Wednesday 30 March 2011

ADUAN RAKYAT KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR



  

29hb. Mac 2011

Kepada :
Tan Sri Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel.: 03-55141119
Faks: 55190032

Daripada :
Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz
 9C, Jalan SG3/16, Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.


PERKARA: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK KOMUNITI MASYARAKAT PENCINTA AHLUL BAYT A.S (SYIAH IMAMIYYAH) MALAYSIA.

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

Saya sebagai wakil para Komuniti Masyarakat Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia ingin memohon perlindungan berdasarkan hak-hak kami sebagai warga negara Malaysia. Kami adalah masyarakat minoriti yang telah diabaikan dan tidak dipedulikan sekian lama.
Kami memohon dengan penuh perhatian Yang Amat Berhormat Tan Sri, untuk menjamin dan melindungi hak kebebasan beragama dan kepercayaan kami seperti hak kebebasan yang sama telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, Pagan atau lain-lain agama dan etnik.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat Tan Sri, terdapat sejumlah kecil etnik Melayu yang sememangnya mengamalkan ‘Mazhab Ahlul Bayt’ atau Syiah Imamiyyah (Mazhab fikah kami: Ja’fari) secara turun-temurun sejak nenek moyang. Mazhab yang sama dianuti lebih 500 juta umat Islam seluruh dunia. Walaubagaimanapun keberadaan kami kurang diketahui kerana tiadanya kajian terperinci dan tersusun oleh sarjana dunia Melayu serta tiadanya dialog dari pihak-pihak yang berkenaan.
2.        Kami memohon Yang Amat Berhormat Tan Sri untuk meneliti kandungan surat kami ini. Perlu ditegaskan di sini kami minoriti Syiah di Malaysia, tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.
3.     Kami para Pencinta Ahlul Bayt a.s. (Syiah Imamiyyah) di Malaysia selama ini tidak pernah minoriti menggugat keselamatan negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dalam siaran akhbar Utusan Malaysia 20hb Disember 2010, bahawa kewujudan ajaran Syiah tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Kami sekali lagi ingin mengikrarkan taat setia untuk tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, terror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir yang berunsur militan, terror dan ganas.
Bahkan kami sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia kepada Yang Dipertuan Agong. Kami juga tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
4.      Kami berterima kasih di atas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Baharom (B) yang menyatakan bahawa penganut Syiah boleh beramal dengan pegangan mereka.
5.   Kami disini ingin mengadu kepada Tan Sri berkenaan forum bertajuk ‘Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap’ yang akan diadakan pada 31hb Mac 2011 bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2 Jalan Sepana 15/3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (Sila rujuk kepada lampiran salinan laporan polis bertarikh 27 Mac 2011).
Sekian, Wassalam.

Yang Benar,


(Mohd Kamilzuhairi B. Abd Aziz)
E-mail: kamilzuhairi@gmail.com         


No comments:

Post a Comment