Cara berjalannya sama seperti cara berjalan ayahndanya Rasulullah s.a.w. Maka itu kaedahnya cara berkata-katanya adalah seperti Rasulullah s.a.w.
Menunggu Imam Mahdi a.s dan menghindarkan dosa
Harapan kita ialah Daulah yang Hak memerintah dunia ini dan semua kita berada di SiratulMustaqim Ubudiyyah.Maka itu jikalau sebelum zahirnya Daulah yang Hak kita dapat pastikan berada di atas SiratalMustaqim adalah lebih baik; Maka itu hedaklah kita menghindarkan diri dari dosa-dosa yang menghalang dari persiapan kezuhuran Daulah Imam yang Ghaib a.f.
Pss : Sampai ke telinga aku ada budak tu yang permainkan kata-kata tentang Imam Mahdi (depa kata dia sembang dalam you tube),aku kata kat dia hang bila nak sedar diri sikit,Imam Mahdi tak dak Yang Wahabi punya lain,yang Sunni punya lain,yang Syiah punya lain,yang Hindu atau Kristian,Yahudi d.l.l punya lain.Sama saja.Otak hang otak aku ja yang lain,gelewang tak menentu.(pss ni aku yang cakap,bukan Ayatullah).
Apakah Imam Hujjah lalai dari para pencintanya?
Apakah SahibuzZaman a.f yang berada di dalam keghaiban dari musuh-musuh juga lalai dari
pencinta-pencintanya apa yang berlaku ke atas mereka ? Khayalan-khayalan yang sebegini adalah
dari lemahnya iman.Masakan boleh Imam untuk tidak mendokong dan menyokong untuk kebenaran agama?! Tuhan sahaja yang tahu sehingga kini apa yang dilakukan oleh Imam dan juga sekarang ini !
Betapa berbeza di antara orang yang percaya bahawa Imam adalah Ainullah AnNaadzirah ( penglihatan Allah yang melihat ) dan mengetahui yang majlis ini di dalam kehadiran Imam dan yakin bahawa semua kata-kata ini jelas disisi beliau dengan orang yang tidak berfikiir sebegini !
Pss: Tak kiralah Soviet Union ( yang dah jadi Muzeum Sejarah ) ka, Amerika Syarikat (yang nak jadi Muzeum jugo’ ) ka ataupun anok cucu cici’ depo atau tuu hok besor siki’ tuu Israey ( kato orang Parsi sampe gigi demo tu pong ada senjato samo semuo tu paka’ paka’ nok jadi meziong belako tak Pahang sebenanyo pekaro ni. Samolah tu budok-budok dok mencece-mencece dalang kotok you tiu’ tuu.Hok ado pusa’-pusa’ kajiang pong dok perabih duik dok kaji tok reti-reti(Astaghfirullah aku keno caka’ macang nii’sapo nak baco-bacolah!
Petua Ayatullah Kashmiri : Ketika ditimpa kesusahan membaca surah Al-Quran atau zikir niat hadiah kepada Imam Jawwad a.s adalah sangat berkesan dan mujarab.Solawat
No comments:
Post a Comment