Saturday, 5 March 2011
ZIARAH PUTERA KAABAH PADA HARI AHAD
Di dalam kitab Jamal al-Usbu'(seperti yang disebut oleh Syekh Abbas Qummi didalam kitabnya Mafatihul Jinan) Shaqr bin Abi Dilf bertanya kepada imam Ali alHadi a.s imam ke sepuluh dari imam-imam AhlulBait ''Tuanku, ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w yang maksudnya belum ku fahami.'' Apakah hadis itu? tanya beliau pendek.''Janganlah kalian membenci hari-hari kelak ia akn membenci kalian''.jawabku. Beliau menjawab''yang dimaksudkan dengan hari-hari itu adalah kami AhlulBait selama langit dan bumi masih tegak berdiri. Hari Sabtu adalah nama Rasullullah s.a.w,hari Ahad adalah hari Amirul Mukminin(Ali bin Abi Talib a.s),hari Isnin adalah Hasan dan Husein a.s , hari Selasa adalah Ali bin Husein(As Sajjad Zainul Abidin), Muhammad bin Ali (Al-Baqir) dan Ja'far bin Muhammad(As-Sadiq) a.s,hari Rabu adalah Musa bin Ja'far(Al-Kazem),Ali bin Musa(Ar-Ridha), Muhammad bin Ali (Al-Jawwad) dan saya sendiri(muhammad bin Ali Al-Hadi/An-Naqi), hari Khamis adalah putraku Hasan(Al-Askari) dan hari Jumaat adalah cucuku (Al-Mahdi), Ahli kebenaran akan berhimpun disekelilimgnya.Inilah erti hari-hari itu.
Maka itu setiap hari terdapat ziarah yang khusus terhadab nabi s.a.w dan AhlulBait baginda a.s dari hari Sabtu ziarah Rasullullah hinggalah hari Jumaat ziarah imam Mahdi a.s.
Ziarah nabi s.a.w dan imam-imam AhlulBait a.s ialah mewujudkan hubungan ruhani dan kalbu dengan manusia-manusia yang mulia ini(sama ada dengan menziarahi dari jarak yang dekat dengan tempat persemadian mereka atau menziarahi dari jarak yang jauh dan memberi salam,tahiyyah(kata penghormatan), meluahkan kata kecintaan dan ketulusan terhadap mereka dengan ungkapan tentang fadhilat, karamah-karamah, ibadah-ibadah mereka, ketaatan-ketaatan dan khidmat-khidmat yang telah mereka lakukan.
Ziarah ini mempunyai kesan yang luar biasa didalam tarbiyah jiwa penziarah, ketinggian ruhani , memupuk nilai-nilai maknawi dan akhlak; sekiranya penziarah sedar akan apa yang dilakukannya, apa yang diucap dan diungkapkannya dan apa yang ia mahukan maka dengan cepat sekali ia dapat merentas jalan Taqarrub kepada Allah dan kembali dari safar ziarah dengan keadaan suci dari dosa dan bersedia untuk ketaatan ilahi dan menunaikan tanggungjawab insani. (petikan dari Ayatullah Uzma Nasir Makarim Shirazi tentang ziarah).
Salam keatas pohon kenabian dan pokok Bani Hasyim yang bercahaya membuahkan risalah kenabian dan terhiasi oleh imamah(kepimpinan) dan salam keatas dua nabi yang dikebumikan disekitarmu Adam dan Nuh.Salam ke atasmu dan keluargamu yang suci.Salam ke atasmu dan para malaikat yang mengelilingimu dan tempat persemadianmu.Wahai Maulaku,wahai(Ali bin Abi Talib).Hari ini adalah hari ahad, hari ini adalah harimu dan(tertera) dengan namamu.Pada hari ini aku adalah tamumu wahai maulaku berilah perlindungan kepadaku kerana engkau adalah dermawan dan murah hati yang suka menerima tamu dan ditugaskan untuk memberi perlindungan, maka kabulkanlah apa yang ku inginkan dan harapkan darimu demi kedudukanmu dan kedudukan keluargamu disisi Allah dan kedudukanNya disisi kalian dan demi haknya sepupumu Rasullullah(semoga selawat Allah tercurah keatasnya dan keluarganya serta atas kalian semua)
Assalamu Alaika Ayyuhannabi Warah Matullah Wabarakatuh
Assalamu alaina Wa ala ibadillah Assolihin
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Petua Ayatullah Feiz Kashani: Adalah Mujarab untuk diamalkan zikir ''YA SALAM'' untuk kesembuhan penyakit dan bacalah 100 kali disebelah kepala pesakit ketika menziarahinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum..
ReplyDeletemoga-moga dengan kehadiran blog ini akan menambahkan lagi pengetahuan yang makin bercambah.. sangat dialu-alukan dengan berbagai rencah untuk para pencinta ahlul-bait khususnya
di rantau tanah melayu ini..