Sunday, 17 July 2011

Falsafah Keghaiban Imam Mahdi





Selayang pandang MKZAA kepada jawapan Ayatullah Uzma Ja'far Subhani dan Ayt Uzma Makarim
Syirazi.

Soalan : Imam Mahdi Hujjah Allah Ibnul Hasan Al-Askari a.f.j pada tahun 260 H telah terlindung dari
pandangan-pandangan dan sehingga kini telah berlalu lebih seribu tahun.Apakah falsafah keghaiban
yang lama ini ?

Jawapan : Pertama sekali hendaklah kita berikan perhatian bahawa Ghaibah Imam dari pandangan kita bukanlah bermakna yang Imam itu tinggal di dunia lain selain dunia ini ataupun kewujudan jasmani beliau telah menjadi bentuk kewujudan halimunan seperti gelombang tetapi maknanya ialah Imam hidup di kalangan orang ramai dan dilihat oleh orang ramai tetapi mereka tidak mengenali  beliau.

Soalan : Kenapa Ghaibah beliau begitu lama masanya ?  Apakah falsafahnya ?

Jawapan : Agendanya Imam Mahdi dibandingkan dengan agenda Nabi-Nabi dan Imam-Imam yang lain mempunyai satu perbezaan yang umum kerana agenda beliau ialah sepenuhnya perlaksanaan dan eksekutif bukannya perundangan dan legislative dan itu pun bukanlah di sebahagian tetapi di seluruh pelusuk dunia dan beliau mempunyai tugasan untuk melaksanakan keseluruhan usul ajaran Islam di seluruh dunia serta memperluaskan usul Keadilan dan Kebenaran.
Adalah benar para Anbiya dan Imam-Imam Ahlul Bait a.s telah melaksanakan sebahagian dari agenda ini tetapi disebabkan ketiadaan persediaan pada kebanyakan penduduk dunia  maka ia tidak
menjadi agenda sejagat dan umum dan setelah berpengaruh pada sebahagian tertentu masyarakat manusia ia telah terhenti.
Adalah jelas bahawa untuk melaksanakan agenda Revolusioner Sejagat ini yang dengannya keadilan dan kebenaran akan tersebar di kalangan seluruh penduduk dunia mempunyai pendahuluan-pendahuluan seperti di bawah dan situasi dan kemudahan ini tidak dapat dicapai kecuali dengan berlalunya masa dan proses penyempurnaan masyarakat secara menyeluruh :

1.Persiapan Jiwa

Pada tahap yang pertama hendaklah masyarakat dunia dahaga dan bersedia untuk melaksanakan
Usul ini dan selagi tiada permintaan dari penduduk dunia,penawaran setiap bentuk program material atau spiritual tidak akan berkesan.Begitulah juga Usul Akhlak,aliran-aliran Siasah dan Revolusioner selagi mana tidak bertempat di lubuk hati rakyat dan tiada permintaan maka penawarannya akan mengakibatkan kerugian.
Berlalunya masa dan gagalnya kanun-kanun material dan buntunya segala jalan dan hampirnya manusia untuk terjerumus ke dalam gaung  telah meletihkan umat manusia dan menyedarkan mereka bahawa usul kanun Kebendaan dan Institusi-institusi antarabangsa bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kehidupan dan menegakkan keadilan tetapi dalam masa yang sama menediakan mereka untuk menerima satu perubahan besar atau Revolusi yang fundamental dan kita tahu yang ini memerlukan masa sehingga pengalaman-pengalaman pahit kehidupan membuktikan bahawa semua sistem-sistem kebendaan dan manusiawi adalah tidak berkemampuan.
Maka timbullah permintaan dari penduduk dunia bagi agenda Tuhan tersebut dan tersedialah lapangan bagi satu Revolusi Agung Sejagat dipelopori oleh manusia ilahi dan samawi.

2. Kesempurnaan ilmu,Sains dan Kebudayaan-kebudayaan manusia.

Dari aspek yang lain,menegakkan Pemerintahan Sedunia berasaskan keadilan memerlukan kemajuan ilmu dan pengetahuan dan kebudayaan-kebudayaan sosial dan massa dan perkara ini tidak akan tercapai tanpa kemajuan pemikiran dan berlalunya masa.

3. Kesempurnaan media massa

Pemerintahan yang sedemikian perlu kepada kewujudan media massa yang sempurna untuk mengumumkan peraturan,hokum-hakam dan usul kemanusiaan melalui berbagai-bagai jalan dalam masa yang tersingkat dan ini memerlukan kemajuan teknologi dan peredaran zaman.

4. Mendidik tenaga insani

Untuk sampai kepada tujuan tersebut dan mengasaskan Revolusi Agung sedemikian memerlukan tenaga insane yang proaktiv dan konstruktif yang membentuk pada hakikatnya soldadu-soldadu Revolusi Agung.Membentuk satria-satria rela berkorban di jalan matlamat dan hakikat begini memerlukan masa.

Soalan : Semua perkara ini benar tetapi kenapa Imam tidak dikenali di kalangan masyarakat dan hidup dalam keadaan tidak dikenali ? sedangkan boleh sahaja Imam hidup di kalangan ramai sehinggalah tiba perintah Tuhan untuk Kebangkitan Agung tersebut ?

Jawapan : Imam hidup seperti manusia lain menurut kanun kemanusiaan yang biasa Cuma bezanya ialah Imam mempunyai umur yang panjang yang sekiranya Imam dikenali samasekali tidak terpelihara dari ancaman kuasa-kuasa jahat sepanjang zaman yang jumlah mereka tidaklah sedikit
Sepertimana yang dihadapi oleh Imam-Imam sebelum beliau dan sekiranya ancaman itu mengenai Imam maka tiada lagi Imam setelah beliau kerana beliau adalah Hujjah Allah yang terakhir dan agenda hendaklah dilaksanakan oleh beliau.

Petua : Untuk Taufik bagi seorang mukmin dibaca Ayatul Kursi setiap hari 10 kali diletakkan tangan di atas bahagian kalbu.SOLAWAT

No comments:

Post a Comment