1- Didalam Hadith dikatakan bahawa anak-anak ialah sebahagian dari anda. Baik atau buruknya mereka kembali kepada anda dan mereka adalah sebab bagi kebanggaan dan keaiban anda.
2- Didalam riwayat menuntut anda supaya mengajar Al-quran, Hadith, Akhlak dan adab kepada anak supaya mereka menjadi anak-anak yang soleh ketika besar.
3- Didalam riwayat menyuruh kita menghindarkan diri dari makanan yang haram, syubhah dan najis kerana kesannya akan zahir pada nutfah dan keturunan anda. Imam Sadiq a.s berkata : Makanan yang haram akan tampak pada zuriat.
4- Asingkan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki ditempat tidur supaya tidak timbul kerosakan jantina.
5- Tidak melakukan aksi-aksi jantina berhadapan anak-anak kecil walaupun berusia dua atau tiga tahun supaya tidak berbekas di fikiran mereka dan tidak tertarik pada kerosakan.
6- Tidak bergurau berbentuk gurauan jantina berhadapan kanak-kanak khasnya tujuh atau lapan tahun supaya mereka kekal bersopan.
7- Ibu bapa tidak bertengkar atau bergaduh berhadapan anak-anak supaya mereka tidak menjadi orang yang berakhlak buruk ketika besar nanti.
8- Ibu bapa hendaklah menghormati satu sama lain dengan panggilan yang baik dan beradab supaya anak-anak menghormati ibu bapa dan memperlakukan sedemikian juga kepada suami atau isteri mereka kelak.
9- Ibu bapa perlu memerhatikan rakan-rakan anak mereka dari kecil sekitar usia sepuluh hingga dua belas tahun supaya mereka tidak rosak disebabkan kawan yang tidak baik.
10- Ibu bapa hendaklah kadangkala mengikut serta anak-anak mereka didalam sukan atau permainan seperti bola sepak, berbasikal...... dan tidak menjauhkan diri dari anak-anak.
11- Ibu bapa secara tidak langsung haruslah memerhatikan bahan bacaan, majalah, cd dan kaset yang dihasilkan oleh anak-anak mereka serta memberi arah kepada anak-anak secara halus.
12- Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk melihat secara tertperinci akan masalah-masalah anak mereka sama ada di sekolah dan didalam masyarakat supaya masalah mereka tidak berpanjangan.
13- Ibu bapa perlu berusaha dengan menjadikan persekitaran rumah mereka sebagai persekitaran agama seperti menggantung potret-potret para ulama' atau maqam para imam atau ayat-ayat yang cantik serta mengelakkan diri dari meletakkan patung-patung, anggota-anggota haiwan atau gambar-gambar artis kerana sebahagian perkara itu akan masuk kedalam hati dan fikiran manusia melalui penglihatan.
14- Biasakan anak-anak lelaki atau perempuan dari usia muda dengan adab-adab semasa didalam majlis, adab makan, bertamu dirumah orang, berbicara dengan orang tua atau menggunakan air, makan dan minum.
15- Kadangkala usahakan untuk menjemput guru yang berakhlak mulia ke rumah supaya anak-anak mengenali dan sukakan mereka.
16- Hendaklah ada terjemahan bahasa melayu Al-Quran, Sahifah Sajjadiah, Nahjul Balaghah dan Mafatihul Jinan dirumah.
17- Ibu bapa hendaklah berbincang dengan anak-anak mereka dalam memilih jurusan dan membawa anak-anak bertemu dengan guru-guru yang sesuai untuk mendapatkan pandangan yang betul.
18- Ibu bapa hendaklah menghormati anak-anak dan tidak mengherdik mereka.
-Takziah diucapkan sempena Syahadah Sayyidah Fatimah Maksumah a.s binti Imam Musa Kazim a.s 10 RabiulAkhir-.
No comments:
Post a Comment