Al-Marhum Imam Khomeini: Ubat-ubatan Illahi dan Tawassul-tawassul kepada perkara ghaib ialah apabila tabiat dan sebab-sebab tabie yang yang semuanya adalah kilang-kilang ilahi dan para petugas qudrat ilahi berhenti beroperasi dan telah terputus jalan-jalan penyebab yang zahir, rawatan doktor-doktor serta ubat-ubatan mereka tidak berfungsi ketika itu Tuhan membuka sebuah jalan harapan kepada hamba-hambanya supaya mereka tidak kecewa terhadap Tuhan dan sebab-sebab yang ghaib dan jangan hanya menambat hati kepada tabiat dan kesan-kesan tabiat serta jangan lupa dan lalai kepada Tuhan serta pentadbir alam ini. Ketika itu istishfa' (mohon kesembuhan) ini adakalanya diterima...dan bukanlah Tuhan mahu melumpuhkan perjalanan tabiat ini dan memusnahkan sunnah tabiat yang kukuh. Ketika itu tiada pertentangan di antara penggunaan sebab-sebab tabie, berjumpa doktor dengan bertawassul kepada Tuhannya alam dan tabiat kerana perjalanan tabiat juga adalah dari manifestasi kudrat Tuhan dan Tuhanlah yang memberi khasiat kepada setiap ubat. Apakah kesan ubat-ubat dari kilang ini kepunyaan ubat itu sendiri?
Doktor-doktor besar seperti Ibnu Sina percaya kepada perawatan rohani yang mana ada kalanya perawatan-perawatan ini berfungsi lebih baik dari perawatan kedoktoran.
Pandangan ini disokong oleh cendikiawan dan doktor-doktor besar Eropah hatta telah dinukilkan dari mereka sekiranya seorang pesakit beberapa kali berkata aku telah sembuh, perkara ini berkesan ke atas kesembuhan pesakit dan jika pesakit percaya kepada kesembuhannya secara sempurna betapa kepercayaannya ini menjadi penyebab bagi kesembuhannya. Asas bagi kepercayaannya ini adalah kekuatan pengaruh ke atas badan.
Apabila kesibukan-kesibukan indera telah berkurangan, tidak jauh sekiranya terhasil bagi roh kesempatan-kesempatan apabila ia selesai dari urusan takhayyul dan imaginasi ia terbang menuju kekudusan lalu terhasil maka berlaku perencanaan alam ghaib keatasnya sedang mereka dalam keadaan ketiduran atau kesakitan....maka jika ruh telah kuat secara essensinya dimana ia punya penguasaan keatas persekitaran, tidak jauh kalau kesempatan ini berlaku di dalam keadaan juga.(Imam Khomeini , Kashful Asrar, 41-53)
Dengan takbir dan mengulanginya, terhasil satu perjalanan, dengan tahmid dan tasbih serta mengulanginya terhasillah satu perjalanan dan peningkatan tingkatan-tingkatan tauhid.
Jika tiada hudhur,hati kesana dan ke mari maka ia bukanlah berada di dalam takbir, tahmid dan tasbih...maka perjalanan tidak terhasil, hanya sekadar lidah yang mengucapkan kata-kata, kehadiran yang seadanya dan faedah yang seadanya sahaja.
Imam Khomeini r.a:
Tujuh puluh atau empat puluh atau tujuh atau sekali Surah Al-Fatihah dibaca kepada orang sakit dimana telah dinukilkan dari Imam Sadiq a.s:
Jika Surah Hamd dibaca tujuh puluh kali kepada orang mati jika ruh kembali ke badannya janganlah anda merasa pelik.
(Urwatul Wuthqa dengan Ta'liq Imam Khokeini m/s 117)
Untuk menghayati fenomena dan hakikat doa, lihatlah Surah Maryam ketika Nabi Allah Zakaria berdoa kepada Tuhan memohon zuriat ketika usianya telah lanjut dan isterinya mandul lalu Allah memperkenankan doa beliau.
(Surah Maryam 1-15)
Doa.
Telah diriwayatkan dari Imam Musa Al-Kazem a.s :
Bagi setiap penyakit ada ubatnya, Beliau ditanya tentang perkara ini lalu berkata: Bagi setiap penyakit ada doanya, apabila pesakit itu diilhamkan doa maka Allah telah memberi izin untuk kesembuhannya.
Beliau berkata :Doa yang afdhal adalah Solawat ke atas Muhammad dan keluarganya s.a.w kemudian doa untuk saudara-saudara, kemudian doa untuk dirimu dan yang paling hampir seorang hamba itu kepada Allah ialah ketika bersujud.
(Makarimul Akhlak m/s 389)
Petua Al-Marhum Ayatullah Uzma Bahjat r.a untuk rawatan turbah, bagi kesembuhan penyakit (Hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau). Menurut Al-Marhum Ayatullah Bahjat lakukan perkara ini dengan niat sekiranya kematian pesakit anda belum lagi satu kepastian semoga disembuhkan oleh Allah:
1-Campurkan sedikit turbah Sayyidu Syuhada a.s dengan air zam-zam dan bacakan 70 kali Surah Al-Hamd dan berikan pesakit minum setiap hari beberapa kali sehingga sembuh.
2-Berikan sedekah untuk beberapa fakir walaupun sedikit.
3-Bacakan setiap hari 7 kali Al-Fatihah dan niatkan untuk kesembuhannya.
4-Sesiapa yang menziarahi pesakit pesakit bacakan sekali Al-Fatihah untuk kesembuhannya.
5-Bawakan pesakit untuk menziarahi maqam Ma'sumin dan jika tidak boleh, niatkan yang ia menziarahi maqam dan bacalah ziarat dan memadai ziarah itu dengan meniatkan untuk kesembuhannya.
6-Bacalah kisah musibah yang menimpa Ahlul Bait sehingga pesakit tersentuh perasaannya.
7-Bacalah Hadith Kisa' berkali-kali untuk kesembuhan pesakit (dan semasa membacanya bakarlah kayu gaharu di dalam majlis tersebut)
8-Sembelihlah kambing biri-biri sebagai nazar untuk diberi kepada fakir-fakir.
9-Pesakit kerjakan 2 rakaat solat hajat setelah solat Subuh dan baca doa ini 3 kali:
"Allahummashfini Bi Shifaika wa daa wini bi dawaika wa aafini bi afiatika min balaika fainni abduka wabnu abdika"
Kemudian sebut sekali:
"Bihurmatil imamil kazim."
Solawat..
No comments:
Post a Comment