Saturday, 30 July 2011

Tingkatan-tingkatan Puasa





Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu semua agar kamu bertakwa. ( Al-Baqarah : 183 ).

Hadits Qudsi : AsSaumu lii wa ana ajzi bihi/ Puasa adalah milikku dan aku memberi pahala ganjarannya. ( At-Tahzib…)
      Adapun Puasa itu adalah kepunyaan Allah dan dimuliakan dengan dikaitkannya kepada Allah sedangkan ibadat-ibadat yang lain juga semuanya adalah kepunyaan Allah sepertimana Ka’bah dikaitkan kepada Allah sebagai Baitullah/Rumah Allah sedangkan bumi ini semuanya adalah milik Allah ialah kerana :

Pertamanya puasa itu ialah ‘’Kaffun wa tarkun/menghindarkan dan meninggalkan yang mana ianya adalah tersembunyi dan tiada amalan yang dapat disaksikan.Kesemua ketaatan disaksikan oleh para makhluk dan dilihat sedangkan puasa tiada yang mengetahuinya selain Allah kerana ia adalah amalan secara batin dengan kesabaran yang tulen  maka itu ganjarannya secara istimewa dari Allah tanpa campur tangan yang lain.

Keduanya ialah kerana ianya menewaskan musuh Allah kerana wasilah dan mediumnya Syaitan ialah Shahwat-syahwat dan kuatnya shahwat dengan makan dan minum.Maka itu Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Syaitan-syaitan bergerak pada anak Adam mengikut saluran darah maka sempitkan laluannya dengan berlapar.Oleh itu Shahwat-syahwat adalah padang ragut Syaitan dan selagi ianya subur maka selagi itulah para Syaitan berulang- alik meragutnya dan tidak tersingkap bagi hamba kebesaran Allah dan terhijab dari Liqa’ Allah ( Bertemu Allah ).Maka sabda Rasul s.a.w : Kalaulah tidak kerana Syaitan yang mengelilingi hati anak-anak Adam sudah pasti mereka melihat Malakutnya langit-langit.

Adapun puasa itu tiga tingkatan :

Puasa Awam : Sekadar menjaga perut dan kemaluan dari shahwat-shahwat dan terbatallah puasa itu apabila seseorang itu melakukan salah satu dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Puasa Khusus : Memelihara pendengaran,penglihatan,lidah,tangan,kaki dan anggota-anggota yang lain dari dosa.

Puasa khusus dari yang khusus : Berpuasanya hati dari segala kesusahan hati yang rendah dan hina,fikiran-fikiran duniawi yang tiada kemuliaan dan menjaga hati dari selain Allah dan terbatalnya puasa yang khasul khas ini apabila orang yang berpuasa itu berfikir tentang dunia ( kecuali dunia yang pada hakikatnya akhirat yang sebenarnya merupakan bekalan untuk Akhirat )walaupun dari segi hukum-hakam puasa itu adalah sah dan tidak perlu mengqadhakannya.

Sabda Rasulullah s.a.w : AsSaumu Junnatun MinanNaar/ Puasa itu adalah perisai yang memelihara dari api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang berpuasa itu di dalam ibadah walaupun ia tidur di tempat tidurnya selagi ia tidak mengumpat seorang Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w : Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah,diamnya adalah Tasbih,amalannya diterima dan doanya mustajab.

Sabda Rasulullah s.a.w : Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan,ketika barbuka dan ketika bertemu Tuhannya.
      
      Adapun kegembiraan ketika berbuka bagi orang-orang khusus apabila mereka merasakan Taufik dari Allah untuk menyempurnakan puasa dan sampai kepada ganjaran walaupun kegembiraan bagi orang-orang  awam ialah mereka boleh makan dan minum dan lain-lain yang dihalalkan.
      Adapun kegembiraan ketika Liqa’ullah ( Bertemu Allah ) apabila terhasilnya ‘’NurulQalb/cahaya di hati’’ bagi orang-orang khusus setelah tewasnya kekuatan Syahwat dan Ghadhab/kemarahan yang menggelapkan hati setelah berlapar yang membuatkan mereka beribadah kepada Allah seolah-olah mereka sedang melihat Allah ( Inilah pengertian Liqa’Ullah ).


Petua Ayatullah Baha’uddini :  Istighfar adalah zikir terpenting yang menghimpun kebaikan dunia akhirat.Imam Ali a.s berkata : Wangikan dirimu dengan Istighfar,janganlah baunya dosa-dosa memalukan kamu.

                        SOLAWAT    

No comments:

Post a Comment