Tuesday 12 July 2011

Kes Saman Utusan,Khusrin,JAIS di Mahkamah Tinggi K.L





Kuala Lumpur - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan saman Hj Mohd Kamilzuhairi terhadap fitnah Utusan Malaysia (Utusan Melayu), Datuk Khusrin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dikekalkan di mahkamah ini.

Terdahulu hakim mengarahkan peguam plaintif dan defendan berbincang untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam memandangkan plaintif, defendan kedua dan defendan ketiga beralamat di kawasan negeri Selangor. Kes akan disebut semula pada 15 Ogos ini bagi mendengar hujah kedua-dua belah pihak terutamanya daripada pihak defendan pertama yang memohon saman ke atasnya digugurkan.

Mohd Kamilzuhairi menfailkan saman fitnah setelah pihak defendan gagal memohon maaf secara terbuka dalam masa yang ditetapkan setelah memfitnah seluruh pengamal Mazhab Syiah Imamiyah (Ja'fari) termasuklah plaintif dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Disember 2010 lalu, Hauzah ArRidha diserbu oleh JAIS atas alasan dan tuduhan Ajaran Sesat. Pengikut dan pengamal Syiah Imamiyah (Ja'fari) merupakan salah sebuah mazhab terbesar yang merangkumi hampir 600juta orang di seluruh dunia dan diterima sebagai Mazhab yang sah dan boleh diamalkan seperti yang dinyatakan di dalam resolusi Islamabad, dan Amman Message.

ArRidha Press

No comments:

Post a Comment