Thursday 17 March 2011

Taqarrub dan Wilayat ( kedekatan kepada Tuhan dan Kewalian )




Apakah Taqarrub dari mafhum dan konsep iktibari ( Nota : Iktibari adalah satu konsep yang diandaikan oleh sesama manusia seperti pemilikan sebuah rumah oleh sifulan yang bernama Ahmad contohnya sedangkan tidak ada beza diantara hubungan rumah tersebut dengan Ahmad atau orang lain hanya yang membezakannya ialah sejumlah wang yang dibayar sebagai harga rumah itu maka, pihak perundangan sama ada syara' atau undang-undang konvensional memberikan hak kepada Ahmad dan tidak kepada orang lain. ) atau hakiki ? kalau sekiranya diluar ia adalah dari mafhum dan konsep ijtima'i ( sosial ) yang hakiki tetapi berkenaan Taqarrub kepada Allah Taala,Zat yang Maha Suci bagaimana pula ?

Apakah sebenarnya hamba dengan ketaatan, ibadah, suluk dan keikhlasan berlaku kenaikan, peninggian dan kedekatan ? Jarak menjadi kurang dan sampai kepada ( Liqa'ullah / pertemuan dengan Allah ) ? ataupun ini adalah ungkapan-ungkapan yang Majazi ( metaforik )( Nota : Majazi atau metaforik adalah seperti berkata kepada orang yang berani sebagai singa sedangkan singa itu maknanya yang hakiki ialah seekor haiwan yang gagah didalam hutan bukannya manusia maka, panggilan singa kepada manusia adalah dikatakan majazi @ metaforik )? yakni Allah menjadi redha dan natijahnya seseorang itu mendapat inayah, lutf dan anugerah Ilahi yang lebih lagi ?

Dengan makna mendapat Inayah, suka dan redha Ilahi yakni diselubungi oleh kesan-kesan Rahmat Ilahi, material dan spiritual.

Mereka yang mengingkari hakikat Taqarrub ini berkata, dari ketaatan dan ibadah, hubungan diantara Tuhan dan makhluk tidak berbeza begitu juga hubungan diantara makhluk dengan Tuhan.Kesilapan ini berpunca dari cara berfikir kebendaan ( materialistik ) berkenaan dengan Tuhan dan manusia. Mereka ini tidak mahu mengiktiraf '' Faiza sawwaituhu Wa nafakhtu fihi min ruhi ... '' /'' apabila aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan kedalamnya daripada rohKu lalu meniaraplah mereka sujud kepadanya    (Adam )''

Tetapi kita mengatakan bahawa Tuhan ialah kesempurnaan yang mutlak dan setiap kesempurnaan sebenarnya kembali kepada hakikat wujud. Setiap benda-benda wujud didalam asal penciptaan selagi mana ia memiliki kewujudan yang lebih sempurna maka ia lebih hampir kepada Zat Ilahi yang merupakan kewujudan yang tulen dan kesempurnaan yang total.

Benda-benda wujud dengan hukum ( Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un ) kembali kepada Tuhan dan manusia mengikut hukum tingkatan kewujudannya, hendaklah kembali dengan bentuk ketaatan dan amalan secara ikhtiar ( tiada paksaan ) dan peningkatan ini bukanlah sesuatu yang berbentuk iktibari, protokol dan kredensial tetapi ia adalah merupakan peningkatan tangga kewujudan yang sebenar-benarnya.

Insan disebalik hayat zahir haiwani mempunyai hayat rohani dan spiritual. Nubuwwah ( kenabian ) ialah satu realiti yang menerima hukum-hakam agama untuk kehidupan manakala Wilayat ialah satu realiti yang wujud pada manusia natijah beramal dengan pencapaian Nubuwwah. Imam ialah pemegang Wilayat.  Imam ialah orang yang dipilih mempelopori Siratul wilayah ( jalan wilayat ) dan pengendali hidayah spiritual. 
    '' Berimanlah kamu semua kepada Allah dan Rasulnya dan Nur ( cahaya ) yang telah kami turunkan ''

Imam Baqir a.s berkata : Demi Allah wahai Aba Khalid ia adalah Nur ( cahaya ) Imam didalam hati orang-orang beriman yang lebih terang dari cahaya matahari yang memancar di siang hari. ( Al-Ubudiyyah Jauharatun wa Kunhuhar Rububiyyah ).  Kehambaan adalah permata yang hakikatnya adalah kekuasaan dan kekuatan.  ( Nota : disini Rububiyyah bermakna kekuasaan bukan bermakna keTuhanan seperti kata Abdul Mutalib kepada Abrahah ketika tentera bergajah hendak meruntuhkan ka'bah '' Aku adalah Rabb ( tuan ) kepada unta-unta manakala  Ka'bah ada Rabb baginya.  Maka pulangkan unta-untaku kepadaku ''.

Wilayah dan Rububiyyah ( dengan makna kekuatan ) bermakna kesempurnaan dan qudrat yang diberi kepada manusia kesan dari kehambaannya kepada Tuhan.

Tingkatan-tingkatan Wilayah Takwiniah

Tingkatan pertama - Menerima ilham dan penguasaan manusia keatas dirinya.
Tingkatan kedua - Penguasaan manusia keatas fikiran dan hatinya .
Tingkatan ketiga - Berdikarinya Roh dengan tidak bergantung kepada badan didalam banyak urusan.
Tingkatan keempat - Badan berada dibawah kawalan Iradah manusia.
Tingkatan kelima - Tunduknya tabi'at disekeliling berhadapan seseorang itu.
Sumber : Perbahasan Wilayah Shahid Murtadha Mutahhari.


Petua Ayatullah Kashmiri :
          "Sesiapa yang membaca 'Allahus Samad' pada waktu satu pertiga akhir malam Jumaat dengan wudhu', menghadap kiblat, dengan penuh perhatian sebanyak seribu kali, baginya mushahadah (penyaksian) kesan yang besar."     

1 comment:

  1. Satu kupasan yg menarik walau sangat tinggi untuk difahami...

    ReplyDelete