Semoga Allah menghindarkan kami dan kalian dari segala fitnah dan menganugerahkan kepada kami dan kamu semua roh keyakinan serta memelihara kami dan kamu semua dari akibat buruk. Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku, bahawasanya terdapat sebilangan daripada kalanganmu telah dihinggapi penyakit syak wasangka terhadap agama dan merasa ragu tentang para pemilik urusan mereka .Khabar berita ini telah menimbulkan rasa dukacita yang amat sangat keatasmu tetapi bukan keatas diri kami dan kami merasa sedih akan diri kamu tidak diri kami. Kerana Allah Ta'ala sentiasa bersama-sama kami. Kami tidak berhajat kepada sesuatu pun selain Allah. Sesungguhnya kebenaran sentiasa berada bersama kami, dan kami sama sekali tidak merasa takut sekiranya manusia tidak mengendahkan kewujudan kami. Sesungguhnya kami adalah ciptaan Allah Ta'ala dan segala ciptaannya berada dibawah naungan kami. Perintah Allah tidak bakal ditewaskan dan rahsianya tidak harus dinyatakan, sudah pasti hak kami akan menjadi jelas dan terang ke atasmu, yang membuatkan akalmu terpegun seta hilang keraguan. Setiap apa yang dikehendaki Allah, pasti akan berlaku. Setiap tempoh itu ada penghujungnya.
Maka bertaqwalah kepada Allah dan berserah dirilah kepada kami. Serahkanlah urusan kepada kami yang mana pengeluarannnya dan pengambilannya terpulang kepada kami. Sekiranya kami tidak mahukan kebaikan, rahmat dan kasih sayang tersebar ke atas dirimu, sudah pasti kami tidak akan berbicara denganmu.
(Biharul Anwar jilid 53 m/s178)
Sekiranya para pengikut kami ( moga-moga Allah memberikan taufiq kepada mereka untuk mentaatinya ) bersatu hati dalam menunaikan perjanjian mereka, nescaya tidak akan lambat keberkatan dari mereka untuk bertemu dengan kami, dan mereka akan segera dikurniakan dengan kebahagiaan pertemuan dengan kami dengan hakikat makrifat dan kebenaran. Tidak ada sesuatupun yang dapat menjauhkan kami dari mereka, melainkan apabila sampai kepada kami amalan-amalan yang tidak bersesuaian dengan kami yang kami tidak menyukainya dari mereka. Hanya kepada Allah s.w.t kami meminta pertolongan, dan Allah memadai bagi kami dan sebaik- baik tempat berlindung.
( Biharul Anwar jilid53 , m/s177 )
Walaupun kami telah memilih tempat perlindungan yang jauh daripada kediaman orang-orang yang zalim selagi mana pemerintahan dunia berada di dalam tangan orang-orang yang fasik berdasarkan kemaslahatan yang Allah lihat untuk kami dan para pengikut kami. Sesungguhnya kami mengetahui perkhabaran-perkhabaran kamu dan tidak ada sesuatu pun dari berita-berita kamu yang tersembunyi dari diri kami. Dan kami juga mengetahui akan kehinaan yang mendatangi ramai dari kalangan kamu dimana mereka menuju kepada sesuatu yang mana orang-orang soleh terdahulu berpaling darinya dan mengenepikan perjanjian mereka.( Mereka seakan-akan lalai daripada perkara itu), kami sentiasa memerhatikan kalian dan tidak lupa mengingati kalian. Sekiranya tidak sedemikian sudah pasti kalian ditimpa kesusahan dan musuh-musuh akan terus menzalimi kalian. Oleh yang demikian takutlah kepada Tuhanmu Yang Maha Besar...maka beramallah setiap seorang daripadamu dengan sesuatu yang mendekatkannya dari kasih sayang kami. Dan jauhilah segala perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan kami kepada mu. Kerana kezuhuran dan kemunculan kami sesungguhnya akan berlaku secara tiba-tiba .Ketika itu taubat tidak memberi sebarang erti lagi. Dan penyesalan tidak akan menyelamatkannya daripada azab dosanya yang telah lepas.
( Biharul Anwar jilid53,m/s175 )
Solawat..
No comments:
Post a Comment