Friday, 11 March 2011

“Salam keatasmu wahai Hujjah Allah di muka bumi"





Sabda Puteri Nabi Fatimah Zahra a.s:
“Ketaatan kepada kami adalah pengaturan bagi umat ini dan kepimpinan kami menyelamatkannya dari berpecah-belah”
Inilah mutiara kata idola seorang puteri, ibu mithali, isteri teladan, wanita sejati, bidadari dari golongan manusia dan sifat yang unik disifatkan oleh Nabi Muhammad S.a.w ayahandanya yang suci” Ummu Abiha / ibu kepada ayahnya”.
       
         Manusia di dalam kehidupan berhadapan dengan kemusykilan-kemusykilan dan memerlukan sokongan supaya jauh dari kesilapan .  Mungkin manusia didalam menguruskan kehidupannya telah berbuat kesilapan seperti mengambil sesuatu keputusan yang kemudiannya ternyata keliru. Perkara ini jelas dan tidak perlukan dalil maka ia memerlukan sokongan kuat yang jauh dari kesilapan. Falsafah kedatangan anbiya’ ialah memelihara manusia dari kesilapan.
“Dan tidak ia (Muhammad s.a.w) berkata-kata dari hawa nafsunya kecuali dari wahyu yang telah diwahyukan”

     Mungkin ada orang menyangka Rasulullah s.a.w juga seperti orang-orang lain tetapi tetapi sangkaan ini disangkal oleh Al-Quran. Apa yang disabdakan Rasul ialah wahyu dan dan andapun kalau mengikut jejak langkah Rasul akan sejahtera dan Berjaya.

    Rasul-rasul a.s datang membawa apa yang diperlukan umat manusia dari punca dan sumber yang terpelihara, imamah (kepimpinan) juga punya konsep yang sama ( la yanaalu Ahdizzalimin / janjiku ini tidak sampai kepada orang-orang yang zalim). Al-Baqarah 124.
 
    Perkara Saviour, Penyelamat umat manusia, Imam Mahdi a.s adalah disepakati umat Islam bahkan di kalangan agama-agama dan konsep ini adalah faktor perpaduan sejagat.

    Penjajah, kuasa-kuasa konon besar, Amerika Syarikat dan Zionist dan kuncu-kuncu mencengkam umat dan golongan tertindas angkara perpecahan.

Firman Allah:
    “Kami hendak memberikan kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi dan kami jadikan mereka imam-imam dan kami jadikan mereka pewaris”
Al-Qasas/5
     “Salam keatasmu wahai hujjah Allah di atas muka bumiNya.Salam keatasmu wahai AinullAH (penglihatan Allah) di tengah makhluknya. Salam keatasmu wahai cahaya Allah yang dengannya orang-orang mendapat petunjuk dan dengannya pula akan menganugerahkan kebebasan / kemenangan kepada orang-orang beriman. Salam keatasmu wahai insan suci yang takut (kepada Allah). Salam keatasmu wahai wali pemberi nasihat. Salam keatasmu wahai bahtera penyelamat. Salam keatasmu wahai mata air kehidupan. Salam keatasmu Solawat Allah  keatasmu dan keatas keluargamu yang suci. Salam keatasmu semoga Allah mempercepatkan bagimu kemenangan dan kekuasaan (dunia) yang telah dijanjikan… ”
Ungkapan ziarah Imam Mahdi a.s pada hari Jumaat..
Sumber:Seminar Imam Mahdi di Zahedan Baluchistan    
               13 Sya’ban 1419H
              :Kunci-kunci syurga Syekh Abbas Qommi

Petua: Ayt Shekh Hasanali Nukhudaki- Didalam hadis   menyuruh diajarkan surah “Al-Waqiah” kepada wanita-wanita anda kerana membacanya menyebabkan kekayaan.


No comments:

Post a Comment