Saturday, 19 March 2011

Oh Allah help the oppressed people in Bahrain !!!



                    Rakyat Bahrain di Malaysia memohon pembelaan U.N

Ya Allah bantulah mustadh'afin di Bahrain !!!
'' Sesungguhnya Allah memerintahkan berbuat keadilan dan kebaikan '' An-Nahl : 90
'' Dan apabila kamu menghukum antara manusia hendaklah kamu hukum dengan keadilan '' An-Nisa : 58

    Sepatutnya para penguasa negara Bahrain mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir, mendengar suara tuntutan keadilan rakyatnya tetapi malang sekali mereka telah mengambil langkah(( menggunakan algojo-algojo )) (( menggaji samseng-samseng upahan dari luar )) dan (( meminta bantuan tentera-tentera asing )) bagi mengganyang rakyat Bahrain sendiri tetapi tindakan ini bukan sahaja tidak dapat mengembalikan ketenteraman negara Bahrain bahkan menambahkan lagi kemelut dan tuntutan rakyat.

    Maka menjadi tanggungjawab Pertubuhan-pertubuhan Hak Asasi Manusia dan NGO-NGO dunia khasnya di negara-negara Islam melalui jalan-jalan yang berbagai untuk menyahut seruan dan membela nasib rakyat Bahrain yang ditindas.
 
    Berkata Imam Ali a.s kepada dua putera beliau Hasan dan Husein a.s : '' Hendaklah kamu berdua memusuhi orang yanmg zalim dan menjadi penolong kepada yang dizalimi ''

    '' Dan tiadalah pertolongan itu melainkan dari sisi Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana '' Ali-Imran : 126

Petua Ayatullah Hasan Zadeh Amuli : Sesiapa yang membaca 7kali '' Bismillahir Rahmanir Rahim Lahaula Wala Quwwata Illa billahil Aliyyil Azim '' setelah solat Subuh dan Maghrib dan membaca 30kali '' Subhanallah Walhamdulillah Walailaha Illallah Wallahu Akbar '' diselamatkan Allah dari semua kerosakan dan bala bencana.Solawat.

No comments:

Post a Comment