Ibnu Abil Hadid Al-Muktazili berkata : Sesungguhnya anda mengetahui bahawa ilmu yang paling mulia ialah ilmu keTuhanan kerana kemuliaan ilmu itu diukur dari kemuliaan maklumnya ( yang merupakan subjeknya ). Dari kata-kata ( Ali bin Abi Talib ) diambil, dinukil, dan berakhir dan darinya juga bermula.
Sesungguhnya Muktazilah -( yang merupakan ahli Tauhid dan keadilan Ilahi dan merupakan yang empunya pandangan yang manusia lainnya mempelajari kaedah ini dari mereka ) adalah murid-muridnya dan sahabat-sahabatnya kerana pembesar mereka Wasil bin Ata' adalah murid kepada Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Ibnu Hanafiah dan Abu Hashim adalah murid ayahnya dan ayahnya adalah murid Ali bin Abi Talib. Dan adapun Ash'ariyyah susur galur mereka sampai kepada Abu Hassan Al-Ash'ari murid Abu Ali Al-Jubba'i yang merupakan salah seorang dari pembesar Muktazilah. Maka Ash'ari pun akhirnya sampai kepada guru Muktazilah, Ali bin Abi Talib .Manakala Imamiah dan Zaidiah maka perkaitan mereka dengan Ali bin Abi Talib adalah jelas.
Diantara ilmu-ilmu ialah ilmu Fekah, Ali bin Abi Talib adalah asasnya kerana sahabat-sahabat Abu Hanifah seperti Abu Yusof, Muhammad dan selain mereka telah berguru kepada Abu Hanifah dan Syafii berguru kepada Muhammad bin Hassan yang kembali Fekahnya kepada Abu Hanifah manakala Ahmad bin Hanbal berguru kepada Syafii yang kembali Fekahnya kepada Abu Hanifah yang berguru kepada Jaafar bin Muhammad As-Sadiq yang berguru kepada ayahnya Imam Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Husein sehingga sampai kepada Ali bin Abi Talib. Adapun Malik bin Anas berguru kepada Rabeah yang berguru kepada Ikrimah dan Ikrimah kepada Abdullah Ibni Abbas dan Ibni Abbas kepada Ali bin Abi Talib dan begitu juga Fekah Syafii boleh disusurgalurkan kepada Ali melalui Malik. Adapun kembalinya fekah syiah kepadanya adalah jelas.( Syarah Nahjul Balaghah ibnu Abi Hadid jilid 1 m/s23 )
Maka itu Ali bin Abi Talib, Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Ja'far As-Sadiq, Imam Ali Ridha dan lain-lain tokoh Ahlu Bait rasul s.a.w yang memperkenalkan diri mereka sebagai " tarjuman wahyillahu " yakni para penterjemah wahyu Ilahi adalah nama-nama yang tidak terpisah dari sumber-sumber ilmu dan keintelektualan. Imam Ja'far bin Muhammad As-Sadiq ( 83H-148H ) yang dikebumikan di kuburan tak bertanda di Baqi' Madinah Munawwarah telah diracun dengan arahan khalifah Abbasiah Al-Mansur. Imam Sadiq telah mendapat kesempatan yang banyak untuk berdakwah ditengah-tengah kebangkitan-kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan Bani Umayyah dan kekuasaan Bani Abbas dan ilmuan-ilmuan yang ramai didalam berbagai disiplin ilmu telah dididik oleh beliau. Seramai 4 ribu para Muhaddith ulama dan ilmuwan telah berguru kepada beliau dan susur galur keilmuwan Imam mazhab-mazhab fekah didalam Islam kepada Ali bin Abi Talib adalah melalui Imam Ja'far As-Sadiq. ( Sihahul Akhbar ms 44, Dauruls Sadiq fi imamatil Islam wal muslimin ).
Di antara murid beliau yang tersohor ialah " Geber " Jabir ibnu Hayyan bapa kimia moden yang telah menulis sebuah kitab di dalam seribu helaian yang mengandungi 500 risalah Imam Ja'far Sadiq didalam ilmu kimia. Jabir ibnu Hayyan adalah salah satu dari keajaiban dunia di mana seorang ilmuan dapat menulis sebanyak 3900 tulisan didalam berbagai disiplin ilmu.
*Jabir bin Hayyan Al-Azdi ( 103-200H ) dilahirkan di Tus, Parsi kemudiannya berpindah ke Kufah dan Baghdad. Jabir kemudiannya bekerja di istana khalifah Harun arRashid dan mendapat dokongan Perdana Menteri al Barmaki. ( Kecermelangan ilmu dalam sejarah dan tamadun m/s63, Fadlullah Shuib ).
Imam Abu Hanifah pernah berkata :
Ja;far ibnu Mohammad adalah seorang yang paling fakeh yang pernah kulihat.
( Jami' Masanid Abi Hanifah 222/1 )
Imam Malik bin Anas berkata :
Tidak pernah mata melihat, telinga mendengar dan terlintas di dalam hati seorang yang lebih afdal dari Ja'far ibni Muhammad As-Sadiq dari segi ilmu, ibadah dan wara'. ( Tahzibut Tahzib 104/2 ).
Telah berkata khalifah Abbasiah Abu Ja'far Al-Mansur:Tidaklah terdapat di kalangan Ahlul Bait nabi kecuali adanya Muhaddats ( Orang yang dibicarakan malaikat ) dan Ja'far bin Muhammad adalah muhaddats pada zaman ini. (Tarikh ya'qubi ).
Ini adalah satu pengiktirafan dari khalifah Abbasiah kedua akan keunggulan keilmuan Ahlul Bait s.a.w setelah pemerintahan Abbasiah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah dengan slogan "mendapatkan keridhaan keluarga Nabi Muhammad" dalam meraih simpati keturunan Alawi dan rakyat jelata umat Islam ketika itu. ( Muhadharat Fit Tarikh al Islami 33/3, Dirasat wa Buhuth Mu'tamar Imam Sadiq m/s 208 ).
Sabda Rasulullah s.a.w :
Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya maka barangsiapa kepingin masuk ke kota, masuklah melalui pintunya.
(mustadrak Sahihain Al-Hakim 126/3 )
Petua Ayt Amjad : Mungkin dengan hanya sekali solawat Alla Taala memberi semua hajat-hajat kita.
" YA ALLAH BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN DAN LINDUNGILAH KAMI DARI ANGKARA MUSUH-MUSUH MU , MUSUH NABI , MUSUH AHLUL BAIT, MUSUH UMAT ISLAM , MUSUH GOLONGAN TERTINDAS DAN GAGALKAN RANCANGAN MEREKA YANG DURJANA , AMIN "
Solawat..
No comments:
Post a Comment