Lanjutan dari wacana semalam hari ini kita hidangkan lagi juadah untuk santapan minda dari catatan di seminar Mahdawiyyah di Baluchistan, Iran tahun 1419H.
“Sesungguhnya telah kami tuliskan dalam Zabur sesudah peringatan bahawa bumi akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang salih” (Al-Anbiya-105).
Tamadun baru hanya dapat dibina berasaskan MAHDAWIYYAH (konsep penyelamat dan kepercayaan kepada Imam Mahdi a.s) walau bagaimanapun perkara ini perlukan pembuktian.
Sekurang-kurangnya 10 ayat Al-Quran berdasarkan riwayat-riwayat telah ditafsirkan kepada suasana masyarakat sesudah zahirnya Imam Mahdi a.s. Sila rujuk surah (Al-Anbiya’-ayat 105), (Al-Qasas-ayat 5), (Al-Maidah-ayat 54), (Al-Nur-ayat 56), (Al-Taubah-ayat 33), (Al-Baqarah-ayat 114), (Al-Isra’-ayat 33), (Hud-ayat 86), (Al-An’am-ayat 158), (Al-Dukhan-ayat 4) dan rujuk tafsir-tafsir dibawah:
Gharaibul Quran (Naisaburi), Alkashaf Wal Bayan (Tsa’labi), Alkashaf (Zamakhshari), Kashful Al-Asrar (Maibadi), Mafatihul Ghaib (Fakhrurrazi), Durrul Al-Mausur (Sayuti), Al-Manar (Muhamad Abduh), Ruhul Bayan (Ismail), Ruhul Al-Maani (Alusi), Al-Jawahir (Tantawi) yang telah mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan zahirnya Imam Mahdi a.s.
Terdapat banyak kitab yang telah ditulis tentang masa depan umat manusia, ada yang optimis dan ada yang pesimis dan terdapat banyak pandangan.
Sehingga sekarang dalam kurun ke-20 banyak aliran falsafah sosial telah menjalani ujian dan semua aliran ini berdasarkan pemikiran materialistik dengan mempunyai cabang-cabang berbagai. Komunisma yang dikatakan Imam Khomeini sebagai hanya layak untuk diletakkan didalam muzium sejarah (dan berdasarkan falsafah Hegel) telah gagal didalam ujiannya. Mereka percaya kepada pemikiran Collectivism dan setelah 70 tahun beradu tenaga akhirnya berkecai (walaupun sebelum ini buku Das Capital Karl Marx) adalah buku yang paling laris di pasaran setelah kitab-kitab suci.
Komunisma mendakwa bahawa mereka lebih menekankan keadilan dan persamaan dari kebebasan manakala liberalisma mendakwa kebebasan lebih dari keadilan, maka Komunisma mengamalkan Centralism manakala Liberalisma mengatakan kalau perlu keadilan menjadi korban demi kebebasan. Kedua-duanya berpegang kepada perkara yang ada pada fitrah manusia, silapnya mereka memandang bahawa kedua-duanya sebagai kontra kepada satu sama lain.
Ekonomi Kapitalis mengatakan tidak mungkin bagi ekonomi untuk berkembang kecuali dengan persaingan. Kontrari yang membuatkan orang-orang yang lemah dan miskin dihimpit di tengah-tengahnya. Maka itu kemaslahatan masyarakat menuntut untuk diketepikan keadilan. Ini bercanggah dan tidak dipersetujui oleh Marxisma. Walau bagaimanapun Marxisma secara praktikal tidak membuktikan sebarang kelebihan.
Terdapat riwayat yang banyak mengenai masyarakat dunia sesudah zahirnya Imam Mahdi. Sekitar 100 topik dapat dikaji seperti:
Menegakkan yang hak, keadilan, kedamaian, banteras kezaliman, kebebasan kesempurnaan akal fikiran dan lain-lain. Tetapi tidak ada satu pun dari perkara-perkara tersebut yang mempunyai penekanan melebihi keadilan dan kesaksamaan.153 kali perkara “keadilan” telah disebut dengan ungkapan-ungkapan yang berbeza didalam kitab Biharul Anwar.
Di sini dapat difahami bahawa asas masyarakat ideal Islam dari sudut falsafah politik dan sosial ialah keadilan. Walaubagaimanapun, kebebasan dan membanteras kezaliman adalah berseiringan dan bergandingan dengan keadilan. Sila rujuk KHISAL AL-SADUQ,KHARIJ RAWANDI dan KAFI dan GHAIBAH AL-NU’MANI tentang ungkapan-ungkapan keadilan.
Mengenai ayat (An-Nur ayat 55) seorang ahli tafsir mengatakan perkara dan situasi sebegini belum berlaku sama sekali dan ianya akan ternyata ketika pemerintahan Imam Mahdi a.s.
Dialog diantara tamadun yang telah diumumkan tahun 2001 , salah satu dari asas dialog ialah MAHDAWIYYAH dan masa depan umat manusia serta hubungan diantara keadilan, kedamaian dan kebebasan tanpa keadilan dan tanpa kebebasan, keadilan tidak akan berkekalan.
Sila rujuk Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, terdapat 43 tempat terdapat perkara MAHDAWIYYAH dan akhir sekali kita mengingati kata-kata Imam Khomeini r.a. yang mengatakan selamat tinggal bagi kefahaman yang mengatakan kita perlu membiarkan kezaliman berleluasa supaya cepat zahir Imam Mahdi untuk membanteras kezaliman.
Petua:Sesiapa yang membaca Surah Al-Qadr setiap
Hari 10x setelah solat subuh untuk murah
Rezeki akan menyaksikan kekuasaan Tuhan
Didalam membuka pintu-pintu rezeki.
-Darman ba Quran(Rawatan Al-Quran)
Suatu kupasan ringkas tetapi sarat dgn nas&hujah2 ilmiah...gambar hiasan pun comel&kiut ja,bagai melambangkan masa depan.
ReplyDelete