Setiap penganiayaan atau kezaliman yang berlaku adalah disebabkan oleh salah satu faktor berikut :
Pertama , keperluan kepada sesuatu yang di miliki oleh orang lain yang dapat dicapai dengan merampasnya dari seorang.
Kedua , ketidakmampuan untuk sampai kepada sesuatu matlamat atau mengenepikan sesuatu kemudaratan dan kemerbahayaan kecuali dengan jalan pencerobohan dan campur tangan didalam hak atau urusan orang lain.
Ketiga , kejahilan akan betapa buruknya akibat pencerobohan dan kezaliman tersebut.
Keempat , kejelekan-kejelekan jiwa nafsani didalam diri seseorang penganiaya seperti kebencian terhadap sesuatu kaum atau seseorang , rasa permusuhan , kesukaan yang melampau terhadap sesuatu, iri hati, ketakutan dan lain-lain yang menyebabkan penganiayaan berlaku keatas sesuatu pihak.
Maka itu, Allah Taala yang pertama- Maha Kaya ,kedua Maha Berkuasa, ketiga Maha Mengetahui dan keempat Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan keaiban serta Maha Sempurna, tidak mempunyai sebarang sebab atau motif untuk melakukan walau sekecil-kecil kezaliman dan penganiayaan.
"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim walau sebesar zarah"
(An-Nisa' 40)
"Dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambanya"
(Ali Imran 128)
1. Kita menyaksikan petanda-petanda keadilan Ilahi kerana Allah memberi ganjaran dan balasan kepada sekecil-kecil kebaikan dan kejahatan.
"Barangsiapa yang melakukan sekecil-kecil zarah kebaikan akan melihatnya dan barangsiapa yang melakukan sebesar zarah kejahatan akan melihat balasan kejahatan itu"
(Zilzal 7-8).
2.Semua manusia disisi Allah adalah sama kecuali orang-orang yang lebih ketakwaan mereka.
"Sesungguhnya yang lebih mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa dikalangan kamu".
(Al-Hujurat13).
3.Allah memerintahkan umat manusia untuk berlaku adil. ( lihat An-Nahl:90 ).
4.Allah memberi segala nikmat-nikmat dan keperluan kehidupan manusia.
5.Penyaksian ayat-ayat Al-Quran akan keadilan Tuhan.
Pengajaran.
Kepercayaan kepada keadilan Tuhan terkandung didalamnya tuntutan keadilan individu dan keadilan masyarakat kerana setiap yang adil mahukan keadilan dari yang lainnya dan bencikan kezaliman dan orang yang percaya bahawa Tuhan itu Maha Adil juga percaya bahawa Tuhan mahukannya supaya berlaku adil didalam semua urusan dan juga percaya bahawa seperti firman Allah "Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka wali dan tidak pula penolong" ( Syura:8 )
Para penganiaya dan penzalim dengan apa sahaja zahir dan penampilan yang ada bersiap sedia untuk menerima akibat tingkah laku perbuatan mereka.
Petua Ayatullah Nakhudaki : Bacalah seratus ayat suci Al-Quran dan tujuh kali "YA ALLAH" dengan izin Allah bakal mampu walau mengalihkan batu-batu yang teramat besar dari tempatnya.
Doa:YA ALLAH , BANTULAH MAZLUMIN DI BAHRAIN DAN LINDUNGILAH KAMI DARI
ANGKARA MUSUH-MUSUHMU. MUSUH NABI, MUSUH AHLUL BAIT, MUSUH UMAT
ISLAM , MUSUH GOLONGAN TERTINDAS DAN GAGALKAN RANCANGAN MEREKA
YANG DURJANA. AMIN.
Solawat...
No comments:
Post a Comment