Setelah ditiup ruh kepada Adam a.s para malaikat diperintahkan untuk bersujud kepada beliau dan ketika ruh ditiup ke dalam tubuh nabi Muhammad s.a.w para malaikat menyangka bahawa mereka pasti akan diperintahkan untuk bersujud kepada beliau tetapi setelah zahirnya nur kewujudan baginda di persada alam ini sangkaan itu ternyata meleset kerana tidak datang perintah sedemikian .Allah taala untuk menghilangkan keraguan dari para malaikat apakah Adam a.s lebih afdhal dari nabi Muhammad s.a.w maka Allah sendiri bersolawat keatas Muhammad s.a.w lalu memerintahkan para malaikat dan mukminin untuk bersolawat keatas baginda s.a.w sehingga zahirlah sekiranya disana para malaikat diperintahkan untuk bersujud disini Allah taala sendiri,para malaikat dan mukminin bersolawat keatas Muhammad s.a.w dan jika disana para malaikat diperintahkan untuk bersujud hanya sekali disini Khalik (Maha Pencipta) dan makhluk(sekalian yang dicipta) tidak putus-putus bersolawat keatas baginda s.a.w sehingga hari kiamat.
Makna Solawat /Solat
Solat bermakna doa dan sembahyang dipanggil Solat kerana ianya mengandungi doa.
Dua perkara dipanggil Solat.Pertama ,Solawat (yang juga plural bagi Solat) yang bermakna memohon ditinggikan darjat atau bertambahnya taqarrub kepada Allah dan keduanya ialah ibadah khas yang mempunyai pergerakan ,doa dan zikir-zikir dimana keseluruhan anggota tubuh badan dan bahagian-bahagian sepenuhnya tenggelam di dalam tawajjuh dan perhatian kepada Tuhan.
Manakala Doa bermakna ajakan dan panggilan.Doanya manusia bermakna manusia menzahirkan kerendahan dan keperluan di hadapan Tuhan yang Maha Kaya.
Doanya Tuhan bermakna ajakan kepada diriNya melalui agama dan utusanNya(Doa Tashri’iy) manakala doanya Tuhan secara Takwini(ciptaan) bermakna Tuhan itu mencipta sesuatu.
(Yauma yad’ukum ) yakni yauma khalaqakum = Dihari Tuhan menciptakan kamu semua.(Rujukan:Syarah solawat Ayt Muhammad Taqi Muqaddam dan kuliah Hojjatul Islam Abidi).
Marilah kita berdoa dengan doa hari Isnin ini ,dengan keberkatan dua cucunda nabi,para penghulu pemuda syurga Al-Hasan dan Al-Husein a.s
‘’Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah yang tidak mempertontonkan kepada seorangpun ketika menciptakan langit dan bumi dan tidak memerlukan bantuan ketika menciptakan makhluk,tiada sekutu baginya dalam keTuhanan dan tak tertandingi dalam keEsaan.Lidah siapapun kelu untuk menyifatiNya.Setiap akal apapun tak mampu menguak hakikatNya.Para angkuh tunduk di hadapan keagunganNya.Wajah-wajah tunduk kerana takut kepadaNya.Semua yang agung menjadi kerdil di hadapan kebesaranNya. Maka segala puji bagi Mu selamanya dan solawat serta salamMu sentiasa tercurahkan atas RasulMu.
‘’Ya Allah ,jadikanlah detik pertama hariku ini sebagai kebaikan,pertengahannya sebagai kemenangan dan penghujungnya sebagai kejayaan….”
Amin Ya Rabbal Alamin..
Nota:Allah Taala di dalam ayat solawat(Al-Ahzab :56)telah berfirman yang Allah sendiri bersolawat keatas Nabi s.a.w maka itu solawat kita keatas nabi yakni berakhlak dengan akhlak ilahi.(Takhallaqu bi Akhlaqillah)
Allahumma Salli Ala Muhammadin Wa Aali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad waali Muhammad. Syukran jazilan atas perkongsian mutiara-mutiara ilmu yang senantiasa dinantikan oleh pengemis-pengemis ilmu serta pencinta kebenaran cahaya Ahlul bait. Solawat
ReplyDeleteBlog yg dinanti2kan telah tiba... saya telahpun membuat blog ust kamil sebagai salah satu blog yg saya akan ikut...blog list... harap ust dapat selalu update blog ini.
ReplyDeletekpeda rakan2 yang lain ini pesanan (iklan) saya:
SALAM,
JIKA ANDA BELUM BERKESEMAPATAN MEMBACA BUKU-BUKU BERIKUT, JEMPUT KE BLOG SAYA:
1. DIALOG SUNNAH – SYIAH (TAJUK ASAL: LAYALI BISHAWAR ATAU ‘PESHAWAR NIGHTS’)
2. KISAH YUHANNA MENCARI KEBENARAN
3. MUKTAMAR BAGHDAD
4. WAFATNYA RASULULLAH SAW, SUKSESI SEPENINGGAL BELIAU DI SAQIFAH
5. KHULAFA RASHIDIN: NAS DAN IJTIHAD
6. AKHIRNYA KUTEMUI KEBENARAN – AHMAD TIJANI
ANDA BEBAS MEMBUAT SALINAN SENDIRI MALAH DIGALAKKAN MEMBUAT SALINAN LALU DICETAK UNTUK MEMUDAHKAN PEMBACAAN.
BLOG SAYA BOLEH DILAYARI DI http://disinidandisini.blogspot.com/
IKHLAS,
DUTA DELSTER
RISALAH PENCERAHAN