Sunday, 24 July 2011

Hikmat 2



      

      Al-Qur’an mengatakan ‘’Wa laqad Aataina Luqmaanal Hikmah/telah kami kurniakan Hikmat kepada Luqman’’ lalu menerangkan tentang Hikmat ‘’Anishkur Lillah/bersyukurlah kepada Tuhan’’.
Dengan memberi perhatian kepada pengertian ‘’Syukur’’ yang meluas di dalam Al-Qur’an dan hadits kita memahami bahawa orang yang sebenarnya Hakeem/empunya Hikmat ialah orang yang bersyukur akan nikmat-nikmat Ilahi dan kesyukuran ini dapat dicapai apabila seseorang itu mempunyai makrifat,ilmu dan kefahaman dan apabila tutur kata dan tingkah lakunya adalah berasaskan kebenaran dan ketulusan.


Kata-kata Amirul  Mukminin Ali bin Abi Talib a.s  tentang Hikmat :

Hikmat itu ialah sesuatu yang telah hilang dari orang yang beriman,maka itu ambillah Hikmat walau dari orang Munafik.

Ambillah Hikmat walau di mana sahaja kerana Hikmat juga berada di dada orang munafik walaupun ia tidak akan tenang di dadanya sehinggalah ia keluar dan tenang di dada mukmin.

Tidaklah berhikmah orang yang meminta hajatnya dari seorang yang tidak pemurah.

Tidaklah berakal orang yang merasa tidak tenang dengan tohmahan dan fitnah orang kepadanya dan tidak berhikmah orang yang senang dengan pujian orang yang jahil kepadanya.

Tidaklah berhikmah orang yang sepatutnya ia bertolak-ansur dengan seseorang tetapi ia tidak bertolak-ansur dengannya.

Permulaan Hikmat ialah meninggalkan keseronokan-keseronokan ( yang tidak sesuai ) dan akhirnya memusuhi perkara-perkara yang fana dan bakal musnah.

Mana satukah kata-kata Hikmat yang lebih sempurna dari  ‘’sukailah untuk orang lain sepertimana anda suka untuk diri sendiri dan bencilah untuk orang lain sepertimana anda membenci untuk diri sendiri.

Penghulunya Hikmat ialah bersama-sama dengan kebenaran.


Petua : Bagi mereka yang inginkan zuriat amalkan membaca ‘’RABBI LAATAZARNI FARDAN WAANTA KHAIRULWAARITSIIN’’
                                                             SOLAWAT

No comments:

Post a Comment