Di dalam Surah Muhammad 138 Firman Allah "Jika kamu berpaling dari agamamu Allah akan menukar ganti dengan kaum selainmu yang tidak serupa denganmu".Ayat ini memberi peringatan kepada kaum Arab yang turunnya Al-Quran dikalangan mereka dan didalam bahasa mereka sekiranya mereka tidak mengendahkan agama Islam ,Allah akan menggantikan mereka dengan satu kaum yang kuat keislamannya.
Salman Farsi yang ketika itu duduk disisi Rasulullah s.a.w ditepuk peha kanannya oleh Rasulullah seraya bersabda "Dia dan kaumnya"
Bahasa Parsi adalah dari keluarga bahasa-bahasa Indo European yang meluas digunakan kira-kira 1000 BC(Sm) dibahagian besar Eropah, Selatan dan Barat Daya Asia dan dari abad kelimabelas(Pada pertengahan kedua) Masehi di Amerika,Afrika dan Oceania.
Diantara bahasa-bahasa ini ialah bahasa Irani . Cabang bahasa Irani ini meluas digunakan di Iran, Afghanistan, di utara diantara Hungary dan Turkistan China. Diantara cabang Irani yang paling tua ialah Avestae dan Parsi Kuno dimana Avestae adalah bahasa kitab Zorostrian manakala bahasa Parsi Kuno adalah bahasa rasmi Darius Besar (522-486 Sm) (Kasha Yarsha) (486-465 Sm) dan para penggantinya.
Sebahagian dari bahasa-bahasa kini dari cabang bahasa Irani ialah: Parsi, Pushtun Kurdi, Asi, dan Baluchi.
Iran kuno dan bangsa Parsi
Pada alaf kedua sebelum Masehi telah timbul orang-orang yang bertutur dengan bahasa-bahasa Indo-European dibarat Iran dan telah hilang.
Pada permulaan alaf pertama sebelum Masehi terdapat orang-orang Medians dan Pars dibarat Iran dan lama-kelamaan orang-orang parsi ini telah menempati kawasan tersebut yang setelah pendudukan itu dinamakan sebagai Fars dan pada masa ini sekumpulan lain dari orang-orang Iran telah menempati timur Iran.
Pada penghujung abad ke-8 Sm (Deioces)
telah membukakan kerajaan (Medians) di Hamedan.Kerajaan ini adalah pengikut kerajaan Assyrian.
Pada permulaan abad ke-7 Sm(Archaemed) telah membukakan kerajaan Parsi Archaemed berhampiran wilayah Shush dan kerajaan ini adalah mengikuti kerajaan (Medians)
Pada tahun 612Sm (Huwaxstra) dengan menguasai Nainawa ibu negeri Asyur telah memudahkan kerajaan (Medians) yang independant. Kurosh dari cucu cicit Hakhamaneshi pada tahun 550Sm dengan menguasai Astyages raja Medians yang terakhir telah menghapuskan kerajaan Medians dan telah menubuhkan kerajaan Hakhamaneshi.
Ketika kerajaan Medians masih memerintah di barat Iran telah tertegak kerajaan Khwarazm di timur Iran , di Herat dan Maru dan Kurosh telah menghapuskan kerajaan ini dan telah meluaskan wilayah kerajaannya Kurosh juga telah berkuasa keatas bangsa-bangsa selain Iran.Kambujieh (530-522 Sm) adalah putera dan pengganti Kurosh dan telah meluaskan wilayah jajahan ayahnya dan ketika pemerintahan Darius (522-486 Sm) kerajaan Hakhamaneshi ketika itu memerintah wilayah yang luas dunia ketika itu dari barat Habsyah, Mesir, Libya dari timur Sind dari utara ke lautan Ural dan pergunungan Caucasia dari selatan ke teluk Parsi dan laut Oman. Hakhamaneshi ketika itu menggunakan bahasanya iaitu Parsi kuno selain bahasa Akdi, Ilami dan Yunani dan agama Zoroaster diamalkan pada ketika itu yang berkemungkinan agama ini diterima oleh Khashayarsha yang memerintah dari tahun 486-465 sebelum Masehi dan kerajaan Hakhamaneshi pada tahun 331Sm telah menewaskan Iskandar Macedonia...
Petua:Membaca Surah Al-Qadr mempunyai kesan yang banyak dan sesiapa yang membaca Surah
ini pada malam-malam bulan Ramadhan khasnya pada malam-malam Qadar akan mendapat
faedah-faedah yang banyak diantaranya akan dapat memahami makrifat-makrifat Al-Quran.
Selamat Tahun Baru Hijrah Syamsi 1390 kepada kaum Salman Farsi .
Waktu pertukaran tahun ialah jam 2:50 pm dan 45 minit hari Isnin 21March2011 pada ufuk Tehran.
No comments:
Post a Comment