Abdullah bin Saba’ ni sentiasa orang dok tempek kat Syiah (maksud aku orang yang sentiasa cari pasai , sakit hati dan semak otak kat Syiah) atau tempek Syiah kat budak Abdullah bin Saba’ tu yang rangking dia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Mat Jenin dan Pak Kadok dan lain-lain ceritera-ceritera dongeng (tak termasuk Labu-Labi,tu cerita wayang)Depa-depa tu dok nak kata Abdullah bin Saba’ si budak tak guna tu lah yang jadi pengasas Syiah (macam tu punya sakit ati dan buta Sejarah).Kitab-kitab Syiah tanpa kecuali berlepas diri (Baraah) dari Si Dollah Saba’ ni dan laknat dia lagi (( Abdullah Ibnu Saba’ Al’anu Min An Yuzkar /Abdullah bin Saba’ lebih terlaknat dari nak disebutkan)).
Pss: Kalu ada sapa-sapa nak terhegeh-hegeh sangat ambiklah,sibuk dok zikir Abdullah bin Saba’.Zaman tu Bani Umayyah,Bani Abbasiyah sibuk berfoya-foya segala macam dongeng dok ada termasuklah Dongeng Dollah Saba’ yang hangpa mengigau tu.
Kitab-kitab asli seperti tarikh “Kamil Ibni Atsir”,”Tarikh Ibni Khaldun”,”Tarikh Tabari’,”Ibnu Katsir”,”Ibnu Asakir” dan “Zahabi” telah dikaji sampailah ke satu natijah yang selama seribu tahun orang dok jaja cerita ni,semua ahli-ahli sejarah tadi telah menukilkan kisah Abdullah bin Saba’ dari seorang bernama SAIF BIN UMAR (Tabari menukilkan secara direct dan penulis-penulis lain dulu dan kini pakat dok kutip dari Tabari atau lain-lain yang disebut di atas tadi.
SAIF BIN UMAR meninggal dunia tahun 170 H.Kitab “Al Futuh War Riddah ‘’ dan ‘AlJamal Wa Masir Aisyah Wa Ali’’ adalah tulisan dia.Di dalam kitab-kitab ilmu Rijal dan tulisan para ulama kurun ke3 sampai kurun ke10 tentang SAIF BIN UMAR menunjukkan bahawa dia ni JA’AL (tukang reka cerita palsu)dan tukang reka hadits palsu yang kadang-kadang digelar Saif bin Umar ZINDIQ.
Dokumen dan madarik dan segala macam eviden yang terhimpun tentang kes ini menunjukkan Saif bin Umar ni telah mencipta peribadi-peribadi tanpa body dan disumbat ke dalam sejarah macam tauhu sumbat.Berkemungkinan besar dia ni orang suruhan (upahan) yang salah satu kerja dia ialah Cerekarama Dollah Sabak.Wassalam.
Petua : Dua hari berturut-turut membaca ayat 2 dan 3 surah at Talaq sebanyak tiga kali dan bersolawat dengan sempurna di awal dan akhirnya untuk murah rezeki dan menghilangkan kesusahan-kesusahan adalah mujarrab.
SOLAWAT.
Salam saudara kamil,
ReplyDeleteGood article. Tapi kalau ada sumber2 sunni yang pertikaikan kewujudan Ibn Saba' ni, adalah lebih meyakinkan mereka yang belum tahu dan yakin.