Allah Maha Bijaksana ,Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja tanpa sebarang wasilah sedangkan akal fikiran tidak memadai bagi merentasi jalan kesempurnaan maka adalah sesuatu yang pasti dari Allah untuk mengutuskan utusan kepada umat manusia (inilah hikmah pengutusan Rasul yang mana dalil ini dinamakan kaedah lutf).
Perbincangan tentang kenabian adalah pembuktian fikrah kewujudan wasilah yang lain selain pancaindera dan akal yaitu wasilah wahyu yang merupakan satu bentuk ta’lim ilahi kepada sebahagian hamba Allah yang terpilih yang mana umum manusia jahil tentang hakikatnya.
Adapun Tajuk-tajuk utama perbincangan kenabian ini ialah :
1. Perlunya diutuskan Nabi-Nabi a.s.
2. Perlunya kemaksuman dan keterpeliharaan ketika menerima,
memelihara dan menyampaikan wahyu.
3. Jalan-jalan bagi membuktikan kenabian para Nabi a.s.
4. Perbincangan tentang Nabi terakhir s.a.w(Khatmun Nubuwwah).
Perbincangan kenabian diikuti dengan perbincangan kepimpinan (imamah) yang melaksanakan segala hukum-hakam di dalam masyarakat. (Al-Baqarah ayat 124 / Al-Anbiya’ Ayat 73 / As-Sajdah 24). Rasulullah s.a.w adalah seorang Abdun, Nabi, Rasul lagi Imam yang mana risalah beliau dengan
“Hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu..” (Al-Maaidah ayat 3) telah sempurna tetapi Imamahnya untuk pelaksanaan Islam berterusan pada Imam-imam (lihatlah tajuk Imamah / kepimpinan dengan berbagai versi yang ada)yang didalam versi Ahlul Bait bahkan selain Ahlul Bait ianya menjurus kepada sabda Rasulullah s.a.w tentang dua belas orang pemimpin yang berakhir dengan perbincangan Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi a.s) sehingga perbincangan dan marjaiyyah (pakar rujuk).
Diantara tugas-tugas terpenting para Nabi a.s menurut Al-Quran
1-Membaca ayat-ayat Ilahi (2/62)
2-Penyucian diri manusia (2/62)
3-Mengajar kitab (2/62)
4-mengajar hikmat (2/62)
5-Menjawab kemusykilan (4/175)
6-Mendorong manusia bebas berfikir (Zumar/18)
7-Mengeluarkan manusia dari kegelapan
kejahilan kepada cahaya keilmuwan dan
kebenaran. (Ibrahim/1)
8-Mewujudkan keadilan (Hadid/25)
MUTIARA KATA: Mengikut hukum akal dan dharuratnya agama, tujuan pengutusan dan tugas para Nabi a.s bukanlah sekadar menjelaskan hukum-hakam tetapi tugas terpenting para nabi a.s ialah menegakkan sistem sosial yang adil dengan pelaksanaan undang-undang. (Imam Khomeini)
Rujukan:Ibadah dan penyucian diri Ayt Dr. Biazar Shirazi,
Pelajaran Akidah Islam Ayt Misbah Yazdi.
Petua: Ayatullah Hasan Zadeh Amuli-zikir "Ya Ghaniy"Ya Mughniy" adalah bermanfaat untuk sampai kepada rahsia-rahsia, hakikat-hakikat alam dan pencapaian-pencapaian yang besar..
No comments:
Post a Comment