Friday 8 July 2011

Persamaan Ali dengan Ali ( part 1)






      Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Wahai Tuhan yang diriNya adalah dalil bagi kewujudanNya.
Imam Ali Zainul Abidin bin Hussein a.s berkata : Aku mengenalMu dengan diriMu dan Engkaulah yang menunjukkan daku akan diriMu dan memanggilku kepadaMu dan jika tidak keranaMu aku tidak mengenalMu.

     Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Tanyalah kepadaku apa yang kamu mahu.Demi Allah aku mengetahui semua kejadian sampai hari Kiamat.
Imam Ali Zainul Abidin a.s berkata : Jika aku tidak takutkan orang berlebih-lebihan tentang kami nescaya akan ku beritahu kejadian-kejadian sehingga hari Kiamat.

   Imam Ali bin Abi Talib a.s berkata : Demi Allah kalau aku diberikan tujuh petala langit dan apa yang dibawahnya supaya berbuat dosa kepada Allah dengan merampas secebis kulit kekacang dari seekor semut,tidak akan ku lakukan.
Imam Ali Zainul Abidin berkata : Berbuat dosa kepada  Tuhan dan kamu melahirkan cinta kepada Tuhan ?Demi nyawaku satu keanihan kerana jika kamu melahirkan cinta sudah pasti kamu taat kepadaNya kerana pencinta menuruti yang dicintainya.

     Imam Ali bin Abi Talib a.s di siang hari sibuk menyediakan kebun-kebun dan taliair untuk para fuqara dan asyik beribadat hingga ke pagi.
Imam Ali Zainul Abidin begitu kuat beribadat sehingga bergelar Zainul Abidin/perhiasan orang-orang yang beribadat dan AsSajjad/orang yang sangat kuat bersujud dan banyak kebun-kebun dan taliair yang diwujudkan beliau untuk orang ramai.

   Imam Ali bin Abi Talib a.s di antara kerja-kerja beliau ialah menguruskan fuqara secara diam-diam .Makanan,pakaian dan bahan bakar untuk dapur  dibawa ke rumah orang-orang faqir tanpa diketahui dari siapa.
Imam Ali Zainul Abidin AsSajjad a.s juga masyhur di kalangan ahli Sejarah sedemikian yang menguruskan seratus keperluan keluarga faqir dan pada waktu malam mengerjakan Solat yang ada kalanya sehingga seribu rakaat.
    Tahniah buat semua  sempena Maulid  bulan Sya’ban ,cucunda Nabi s.a.w Imam Ali ibni Hussein ibni Ali Ibni Abi Talib a.s 5 Sya’ban 38 Hijrah istimewa buat Sahibul Asr  Imam Mahdi Al Muntazar a.f.


Petua : Untuk penyakit tidak boleh tidur tulis ayat ini dan dibawa bersama diri anda :AlAnbiya 87:
WAZANNUUNI IZZAHABA MUGHAADHIBAN FADZANNA ALLANNAQDIRA ALAIHI FANAADA FIZZULUMAATI ALLAAILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU NMINAZZAALIMIIN.
                                                             SOLAWAT

1 comment:

  1. bertaubatlah..kembalilah ke pangkal jalan,,

    Kalau kita kaji sejarah awal Syiah, ianya merupakan pergerakan yg dipelopori oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang memeluk Islam dengan tujuan untuk mendapatkan pengaruh daripada Khalifah Uthman r.anhu. Tetapi apabila beliau tidak berjaya mempengaruhi Khalifah, maka dirancang pula pembunuhannya… Begitu juga semasa beliau cuba mendekati Ali r.anhu. Beliau juga yg merancang pembunuhan Ali r.anhu…


    geng2 Syiah ni mungkin akan cuba menafikan kewujudan Abdullah bin Saba’ ini.. Ini kerana, jika menerima Abdullah bin Saba’ sebagai pelopor gerakan Syiah, maka sudah tentu kesesatan Syiah ini tidak dapat diselindungkan lagi.. Tapi, geng2 Syiah ini mungkin boleh merujuk (kalau rajin nak rujuk la) :

    1. Sa’ad bin Abdullah al-Qummi (Usul Mazahib as-Syi’ah al-Imamiyah al-Ithna Asyariyah. 1/74)

    2. An-Naubakhti (At-Thusi. Al-Fihris hlm. 75)

    3. Abdullah an-Nasyi’ al-Akbar (Masail Imamah. W 293)

    4. Abdullah al-Mamaqani (Tanqih al-Maqal W. 1351) Muhammad Husin al-Zain (Lihat: Asy-Syi’ah fit Tarikh. Hlm. 213)

    Semua ulamak dan penulis di atas menyatakan kewujudan Abdullah bin Saba’ ini..

    ReplyDelete