Betulkan dirimu
Imam Zaman a.f telah berkata kepada seseorang : Betulkan dirimu,kami datang kepadamu.
Meninggalkan kewajipan dan melakukan perkara-perkara haram adalah hijab dan penutup bagi
pertemuan kita dengan Imam.
Ada orang yang seolah-olah berhubung telegraf dengan Imam yang ghaib
Hendaklah kita percaya bahawa adanya inayah,perhatian dan pertolongan Imam yang ghaib a.f di dalam peristiwa, kejadian-kejadian dan kesusahan-kesusahan yang menimpa para syiah ( pengikut ) dan beliau adalah imam yang muftaradhut thaah ( wajib ditaati ) dan hayyun ( hidup ) dan kezuhuran beliau adalah pasti dan beliau adalah Ainullah anNadzirah ( penglihatan Allah yang melihat ) dan mengetahui hal ehwal kita. Kita lihat orang-orang yang seolah-olah ketika kesenangan dan kesusahan-kesusahan berhubungan dan berkomunikasi dengan Imam,apa yang mereka sebut atau yang mereka mahu dari Imam,itulah yang berlaku !
Ada seseorang berjalan kaki dan keletihan di padang pasir,tiga kali ia sebut : wahai Imam Zaman, hantarkan sesuatu kepadaku.Datang satu kenderaan membawanya ke tujuan !Imam begitu dekat dengan kita tetapi kita tidak melihat beliau dan berkhayal yang beliau jauh.
----Dari mutiara kata Almarhum Ayatullah Uzma Muhammad Taqi Behjat r.a----
Sabda Rasulullah s.a.w : Sya’ban adalah bulanku,semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang membantuku di bulanku.Berkata Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s : Tida luput dariku puasa Sya’ban sejak aku mendengar penyeru Rasulullah s.a.w menyeru pada Sya’ban,tidak akan luput sepanjang hayatku puasa bulan Sya’ban insyaAllah.
Berkata Mirza Jawad Maliki Tabrizi r.a di dalam kitab Muraqabat : Sesiapa yang mengenali Manzilah Dakwah dan seruan Nabi s.a.w yang agung ini hendaklah ia member kepentingan bahawa dakwah ini merangkumi dirinya.
Lihatlah apa kata Imam Ali a.s dalam menyahut seruan Nabi s.a.w tentang puasa Sya’ban dan kiaskanlah ‘’Menolong Rasulullah s.a.w’’ di dalam perkara-perkara lain seperti Solat,Sedekah,Munajat,segala kebaikan yang lain…
Pss: Di antara yang terpenting yang mempunyai prioriti ialah tanggungjawab sosial menjaga Perpaduan Ummah dan Keamanan,Ketenteraman dan kesejahteraan Tanahair dan Negara.Berbagai pihak yang berperanan di dalam rangka mengurai kekusutan dan menyelesaikan permasalahan dengan adil dan saksama perlu bijak,cekap,pantas,berlapang dada,berjiwa besar segera menjalankan amanah Tuhan dan tanggung jawab terhadap rakyat jelata tanpa dipengaruhi hawa nafsu atau hasutan Syaitan Ins wal Jan (manusia atau jin)dalam dan luar yang sentiasa mahukan perpecahan di kalangan anak-anak Adam dan Hawa a.s.
Anda semua ada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Menghukum dan sekurang-kurangnya punya fikiran yang waras , jika anda dan juga saya dan semua warga bertindak tidak bijak dan menurut hawa nafsu menyelesaikan perkara-perkara,maka kasihanilah diri anda sendiri dan juga saya dan sayangilah semua rakyat jelata, Tuhan mengasihani kita semua.Hari ini 3 Jun masih ada waktu dan kesempatan untuk memperbetulkan keadaan,Negara Demokrasi,saluran-salurannya tersedia dan badan-badan bertugas bertanggungjawab terhadap rakyat jelata.Awal bulan Sya’ban penuh keberkatan,sama-sama kita pohon Barokah dari Allah.Allahumma Ajjil Li Waliyyikalfaraj Waj alna min Ansorihi Wa A’waanih. FALILLAHIL IZZATU JAMIAN.WALILLAAHIL IZZATU WA LIRASUULIHI WA LILMU’MININ…YA SAHIBAZZAMAN
ADRIKNA.
No comments:
Post a Comment