Tuesday, 22 March 2011

Dalil kewujudan Tuhan (Di dalam Al-Quran)


   
      Kebahagiaan sebenar ialah dengan keutuhan agama (Awwaluddin Makrifatul Jabbar) seseorang. Maka natijahnya Ma'rifatul Jabbar (mengenal Tuhan ) adalah asas kebahagiaan. Betul juga kata Dastayusky: Kalau kita ketepikan Tuhan dari alam ini setiap perkara bagi manusia adalah majaz(tidak punya hakikat).Apabila Jon Paul Sarter mengumumkan bahawa manusia bukan ciptaan Tuhan , bukan ciptaan tabiat dan bukan hasil alat produktiviti bahkan insan adalah Tuhan , apakah malapetaka yang tidak menimpa manusia??
  
      Aliran-aliran pemikiran yang tidak tentu arah yang mengheret pemuda-pemuda di Barat ke arah pelbagai jenayah sudah tentu hasil dari pemikiran-pemikiran sedemikian . Ya mula-mula Tuhan diketepikan kemudian apa jenayah nak buat ,buatlah.

       Kata orang-orang Atheis dalam dunia tak ada tempat dan tak ada kerja buat Tuhan , kami akan pergi ke langit-langit untuk menghambat Tuhan . Mahukah kita tahu apakah natijah kata-kata ini??

       Pembunuhan beramai-ramai berjuta-juta manusia  tidak berdosa di serata dunia.

       Apabila Karl Marx menulis tesis doctoratenya ia menulis di pendahuluannya "Saya bencikan semua Tuhan" Kata Dastayuski "Semua jenayah dalam alam ini telahpun diberi izin ".

       Tentang zaman setelah Renaissance di Eropah usah kita cerita,  penyembah-penyembah ilmu sains telah membalas dendam ke atas agama dan Tuhan. Theoism (berlegar di sekitar Tuhan ) diganti dengan Humanism (berlegar di sekitar manusia ) tetapi betapa keadaan menjadi haru-biru,  kerosakan akhlak dan sebagainya. Ilmu tanpa agama tidak menghala kemana-mana kecuali gantung diri. Lihatlah sejarah Eropah setelah Tuhan telah diketepikan dari kehidupan manusia.

       Betul kena pada tempatnya  jika para utusan langit begitu mengajak manusia ke arah mempercayai Tuhan (Mabda') dan Qiamat (Ma'ad) dan betapa indahnya kata-kata:
(Allah mencucuri rahmat ke atas orang yang mengetahui dari mana ia datang , di mana ia berada dan ke mana ia akan kembali )

       Di dalam Al-Quran sepertimana telah ditekankan mengenai Tauhid berkenaan perkara-perkara lain tidak ditekankan sedemikian. Di dalam Al-Quran penuh dengan ayat-ayat dan alamat-alamat yang mana bukan sahaja menunjukkan Tuhan kepada kita tetapi juga menarik fikiran dan hati-hati kita ke arahnya.

       Tiadanya ma'rifat Allah adalah punca kenapa manusia itu asing bagi dirinya sendiri dan lupa akan diri sendiri. "Mereka melupai Allah maka Allah melupakan mereka diri mereka sendiri ".

      Bukanlah sesuatu yang tidak berasas bagi ahli-ahli filsafat untuk mengatakan bahawa Ma'rifat yang penuh keyakinan (Makrifat Yaqini) dan hakiki tidak dapat dicapai kecuali melalui  Ma'rifatullah.`
`
      Oleh kerana Ma'lul tidak dapat dikenal kecuali melalui illatnya (punca) sebelum sesuatu Ma'rifat dari segi akal dan Mantiq,  ilmu tentang Illatul Ilal penyebab segala sebab (Allah Taala) adalah terdahulu. Tetapi Ma'rifat terdahulu ini bukanlah untuk semua dan bukanlah sentiasa secara disedari.Ia memerlukan pendahuluan untuk menjadi aktual. Ayat di atas juga mendokong akan kaedah Aqly dan falsafi ini.Sekarang dengan analisa tadi jelaslah kenapa orang mengatakan : Permulaan ilmu adalah mengenal Tuhan. Bukan permulaan din sahaja  Ma'rifatullah bahkan asal ilmu dan ma'rifat juga adalah Ma'rifatullah.

      Kadangkala waktu dan kesempatan terlalu sedikit tetapi memadailah untuk kita sampaikan maksud bahawa perbincangan tentang Tuhan tidak akan lapuk. Seperti mana air tidakkan lapuk selagimana adanya dahaga selagi itulah air dicari dan sentiasa baru.

     Kita percaya bahawa dunia sekarang ini terbakar kerana dahaga untuk mencari Tuhan walaupun ianya tidak disedari.

    Seorang doktor hendaklah tahu puncanya penyakit , mana satukah doktor yang lebih mahir dari utusan-utusan Tuhan dan pembawa wahyu langit dan mana satukah preskripsi doktor yang lebih baik dari Sahifah-Sahifah dan kitab Ilahi untuk mengubati manusia.

Antara ayat-ayat yang membawa dalil kewujudan Tuhan

1.Melalui jalan fitrah
   "Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab : Allah .Maka kemanakah mereka berpaling?"
(Al-Ankabut:61)

 2.Melalui petanda kekuasaan
    "Allah yang meninggikan langit dengan tiada tiang yang kamu lihat, kemudian dia bersemayam di atas  arasy(berkuasa) dan dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlari (beredar) sampai waktu yang ditentukan. Dia mengatur semua urusan dan menerangkan beberapa keterangan. Mudah-mudahan kamu yakin akan menemui Tuhanmu"
(Ar-Ra'd:2)

3.Asal sebab -musabab dan penciptaan alam
   "Dan di antara tanda-tandanya ialah kejadian langit dan bumi ,dan bermacam-macam bahasa kamu dan
    warna kulitmu.Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan."
 (Ar-Rum:22)

4,.Penciptaan manusia
    "Bahkan adakah mereka terjadi tanpa sesuatu (yang menjadikan) , atau merekakah yang menjadikan (dirinya sendiri?)".
(Ath-Thuur:35)

5.Melalui dalil ketertiban alam
   "Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk Rahman (Allah).Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu).Adakah engkau lihat (di sana) pecah-belah (rosak-rosak)".
(Al-Mulk:3)

6.Melaui hayat
   "Mengapakah kamu menyangkal Allah , sedang kamu dahulu mati(belum ada), kemudian kamu dihidupkaNYA, sudah itu dimatikanNYA, kemudian akan dihidupkanNYA ,akhirnya kamu kembali kepadaNYA ".
(Al-Baqarah:28)


 Petua Ayatullah Behjat:Ayat Kursi berkemungkinan bermanfaat untuk semua mara bahaya dan membacanya setelah solat-solat sehari-harian sangat berfaedah.

2 comments:

  1. Blog ini semakin hari semakin mantap diskusi ilmunya.Moga ia dimanfaatkan oleh semua pencinta Ahlul Bait a.s khususnya di Malaysia ini dlm memantapkan akhidah serta kecintaan terhadap Rasulullah&Ahlul Baitnya,Solawat...

    ReplyDelete